SPECIAL EDITION- KELAHIRAN SI ALBINO
Bunyi derapan tapak kaki semakin kuat kedengaran apabila koridor sunyi itu mula didatangi seorang demi seorang. Joseph yang resah kerisauan setia menanti di luar dewan bersalin yang menempatkan isterinya, Diana yang sedang bertarung nyawa melahirkan anak kedua mereka.
"Joseph!"panggil Michael tatkala dia tiba bersama Kayla di sisi. Joseph yang sedang duduk di bangku kayu bingkas berdiri dan memeluk sahabatnya itu.
Kayla hanya tersenyum kepada Joseph sambil mendukung si kecil bersamanya.
"Hello little buddy."sapa Joseph kepada Felix, anak lelaki Michael dan Kayla yang baru berusia setahun itu.
Si kecil hanya tersengih sambil menggigit permainan getah yang dipegangnya.
"Everything will be okay. Kau tak perlu risau. Aku tahu Diana dan bayi akan selamat."ucap Michael sambil mengusap belakang badan Joseph.
Mereka mengambil tempat di bangku kayu itu bersama. Felix didirikan oleh Kayla di lantai koridor. Dia mula berjalan setapak demi setapak seraya tangannya memaut bangku kayu.
"Mana Delyra?"soal Kayla yang ingin memecahkan kesunyian di antara mereka.
Joseph menjawab pertanyaan Kayla dengan memuncungkan mulutnya ke arah pintu lift yang terbuka. Delyra dan Chester berlari perlahan mendekati mereka.
"Jangan berlari, Ches."Dylan menegur anak lelakinya seraya berjalan beriringan bersama Celine.
Delyra terus meluru ke arah Joseph lalu memeluk ayahnya itu.
"Papa, everything okay?"soal gadis kecil yang baru berusia 3 tahun itu. Joseph tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Ikatan ponytail rambut blonde anaknya itu dibetulkan agar lebih kemas.
"Uncle Joe, is she pretty? Ches tak sabar nak jumpa dia!"kata Chester dengan girang.
"Yes, she's pretty. Just like Delyra."balas Joseph.
Chester dan Delyra semakin teruja dan mula melompat bersama.
"Guys, no jumping. This is hospital. Kamu berdua mahu disuntik?"Celine mula bercekak pinggang. Si kecil Delyra dan Chester segera berhenti melompat lalu mereka berdua bingkas berdiri tegak di sebelah bangku kayu.
"Dah berapa lama kau tunggu?"soal Dylan kepada Joseph. Joseph yang berdebar melepaskan helaan lemah.
"Already 1 hour I think. Atau lebih."jawab Joseph.
Pintu dewan bersalin dibuka lalu keluar doktor yang menyambut kelahiran bayi yang dinanti-nantikan mereka. Joseph segera bangun dan mereka menghampiri doktor berkenaan.
"Macam mana doktor? Isteri dan anak saya?"soal Joseph.
"Isteri encik tidak ada apa-apa masalah. Tetapi..."
"Tetapi apa?"soal Kayla pula.
"Terdapat dua masalah dengan bayi encik. Dia dilahirkan sebagai albino. Masalah kedua adalah, jantung anak encik lemah dan dia tidak akan hidup seperti kanak-kanak normal. Dia perlu menjalani rawatan sepanjang dia hidup. Maafkan saya, Encik Edisson."
Joseph tergamam selepas mendengar penjelasan doktor berkenaan. Michael dan Dylan mula menenangkan sahabat mereka itu. Celine dan Kayla pula terkelu dan wajah mereka berdua jelas kerisauan.
"Papa, kenapa? Kenapa dengan adik?" soal Delyra sambil memegang kaki Joseph.
"Delyra, mari sini. Everything okay, sayang. Sekejap lagi kita akan tengok Mama dan adik baru Del."ucap Celine.
Delyra menghampiri Celine lalu memeluk perempuan itu. Kayla pula mula sibuk menenangkan Felix yang mula merengek.
Pintu dewan bersalin dibuka besar oleh beberapa orang jururawat. Katil yang menempatkan Diana ditolak perlahan untuk memindahkan si ibu ke wad biasa.
Joseph menghampiri isterinya yang masih tidak sedarkan diri.
"Diana? Hey, baby. Wake up. Isteri saya okay kan, nurse?"soal Joseph.
"Jangan risau, encik. Dia cuma masih tidak sedarkan diri sahaja. Tolong beri laluan, kami mahu menghantar Puan Diana ke wadnya."
"Mama! Mamaaa."panggil Delyra yang didukung Celine. Katil Diana segera ditolak oleh jururawat dan mula hilang dari pandangan.
Kini, katil bayi pula ditolak keluar oleh doktor. Sekujur tubuh putih yang kecil itu menjadi tatapan mata yang ada di koridor itu.
Keseluruhan rambut si bayi berwarna putih. Matanya yang mempunyai bulu mata putih terpejam rapat. Joseph menghampiri bayinya yang sedang tidur itu.
"This is your daughter, Mr. Edisson."ucap doktor itu. Joseph kehilangan kata-kata seraya air matanya mengalir perlahan menuruni pipinya.
"Is this my sister? Kenapa rambut dia warna putih? She had magic power like Elsa?"soal Delyra teruja. Chester pula menjinjitkan kakinya agar dia dapat melihat si bayi yang sedang nyenyak tidur di dalam katil bayi.
"Yes, Del. Itu adik kamu. She's amazing, right? She's pretty just like you."ucap Michael.
"She looks like Elsa. I want called her baby Elsa!"balas Delyra.
"Pretty little baby! I like her."celah Chester pula.
"Don't worry, Joseph. Everything will be fine as long she get a treatment."ucap Dylan kepada Joseph.
"Betul. Dia dilahirkan sihat cuma jantung dia lemah. Semua akan berjalan lancar jika si bayi menerima rawatan rapi."sambung doktor.
Joseph mengesat air matanya lalu mengangguk. Kini dia kembali tersedar dan mula menerima kekuatan semula. Jika Joseph tidak kuat bagaimana pula dengan Diana? Joseph tidak mahu berfikir panjang. Apa yang penting buat keluarganya itu, dia perlu menyimpan perasaan sedihnya. Sudah semestinya dia tidak mahu Diana pula yang sedih selepas ini.
'Semua akan berjalan lancar.'ucap Joseph di dalam hati. Joseph mula mengusap perlahan pipi putih bayinya itu.
"Welcome to the world, daughter."
***
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro