12 | Awan Biru, Atas Pelangi
"Kenapa pula?" Afiq menyoal, bersama sengihan kecil.
"Rimaslah." Nazliyana memicit kedua-dua belah tangannya... cuba mengawal gusar yang bertandang di hati. Tak ada ke sesiapa yang nak masuk bilik ni? Selamatkanlah aku dari suami aku... please! Aku rasa insecure bila berduaan dengan dia!
"Eyh? Apasal rimas pula? I tak ada buat apa-apa pun, kan?" Soal Afiq. See? Sekarang ni... aku tak pasti, dia malu ke... dia takut dengan aku sebenarnya?
"Yang dok tengok-tengok orang tu, kenapa?" soal Naz lagi. Hampir mengumam suaranya. Dahlah hensem! Perfume pun wangi! Ini... situasi yang sangat berbahaya untuk seorang lelaki dan perempuan duduk berdua-duaan!
"I tengok je, kan? Bukan buat apapun dekat you. No touching, no harm," bidas Afiq. Nak kata pemalu, aku tengok bila dia dengan anak-anak sedara dia, macam orang senget je. Tak nampak langsung macam pemalu. Nak kata penakut... kalau tanya anak-anak sedara dia, Nazliyana ialah antara emak saudara yang paling garang. Tapi tak boleh lawanlah dengan kakak Naz, Si Farhan. Dengar cerita, itu yang paling lain macam.
Nazliyana tarik muka kecewa. Susah betul nak berbincang dengan orang yang tak boleh bawa bincang! Tahulah saya bini awak, tapi... tak payahlah pandang gitu. Nanti, saya terjatuh hati!
"Uda cik!" Ara menerpa masuk ke dalam bilik. Di belakangnya ada Wani, Nurin dan Zaem. Zaem, walaupun nama macam lelaki tetapi dia perempuan sebenarnya... Nurul Zaem.
Nazliyana menghadiahi anak-anak saudaranya dengan senyuman lebar. Ya Allah! Terima kasih dah hantar budak-budak ni dekat aku! Rasa selamat sudah.
"Hai, uncle..." Sapa anak-anak saudara Nazliyana. Kebanyakan dari mereka sudah bersepakat untuk memanggil Afiq dengan panggilan 'uncle' dibandingkan dengan panggilan 'pak uda cik' yang panjang berjela.
Ara yang berusia 15 tahun, cepat ambil tempat duduk di sebelah kiri Naz. Nazliyana kini duduk diapit oleh Afiq dan Ara. Iya... ramai kanak-kanak berusia 15 tahun dalam hidup Nazliyana. Adiknya Diyana, adik iparnya iaitu Wani, dan dua orang anak saudaranya iaitu Ara dan Firza.
"Mak tok mana?" Nazliyana menyoal.
Hari ini sudah masuk hari yang ketiga, ahli keluarga Naz tinggal di resort Jalan Madge, Kuala Lumpur... milik Encik Zuhairi. Mereka semua dibenarkan untuk menggunakan apa sahaja fasiliti yang disediakan di resort itu.
"Tadi, mak tok dok sembang dengan Nda Idah... dekat spa..." Zaem yang berumur 14 tahun menjawab bersahaja.
Nda Idah ialah panggilan kepada Puan Wahidah, iaitu ibu kepada Afiq. Puan Wahidah dan Encik Zuhairi juga telah mengambil keputusan untuk tidur di resort tersebut, bagi mengawasi persiapan majlis resepsi.
"Uncle..." Nurin yang berusia 13 tahun, memanggil Afiq.
"Ye?" Pendek Afiq menjawab, sekaligus menyoal.
"Nanti uncle nak bawak uda cik pi bulan madu dekat mana?" Nurin menyoal bersama segaris senyuman.
Terbeliak mata Nazliyana setelah dia mendengar soalan yang diutarakan oleh Nurin. Dia ni, kalau tak keluarkan soalan macam bom, memang tak sah!
"Yelah... angah nak bawa akak pergi bulan madu dekat mana? Dalam Malaysia ke, luar negara?" Wani pula menyoal dengan wajah riang.
Afiq tersenyum segaris. Tangan kiri Afiq meraih pinggang Nazliyana dari belakang, dan tangan kanannya pula menarik tubuh Nazliyana rapat ke dadanya.
Nazliyana kini berada dalam pelukan Afiq. Dia mengeliat kecil, cuba melonggarkan pelukan suaminya. Ni aku rasa macam nak pengsan ni!
"Sayang nak pergi bulan madu dekat mana?" Afiq menyoal, romantik. Anak matanya menangkap anak mata Naz.
Nazliyana telan saliva. Pantas dia melarikan pandangan. Dah kenapa Arash tetiba macam kena sampuk ni? Dia panggil aku... sayang? Aku macam nak terkoma sebulan dengar suara Arash seksi macam ni! Ingatkan, kalau ada orang, dia tak berani nak bajet romantik gini! Salah Naz! Salah!
"Uncle! Cepatlah bagitahu! Nak pi mana?" Ara pula menggesa.
Afiq mengangkat pandangannya, melihat wajah yang beria-ia nak tahu lokasi berbulan madunya bersama Nazliyana. Aku pun tak terfikir pasal benda tu. Diorang dulu yang teringin nak tahu? But... right now... dalam fikiran aku dah ada satu tempat special, yang boleh tolong eratkan hubungan aku dan Naz.
"Di awan biru, atas pelangi..." Afiq menjawab dengan senyuman.
Terdiam empat anak gadis yang mendengar jawapan dari Afiq. Apa ke pelik, jawapannya?
Belum sempat Nazliyana berfikir panjang mengenai jawapan Afiq tadi... Afiq terlebih dahulu menarik dagu Nazliyana agar mata mereka bertentang. "Bulan madu di, awan biru... tiada yang mengganggu..."
Selesai menyanyikan sebaris lirik lagu dari kumpulan rock lagenda Search itu, Afiq menghadiahi satu kucupan ringan di dahi Nazliyana. Pelukan pada tubuh Naz dileraikan. Dia bangun dari duduk sambil tersenyum kecil. Kakinya mula melangkah menuju ke arah meja solek.
"Wuuuu..." Wani, Ara, Zaem dan Nurin bersorak panjang. Pelbagai usikan dilempar oleh mereka berempat kepada Nazliyana.
Nazliyana pula sibuk, "Diamlah... diamlah... stop... enough..." Tanpa henti ayat itu disebutnya. Namun, diabaikan oleh gadis berempat itu.
Afiq mencapai telefon bimbit di atas meja solek. Satu pesanan ringkas dihantar pada kawannya, Zarul. Bibirnya mengukir sengih penuh makna.
"Uncle... bajet romantik habis dahlah tu?" Zaem berkata dengan tawa. Tak sangka, boleh tahan romantis juga ayah saudara baru aku. Romantis tahap tak tahu malu depan kami anak-anak menakan pula tu! Salute! Senang nak bahan uda cik lepas ni! Balas dendam, on the way! Suka sangat buli kitorang selama ni, kan!
"Eyh, tak cukup romantik lagi ke? Tambah lagi satu." Afiq meletakkan semula telefon bimbitnya ke atas meja solek. Dia lalu mengatur langkah kembali ke katil. Afiq menarik tangan kiri Nazliyana. Hal itu membuatkan isterinya terbangun dari duduk.
Kedua-dua tangan Naz diletak pada leher Afiq. Namun, kerana badan suaminya agak tinggi, hanya sipi-sipi jemari Nazliyana mencecah leher Afiq.
Afiq kemudiannya merangkul erat pinggang Nazliyana. Dia tersengih kecil. "Bulan madu di atas pelangi... hanya kita berdua..."
Nazliyana kini dipaksa menari bersama Afiq... sedang Afiq dengan merdunya menyanyikan lagu cinta tersebut.
"Mengecap nikmat cinta... yang putih tak terbanding, sesuci embun pagi..." Keempat-empat anak gadis yang berada dalam bilik itu, berpadu suara bersama Afiq bagi menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu oleh kumpulan Search.
"Dude, kejap lagi Akmal..." Aizan yang barusan menolak pintu bilik Afiq, terhenti kata-katanya apabila melihat Afiq dan Nazliyana yang sedang menari... sambil menyanyi? Itu..? Manusia yang aku tengah tengok sekarang ni, Afiq Arash ke?
"I just missed a really precious scene, ain't I?" Aizan tersengih menyoal. Badannya disandar pada gerbang pintu bilik. Mungkin betul Nazliyana childlish. Tapi, kalau dengan 'childlish'nya Naz mampu bahagiakan Afiq, mampu buat Afiq kembali tersenyum, dan lepaskan masa silamnya, maka benarlah... Allah tahu apa yang terbaik untuk seseorang itu, kan? Tanpa mampu disangkal, pastinya. Alhamdulillah...
Nazliyana menolak badan Afiq perlahan, meleraikan rangkulan Afiq di pinggangnya. Pandangan Naz ditunduk, melihat kakinya sendiri. Ternampak pula kaki Afiq, meremang bulu roma Naz. Pandangannya dipusing pula ke sebelah kanan. Ternampak kaki Zaem. Okey... nampak kaki Zaem dah tak meremang macam nampak kaki Arash tadi.
Wani, Ara, Nurin dan Zaem tersenyum sesama mereka. Afiq menarik senyum segaris kepada Aizanky. Nazliyana, masih sahaja tertunduk malu.
"Assalamualaikum..." Akmal memberi salam.
Seisi bilik menjawab salamnya, "Waalaikumsalam..."
Selesai Akmal pakaikan sampin pada Afiq...
"Okey, korang dah siap, kan? Jomlah mula photoshoot. Aku tak sabar nak tengok korang berdua posing..." Aizanky berkata sambil tersenyum.
Nazliyana mencebik. Aizanky tuu bukan boleh! Nanti mesti dia nak sakat aku! Buat aksi itulah, buat aksi inilah! Dahlah baru semalam je aku minta maaf pasal baling kasut dekat dia haritu. Takkan nak kena minta maaf lagi kot nanti? Penatlah buat jenayah macam ni!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro