Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑 BOPL | 12

Bab 12

Seperti yang diberitahu oleh Lady Anne pagi tadi, mereka semua berkumpul di tepi pantai selepas makan malam. Masa untuk campfire. Entah apalah aktiviti ini tak pernah Amy buat sebelum ni. Nampak kusyen disusun bentuk bulatan besar sebanyak 3 lapisan dan ditengahnya ada unggun api menyala marak ditempatnya.

Mereka semua bebas untuk duduk dimana-mana tempat pun. Amy, Courtney, Britney, Harry duduk di lapisan kedua. Tak depan sangat tak belakang sangat. Riuh kawasan tepi pantai itu dengan suara pelajar kedua-dua sekolah yang rancak bersembang.

Amy menoleh ke arah Harry. Baru nampak muka mamat ni.

“Kau buat apa petang tadi Harry? Baru sekarang nampak muka kau.” Soal Amy kepada Harry.

“Aku tidur. Best sangat katil dalam bilik aku. Tu yang boleh hanyut tu hahaha. Macam tak nak bagi aku bangun je tadi.” Balas Harry. Tergelak Amy mendengarnya.

Kemudian Amy pandang ke sebelah kanannya. Nampak Courtney disebelahnya itu terpusing-pusing ke kiri dan kanan seakan mencari seseorang. Cari siapa?

“Weh apa khabar Mr. Crush aku dekat sekolah? Dia ada nakal-nakal tak?” Tanya Courtney teruja kepada Britney yang duduk disebelah kanannya. Amy yang dengar soalan itu sudah pelik. Dah kenapa suara kawan dia yang seorang ni macam gedik je tiba-tiba? Dan sejak bila pulak Courtney ni ada crush? Cerita baru ni!

Britney sudah mengeluh sambil memutarkan bola matanya. Dia datang dah… perangai gedik sepupu dia ni kalau pasal crush dia terus bertukar… dah macam bukan Courtney yang dia kenal je. Amy tergelak dengan reaksi Britney. Mesti menyampah dengan perangai Courtney yang tetiba gedik kalah ulat bulu naik daun.

Mr. Crush kau sihat dan baik-baik je. Macam biasa lah. Fokus sangat dengan practice bola sepak tiap-tiap petang. Dia dah dilantik jadi presiden kelab bola sekolah untuk tahun depan. Kau tak nampak ke dia tadi?” Menyampah pun Britney tetap jawab soalan Courtney. Sudah biasa menjadi spy tak berbayar untuk sepupunya ini dan update pasal Mr. Crush dia tu.

“Wow! Dah naik jadi presiden dah. Hebat kan Mr. Crush aku tu? Sebab tu aku boleh cair dengan dia. Aku nampak dia petang tadi je. Sekarang ni tak nampak pun bayang dia dekat sini?” Suara dia makin naik dan makin menggeletis dia ditepi Britney. Kepala masing terpusing-pusing mencari crush dia.

Amy yang tengok rasa macam nak duduk jauh dari Courtney sekarang ni. Apa dah jadi dengan kawan dia ni? Terkejut jugak dia dengan perangai Courtney yang baru dia tahu ni.

“Cuba cerita dekat aku siapa Mr. Crush si Courtney ni? Kau kenal ke?” Tanya Amy pada Britney. Nak tanya Courtney, dia tengah dalam dunia dia sendiri. Tayang muka dreamy dengan tersengih-sengih dekat sebelah dia.

“Kenal… Dia salah seorang ahli Council dekat sekolah aku. Orang yang berjaya ketuk hati sepupu aku yang seorang ni namanya Prince Ethan.” Jawab Britney. Menjerit teruja Courtney bila dengar nama crush disebut.

Terus lengan Courtney ditampar kuat oleh Amy. Bagi dia sedar sikit yang dia telah menarik perhatian beberapa pelajar ke arah sini. Malu pulak Amy rasa sekarang ni.

“Sakitlah kau tampar.” Adunya dan mengosok lengan kirinya.

“Boleh tak kau jaga sikit perangai kau tu. Ramai orang tengah tengok kau tahu tak?” Marah Amy. Terus muncung mulut Courtney lepas tu.

Baru Courtney nak membalas bunyi loceng menarik perhatian semua pelajar. Lady Anne yang membunyikan loceng itu.

“Semua dah ada dekat sini? Boleh kita mulakan Campfire kita pada malam ini. Dipersilakan pelajar dari Queen Emerlda untuk menunjukkan talentnya” Ujar Lady Anne.

Rupanya campfire malam ini adalah seperti pertunjukkan bakat oleh para pelajar. Peserta yang sudah mendaftar untuk membuat persembahan akan berdiri berdekatan unggun api iaitu di tengah kawasan yang mereka duduk.

Show bermula dari pelajar sekolah Queen Emerlda. Tak kenal tapi dia sedang menyanyi sambil memetik gitar. Ramai pelajar yang menyorak lalu menyanyi bersama-sama.

Selepas tamat persembahan Yves, nama yang baru diketahui oleh Amy tadi bila ada yang menjerit nama perempuan itu apabila dia tamat. Peserta kedua dari sekolah King Julian. Ramai yang menjerit bila seorang lelaki berdiri. Termasuk orang sebelah kanan Amy ni.

“Prince Ethan! Woo Prince Ethan!” Bila dengar nama orang tu tahu la Amy kenapa Courtney menjerit tadi, rupanya Mr. Crush dia turut membuat persembahan. Katanya dia akan menyampaikan sebuah puisi yang ditulis sendiri kemudian akan menyanyi sebuah lagu kegemarannya.

Semua pelajar menepuk tangan sambil menyorak suka. Courtney tak payah cakap la. Mata dia tu focus je dekat si dia yang berdiri di tengah kawasan itu. Mula membaca puisi pada sehelai kertas yang dipegang.

Dalam kesempatan itu Amy memerhati lelaki tersebut yang menjadi penyebab kawan baik dia angau. Orangnya tinggi dan kacak. Dibalik cahaya dari unggun api dia nampak Ethan mempunyai mata berwarna kelabu. Rambutnya yang sedikit panjang itu berwarna coklat tua. Punya senyum yang menawan dan mempunyai lesung pipit dibelah kiri. Patutlah Courtney boleh cair haha.

Semua diam mendengar Ethan yang membaca puisi itu. Tamat puisi dia menyanyikan sebuah lagu sedih bertajuk ‘Her Life’. Mendayu-dayu suara Ethan itu sampai ada yang mengalir air mata. Merdu suara dia nyanyi akui Amy di dalam hati. Nampak Courtney mengesat air matanya dengan tisu. Mana dia dapat tisu itu pun Amy tak tahu.

Tamat persembahan Ethan, semua memberi tepukan gemuruh. Ada beberapa orang yang berdiri juga, Amy rasa kawan Ethan sebab diorang semua menepuk bahu Ethan macam bangga. Persembahan ketiga, seorang pelajar lelaki menceritakan kisah seram. Berlarutan sehingga hampir pukul 11 malam campfire tersebut dan Lady Anne menamatkan aktiviti malam itu sebelum semua beransur pulang ke bilik masing-masing.

🩵🩵🩵

Hari kedua mereka di Wishy Island penuh dengan kelas dari pagi hingga petang. Pagi kelas manner. Cara-cara ketika mereka berada disebuah majlis penting. Macam-macam yang diajar. Antaranya, adab makan ketika di meja makan.

Jenuh Amy cuba ingat kegunaan garfu dan pisau yang berlainan saiz itu. Setiap saiz mempunyai kegunaan yang tersendiri bukannya boleh terjah guna yang mana-mana sekali pun. Kemudian, cara berjalan tegak dengan meletak beberapa buah buku diatas kepala. Apa yang Amy boleh cakap dia memang fail bab tu.

Dah banyak kali Amy cuba seimbangkan badan tapi tetap buku-buku tu terjatuh. Masa tu muka dia memang jadi tebal sangat bila mendengar beberapa pelajar ketawakan dia. Alah bukan dia seorang je yang gagal tadi. Ramai la jugak… pelajar lelaki pun ramai yang gagal tadi.

Seterusnya kelas menari. Mereka belajar beberapa jenis tarian yang selalu dilakukan di sebuah majlis ball. Yeah majlis tari menari. Huh! Tak pernah dia belajar menari pun sebelum ni.

Setiap pelajar mendapat pasangan, lelaki dan perempuan. Pasangan dipilih secara rawak dengan mencabut undi nama. Amy berpasangan dengan Harry. At least dapat dengan kawan dia bukannya orang yang tak dikenali. Beberapa kali jugak dia terpijak kaki Harry ketika menari tapi Harry tak pernah marah sebaliknya hanya ketawa. Kesian jugak Amy rasa dengan kaki Harry yang malang itu.

Courtney pula dapat berpasangan dengan Ethan, yeah Mr. Crush dia. Dekat luar punya tenang tapi dia tahu dalam hati kawan baiknya itu mesti bermacam-macam rasa yang ada. Bukan Amy tak nampak yang Courtney sedaya upaya mengawal riak muka supaya tak terlalu teruja ketika menari dengan Ethan. Cuba menunjukkan kelakuan yang seayu mungkin. Nak tergelak Amy dan Harry melihat kawan mereka itu.

Lepas pulang ke bilik penginapan, barulah riuh mulut Courtney bercerita akan Mr. Crushnya pada Amy dan Britney. Diorang sempat berbual ketika menari tadi. Cerita pasal betapa gentleman-nya Ethan itu dan ketawa dia yang sedap didengar itu. Ethan seorang yang peramah dan ceria. Itu Courtney yang cakap ye bukan Amy.

Amy hanya senyum saja tengok kawan dia yang macam nak melompat ke bulan tu. Macam bagus jugak kalau 2 orang itu menjadi kan?

Pada waktu malam tak ada aktiviti jadi semua pelajar mempunyai masa lapang. Oleh disebabkan Amy penat mengerah otaknya pagi tadi jadi dia memutuskan untuk berehat saja dalam bilik. Penat dengan kelas dari pagi sampai ke petang.

Courtney dan Britney juga memilih untuk berehat sahaja di bilik. Mereka bertiga bersantai di balkoni bilik sambil melihat keindahan malam. Berborak dan berkongsi cerita sebelum masuk tidur.

🩷🩷🩷

Hari ketiga disini pada waktu pagi mereka mempunyai sukaneka ditepi pantai. Hanya bermain permainan biasa saja untuk mengeluarkan peluh. Perlawanan bola tampar, bola sepak pantai dan juga pertandingan membina istana pasir. Ramai yang bersemangat menyertai kerana mempunyai hadiah di dalam setiap pertandingan.

3 orang sepupu itu juga tak ketinggalan untuk menyertai semuanya. Hanya Amanda saja yang tak masuk. Malas dia nak ikut serta lagipun dia tak pandai bermain bola tampar dan bolak sepak tu.

Bina istana pasir? Tengok ramai yang mendaftarkan diri jadi dia buat keputusan untuk menjadi penonton saja dari tepi. Lagipun dia perlu simpan tenaga untuk aktiviti petang nanti. Untuk apa? Haa ni dia tak sabar nak cerita ni…

🩵🩵🩵

Pada pukul 3:00 petang, Amy teruja bersiap. Sebab apa? Sebab pertandingan lumba kuda antara sekolah akan berlangsung sekejap lagi. Aktiviti yang memang ditunggu-tunggu dirinya. Dia pun dah daftarkan nama sebagai peserta pagi tadi. Tak sabar dia nak tunjukkan kemahiran dia yang satu ini. Kuda juga telah dia pilih tadi.

Flashback

Disebabkan perlumbaan kuda itu diadakan disini. Jadi hanya kuda yang disediakan saja yang boleh digunakan untuk masuk ke dalam pertandingan tersebut.

“Kamu boleh pilih mana-mana kuda yang ada dekat sini. Jangan risau semua kuda disini jinak dan sangat dijaga rapi dan sesuai untuk berlumba nanti. Kamu semua mestilah berbaik-baik dulu dengan kuda kamu supaya dia boleh bekerjasama untuk memenangi perlumbaan itu nanti. Tapi ingat keselamatan diri lagi penting dari pertandingan.” Panjang lebar penjaga kuda memberi penerangan dan menyampaikan nasihat. Semua mengangguk kepala faham.

Amy berjalan-jalan disekitar kandang kuda yang luas itu. Mencari kuda yang sesuai dengannya. Semua kuda disini adalah jenis kuda bersayap sebab ianya antara syarat pertandingan ini dan juga sebab course pertandingan ini sangat mencabar.

Amy tertarik dengan seekor kuda berwarna putih. Bulunya sangat kemas dan cantik. Mengingatkan dia kepada kuda putihnya, Jazz. Pandai orang disini menjaganya.

Amy berjalan kearah kandang kuda tersebut. Sempat dia memandang sekelilingnya. Semua peserta tengah sibuk memilih kuda masing-masing. Terus Amy menegur kuda putih itu.

“Hai kuda… Aku dah buat keputusan untuk pilih kau sebagai partner aku dalam pertandingan nanti.” Kata Amy sambil menyuakan lobak merah yang dipegang dari tadi kepada kuda putih didepannya. Kuda itu mengigit separuh lobak merah itu.

“Hai… Tapi dah lama orang tak pilih aku sebagai kuda lumba. Aku pernah cedera teruk 2 tahun lepas jadi semua tak nak pilih aku sebab takut aku tak dapat membantu diorang. Kau tetap nak pilih aku jugak ke?” Balas kuda putih itu. Macam pasrah je bunyinya. Amy menggelengkan kepalanya.

“Alah tu kan cerita 2 tahun lepas. Sekarang mesti kau dah sihat sepenuhnya kan?” Soal Amy pula. Lobak diberikan lagi kepada kuda tersebut. Berharap kuda itu mahu bekerjasama dengannya. Kepala kuda putih itu turut diusap lembut.

“Memang aku dah sihat… Ehh kejap kau boleh faham apa yang aku cakap ke?” Mesti kuda itu pelik macam mana Amy boleh memahami kata-katanya. Ni kalau orang lain dengar mesti hanya dengar bunyi ‘Neigh’ saja.

Amy menganggukkan kepala. “Aku memang ada kuasa untuk faham apa yang binatang cakap. Jadi sekarang ni kau nak tak jadi partner aku?” Soal Amy lagi.

“Ouh patutlah... Tapi betul ke kau tak kesah pilih aku nanti. Aku takut kalau kita tak dapat menang pertandingan tu nanti sebab aku dah lama tak berlumba. Banyak lagi kuda lain yang kau boleh pilih dekat sini.”

“Yeah aku tak kesah pun dan aku tetap nak pilih kau sebagai partner lumba aku. Tak yakin? Jangan risau aku akan pastikan yang kau akan bersemangat semula untuk berlumba balik. Kita kena tunjukkan dekat semua orang yang kau dah sihat semula dan boleh berlumba lagi. Kalau kau ikut apa yang aku cakap dan bekerjasama pasti kita boleh menang dalam perlumbaaan ni.” Pujuk Amy lagi. Bila nampak kuda itu hanya senyap Amy putuskan yang kuda itu setuju menjadi partnernya. Kepala kuda itu diusap lagi.

“Dah pilih kuda dah? Yang ini?” Tanya seorang penjaga kuda. Amy hanya mengangguk mengiakan.

“Tak kesah ke pilih kuda ni? Sebab dia pernah cedera 2 tahun lepas. Dah lama dia tak berlumba. Mungkin dia agak kekok.” Soal penjaga kuda itu prihatin.

“Tak apa, kalau kita tak cuba macam mana nak tahu dia kekok ke tak kan? Lagipun 2 tahun tu dah cukup lama dia berehat dari berlumba.” Ujar Amy kepada penjaga kuda tersebut. Dia hanya angguk setuju dengan kenyataan Amy. Kepala kuda itu digosokkan sekali lagi. Gembira dengan pilihannya.

End Flashback

“Kau betul ke tak nak sertai pertandingan tu?” Soal Amy pada Courtney. Dia hanya gelengkan kepala. Relax saja duduk di atas katilnya memerhati Amy yang sudah hampir siap memakai baju khas untuk menunggang kuda itu.

“Aku cuma nak pesan dekat kau pasal satu benda ni. Kalau kau kena arah supaya jangan menang oleh Stella nanti kau jangan dengar tau. Abaikan je apa yang dia cakap tu.” Beritahu Courtney. Amy yang dengar terus mengerutkan kening. Kaki berjalan ke arah Courtney dan duduk disebelahnya.

“Kenapa?” Mahu dengar lebih lanjut akan apa yang dikatakan oleh Courtney tadi.

“Dia memang wakil permainan lumba kuda sekolah. Kira macam hebat juga la skill dia dalam berlumba kuda. Tapi dia tu Queen Control tahu tak? Dia ugut pemain lain supaya bagi dia menang. Dia tak ugut pengadil tapi ugut peserta lain untuk bagi dia yang menang. Kalau tak dia akan bagi denda yang paling teruk dekat sekolah nanti.” Terang Courtney.

“Eii teruknya perangai… Ada ke ugut macam tu? Bila dengar kau cerita ni memang tak la aku nak dengar cakap dia tu. Huh! Dia belum kenal Amanda lagi la. Aku akan tunjukkan kat dia siapa yang lebih handal. Aku akan pastikan yang aku menang nanti tak pun sekurang-kurangnya orang lain yang menang nanti.” Senyum sinis Amy sambil berkata.

Dia nak si Stella tu berpijak semula ke bumi yang nyata ni. Dia akan pastikan yang Stella takkan berani lagi ugut peserta lain lepas ni. Tetiba semangat nak menang membara dalam diri Amy. Let’s show time!

Hii yalls... Sorry for the late update! Been super busy these days. Please enjoying reading.

New chapter? Nahh its not in the near future so be patient okay?

07/05/2024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro