Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑 BOPL | 13

Bab 13

Sport Arena

“Memperkenalkan peserta The Flying Horses Race antara sekolah. Dipersilakan para pelajar dari Queen Emerlda Highschool dan King Jullian Highschool.” Kata pengacara yang akan meriahkan pertandingan pada petang itu. Pelajar yang tidak menyertai riuh menepuk tangan dan membuat bunyi bising di tempat duduk penonton.

Kali ini seramai 16 orang peserta yang mewakili sekolah masing-masing. 8 orang termasuk Amy dari sekolah Emerlda dan 8 orang lagi dari Jullian. Amy senyum ringkas bila terdengar ada yang menjerit namanya dan memberi kata-kata semangat. Ramai jugak yang menjerit nama Stella yang berada selang dari seorang peserta sekolah Jullian. Dengan gaya gediknya dia melambai kearah penonton. Baju merah menyala dipakai dan kuda berwarna putih sebagai partner dia, sangat kontra sekali.

Teringat akan kata-kata Stella kepada peserta sekolah Emerlda sebentar tadi ketika menunggu pengacara memanggil mereka keluar.

“Jangan ada sesiapa cuba nak potong aku. Biarkan aku yang menang pertandingan ni. Kalau tak, nahas korang aku kerjakan!” Ugut Stella sebelum melangkah pergi dengan angkuhnya.

Huh! Ingat dia nak dengar ke? Kalau pelajar lain tak berani, Tapi Amy lebih dari berani nak cabar Stella tu. Jom kita bagi pengajaran kepada perempuan tu supaya jangan pandang rendah kebolehan orang lain!

“Semua peserta sila ke garisan permulaan. Jom saya terangkan sikit track kita pada harini. Pertama mereka perlu memecut kuda mereka sejauh 200 meter dan melepasi halangan pokok pine. Halangan kedua mereka perlu melalui bawah jambatan yang sempit. Untuk kawasan ini mereka perlu berhati-hati kerana kawasan bawah jambatan itu hanya boleh memuatkan seorang peserta saja dalam satu masa jadi mereka perlu melaraskan masa yang sesuai untuk melalui jambatan itu supaya tidak berlaku pelanggaran nanti. Peserta dilarang melalui bahagian atas jambatan jika tidak dikira terbatal.”

“Halangan ketiga adalah terbang memanjat menara loceng dan mesti membunyikan loceng tersebut sebagai check point. Akhir sekali, peserta perlu memecut ke garisan penamat yang sejauh 400 meter.” Panjang penerangan pengacara menerangkan course perlumbaan kuda itu.

Agak mencabar juga track perlumbaan ni. Amy menarik nafas dalam-dalam. Cuba untuk kurangkan perasaan nervous yang tiba-tiba muncul.

“Aku takut la Amy. Dah lama aku tak berlumba.” Kata Treez seperti gelisah. Kuda putih yang dipilih Amy tadi namanya adalah Treez.

“Jangan takut Treez. Aku yakin kau boleh, kau cuma perlu buang rasa ketakutan kau tu. Kau dengar je cakap aku nanti.” Pujuk Amy dan menggosok lembut kepala Treez memberi semangat. Cuba tenangkan kuda putih tersebut.

Okay competitor, Take your place…” Tangan Amy yang tersarung glove itu menggenggam erat tali yang terikat pada Treez. Nafas dihembus perlahan. Fokus!

Ready… Set… Start!!” Bunyi tembakan dilepaskan dan pada masa yang sama papan penghadang dibuka. Semua kuda mula terbang dan memecut ke hadapan. Ramai yang bersorak memanggil nama peserta pilihan mereka.

Laju Amy membawa kudanya dan memotong beberapa peserta lain dengan mudah sekali. Sekarang dia berada di nombor 5 antara 16 orang pemain. Tempat pertama sekarang mestilah si Stella. Boleh tahan jugak Stella tu, laju betul.

Amy mula menambah kelajuan. Cuba memotong peserta yang bernombor 4 sekarang ni. Dari sekolah Jullian. Cepat saja Amy memotong peserta tersebut. Tiba dihalangan pokok pine. Laju tapi penuh berhati-hati Amy membelok ke kiri dan ke kanan dari pokok pine. Amy juga berjaya mengelak dari berlanggar dengan peserta lain. Dia kemudiannya melepasi halangan itu dalam hanya beberapa saat.

Halangan kedua iaitu melalui bawah jambatan. Disebabkan dia masih berada di nombor 4 dan agak ketinggalan dengan peserta nombor 3, mudah saja dia terus melalui bawah jambatan itu tanpa perlu melaraskan masa yang sesuai. Cekap dia mengawal Treez kemudian kembali memecut kehadapan dan memotong peserta nombor 3. Kini Amy pula yang berada di nombor 3.

Target dia sekarang adalah memotong peserta nombor 2. Peserta lelaki dari sekolah Jullian berada dihapannya. Amy cuba mengejar rapat tapi lelaki itu sungguh bijak dalam menghalang laluan dia. Amy ke kiri, dia ke kiri dan bila Amy ke kanan, dia turut ke kanan. Tak benarkan Amy memotong dirinya.

Ishh… Tak boleh jadi ni! Bisik Amy dalam hati.

Sampai ke halangan ketiga iaitu menara loceng. Ketika Amy cuba memanjat menara itu keatas dia nampak peserta nombor 2 itu memperlahankan kudanya. Inilah masa yang sesuai untuk Amy memotong. Terus Amy memotong peserta nombor 2 itu. Sampai ke puncak menara, Amy membunyikan loceng dengan menarik tali panjang loceng itu. Ting! Bergema bunyi loceng itu ditepi telinga Amy. Turun semula dari menara loceng itu dan memecut kembali.

Kini tinggal halangan terakhir, Pecut sehabis mungkin untuk sampai ke garisan penamat. Bayang Stella semakin dekat ketika Amy menambah kelajuan kudanya. Cuba untuk memotong Stella. Tiba-tiba Amy terasa seperti bayang gelap berada di atas kepalanya. Terus kepala didongak untuk melihat. Rupanya peserta lelaki sekolah Jullian tadi melompat di atasnya untuk memotong Amy. Dia berjaya potong balik! Amy kembali pada kedudukan nombor 3.

Arrgh! Tak boleh jadi ni… lagi sikit je lagi ingin sampai ke garisan penamat. Tali ditangan dilibas pada Treez untuk menambah kelajuan.

Giddy up Treez! Tambah kelajuan kau!” Jerit Amy melawan bunyi kuat angin. Amy cuba mengejar rapat lelaki itu semula. Tapi lelaki itu juga semakin maju ke hadapan. Boleh nampak yang dia cuba untuk memotong Stella yang masih dikedudukan pertama. Dari jauh Amy sudah nampak reben merah di garisan penamat.

“Treez!!” Jerit Amy sekuat hati. Tak tahu la macam mana boleh jadi tapi Amy dapat rasakan Treez menjadi sangat laju dan terus memotong 2 peserta dihadapannya. Beberapa saat kemudian Amy adalah orang pertama yang melepasi garisan penamat. Reben merah yang panjang itu melekat dibadan Treez.

And the winner is Princess Amanda Alexa!” Jerit pengacara mewakili penonton yang melihat perlumbaan kuda itu tamat. Tepukan gemuruh diberikan oleh semua orang. Ada juga yang turut menjerit namanya.

Tapi itu semua tak penting. Bila Treez berhenti cepat Amy melompat turun lalu berdiri di depan Treez. Ingin melihat keadaannya.

“Kau okay tak ni Treez? Apa yang jadi tadi… Tiba-tiba kau boleh potong diorang dalam sekelip mata?” Terkejut masih dirasai Amy bila dia berjaya potong Stella sekaligus memenangi perlumbaan kuda ini.

“Entah… Aku tak tahu apa yang jadi tadi tapi bila kau jerit nama aku tadi, aku terus rasa macam bukan diri aku tadi. Kaki aku macam kena kawal dan bergerak sendiri. Laju bergerak kehadapan. Wah! Kita dah menang Amy!” katanya lalu dua kaki depan diangkat tinggi. Gembira sangat rasanya sekarang ni.

“Aku dah tak rasa takut untuk berlumba lagi. Terima kasih Amy sebab dah tolong aku dan kembalikan diri aku yang dulu.” Terharu Amy mendengar ucapan Treez itu. Kepala Treez dipeluknya, dia juga turut bangga dengan Treez.

“Ini dia keputusan akhir The Flying Horses Race. Tempat pertama adalah Princess Amanda. Tempat kedua adalah Prince Rashden dan tempat ketiga adalah Princess Stella.” Umum pengacara.

Amy terkejut mendengar mengumuman tersebut. Stella tempat ke-3? Dan lelaki itu di tempat ke-2? Setahu Amy tadi, dia memotong lelaki itu dulu baru la Stella. Tengah Amy asyik berfikir dia ditegur oleh seseorang.

Hey, nice game. Congrats for the 1st place.” Rupanya lelaki tempat ke-2 tadi. Pelajar sekolah Jullian.

By the way, I’m Prince Rashden. King Jullian Highschool. You are the best match that I have ever see.” Ujarnya dan menghulurkan tangan kanan untuk bersalam. Glove yang dipakai Amy dibuka. Menyambut huluran tangan Rashden dan mereka bersalaman sekali.

Princess Amanda. Queen Emerlda’s Highschool. You too… Your skill are awesome! But how come you got 2nd place?” Rashden tergelak mendengar soalan Amanda itu.

“Tak adalah I biasa saja. I pun tak sangka boleh dapat nombor 2 tadi. Okay apa nombor 2 tu at least dapat kalahkan Stella.” Katanya selamba. Terkejut Amy jadinya. Dia tahu ke?

I dengar pasal dia cakap jangan berani cuba potong dia. I sajalah nak buktikan dia jangan nak pandang rendah pada bakat orang lain. Seronok jugak bagi pengajaran dekat dia tu.” Balas Rashden lagi seakan faham dengan riak terkejut Amy. Mereka sama-sama ketawa. Rupanya Rashden juga berfikiran sama sepertinya juga.

Sebut pasal Stella kan, kepala terus berpusing apabila dengar bunyi jeritan seseorang tidak jauh dari tempat mereka berdua berdiri. Stella la yang menjerit tak puas hati sebab kalah pertandingan tadi. Nampak dia marah-marah sambil menghentak kakinya berjalan keluar dari kawasan ini. Fikir comel buat macam tu? Amy dan Rashden sekali lagi meletuskan ketawa melihat perangai Stella.

Once again… Congrats!” kata Rashden kemudian beredar.

“Wah! Hebat la kau Amy dapat kalahkan si Stella tu. Puas hati aku tengok muka frust dia sebab tak menang tadi.” Ujar Courtney yang baru sampai dengan 2 orang lagi sepupunya. Harry dan Britney.

“Haah Amy. By the way, untung kau dapat bersalam dengan Rashden tu. Ramai jealous tengok kau bersembang dengan dia tadi.” Cerita Britney tentang apa yang dinampak oleh mereka semua. Amy dah angkat kening pelik. Kenapa nak jealous pulak?

For your information, Rashden tu Headprefect sekolah aku. Headprefect dan manusia yang paling beku aku pernah jumpa. Nak nampak dia senyum pun susah inikan pulak dia ketawa. Dengan kau kejap je dia dah ketawa so sebab tu kau beruntung.” Terang Britney lagi.

Amy hanya mengelengkan kepala. Apa-apa sajalah. Dia dah penat sekarang ni. Nak balik bilik dan berehat. Kena kemas barang jugak sebab esok adalah hari terakhir final year camp mereka ni. Esok cuma ada majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup sebelum semua pelajar boleh pulang. Cuti semester akan bermula pula. Tak sabarnya nak cuti!

Hello everyone... Sorry lama tak update story ni😁 Makin sibuk sekarang.

So as a gift, there will be another chap!! Continue reading chap 14 and enjoy😉

05/08/2024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro