9 -ARE YOU JEALOUS, MICHAEL?
Michael pov
Badan lemah ini aku gagahkan bangun dan terus meluru ke bilik air. Just now Kayla tanya aku mahu makan ataupun tidak. Dia risaukan aku?
Aku terus bersihkan diri. Hidung yang berair aku hembus kuat. Aku paling benci selsema. Aku kena spare tissue setiap masa. Ini semua sebab Kayla, boleh dia cakap sekarang ni panas? Kulit biawak ke apa? Aku mati kesejukkan dalam selimut tu tahu tak!
Usai mandi, aku keluar dengan hanya melilit tuala di pinggang sahaja. Memanglah aku berani. Sebab tiada Kayla di sini. Remote penghawa dingin segera aku capai. Penghawa dingin selesai dimatikan. Aku terus menyarung pakaian ke tubuh. Rambut disikat supaya lebih kemas. Deodoran juga aku tidak lupakan.
Selepas memastikan diri sudah siap, aku melangkah untuk keluar dari bilik. Mata aku melilau sekitar kawasan pantai. Okay mereka di sana. Kenapa muka semua tegang semacam? Aku atur langkah ke arah mereka.
"What's up guys? Pahal kumpul kat sini?"
Aku berdiri sambil berpeluk tubuh. Wajah satu persatu aku pandang. Sehinggalah pandanganku terhenti kepada seorang lelaki. Dia duduk di sebelah Kayla. And everyone look at me.
"What?"soalku apabila mereka terdiam memandang aku. Semua membisu.
"Nothing. Ni haa abang Celine pun ada di sini. Danny Ashtor."jawab Dylan. Mereka semua ketawa perlahan. Aku dapat rasakan ada benda yang tidak kena di sini. Everyone loughing but.. Macam buat-buat. Joseph tak ketawa terbahak-bahak macam selalu. And Diana? Ketawa dengan dahi berkerut. Aku memandang Kayla pula. Dia terdiam sambil merenung pasir di kakinya.
"Alright, jom kita makan. Aku dah sewa set barbecue. So we have barbecue tonight!"kata Joseph dengan riang.
Kami semua menuju ke pondok yang ditunjuk Joseph. Segala peralatan dan bahan untuk dibakar sudah tersedia.
Mungkin aku patut offer diri untuk membakar. Setidaknya aku boleh panaskan diri sambil membakar. Aku memandang sekeliling. Mana Kayla?
Kayla sedang berbual dengan Danny. And she's laughing. Dia kenal Danny serapat itu? Sehingga dia boleh ketawa bersama?
Bahu aku ditepuk.
"Micha, kau nak membakar?"soal Joseph.
"Err sure. Biar aku bakar dulu."
"Alright. Kita gilir-gilir. Lepas kau, aku pula."
Aku angguk perlahan. Joseph duduk semula di sebelah Diana. Diana pula tidak lepas memandang Kayla. Dylan dan Celine pula menolong mengasingkan bahan yang hendak dibakar. Daging dan seafood.
"Celine, sejak bila abang kau turut serta?"aku menyoal.
"Ohh aku pun tidak tahu. Aku baru jumpa dia tadi."jawab Celine.
"No need to worry Micha. Kayla is yours." Dylan mencelah.
"Eh kenapa aku nak risau pula?"
"Aku tahu kau cemburu. Kau tak henti memandang Kayla."jawab Dylan.
Aku? Cemburu? Of course not! You're wrong. Aku cuma pelik sahaja Kayla boleh gelak ketawa bersama Danny. Thats all!
"Mana ada aku cemburu. Kau silap."jawabku.
Dylan memberi senyuman sinis. Celine menyenggol lengan Dylan supaya berhenti daripada kacau aku.
Kayla berjalan ke arah aku. Aku menelan air liur. Relaks Micha! Kau tak cemburu kan. So better kau diam sahaja.
"Kata tak lapar tadi?" Kayla menyoal.
Aku fokus mengipas daging yang dibakar.
"Tiba-tiba lapar. Lapar macam nak telan orang."jawabku.
Oh wait! Kenapa aku jawab macam itu pula? Siapa yang aku mahu telan sekarang ni?
"Uuu so scary. So Mr Logan, nak aku bantu apa-apa?" Kayla mula mencapai menyepit.
"Nahhh its okay. Kau pergilah borak lagi. Aku boleh buat sendiri."
"Borak?"soal Kayla hairan.
Michael! Apa kau cakap ni. Biarlah dia nak borak dengan siapa pun. Apa masalah kau nak halang?
"Nothing. Just forget it."
"Gosh. Are you jealous, Michael?"soal Kayla sambil menekup mulutnya.
"Siapa yang jealous?"soal Joseph.
Aku mengetap gigi. Aduh bala seorang ni datang pula. Mampus aku dibahan sekejap lagi. One.. Two.. Three..
"Are you serious Micha?! Woi Micha cemburu!!"jerit Joseph.
Semua mata memandang aku. Kayla tersengih sinis di sebelah aku.
"Mana ada! Kau ni Joseph, memang nak kena!!" aku memberi kipas membakar kepada Kayla lalu terus lari mengejar Joseph.
"Micha cemburu! Wahai dunia! Kau dengar tak?!" Joseph menjerit sambil ketawa terbahak-bahak. Boleh tahan laju kaki si Joseph ni lari. Naik mengah aku mengejar dia.
"Shut up, ya crazy brain!! Diam sebelum aku bunuh kau!"
***
Aku mengunyah daging seorang diri di bangku tepi pantai. Gosh, Joseph memang cari pasal. His mouth like machine gun. Mereka semua masih lagi tidak berhenti membahan aku. Jadi aku ambil keputusan untuk duduk jauh dari mereka. Telinga aku panas!
"Michael, I'm sorry."
Kayla melabuhkan punggung di sebelah aku.
"Aku tak tahu pula Joseph kaki gosip." tambahnya.
Dia bukan kaki gosip, Kayla. Dia machine gun. Mulut dia tak akan berhenti kalau dia dapat tahu rahsia kau. Mahu sahaja aku baling bom ke dalam mulut dia.
Aku hanya diam. Mulut tidak berhenti menggigit dan mengunyah daging bakar.
"Aku akan bantu kau. Kita kena tukar topik yang mereka bualkan. I know his secret."
Aku memandang Kayla.
"What?"soalku dengan mulut yang masih penuh dengan daging.
"Just now, aku ke bilik dia dan Diana. Mereka mencurigakan. Diana hanya pakai singlet dan seluar pendek. And Joseph sedang duduk di atas katil. Bila aku tanya, muka Diana merah."
"Jadi kau nak cakap mereka sedang buat benda itu? Itu tak cukup kuat nak bahan dia, Kayla." jawabku.
Aku tahu Joseph bagaimana. Dia tak termakan dengan benda semua itu.
"Ohh. So kita tak boleh buat apa lah? Sorry Michael."
"Just forget it. Kau dah makan?" soalku.
Kayla menggeleng perlahan.
"Kenapa?"
"Aku pun kena tempias juga. Jadi aku tak ada selera nak makan."
"Kau tunggu sini."
Aku bangun dan menuju ke arah pondok. Daging dan seafood aku letak di dalam mangkuk. Joseph memandang aku sambil tersenyum. Aku tahu dia nak mulakan lagi.
"Wuuuu boyfriend ambilkan girlfriend makanan. So sweet!"kata Joseph.
"So what? Aku kacau kau dan Diana ke?"
Aku terus berlalu pergi dan menuju ke arah Kayla semula. Mangkuk berisi makanan aku hukur kepada Kayla.
"Makan lah. Kat sini tak dengar sangat bualan mereka."
Mangkuk bertukar tangan.
"So kau dah lama kenal Danny?"
"Aku baru kenal dia tadi."
Baru kenal tadi? Habis apasal kau boleh ketawa dengan dia. Dengan aku dulu bukan main kau maki hamun.
"Ohh."
"Kau cemburu?"soal Kayla pula.
"Cemburu? Mestilah tidak. Aku dan kau cuma pasangan kekasih palsu kan?" jawabku lalu ketawa perlahan.
Kayla hanya diam dan menikmati makanannya.
"Kayla, malam ni kau tidur bawah ya?"
Kayla berhenti mengunyah. Dia menoleh dan memandang aku.
"Seriously? I'm a girl you know."jawabnya.
"Gurau sahaja lah. Mestilah aku yang tidur bawah."
Kayla sambung semula makan makanannya. Sesekali aku dapat rasakan yang dia sangat comel. Look at her bun hair. So cute. Dan cara dia makan tak ubah macam budak kecil.
Siapa sebenarnya kau Kayla? Ada kala kau jadi seorang pemarah. Ada kala kau jadi seorang yang lemah. Ada kala kau jadi seorang yang pemalu. Ada kala kau jadi seorang sahabat. Siapa kau sebenarnya? Aku mahu kenali kau, Kayla.
***
Love from,
Fiixorra
💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro