Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

4 -STAY SILENT FOR ME, YOU IDIOT!

Kayla pov

Sudah beberapa hari aku tidak endahkan Diana. Aku masih kecil hati kerana dia membela Michael. I'm her bestfriend! But why, Diana? Why? Setiap kali terserempak dengan Diana di Eastardom, aku akan larikan diri dan memberi alasan sibuk.

Pintu bilik diketuk perlahan. Aku segera menoleh ke arah pintu, mama masuk ke dalam lalu duduk di birai katil.

"Kayla tak pergi birthday party Dylan? Malam ni kan?"soal mama.

"I'm tired, mom."jawabku pendek.

"Kayla tolong pergi please. Jenguk keluarga Robert, wakilkan mama. Mama ada meeting malam ni. Can you, darling?"pinta mama.

Aku berguling di atas katil sambil mengeluh lemah. Aku malas mahu ke sana seorang diri. Urghhh.

"Alright mom. Please choose some dress for me to wear tonight. Your beautiful daughter lazy now." kataku lemah.

Mama menyimpul senyuman. Dia terus menapak dan membuka wardrobe pakaianku. Satu persatu dress dia keluarkan. Jika tidak kena di matanya, dia simpan semula dress tersebut dan mengeluarkan yang lain pula.

"Alright darling. Ini dress yang sesuai untuk malam ni." kata mama sambil memegang dress hitam. Aku merenung dress itu. Inilah dress yang Jack hadiahkan dulu. Sudah lama aku simpan. Masih muat lagi ke? Aku dapat dress itu sewaktu aku umur 18 tahun. And now I'm 24.

"Tiada dress lain ke ma?"soalku.

"Kenapa? Kayla tak suka. Mama suka yang ini. Just simple. And Kayla boleh kenakan dengan necklace yang ada."

Yaa I can wear this dress. Jack pun tak akan ada di sana kan? So why not?

"Thanks mom." jawabku sambil menyimpul senyuman buatnya. Mama tersenyum.

"Kirim salam Aunty Nyla and Uncle Drake. And don't forget to wish happy birthday to Dylan."

"Alright mom. Don't worry, I will."

Mama segera keluar dan menutup pintu bilikku rapat. Aku baring kembali di atas katil.

So now, I'm alone. Aku pergi sana sendiri. Selalunya aku akan ajak Diana ke mana-mana. Hmph I miss her. Mungkin aku patut mengalah. In this problem, aku harus lebih matang. Sebab Diana? Yaa know.. Dia seperti budak kecil. Selalu bergantung dekat aku dalam apa jenis masalah yang dia hadapi. Setiap masa dia perlukan nasihat dari aku. But now masalah dia dengan aku, jadi dia nak bergantung dekat siapa pula? Dia mahu terima nasihat dari siapa kalau bukan aku?

So here you are. I'm done! Just go away you damn big ego! Shuu shuu. Aku meraba bawah bantal. Smartphone aku capai. Nombor Diana aku dail segera. Talian sudah disambungkan. Aku sedikit gementar untuk mendengar suara Diana. Aku jadi serba salah apabila teringat waktu aku menengkingnya mengenai Michael. Urghh this boy, I hate him. Damn much! Sebab dia aku bergaduh dengan Diana.


"Hello Kayla."

"Hey. Kau buat apa Diana?"soalku.

"Aku tengah bersiap. Aku akan hadir ke birthday party Dylan. Your cousin. So kau pergi ke sana?"

Mukaku berubah ceria. Diana pun ke sana juga. Aku tidak keseorangan. Mungkin di sana aku boleh berbaik semula dengan Diana.

"Yes, I'm going. See you there, babes. Bye."

Talian aku matikan. Aku terus lompat dari katil dan terus menuju ke bilik air untuk mandi.

***

Ford Mustang Kuning milikku masuk ke dalam perkarangan rumah agam keluarga Robert. Seusai parking aku keluar dari kereta. Perasaan sedikit gementar mula timbul. I'm alone. Mana Diana? Dia di dalam ke? Aku menapak perlahan masuk ke dalam rumah agam keluarga Robert.

Mata aku terbuntang besar, ramainya orang! Ni birthday party ke majlis perkahwinan?!

"Kaylaaa!"

Aku menoleh ke arah kanan. Itu Diana. Di sebelahnya ada Joseph. Alright, dia bersama Joseph? Since when? At least tiada Michael di situ. Aku menyimpul senyuman dan bergerak ke arah mereka. Thanks god dress ni tak labuh cecah lantai, cuma paras bawah lutut aku sahaja. Jadi senang lah aku mahu ke sana ke sini.

"Hey babes."

"You look gorgeous Kayla!"

Aku memeluk Diana.

"Woww. Not bad huh Kayla? That dress looks good on you."kata Joseph.

"Thanks Joseph."

Aku menyimpul senyuman.

"Oh yaa. You guys wait here for a minute. Aku perlu berjumpa Mrs. and Mr. Robert."

Diana angguk tanda faham. Joseph pula terpinga-pinga. Aku terus menapak pergi. Mata aku sibuk melilau mencari mereka. Bingo! Mereka di sana bersama Dylan. Aku menapak ke arah mereka.

"Hi aunty and uncle."

"Kayla. Thanks for coming. Mana Miley?"

Aku memeluk Aunty Nyla. Uncle Drake menyimpul senyuman kepadaku.

"Mama ada meeting. Jadi Kayla wakil mama datang ke sini. Dia kirimkan salam untuk kamu berdua. And you Dylan! Happy birthday."

"Thanks Kayla."jawab Dylan.

Aku perasan ada seorang perempuan di sebelah Dylan. Maybe his girlfriend. I don't know tho. Tapi aku macam pernah nampak dia sebelum ni.

"Kayla, hari ini birthday Dylan and merangkap majlis pertunangan Dylan dan Celine." kata Uncle Drake.

"Oh really? Congratulations to both of you. Hi I'm Kayla, Dylan's cousin."

Aku menghulur tangan ke arah Celine. Celine menyambutnya sambil tersenyum.

"I know you. I'm Celine Ashtor. Aku juga student di Eastardom. Mungkin kau tidak perasan aku sebelum ni. Tapi aku kenal kau, hottest girl in our college." katanya dengan lemah lembut. Awhh you lucky Dylan. Dapat fiancee sopan santun macam ni.

"Ohhh patutlah aku macam kenal kau. Kau yang selalu bersama Dylan. Alright I remembered you now."

Dylan menggosok belakang kepalanya. Aunty Nyla dan Uncle Robert sudah hilang entah ke mana. Mungkin layan tetamu yang datang. Yaaa mereka sangat sibuk. Hari ini majlis pertunangan anak mereka.

"So Kayla, kau datang dengan siapa?"

"Tadi aku bersama Diana. Okay aku pergi dulu. Tak nak ganggu korang berdua."

Aku ketawa perlahan. Dylan dan Celine sudah tersipu malu. Aku segera pergi ke arah Diana semula. But suddenly aku ternampak Michael. What?! Dia di sini juga? Urghh. Aku berjalan ke arah mereka dengan muka ketat.

Michael perasan kehadiran aku. Dia sibukkan diri mengunyah makanan.

"Kayla, kau tak makan lagi kan? Pergi lah ambil makanan dulu. Aku tunggu di sini."kata Diana.

Thanks god you saved me, Diana. Aku malas nak hadap Michael lama-lama. Aku angguk dan terus pergi ke bahagian buffet. Pinggan aku capai dan mata melihat makanan yang dihidangkan.

"Hello Miss Swan. Nice dress. I'm wonder tho kenapa kau pakai dress ini ke sini."

Aku menoleh. Jack Clooney. Kenapa dia juga ada di sini? Ahh I remembered, dia kawan lama Dylan. Thats why dia pun ada.

"Swan? I'm Miss Dawnson. Takkan dah 6 tahun berlalu kau dah lupa nama keluarga aku? This dress? My mom asked me to wear this. Tapi kau jangan risau, aku akan buang dress ini nanti. Aku tak perlukannya." Tangan aku pula sibuk memilih dan meletak makanan di pinggan.

"What ever Kayla. Awhh about swan? Kau nak tahu kenapa? Sebab kau adalah anak itik hodoh dan telah bertukar kepada angsa yang cantik. Am I right?"

Aku mengetap gigi. Kenapa dia mahu rosakkan mood aku? Elok-elok aku ke sini dengan mood baik pada awalnya. Tapi dia? Urgh! Jack adalah pemusnah keceriaan hidup aku. Alright, sabar Kayla sabar. Aku putuskan untuk berdiam. Mata aku sibuk memilih makanan yang aku mahu. This buffet very long! Bila nak sampai penghujungnya? There's so much foods! Aku buntu mahu ambil yang mana.

"So mana teman lelaki kau Kayla? Mustahil kau datang seorang diri. Ya know, dulu ke mana sahaja kau mahu pergi kau akan ajak aku. So mana dia?"soal Jack.

Aku mati akal seketika. Yes aku tipu dia masa tu. Aku mana ada teman lelaki. Aku cuma tidak mahu dia ganggu aku, sebab tu aku berbohong. Mana aku nak cekau lelaki ni. Suddenly bahu aku dilanggar seseorang.

"Tepi sikit please, aku nak ambil makanan juga. Bukan kau seorang sahaja yang lapar di sini." kata Michael dengan nada berbisik.

Ting!

Aku mendapat akal. Aku terus memaut lengan Michael dan menoleh Jack. Michael pula terkejut dengan apa yang aku lakukan. Jack pula merenung pautan tangan aku di lengan Michael.

"Ini teman lelaki aku. Michael Logan. Handsome kan? Lebih kacak dari kau. Lebih baik dari kau. Dan yang paling penting, lebih hargai aku dan sanggup terima kekurangan aku."

Reaksi muka Michael berubah. Dia mahu katakan sesuatu, tapi aku pantas cubit lengannya. Aku terpaksa. Stay silent for me, you idiot! Michael seakan faham dan menyimpul senyuman untuk Jack.

"Oh really? Nice to meet you, bro. I'm Jack Clooney. Bekas teman lelaki Kayla."

"Michael Logan."

Mereka bersalaman. Muka Jack kelihatan sedang bengang. Padan muka kau Jack! Dan aku pula masih lagi memaut lengan Michael. And his perfume.. Aku dapat bau haruman minyak wanginya. My favourite smell.

"I got to go. Jumpa lagi Kayla."

Jack sudah pergi. Aku terselamat. Harap-harap lah aku tidak berjumpa dengannya lagi. And aku terus tersedar! Aku memandang Michael. Mata birunya sedang merenung aku tajam. Keningnya diangkat. Dia memberi senyuman sinis. Okay this situation! So awkward! Lengannya masih lagi dalam pautan aku. Aku segera lepaskan lengannya.

"Jangan salah faham. Itu cuma lakonan."kataku lalu pergi meninggalkannya dan menuju ke arah Diana.

Apa yang kau dah buat ni Kayla? Memalukan! Kau tak ingat ke waktu kau maki hamun dia hari tu? You called him asshole! Pisau cukur! Kaki kikis! Urghh. And now? Dia tolong kau. Alright, fine! Aku terpaksa. Kalau ada lelaki lain pun di situ, aku pasti akan buat benda yang sama. Ini cuma takdir. Cuma Michael yang ada di situ. So what should I do then? Itu sahaja peluang untuk Jack tidak ganggu aku lagi. Jadi aku patut berterima kasih dengannya. Yes dengan Michael Logan.

***

Tonight couple.
Dylan&Celine
💏

Freddie Stroma as Dylan Robert

Scarlett Byrne as Celine Ashtor


Cast for Jack? Aww wait for the next chapter guys.

For readers, thanks💞

Now I love to update this story.
I love to make them in awkward situation😈 kehkehkeh.

Okay guys,
Enjoy reading. See ya!😘

Love from,
Fiixorra
💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro