Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

09 | Jatuh Katil

"Naz... urut badan I kejap." Seraya itu, Afiq menyilang tangan di bahagian pinggang. Tangannya mencapai hujung baju lalu baju ditarik naik ke atas.

Bahagian perutnya yang hensem terukir dengan 6 biji otot, sempat ditangkap oleh mata Naz. Ya ampun! Seksi banget ini bapak!

Pap!

"Uish..." Afiq terkejut. Baju yang dah separuh ditarik naik ke atas tadi, terlurut semula ke bawah.

"Arash nak buat apa?" tanya Nazliyana. Perlahan, tapi nyaring. Mata Naz dah membulat macam Teletubbies. Dahi pula dah berkerut seribu menahan marah, takut juga. Bantal kecil segi empat tadi dah hilang entah ke mana selepas Nazliyana membaling bantal tersebut kepada Afiq. Berani nak mengada-ngada? Aku silatkan engko kang! Jangan main-main!

"Nak buka bajulah. Kan I suruh you tolong urutkan. Dah, dah... cukuplah kerut dahi tu. Dah macam nenek kebayan. Tadi I nampak ada botol minyak panas dalam almari baju. Pergi ambik sekarang, lepas tu tolong urut I. Tadi petang you tinggal I basuh periuk kuali seseorang je, kan? So sekarang, tolong urut badan I pula. Give and take."

Nazliyana kerutkan dahi lagi sekali selepas mendengar permintaan Afiq. Bercakapnya pun, hailaa. Hello... YU ingat, AI ni tukang urut YU ke? Kalau bergaji, AI nak laa juga buat. Kalau takde, takde maknanya AI...

"Berhenti fikir bukan-bukan. Bangun, pergi ambil minyak, se... ka... rang." Afiq keluarkan perintah mandatori. Tangan Afiq menarik lengan Nazliyana agar bangun.

Nazliyana terbangun secara automatik, tanpa sempat berfikir apa-apa.

Yaa, yaa, yaa! Arash bongek! Kaki Nazliyana yang berjalan, berat terasa.

Afiq tersenyum melihat Naz berjalan dengan kedua-dua belah tangannya menggenggam penumbuk.

Pintu almari dibuka. Almarinya jenis berpintu, kiri dan kanan. Dalam almari pula, dipisahkan oleh beberapa bahagian. Nazliyana memang ada khaskan satu tingkat kecil dalam almari tersebut untuk dia simpan pelbagai jenis ubat-ubatan. Well... orang yang asyik dikunjungi pelbagai jenis sakit macam aku ni... memang sentiasa perlukan stok ubat.

Tangan Naz mencapai minyak panas berbotol kaca, berwarna merah yang baru suku digunakannya. Pintu almari ditutup kembali.

Badan dipusing ke belakang. Membulat matanya melihat Afiq yang belum berubah tempat, namun sudah tidak berbaju. Sekadar berkain pelekat. Duhhh! Ini pandangan yang membunuh! Kau membuat, ku berantakan! Kau membuat, ku tak karuan betul Afiq Arash!

Nazliyana pantas mengatur langkah ke katil. Botol minyak urut dipindahkan ke dalam genggaman tangan Afiq. "Nah, minyak. Urutlah sendiri."

Nazliyana pantas melangkah ke pintu bilik. Belum sempat tangannya mencapai tombol pintu, tangannya ditarik oleh Afiq terlebih dahulu.

Nazliyana membatu. Terasa aliran elektrik mengalir dari sentuhan suaminya itu. Pandangan Naz yang seringkali dilabuhkan di dada Afiq, mencari tempat lain sebagai tempat pelabuhan. Dada kosong suaminya itu, membuatkan hatinya berdebar menggila.

Tangan Naz diangkat oleh Afiq, separas perut Naz. Botol minyak panas tadi dikembalikan ke tapak tangan isterinya.

Dagu Naz diangkat pula oleh jari telunjuk Afiq agar mata mereka bertentang, "You tak tolong urut I, I minta you tolong buat benda lain. So, you nak tolong I buat yang mana satu? Urut ke, buat benda lain?" Dingin Afiq menyoal.

"Urut..." Naz menjawab terpaksa. Rasa macam nak nangis pun ada.

"Tapi, Naz tak pandai urut..."
"It's okay... urut je..."

30 minit kemudian...

"Dahlah... lama dah Naz urut. Naz penat dah ni." Dah berkurun rasanya aku hadap segala otot trapezius, infraspinatus, teres tak teres... termasuklah latissimus dorsi dia. Dan... LD itu ialah kawasan penghujung yang aku hadkan diri aku untuk urut si Arash ni! Ke bawah lagi... ai is sudah tak sanggup.

"Okey..." Afiq memusing badannya dari posisi meniarap. Dia kini berbaring... di sebelah kanan katil. Tempat yang diberitahu oleh Nazliyana awal tadi... itu ialah sisi untuk dirinya. Nazliyana selesa tidur di sisi kiri katil sahaja.

"Penat ke?" Afiq menyoal.

Naz mengangguk dengan muka cemberut. Tanya lagi? Kau yang diurut, mestilah rasa best. Aku yang mengurut ni, penat tahu! Pakej dengan menguap 30 kali dalam masa 30 minit lagi!

Afiq tersengih. "Itulah you... kalau tadi you pilih tolong I buat benda lain, I sebenarnya nak minta tolong you pergi tidur je." Afiq tersenyum sebaris.

Muka Naz tak beriak mendengar kata-kata Afiq. Manusia betul Arash! Dia pekena aku! Aku ingatkan 'benda lain' tuu, benda lain yang lagi satu! Rupa-rupanya...

"Oh, gitu... kenapa tak bagitahu awai-awai tadi?" Nazliyana menyoal, sambil cuba mengawal rasa sakit hatinya.

"Dah you tak tanya. By the way, thank you. Boleh tahan you urut. Walaupun memang jelas-jelas you tak pandai urut langsung. Urat I pun tak berapa nak kena, tapi... terima kasih jugalah. I hargai usaha you." Afiq sengaja sakat isterinya.

Nazliyana ketap giginya. Eyh, sesuka hati pula dia komplen? Kang aku tendang, jatuh katil betul juga mamat ni satgi! Apa pun tak jadi!

"Dah... pergi tidur. Ke, you tunggu I minta tolong you buat benda lain pula?" Afiq menyoal, tersengih nakal.

Nazliyana tarik muka tertekan lantas menyoal Afiq, "Benda lain apa pula kali ni Arash?"

Afiq tersenyum terlebih dahulu, sebelum jemarinya dilalukan dari bawah bahu turun ke siku Naz.

Automatik, Nazliyana menjauhkan badannya sedikit ke tepi dengan riak muka cuak. Dah apasal pula si Arash ni? Benda lain, benda yang menakutkan tu ke?

"Dah, dah... jom tidoq..." Naz bangun dari katil, tangan menekan buka suis lampu tidur, kemudian menutup suis lampu bilik.

Kembali ke katil, Naz mengetuk bantal tidurnya. Bersedia untuk berbaring.

Afiq di sebelahnya, sedang tersengih sendirian. Lawak betul muka cuak dia ni.

Selesai Nazliyana berbaring... dengan jelas, terang lagi nyata, betapa Naz mencuba untuk tidur sejauh mungkin dari Afiq. Betul-betul di pinggir katil. Badan dipalingkan dari Afiq sambil memeluk bantal peluknya.

"Naz... cita-cita nak jatuh katil ke malam ni?" Perlahan Afiq bersuara menyoal.

Nazliyana telan liur. Ish! Suara dia! Tertekan betul aku dengar! Boleh tak... nak suruh dia tukar ke mode mute je, waktu tengah-tengah malam macam ni?

Tiba-tiba, Naz dapat rasakan tilam katil bergerak.

Afiq mendekati Nazliyana. Tangannya dibawa ke pinggang Naz, memeluk tubuh itu 0.5 saat sebelum Naz refleks mencampak dirinya sendiri ke bawah.

Nazliyana akhirnya jatuh katil.

Naz mengaduh. Lutut kanannya terasa sengal. Dia alih badan yang tertiarap, ke posisi baring. Terkejut Nazliyana lagi sekali. Wajah Afiq yang sedang meniarap di atas katil, menyapa pandangannya. Wajah itu sedang tersenyum gembira.

"Tahniah. Cita-cita anda, berjaya dicapai." Afiq akhiri kata-katanya dengan kenyitan mata kanan.

Naz bangun dari baring, dia duduk melunjur di lantai. Bibir dicebik sesaat. Si Arash depan aku ni, sebenarnya manusia ke Wu Kong yang terlepas dari mana-mana? Aku tertekan dah tak boleh bawa bincang ni! Siap engko!

Sakit hati Nazliyana melihat senyuman kejam Afiq, yang masih belum pudar hingga kini. Pantas, Naz menarik tangan kanan Afiq. Kaki Naz pula ditapakkan ke birai katil. Sekuat hati, tangan lelaki itu ditarik. Boleh tahan susah nak tarik Afiq. Dengan tingginya, dengan jisim badan Afiq yang hampir sekali ganda berat dari Naz sendiri.

Tapi, semua penat lelahnya dirasakan berbaloi bila Afiq akhirnya jatuh katil juga. Bersebelahan dirinya. Giliran Naz pula untuk tersenyum lega. Baru padan muka! Banyak sangat kau buli aku hari ni, kan?

Afiq bangun dari meniarap sambil tersengih. Boleh tahan budak ni punya marah. Dia duduk di sebelah Nazliyana, "So, sekarang kita nak buat apa? Nak tidur ke, nak..."

"Tidoq la Arash, tidoq." Nazliyana panjat semula ke katil. Seluruh tubuhnya, dari hujung kaki ke hujung kepala diselimut. Stress! Malam, cepatlah berlalu! Matahari, cepatlah muncul! Please!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro