Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑 BOPL | 11

Bab 11

Semua pelajar berkumpul disebuah jeti menunggu bot. Bot yang akan membawa mereka semua ke Wishy Island. Amy melihat suasana yang kecoh disekelilingnya. Ramai pelajar yang membawa beg beroda yang bukan hanya sebuah tapi 2 buah dan ada juga 3 buah. Ni baru kem 4 hari, kalau sebulan agaknya penuh bot bawa barang sahaja silap-silap boleh karam bot tu sebab terlebih muatan.

Tapi yang lagi menarik perhatian Amy adalah diorang semua bukan mengangkat sendiri beg itu semua. Bukan juga ada orang lain yang membawanya tapi semua beg-beg itu terapung ke udara tidak menjejak tanah. Ternganga jugak Amy buat beberapa saat.

Macam mana diorang boleh terapungkan barang mereka tu? Hanya jari yang digunakan untuk mengawal barang tersebut. Mereka guna kuasa magik kah? Tak pernah Amy tahu rupanya ada kuasa seperti itu sebab sekarang ni dia tengah terkial-kial mengangkat 2 buah begnya.

Dari jauh Amy nampak Courtney dan Harry yang tengah berborak. Mereka berdua juga sama seperti lain. Dia nampak barang ditepi mereka juga terapung. Kaki terus melangkah kearah 2 orang rakannya itu. Courtney yang baru perasan akan Amy terus melambai supaya cepat datang ke arah mereka.

“Weh korang, macam mana korang buat barang ni semua terapung?” Laju Amy bertanya. Masih jakun dia rasa melihat benda di depan mata. Hakikatnya memang dia tak pernah tengok benda terapung seperti ini sebelum ni. Courtney dan Harry ketawa mendengar soalan Amy.

“Kami guna mentera untuk buatkan benda ni terapung. Meh aku ajar.” Ujar Courtney. Dia kemudian perlahan-lahan mengajar cara untuk mengapungkan barang kepada Amy. Selepas memberitahu mentera yang perlu dibaca, jari Courtney mengarahkan ke atas untuk membuatkan barang Amy terangkat lalu terapung sedikit tinggi dari tanah. Jari dia juga mengarahkan ke kanan untuk membawa barang itu kanan kemudian ke kiri pula. Amy mengulang semula apa yang diajar Courtney kepada barang dia yang lain. Gembira Amy bila dia berjaya menerapungkan barang-barangnya itu sendiri. Wah senang la kerja dia lepas ni!

Tengah Amy bergembira akan magik yang baru dipelajarinya tadi dia terdengar suara dari pembesar suara. Sebuah pengumuman sedang dibuat.

“Perhatian kepada pelajar sekolah Queen Emerlda’s Highschool Royal Blood. Sila beratur ke jeti untuk menaiki bot sekarang.”

“Jom la… bot dah sampai.” Ajak Harry.

Sementara menunggu giliran untuk masuk ke dalam bot, nama akan diperiksa oleh guru yang bertugas sebagai tanda kehadiran pelajar. Bot yang boleh tahan besar itu diperhati oleh Amy. Haruslah besar untuk membawa semua pelajar yang lebih dari seratus ni sekali gus.

“Prince Harry Harith Helinton”

“Princess Courtney Cindiara Carren”

“Princess Amanda Alexa Ariel”

Mereka bertiga masuk ke dalam bot selepas nama disebut.

“Semua pelajar mempunyai masa rehat ketika berada dalam bot ni. Perjalanan ke Pulau Wishy mengambil masa satu jam setengah. Jaga keselamatan kamu semua ketika berada di atas bot ini, faham?” Ujar pengetua memberi nasihat supaya pelajar berhati-hati. Semua mengangguk faham sebelum mula membuat hal masing-masing.

“Jom pergi makan… Aku lapar la.” Adu Harry kepada Amanda dan Courtney. Mereka berdua hanya mengikut jejak langkah jejaka itu ke arah tempat makan yang juga menjadi pilihan beberapa orang pelajar. Turut mahu memuaskan perut yang lapar.

“Kau kata sepupu kau yang lain ada sekali nanti. Mana? Aku tak nampak pun tadi.” Soal Amy sambil mengunyah steak daging. Tadi di jeti pun dia nampak beberapa pelajar sekolah lain yang turut menunggu bot. Macam mana dia boleh tahu? Cukuplah dia melihat mereka memakai baju uniform yang berbeza dari sekolahnya itu menjadi bukti.

“Diorang memang akan sampai lambat sikit dari kita. Nanti jumpa la tu dekat pulau tu nanti.” Balas Courtney. Sepotong kek menjadi pilihannya sebab katanya dia sudah makan sebelum ke sini. Tak macam Amy dan Harry yang tengah lahap makan. Lapar ok? Haha

🩷🩷🩷

Lepas makan, Amy, Courtney dan Harry mula berjalan sekitar bot besar itu. Bila lagi nak buat siri jelajah bot ni kan? Ramai juga pelajar lain membuat perkara yang sama. Mereka berhenti sekejap untuk melihat lautan luas di sekeliling. Kosong je yang Amy nampak tanpa ada pulau yang berdekatan, memang betul-betul tengah laut ni. Sesekali ternampak ikan lumba-lumba melompat. Ada yang menjerit suka dan menepuk tangan bila nampak ikan tersebut macam tengah buat show pulak.

Masa pun turut berlalu ketika mereka menikmati pemandangan indah laut biru di depan mata. Angin yang menderu perlahan juga terasa sangat menyenangkan hati. Amy pejam mata sambil duduk di atas kerusi yang disediakan.

“Perhatian para pelajar, kita sudah hampir sampai ke jeti Pulau Wishy. Bersiap sedia untuk turun. Sila pastikan kawan-kawan kamu ada bersama.” Kata pengetua. Mungkin risau jika ada yang hilang ketika berada di atas bot ini.

Amy berjalan ke bahagian tepi bot. Dari jauh dia boleh nampak sebuah pulau yang sedang bot ini tuju. Tempat kem juga dia boleh nampak dari sini. Terdapat sebuah istana yang berada dekat dengan kawasan laut seperti sebuah istana tepi laut. Air laut juga mula kelihatan jernih sampai boleh nampak ke dasar. Cantik! Ni tempat kem ke tempat percutian?

Amy membawa turun barang-barangnya dengan kuasa magik. Para pelajar diarah untuk berkumpul di satu dewan. Mungkin ada beberapa taklimat yang akan diberikan sebelum ke bilik masing-masing nanti.

Tak lama kemudian pelajar sekolah King Jullian juga turun berkumpul di situ. Amy memandang pelajar sekolah lain itu. Cantik uniform diorang yang berwarna merah-biru-kelabu tu. Barang yang dibawa mereka juga turut banyak seperti kami semua.

“Welcome to Wishy Island. I’m the owner of this island, Princess Anne. Can call me Lady Anne. Nice to meet all of you, student Queen Emerlda Highschool and King Jullian Highschool.” Ucap Lady Anne sebagai pembuka kata lalu menundukkan sedikit badan sebagai tanda hormat. Semua pelajar membalasnya dengan melakukan perkara yang sama.

“Your schedule for today is you all have free time until night. Bebas melakukan aktiviti yang berada di sini. Tapi malam nanti kamu semua akan ada campfire di tepi pantai. Please be there at 8:30 p.m. sharp and don’t be late okay?” Pesan Lady Anne. Semua pelajar hanya membalas okay.

“Semua boleh beransur ke bilik yang telah ditetapkan. Enjoy your time here.” Sambung Lady Anne lagi sebagai penutup ucapan. Kemudian pelajar mula beransur untuk ke bilik masing-masing.

“Jom… bilik kita dekat tingkat 3, bilik no. 6.” Ajak Courtney lepas berjumpa dengan cikgu. Pembahagian bilik sudah diberitahu oleh pengetua ketika mereka baru sampai ke pulau ni tadi. Nasib baik Amy sebilik dengan Courtney. 1 bilik untuk 3 orang. Tapi dia tak tahu siapa yang akan berkongsi bilik dengan mereka berdua.

Saat kaki melangkah ke bangunan tempat penginapan mereka itu Amy ternganga luas. Rekaan bangunan itu menarik perhatiannya. Sangat unik.

Terdapat 2 pokok besar yang diubah suai menjadi sebuah istana dengan beberapa menara kecil disetiap dahan pokok yang besar itu. Untuk naik ke atas adalah menggunakan satu tangga kayu panjang yang mengelilingi batang pokok yang besar itu. Istana pokok! Tempat lelaki dan perempuan diasingkan. Pokok disebelah kiri adalah bangunan lelaki manakala pokok disebelah kanan adalah bangunan perempuan. Terpisah la mereka berdua dengan Harry.

Amy dan Courtney melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Terdapat 3 buah katil besar, 3 buah almari dan 1 bilik air. Ada juga satu tingkap kaca besar yang diluarnya mempunyai balkoni untuk bersantai. Namun begitu bilik itu sangat luas dan siling bilik ini juga tinggi. Hanya bayang mereka berdua disitu. Nampaknya seorang lagi masih belum sampai.

Berpusing-pusing Amy dan Courtney menari di tengah ruang bilik. Macam budak-budak saja. Lepas penat berpusing, Amy keluar ke balkoni, ingin melihat suasana di luar bahagian belakang bangunan. Di bahagian bawah, ada kolam besar yang kini sudah ada beberapa pelajar yang mandi disitu. Ada padang rumput luas disebelah kolam. Di hujung padang rumput dia nampak satu bangunan kayu berwarna merah. Macam kandang kuda saja.

Tiba-tiba Amy terdengar orang menjerit dari dalam bilik. Suara Courtney. Dah kenapa pulak kawan dia yang seorang tu? Cepat saja kaki melangkah semula ke dalam bilik untuk tahu kenapa. Courtney tengah memeluk seseorang. Tengok uniform yang dipakai oleh si dia, tahu la Amy orang itu adalah pelajar sekolah King Jullian. Mungkin dia juga merupakan teman sebiliknya.

“Weh! Lama gila tak jumpa kau. Rindu.”

“Tula kan… Aku pun rindu kau jugak.”

Amy berdehem. Cuba tarik perhatian dua orang manusia yang tak habis lagi jejak kasih. Kening diangkat kepada Courtney sebagai soalan ‘siapa ni?’

“Amy, ni aku nak kenalkan ni sepupu aku yang aku ceritakan haritu. Anak pengetua sekolah King Jullian, pakcik aku. Britney ni kawan baik aku dekat sekolah Queen Emerlda.” Perkenal Courtney kepada 2 orang perempuan yang kini saling menghadap.

“Britney Jessie Jullian”

“Amanda Alexa Ariel”

Amy memandang Britney. Cantik orangnya dan juga tinggi. Lagi tinggi dari dia dan Courtney. Mempunyai mata yang sama dengan Courtney juga, biru turqoise. Berambut Blonde panjang beralun. Bila senyum boleh nampak keseluruhan giginya dari atas sampai bawah. Senyum yang lebar.

“Wah mata kau cantik la. Tak pernah aku tengok mata coklat yang macam kau ni.” Puji Britney. Amy hanya senyum nipis. Hakikatnya, mata dia agak unik. Dalam keluarganya hanya dia seorang yang mata berwarna coklat keemasan. Aurora dan Ayden pula berwarna perang.

“Orang tua-tua cakapkan, kalau kita ada anak mata yang cantik. Kita akan dapat suami yang hebat.” Kata Britney tiba-tiba. Tergelak Amy yang mendengar. Ada ke teori macam tu? Macam tak boleh pakai saja.

“Merepek la kau ni. Mana kau tahu?”

“Aku boleh nampak dalam mata kau la. Trust me.”

“Jangan percaya sangat si Britney ni. Dia punya tilikan bukan boleh percaya sangat.” Celah Courtney. Britney dah jeling sepupunya disebelah. Ada ke cakap macam tu. Dia memang boleh nampak masa depan seseorang tu melalui matanya cuma kadang ada yang betul dan ada yang tak. Dia cuma beritahu apa yang dia nampak dalam mata Amy, betul ke tak dia tak pasti.

“Dah la… Aku nak pergi mandi dulu. Nanti kita keluar jalan-jalan dekat pantai okay?” 2 orang sepupu itu hanya mengangguk setuju. Amy mengambil baju dan tualanya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Boleh tak kau jangan memandai-mandai tilik orang. Biar jelah apa yang nak jadi pada masa depan nanti.” Marah Courtney pada Britney. Dia tahu akan kelebihan sepupunya ini yang boleh nampak masa depan orang lain. Tapi tak semuanya betul.

“Aku serious la wei… Mana ada aku main-main. Aku sendiri yang nampak dalam mata Amy tadi. Aku nampak yang dia akan bahagia dengan suami dia nanti. Cinta dia dan suami dia tersangat la kuat. Tak ada orang lain yang boleh pisahkan mereka. Macam Perfect Love.” Muka serius juga ditayang kepada Courtney menunjukkan yang dia tak main-main.

Terdiam Courtney melihat sepupunya ini. Tiba-tiba rasa lain macam. Macam andaian yang dibuat oleh Britney itu bakal menjadi nyata. Kalau betul, dia akan pastikan kawan baiknya itu bahagia.

“Ada satu lagi yang aku nampak dalam mata dia. Tapi aku macam tak percaya jugak dengan apa yang aku nampak tadi.” Ujar Britney tapi macam teragak-agak. Tak yakin.

“Apa dia? Bagitahu je dekat aku.” Desak Courtney.

“Mereka akan berkahwin nanti. Bukannya lagi beberapa tahun tapi dalam masa yang terdekat. Macam kurang dari 5 bulan je.” Beritahu Britney. Tak pasti la tilikannya ini betul ke tak.

Courtney terkejut. Takkan la secepat itu?

Abaikan benda karut dalam chapter ni... Ianya hanyalah imaginasi author sendiri😂

03/04/2024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro