Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

24 | Album

"Assalamualaikum! Akak! Esok cuti sekolah, kan?" Wani bertanya dari corong telefon sebelah sana.

"Waalaikumussalam... Ha'ahh! Cuti!" Nazliyana tersenyum. Hari ni dah hari Jumaat. Jadi, esok dan lusa, cuti!

"Akak!" Panggil Wani lagi. "Weekend ni akak dengan angah ada plan tak? Nak pergi mana-mana ke?"

"Hurmm... tak ada rasanya. Angah tak bagitahu apa-apa pun."

"Akak!" Suara Wani masih teruja.

"Kenapa?"

"Wani, ibu dengan abah, ada dalam kereta sekarang ni, tengah on the way pergi rumah akak. Kitorang nak tidur sana malam ni!" Wani tersenyum gembira. Album di atas ribanya dipeluk setia. Tak sabar nak tunjuk hasil photoshoot perkahwinan akak dengan angah!

"Aaaaa, Wani!" Nazliyana mengeluh. Terdengar suaranya seakan tidak puas hati.

"Kenapa, akak?" Mati senyuman Wani. "Akak... tak kasi... kitorang pergi sana ke?" Sedih.

Encik Zuhairi yang sedang memandu kereta dan Puan Wahidah yang duduk di sebelah suaminya, kerutkan dahi sambil berbalas pandang. Wani loudspeaker perbualan telefonnya. Jadi, mereka turut mendengar suara Nazliyana.

"Bukannn... Wani... dekat rumah ni dah tak ada lauk extra. Tinggal ikan kembung dua ekor je... cemana kita semua nak makan malam?" Nazliyana serasa bagai ingin menangis. Nak jamu apa dekat keluarga mertua aku kalau macam ni? Arash dah call, dalam pukul sembilan malam, mungkin dia baru boleh sampai rumah.

Wani tersenyum kembali. Dia melepas nafas lega. Kus semangat. Ingatkan, kakak ipar aku ni sama macam kak long- tak suka kalau orang pergi rumah dia. Pasal makanan yang dia risaukan rupanya.

"Naz..." Panggil Puan Wahidah berlagu-lagu sambil tersenyum. Lega terasa mendengar alasan kenapa Nazliyana mengeluh tadi.

"Ibu!!! Rumah Naz tak dak lauk..." Nazliyana merengek sedih.

"Naz..." Lagi sekali Puan Wahidah memanggil, masih berlagu.

"Iya ibu?" Sedih Naz bertanya.

"Ibu bawakan lauk, sambal tumis udang laut..." Puan Wahidah tersenyum. Dia tahu itu masakan kesukaan menantunya.

"Aaaaa! Ibu ni! Touching betul rasa! Mekasih bu! Cepat sikit sampai!" Nazliyana tersenyum lebar. Sedap, sedap, sedap!

Encik Zuhairi sekadar tersenyum mendengar suara ceria anak-beranaknya. Seandainya kak long mereka pun boleh bertoleransi macam ni... kan lebih bagus.

❄️

Wani sedang menapak menuju ke ruang tamu rumah Afiq. Di tangannya ada seutas jam tangan. Setibanya dia, "Akak! I am so so so very sorry! Wani tak sengaja simpan jam tangan kesayangan akak ni lama-lama." Wani pulangkan semula jam tangan Nazliyana yang pernah disimpannya suatu tika dulu. Dah dekat dua bulan jam itu dalam simpanannya. Asyik lupa je nak kembalikan.

"It's okey Wani. Thank you jagakan..." Nazliyana menyambut jam tangan hadiah pemberian sahabatnya, Atirah. Dia lantas kembali melihat album gambar perkahwinannya. Album itu bersaiz 10R. Satu helaian muka surat album, boleh menempatkan 4 keping gambar bersaiz 4R. "Cantik betul Wani ambilkan gambar-gambar ni." Nazliyana tersenyum.

"Akak! Gambar ni cantik, kan?! Wani fav betul gambar ni." Tangan Wani menunjuk ke arah sekeping gambar candid.

Gambar di mana Nazliyana sedang duduk di atas tembok batu yang berlatarbelakangkan taman bunga di resort Encik Zuhairi. Manakala Afiq pula duduk melutut, sedang menyarungkan kasut tumit tinggi Nazliyana berwarna putih yang tercabut sebelumnya.

"Sumpah, macam Cinderella." Wani menambah.

Saat itu juga, pintu utama rumah ditolak dari luar menampakkan susuk tubuh Afiq Arash. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam..." Nazliyana dan Wani menjawab serentak.

"Apa yang macam Cinderella tu?" soal Afiq sambil dia membuka kasut.

"Angah meh laa sini. Cuba tengok gambar akak yang ni. Sebiji macam Cinderella." Wani pantas menjawab.

"Ish, memandai je Wani. Tak sama langsung." Nazliyana kerut dahi.

"Ha'ahh... akak kau tuu, mana ada macam Cinderella. Tengok dahi dia, berkedut macam nenek kebayan je." Afiq menyakat, lalu dia tersengih.

Nazliyana mencebik bibir. Laju tangan menyelak ke muka surat seterusnya.

"Mana yang macam Cinderella sangat tadi tuu?" Afiq melabuh duduk di sebelah isterinya, rapat. Tangan automatik dihulur pada Nazliyana untuk disalami. Masam mencuka wajah si isteri tanpa segaris senyum.

"Takde. Nenek kebayan je ada." Nazliyana menjawab. Jelas kedengaran nada merajuk dari suaranya. Bibirnya juga automatik dijuih ke hadapan. Terus hilang fokus dan minat dia untuk melihat gambar. Tangannya kemudian laju menyelak helaian album tanpa henti. 2 keping... 3 keping... 4 keping...

"Wowww..." Afiq tersenyum. Jari telunjuknya yang melekap pada sekeping gambar, menghentikan pergerakan tangan si isteri.

Terlihat sekeping gambar bersaiz 8R. Gambar Afiq mencium pipi Nazliyana. Manakala gambar 8R yang di sebelahnya pula, ialah hasil setelah Nazliyana berjaya dipujuk oleh Aizanky dan Wani... untuk mencium pipi Afiq.

Afiq tersenyum. Hmm... rasa macam dah lama tak kena kiss dengan Naz. "Sayang..."

Nazliyana automatik mengalih pandang ke arah suaminya. Sekelip mata, bibirnya melekap di pipi Afiq. Buntang mata Nazliyana. Apa... kah... ini? Aku... cium... dia? Tidak!

Afiq tersenyum puas. "Thank you. Abang naik atas dulu, nak mandi. Bye..." Bibirnya pula ambil giliran melekap di pipi Nazliyana buat 0.5 saat. Lantas, dia cepat melarikan diri dengan senyum yang tak lekang dari bibirnya. Yes!

"Ku milikmu..." Afiq mula bernyanyi lagu dari Siti Nurhaliza yang bertajuk Ku Milikmu. "Cubalah engkau menghayati... isyarat cinta yang diberi... jika dirimu, tahu... ku milikmu..." Semakin jauh, semakin sayup kedengaran suara nyanyian Afiq.

Wani sekadar tersenyum melihat kemesraan angah dan sang kakak ipar.

Nazliyana menundukkan pandangannya yang kemudian disapa oleh gambar bersaiz 8R sebentar tadi. Dia diam tak berkutik.

"Akak..." Wani menyapa, hampir berbisik.

"Hmm?"

"Malu..." Setelah menutur sepatah kata itu secara berbisik, Wani lantas gelak besar. Dia bangun dari duduk dan berlari menaiki tangga. "Ibu! Angah tak malu! Dia cium akak depan Wani!"

❄️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro