Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Preview

     "Kurang ajar!" dengan itu, satu penumbuknya dihadiahkan pada pipi kanan aku.  Terasa kebas dan kepala aku terasa pinar setelah tubuh aku menerima penumbuknya.

"Kau, perempuan, patut bersyukur aku suka kau tau!" katanya membuatkan aku tergelak kecil.  Suka?  Orang gila mana saja yang akan fikirkan tindakan bodoh dia ini sebagai satu sifat 'suka'?

Amarahnya bergelora di dada apabila terdengar gelak kecil ku, seolah-olah sinis dan mencabar jiwanya yang penuh ego.

Pada malam itu, tubuh ku hancur dimusnahkan oleh syaitan yang bertopengkan malaikat ini.

...

     "Tak sedar diri, dia fikir dia siapa nak kahwin dengan lelaki macam Ardyn tu?" bisikan dan ejekan yang pertama kali aku dengari.

"Entah apalah yang Ardyn nampak pada dia tu. Nak kata cantik, tak adalah cantik sangat." pandangannya tajam melihat aku yang sedang berjalan memasuki saf wanita. 

Aku berjalan mengambil tempat untuk solat berjemaah.  Surau pada hari ini penuh dengan mereka yang datang berkunjung untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah.  Ruangan solat wanita dipenuhi dengan makcik-makcik, anak-anak kecil serta beberapa mata yang setia menjeling aku.

Sememangnya, salah ke untuk aku berkahwin sama Ardyn?  Teruk sangat ke aku dimata yang lain, sehingga nama aku dibibir mereka?

"Tengoklah, berlagak betul." hiraukan Ayla, hiraukan saja mereka.

"Entah-entah dia ada guna-gunakan si Ardyn tu.  Kalau tidak, macam mana dia boleh dengan Ardyn kan?" celupar, mulutnya sungguh celupar.

Tidak lagi aku tahan, aku berjalan ke arah wanita itu dan tidak semena-mena, tangan aku mencengkam telekung yang dipakai miliknya sebelum aku tarik dia kearah aku.

"Kau jangan nak biadap!  Fikir aku tak dengar apa yang kau cakap pasal aku dengan Ardyn?!" lantang suara aku berteriak.  Wajah wanita itu mencuka.

"Aku tak tahu kau siapa, aku tak kenal kau siapa, apa dosa aku pada kau?! Ha?!" jerkah aku.

Beberapa jemaah wanita yang lain mencuba menghentikan pergaduhan kami.  Ada yang dari mereka cuba tarik aku dari terus mencengkam wanita itu.

Sebelum sempat aku hamburkan lagi kemarahan aku, tubuh aku ditarik dari belakang dan dibawa ke dalam dakapan.

Satu bisikan lembut, berbisik di tepi telinga ku. "Sudah sayang, lepaskan dia." suara Ardyn lembut berbunyi.

Perlahan-lahan aku melepaskan telekung wanita tadi.

"Istighfar, sayang.  Istighfar dengan saya, sayang." kelembutan dari suaranya, perlahan-lahan meredakan hati kemarahan aku.

Dengan perlahan, kelopak mata aku terbuka, dan dengan perlahan air mata jatuh turun ke wajah aku.

"Ayla! Ya Allah! Doktor! Doktor!" jeritan seorang wanita yang aku kenali.  Sekilas aku memandang ke tepi, wajah tua mak aku menerpa pandangan.  Wajahnya dipenuhi air mata yang melihat aku dengan matanya yang dipenuhi kasih sayang.

...

     "Ardyn!" tubuhnya yang terkena tikam itu, pantas aku berlari menuju ke arahnya.  Keadaan sekeliling aku pada ketika, terasa kelam dan pudar.  Yang aku tahu, aku mahu ke dapatkan Ardyn.

Tubuhnya yang terletak di atas jalan itu, pantas aku hampiri dan tubuhnya aku tarik ke dalam dakapan aku.

"Ardyn!" suara aku meneriak namanya, dan saat itu tidak putus air mata ku dari terus mengalir sambil memegang tubuhnya yang berlumuran darah itu di pangkuan ku.

"Sayang.." serak suaranya memanggil aku.

Tangannya panjang memegang wajah aku, dielus penuh lembut dan penuh sayang pipi ku dengan hujung jarinya.

Bibirnya mengutarakan sesuatu, penuh tekun aku mendengari kata-katanya sebelum dia melepaskan wajah ku dan pengsan.

...

author note :

hai semua!  maaf, saya tak reti tulis preview ༎ຶ⁠‿⁠༎ຶ
but hope you enjoy it, the preview!  cerita masih dalam proses pembuatan, jadi mungkin mengambil masa untuk disiapkan.

insyaallah, saya akan cuba untuk siapkan kalau tiada apa-apa masalah.  harap korang boleh setia menunggu untuk baca the main story!

beau réve = beautiful dream

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro