Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑 BOPL | 10

Bab 10

Pembacaannya terhenti apabila kepala sudah tak mampu hadam apa yang dibaca. Buku-buku yang berselerak atas mejanya ditutup. Nak berehat kejap sebelum sambung balik study.

James pandang keluar tingkap besar bilik sebelum melangkah ke situ. Dia membuka pintu gelangsar untuk keluar ke terrace. Ingin ambil angin segar sekejap.

Sudah 3 jam dia diam menelaah buku-buku rujukan yang perlu dibaca. Final examnya bermula lusa. Selama hampir 2 minggu pulak tu. Dia memang jenis study awal supaya tak kalut, itulah cara dia mendapat markah tinggi dalam setiap exam. Lepas exam dia cuma tinggal majlis final year student dan majlis graduation sebelum mengucap bye-bye kepada title student.

Di sekolah dia sudah mendengar akan kem akhir tahun yang sudah dia pergi setiap tahun dulu. Mereka yang sudah ditahun akhir memang tidak akan join kem itu sebab tarikhnya bertindih dengan tarikh peperiksaan. Sementara pelajar junior yang lain bergembira pergi ke kem tu, final year student tengah sibuk berperang di dalam dewan exam.

Sebut pasal sekolah, dia teringat akan seseorang yang sudah mencuri hatinya setelah pertama kali melihatnya. Dia tak pernah percaya pada Love at first sight sebelum ini, tapi tengok la sekarang ni. Otaknya kadang-kadang terbayangkan Amanda, gadis pertama yang buatkan jantung dia berdegup kencang.

Dan selama lebih sebulan ni dia boleh dikatakan hampir setiap hari dapat melihat cinta hati lalu bersebelahan dia. Kadang-kadang ketika awal pagi berselisih di koridor untuk ke kelas masing-masing. Kadang-kadang ketika mereka sedang dalam perjalanan ke dewan makan.

Dalam diam dia asyik memerhati Amanda yang rancak berbual dengan temannya. Tanpa disedari oleh sesiapa termasuklah tuan punya badan. Suara lantangnya, senyum lawanya, bunyi ketawanya yang dia rasa seperti sebuah lagu. Huh! Kalau dah angau macam nilah jadinya… asyik tersenyum saja.

Tengah James berangan dia terdengar pintu biliknya diketuk. Lekas dia memberi arahan supaya orang itu masuk. Wayne, pembantu yang selalu dia minta lakukan apa-apa siasatan secara senyap seperti inspector. James senyum melihat kehadiran pembantunya. Mesti dia sudah dapatkan maklumat yang dia suruh Wayne cari beberapa minggu lepas.

“Ini file yang Grand Prince minta saya siasat dulu. Semua maklumat sudah berada dalam tu tanpa tinggal sedikit pun.” Lapor Wayne sambil menyerahkan sebuah file hitam kepada Tuannya itu.

File itu diambil oleh James lalu dia mengucapkan terima kasih dan memuji akan kerja yang dilakukan oleh pembantunya. Cekap dan pantas. Dia memberikan keizinan Wayne untuk keluar dari biliknya.

Kaki terus menapak semula ke meja kerja dia. File ditangan dibuka lalu mata membaca maklumat yang tertera. Maklumat penuh tentang Princess Amanda Alexa Ariel. Bermula dari cerita ketika Amanda dilahirkan kemudian apa yang jadi 20 tahun dahulu, macam mana Amanda membesar sehinggalah kisah bagaimana dia boleh tahu dia adalah puteri sulung negaranya. James senyum puas hati membaca semuanya. Seperti yang dia mahukan, sangat lengkap.

Walaupun keluarga James dan Amanda memang rapat dari dulu lagi tapi dia tak nak mengorek rahsia itu daripada parent dia atau parent Amanda. Dia mampu mendapatkan semua itu tanpa dia yang perlu turun padang. Sebab itu dia minta Wayne yang siasat, selama beberapa minggu Wayne pergi ke negara Arendelle untuk menjadi orang tempatan di sana dan mengorek semua cerita tentang Amanda.

Baru dia faham apa yang terjadi dan dia agak sedih bila tahu Amanda terpisah dari ibubapanya sedari kecil. Tak ada sesiapa tahu yang Queen Adrinne melahirkan 2 orang puteri dahulu. Walaupun Amanda jauh dari keluarga tapi dia membesar dengan sihat dan cantik. Kalau tak, tak mungkin James boleh terjatuh hati.

One day I’ll make you mine, Amanda. Just you wait.” Kata James seorang diri. Senyum lagi sambil merenung beberapa keping gambar Amanda yang turut berada dalam file tersebut.

🩷🩷🩷

Queen Emerlda’s Highschool Royal Blood

Harini tak ada kelas sebab harini merupakan hari terakhir sesi persekolahan untuk tahun ini. Cuti semester selama 2 bulan bakal bermula. Yahoo! Cuti! Siapa je yang tak suka cuti kan? 2 bulan pulak tu.

Dalam kepala Amy sudah merancang nak balik ke Arielle. Dia rindukan Ffy dan Grand. Sudah 2 bulan lebih dia berpisah dengan keluarga yang menjaga dia sedari kecil itu. Rindu juga mahu mandi sungai, memburu dan tunggang kuda bersama. Banyak aktiviti yang ingin dia lakukan di Arielle nanti. Memikirkannya saja sudah mampu membuatkan Amy tersenyum.

“Haa! Termenung apa tu? Teringat buah hati ke?” Sergah si Courtney dari belakang Amy. Terkejut dia lalu menampar kuat lengannya. Apa lagi menjerit kuat la Courtney sambil mengurut tempat yang sakit ditampar oleh Amy tadi.

“Sakitlah kau pukul aku! Mana adab kau ha? Dah terjun lombong?” Adu Courtney kasar. Sejak berkawan dengan Amy memang kadang-kadang bahasa Courtney pun menjadi kasar juga. Dah hilang suara sopan-santun tuan puteri dia tapi bila hanya bersama Amy saja. Nak mati kalau bahasa kasar itu semua keluar di depan orang lain?

“Cakap orang pulak… Yang dia tu, duk terjah orang tetiba? Mana adab kau pulak? Lemas dalam laut ke?” Balas Amy sinis. Courtney terus ketawa.

“Ishh cepat la. Aku tanya ni… Teringat buah hati ke?” Ulang Courtney balik.

“Banyak la kau buah hati, tak ada maknanya. Aku cuma teringat kawan-kawan aku dekat Arielle lah. Dah lama aku tak jenguk diorang semua. Cuti nanti aku nak balik sana.” Jawab Amy. Courtney yang mendengar hanya menjawab Ouh.

“Ehh dah la. Jom pergi, nanti ramai orang la. Aku nak duduk dekat barisan depan.” Ajak Courtney sambil menarik tangan Amy supaya berdiri.

Amy angkat kening pelik. Pergi mana? Setahu dia jamuan akhir tahun lagi 2 jam. Pada pukul 12:00 tengah hari. Sekarang baru pukul 10:00 pagi.

“Pergi mana pulak ni? Takkan kau dah lapar kot? Tunggu la lagi 2 jam, baru boleh pergi makan.” Soal Amy pelik. Courtney sudah menepuk dahinya. Sah-sah lah minah ni belum tahu.

“Kau ni tak tahu ke? Hari ahad nanti kita ada kem la. 4 hari 3 malam dekat Pulau Wishy. Lepas tu baru cuti. Jom pergi Main Hall, ada taklimat pasal kem tu nanti.” Kaki terus melangkah sambil mengheret Amy bersamanya.

“Boleh tak kalau tak pergi dengar taklimat tu?” Malas-malas Amy mengikut arah yang ditarik Courtney. Aduh! Dia paling malas nak dengar taklimat semua ni.

“Tak boleh! Cikgu akan ambil kehadiran tahu tak. Semua wajib ada dekat sana.” Kata Courtney pula. Amy dah tak tahu nak cakap apa. Ikut saja lah.

🩵🩵🩵

Main Hall

“Semua orang dah ada disini ke?” tanya Queen Emerlda a.k.a pengetua sekolah kepada guru yang bertugas mengambil kehadiran pelajar. Dia mahu semua pelajar yang terlibat dalam kem nanti berada disitu baru dia akan mulakan taklimatnya. Guru tersebut menjawab Okay dan memberitahu pengetua yang dia boleh memulakan sesi taklimat.

“Seperti yang kamu semua sudah tahu. Kita akan mengadakan kem di Pulau Wishy selama 4 hari 3 malam disana.” kata pengetua. Mata sempat meliar ke seluruh dewan ketika memulakan kata. Semua pelajar tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh pengetua sekolah.

“Tetapi, saya mendapat berita yang tahun ini agak berbeza dari yang sebelum ini. Satu lagi sekolah lain turut akan menyertai Final year camp bersama-sama kita semua.” Sambung pengetua. Dia berhenti sekejap untuk melihat reaksi para pelajarnya.

Dewan yang senyap tadi mula menjadi riuh dengan suara ketidakpuasan pelajar-pelajar tentang sekolah lain yang bakal mengikuti kem itu. Terdapat juga beberapa orang pelajar yang sibuk bercerita dan tertanya-tanya tentang sekolah mana yang akan bergabung nanti.

“Buat pertama kalinya kem sekolah kita akan digabungkan dengan sekolah King Jullian Highschool Royal Blood. Disebabkan kedua-dua sekolah memilih tempat yang sama untuk membuat Final year camp, pemilik Wishy Island mencadangkan kita melakukannya serentak untuk memudahkan segala urusan.  Kemungkinan kamu semua akan berkongsi bilik dengan pelajar sekolah itu.”

Amy melihat Courtney disebelah, muka cerah bak purnama penuh. Dah kenapa pulak dia ni? Terus dia menepuk bahu Courtney. Kening diangkat membawa maksud ‘kau dah kenapa?’ tanpa perlu mengeluarkan suara.

“Sekolah tu actually sekolah pakcik aku. Sepupu aku ada yang bersekolah dekat situ. Nanti aku cerita panjang lagi.” Ujar Courtney perlahan. Kepalanya kembali tertumpu ke depan. Fokus semula kepada pengetua yang masih berbicara.

“Yang kedua, barang yang perlu kamu bawa. Tiada halangan sebenarnya jadi kamu bawaklah apa-apa yang kamu rasa perlu dan kamu rasa penting. Barang yang kamu semua rasa tak boleh hidup kalau tak ada selama kem tersebut.” Hai macam perli je pengetua ni? Amy tersenyum menahan ketawanya. Sesetengah pelajar yang mendengar juga turut ketawa akan kata-kata pengetua yang dirasakan agak kelakar itu.

Taklimat diteruskan lagi tentang jadual ketika mereka di Wishy Island. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan disana seperti kelas tarian dan kelas manner ketika berada disebuah majlis. Ada juga aktiviti santai seperti perlawanan berenang dan bola tampar antara sekolah. Konsert dan barbeku juga turut ada pada malam terakhir kem nanti.

“Kita juga akan mengadakan The Flying Horses Race antara sekolah. Ada disediakan hadiah untuk pemenang nanti. Jadi sila bawa pakaian sukan khas menunggang kuda dan juga kasut but.”

Mata Amy sudah bersinar bila mendengar tentang perlumbaan kuda terbang. Dia selalu menyertai pertandingan tersebut ketika di Arielle dulu. Dia adalah juara 4 kali berturut-turut tahu!

Nampaknya dia sudah tahu apa yang akan dilakukan di camp itu. Ada juga la benda yang menarik minatnya dalam camp ini. Tersenyum Amy membayangkan apa yang bakal terjadi nanti. Ahh tak sabar pulak rasanya.

Tomorrow

Amy mencari baju yang perlu dibawa. Bersepah juga walk in closetnya dengan baju yang bertaburan di atas lantai. Baju yang dipilih pula diberikan kepada Royal maid yang sedia menunggu untuk melipat pakaiannya sambil memgemas benda lain yang perlu dibawa bersama. Dah diorang yang baik hati nak tolong Amy mengemas lalu dia hanya membiarkan saja. Senang kerjanya.

Sudah 2 bulan lebih Amy tinggal disini dan jujur dia cakap dia mula selesa akan kehidupan barunya ini. Walaupun masih banyak yang dia perlu belajar tentang cara-cara menjadi puteri sejati. Gaun-gaun yang tak pernah dia impikan untuk pakai sebelum ni tak ada la teruk pun sebenarnya… selesa saja baginya.

Apa-apa benda lain juga dia hanya membiarkan Royal maid buat. Dah tak larat dia nak menghalang lagi. Terdapat beberapa Royal maid yang sudah pun mesra dengannya, macam boleh ngam la.

Bonda dan ayahanda dia pula gembira melihat dirinya yang sudah mula biasa dengan protokol istana. Amy dah jarang makan dekat dapur sebaliknya dia menyertai keluarganya makan on time di dewan makan. Makan bersama lagi seronok sebenarnya membuatkan dia rasa family dia sudah lengkap. Tersenyum Amy mengingatkan perubahan dalam hidupnya ini.

Princess ada lagi ke barang yang nak dibawa?” tanya Lily iaitu salah seorang Royal maid yang Amy rapat. Amy tersedar dari lamunannya lalu menggelengkan kepala. Rasanya dah tak ada benda lain yang ingin dibawa. Luggage yang sudah penuh itu ditutup oleh Lily lalu dizip.

“Haa… Princess fikir apa tu? Jauh mengelamunnya… fikir kekasih ke?” Usik Flora. Daisy dan Lily ketawa mendengar usikan kawan mereka itu.

Amy duduk di sofa berhampiran mereka sambil menggelengkan kepala. Dekat sekolah Courtney cakap dia teringatkan buah hati. Dekat rumah diorang cakap dia fikirkan kekasih. Apa-apa sajalah.

“Tak lah… Aku fikir pasal benda yang dah banyak berubah. Dulu aku tak suka semua ni. Tapi sekarang aku rasa selesa sebabnya ada keluarga yang sayangkan aku dan korang semua jugak.” Luah Amy. Mereka bertiga tersenyum mendengarnya.

“Kami dah dengar kisah Princess dulu dari Fabian. Kami faham rasa sedih dan rindu terhadap keluarga ni macam mana. Memikirkan diri yang tak tahu asal usul dan macam mana nak teruskan hidup.” Ujar Lily sebak. Lily ni anak yatim sebab itu dia agak sensitif jika isu keluarga keluar.

“Tapi Princess jangan risau sebab kami akan jaga dan sayang Princess kami ni dengan sebaiknya.” Kata Daisy pula seperti sebuah janji.

Amy pula rasa terharu mendengar kata-kata Royal maidnya itu. Terus dia bangun dan memeluk ketiga-tiganya. Rasa nak nangis pulak tapi cepat-cepat air mata dilap. Tak nak sedih-sedih.

“Aku sayang korang.” Pelukan dieratkan lagi. Dia betul-betul maksudkannya.

“Kami pun sayang Princess jugak.” Flora, Daisy dan Lily berkata serentak. Kemudian mereka ketawa bersama. Tersenyum Amy dengan keletah Royal maid dia ini.

Macam mana semua orang berpuasa? Okay tak tu? Ada ke yang turun berat badan?😆 Kena lagi naik macam Sya ni?😌 Huhu

Okay need to sleep now if not i will tersengguk-sengguk time sahur later🤣

23/03/2024

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro