Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30 -WE NEED TO TALK, YOUNG MAN

Michael pov

Sebulan berlalu, aku, Kayla, Diana dan Joseph sudah tamat pengajian di Eastardom. Kami akan graduate dua bulan lagi. Sekarang hanya tunggu giliran Celine dan Dylan sahaja. Seperti apa yang kau tahu, mereka berdua terpaksa tangguh semester akhir disebabkan kemalangan yang menimpa mereka.

Banyak kenangan yang aku dapat sepanjang belajar di sini. Dari mula-mula aku berjumpa Kayla, kami bergaduh bagai nak rak. Tapi tak sangka akhirnya aku jatuh cinta dengan dia. Kami bercinta dan sekarang kami masih lagi tidak dapat menerima hakikat jodoh kami tak berpanjangan.

Seperti apa yang sudah diatur cik Author, Miley dan Daniel akan berkahwin. Dua bulan lagi. Apa yang patut aku lakukan? Dude, come on! Kau cintakan Kayla, bukan? So do something, ya bullshit! Kau perlu bersemuka dengan Daniel. Lelaki yang telah abaikan ibu kau. Meet him.

Bunyi loceng ditekan kedengaran. Siapa pula yang datang sekarang? Aku ke yang kena turun ke bawah dan buka pintu itu? Mana Dylan?! Loceng ditekan berkali-kali semakin kedengaran. Fine! Aku yang kena buka pintu tu. Kalau Dylan ada kat bilik sebelah, memang aku tendang dia keluar tingkap.

Kaki segera diatur ke pintu bilik yang terbuka luas. Semasa lalu di sebelah bilik Dylan, aku sempat mengerling lubang kecil bawah pintu biliknya. Biliknya gelap. Dia tiada di rumah lah ni? Urgh.

Aku segera menuruni tangga. Who the hell is this? So rude. Tekan loceng macam esok nak kiamat. Tombol pintu dipegang lalu dipulas. Pintu aku buka. Lirikan mata berhenti ke arah lelaki berumur yang sedang berdiri memandang aku.

"Kau mahu apa ke sini?"soalku lemah. Sudah tentu aku tak bersemangat. Daniel yang datang ke sini. Daniel Logan.

"We need to talk, young man."

Aku membuka pintu sedikit luas dan memberi isyarat tangan untuk Daniel masuk ke dalam. Daniel melangkah masuk ke dalam perlahan. Belum sempat aku mahu menutup pintu kembali, ada sesuatu sedang menahan pintu ini daripada tertutup. Aku menjengahkan kepala.

Miley tersenyum nipis lalu masuk ke dalam. Wait, sejak bila dia ada di luar juga? Aku memerhati Miley sehinggalah dia duduk di atas sofa bersebelahan Daniel. Pintu aku tutup kembali lalu kaki melangkah ke arah dapur.

"Aku boleh sediakan air bujang sahaja sekarang. Coffee or tea?"soalku lalu mencapai dua cawan di rak.

"Tak perlu, Michael. Kami datang bukan nak minum. Kami nak berbincang."balas Daniel.

Bebola mata diputarkan. Aku meletakkan kembali cawan yang baru sahaja aku capai ke dalam rak. What ever... Kalau kau tercekik air liur waktu berbincang, bukan salah aku.

"All right. Jadi apa dia yang penting sangat, sampai kau nak jejakkan kaki ke sini?"aku mula menyoal selepas melabuhkan punggung di atas sofa.

"Michael, maafkan semua kesalahan ayah."Daniel mula bertutur.

"Ayah? Huh. This is funny. Sudah berpuluh tahun aku hidup sebagai yatim piatu, dan sekarang kau mengaku aku anak kau?"

"Aku nak kau pergi kubur ibu, minta ampun kat ibu."tambahku.

"Michael, kami dah ke sana. Daniel dah menyesal. Sekarang giliran kau pula maafkan ayah kau. Kau kena ingat, walau apa sekali pun dia ayah kau."Miley mencelah.

"Kau nak aku maafkan dia? Boleh. Batalkan perkahwinan kau sebab aku nak kahwin dengan Kayla."

Miley dan Daniel berbalas pandangan lalu memandang aku semula. Bukan mudah bukan kau nak terima semua tu? Itulah yang aku dan Kayla rasakan sekarang ni.

***

Enjin ducati hitam dihidupkan. Aku harus berjumpa dengan Kayla sekarang. Apa yang Daniel katakan sebentar tadi sangat memeranjatkan aku. Mungkin Kayla juga akan terkejut besar apabila aku memberitahunya sebentar lagi.

Helmet disarungkan ke kepala seraya kaki diangkat untuk naik ke atasnya. Tidak lama kemudian, ducati hitam menyusur masuk ke lebuh raya.

"Kayla, I'll be there."

Kelajuan bike semakin meningkat. Apa yang ada di dalam kepala sekarang adalah aku harus berjumpa Kayla. Walau apa pun yang terjadi.

Aku mengerling jam di tangan sebentar lalu lirikan beralih ke jalan kembali. Lampu isyarat sudah bertukar merah. Brek tangan dan kaki ditekan serta merta namun bike aku terlalu laju. Ducati hitamku hilang kawalan lalu merempuh belakang kereta Mazda Merah yang sedang berhenti di hadapan.

BAMM!

Aku tercampak ke udara lalu jatuh beberapa meter daripada lokasi kejadian. Bike aku pula sudah remuk terselit di bawah Mazda Merah itu. Kelopak mata aku terkebil-kebil. Tangan aku menggigil. Mulut aku pula tidak lepas menyebut nama Kayla.

"Kay.. La.. Ka.. Y.. Llll.. A.."

Aku dapat merasakan sesuatu cecair mengalir di kepala. Orang ramai mula berkerumun sekeliling aku. Pipi aku ditepuk perlahan. Aku memerhati satu persatu wajah yang ada. Semua sungguh asing bagi aku.

Mana sahabat-sahabat aku? Mana Kayla? Lirikan mata beralih kepada seorang wanita yang memandang aku sambil tersenyum. Wanita itu adalah ibu. Dia wanita yang ada dalam gambar yang Jasmine tunjukkan kepada aku tempoh hari.

"I-ibu?"ucapku perlahan. Ibu hanya memandang aku. Bibirnya mengukir senyuman nipis seraya tangannya dihulurkan kepada aku. Aku tidak sempat menyambut huluran tangan ibu kerana hembusan nafas panjang sudah aku lepaskan seraya kelopak mata aku tertutup perlahan.

***

Love from,
Fiixorra
💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro