Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

07 | Sesi Photoshoot

"Naz, letak tangan kanan kau atas bahu Afiq." Satu suara memberi arahan. Macam biasa, suara si Aizanky.

Merah muka Nazliyana mendengar arahan tersebut. Nak tak nak, tangannya yang berada di pinggang Afiq terpaksa juga dibawa ke bahu suaminya. Berat hati terasa. Kan aku dah kata, aku tak suka photoshoot!

Wajah Afiq dipandang sekilas oleh Nazliyana. Cis! Dia gelakkan aku! Hampeh betul! Naz mengalih pandangannya ke dada Afiq. Finally! Lega terasa bila tak nampak sengih kejam dia tu!

Afiq tersenyum lagi bila dilihatnya Nazliyana tarik muncung dengan muka masam mencuka.

"Naz... hang tengok dada Abang Afiq tuu, ada nampak apa-apa kaa?" soal Arill tiba-tiba. Sengaja nak menyakat kawannya yang pemalu itu.

"Ada nampak, 'Cintaku Didadamu' ke?" Riuh kawasan pelamin selepas mendengar pertanyaan dari Aizanky.

"Naz... tengoklah muka Afiq. Nak ambil gambar ni. Sweet-lah sikit. Bukan orang lain. Suami sendiri..." Tambah Aizanky lagi.

Arahan Aizanky dibalas dengan jelingan tajam dari Naz. Kang tak pasal, ada yang makan kasut tumit tinggi aku satgi! Cabar aku! Cabar! Aku buat betul kejap lagi! Lama dah ni aku sabar dengan kau wahai sepupu Afiq!

Afiq tersenyum sebaris. "Aizan... dia TAK KAN ikut cakap kau. Dah... tak payah suruh-suruh dia lagi." Afiq bersuara, tenang.

Nazliyana lepas nafas lega. Akhirnya, ada juga orang faham aku! Nasib baik si Afiq ni seseorang yang memahami!

"Disebabkan dia 'TAK KAN IKUT CAKAP', jadi..." Sepantas kilat, Afiq menarik dagu Naz dengan jari telunjuknya, lalu bertembunglah dua pasang mata tersebut.

Terkesima, bagai terhenti jantung Nazliyana melihat senyuman di wajah Afiq. Membulat matanya, terkejut dengan tindakan drastik si suami. Baru tadi... aku puji dia, kan? Tarik balik pujian!

Para jurugambar tidak melepaskan peluang tersebut. Banyak flash yang kelihatan dan kedengaran. Hampir sepuluh saat babak itu berlalu, dan terhenti apabila terdengar satu suara mengusik.

"Amboi... dalam hati ada taman!" Aizanky menyakat. Riuh, lagi sekali suasana di kawasan pelaminan.

Nazliyana tertunduk melihat ke bawah. Aku tak suka ambik gambaq! Sebab inilah! Malunya! Malu! Malu!

Afiq tersenyum bersalah. Terasa macam dah melebih pula aku sakat si Nazliyana ni. Tapi... dia yang mulakan semua ni, kan? Kan!

"Duhhh... susahlah sepupu saya nak dapatkan malam pertama dia kalau macam inilah level bini dia punya rasa malu. Susah, susah." Aizanky menambah.

Membulat mata Nazliyana mendengar kata-kata Aizanky. Pantas Naz menunduk. Kasut tumit tingginya pantas dicabut. Tak gune betul sepupu baru aku yang seorang ni! Kau cari pasal sangat, kan? Sebelah kasut tumit tinggi yang berwarna hitam akhirnya melayang di udara.

"Aduh!" Aizanky mengaduh.

Tepat mengenai sasaran! Nazliyana tersenyum puas. Kau main-main dengan aku erk? Aku Naz okey! Best sniper ever!

Riuh kawasan pelamin dengan gelak tawa para tetamu.

Tidak ketinggalan, Afiq juga tertawa besar. Tangannya merangkul bahu Nazliyana, gaya merangkul teman baik lagaknya. "You are doing a really great job. Superb." Sempat dia memuji si isteri.

Memerah wajah Nazliyana. Perasaan apakah ini... yang menerpa di suatu organ dalam diri... yang diberi nama, sekeping hati. Apa gerangankah namanya? Adakah ini... yang dinamakan...

C. I. N. T. A. K. I. T. A.
Satu rasa? Err...

Pintu bilik ditutup Nazliyana. Dia kemudian sekadar berdiri terkaku di hadapan pintu. Belakang badan Afiq yang masih memakai baju songket menyapa pandangan. Terlihat lelaki itu sedang duduk mencangkung, berhadapan beg bagasinya.

Nazliyana hendak menyuruh Afiq menyimpan pakaian yang dibawa Afiq ke dalam almari. Ada satu ruangan almari sudah dikemas dan disediakan khas untuk kegunaan suaminya.

Tapi... nak panggil apa? Afiq? Tapi... itu dah bunyi macam orang lain panggil dia. Nanti dia cakap apa pula? Aduuu... dah tuu, nak panggil 'abang'? Naa! Geli pula! Aku dah ramai abang by the way. So, nak panggil apa ni?

Nazliyana melangkah dua tapak ke hadapan. "Af... Ab... Aaa..." Nazliyana gagap.

Afiq yang berdiri menghadap almari tadi, memaling tubuhnya menghadap Nazliyana.

Zappp.
Mata mereka bertembung.

"Arash!" Entah dari mana datangnya, namun nama itu yang terkeluar dari mulut Nazliyana.

Afiq menjungkit kening. "Arash?" Afiq menyoal sepatah. Dia panggil aku, 'Arash'? Seriusly?

Hanya dengan sepatah kata dari Afiq, hampir buatkan Nazliyana terlupa cara untuk bernafas. "Tak apalah. Bubbye..." Nazliyana berpaling, ingin keluar dari bilik yang terasa bagaikan tiada kehadiran oksigen.

"Kejap." Afiq menghentikan Naz.

Langkah Nazliyana termati. Bibirnya digigit. Aduh. Stress pula aku! Dahlah suara dia sedap sangat! Aku... malu.

"Pandang I..." Afiq memberi arahan.

Nazliyana sekadar menurut. Badannya dipaling agar menghadap Afiq kembali, namun matanya masih sahaja memandang lantai.

Kesunyian tujuh saat terpecah apabila, "Yes, nama I Afiq Arash. Tapi... tak ada sesiapa pun panggil I, Arash. I tak benarkan. But... seriusly, you panggil I dengan nama je? Nama yang I tak selesa pula tu?" Afiq menyoal.

Nazliyana papar riak muka tak puas hati. Adeyhh... dah macam kena soal siasat dengan polis ni, kenapa? Suka hati akulah nak panggil apa pun. Okey apa, 'Arash'? Sikit punya sedap, kan?

"Wow... tak ada jawapan?" Afiq bersuara lagi.

Nazliyana telan air liur sebelum, "Alaa... nama 'Arash' kan, sedap. Kan?" Dia cuba tersenyum. Namun, senyumannya kelat terasa.

Afiq menjawab dengan menjungkit kening. "Tak ada 'abang'? Cuba panggil abang sikit." Afiq tersengih. Dalam hati, dia sedang tertawa. Lawak juga bila tengok muka budak ni. Dia... takut dengan aku ke?

"Tak apalah, terima kasih ja. Naz banyak dah abang..." Naz memberi alasan. Geli weyh! Abang? Duu, geli. Aku... tak biasa panggil lelaki yang bukan ahli keluarga dengan panggilan, 'abang'.

"Dahlah I kena kahwin dengan you... minta tolong you panggil I 'abang' pun, tak nak?" Afiq menyoal lagi.

Nazliyana terkesima. Eyh.. Melebih pula dia? Dahlah kena kahwin dengan aku, erk? "Emm... jadi sekarang, Naz lah yang salah? Nope... ni semua salah Arash." Riak wajah Nazliyana sedikit marah, bercampur hiba. Lagi nak salahkan orang?

"Orang tak ada buat apa-apa pun. Sekarang cuba fikir balik, macam mana kita boleh jadi suami isteri? Cemana? Haa... kalau bukan dia yang lafaz akad nikah tu, tak rasmi kita jadi suami isteri." Nazliyana mengumam pada lutut Afiq. Tak berani dia nak bertentang mata dengan suaminya. Terasa matanya panas.

Naz muka masam, sambil muncungkan bibirnya ke depan. Salah satu benda aku paling tak suka ialah, bila kena tuduh buat salah... padahal aku tak buat pun benda tu! Keadilan! Keadilan itu, penting! Nak nangislah kalau macam ni. Emak...

Afiq kerut dahi. Apasal tetiba perbualan ni jadi... lain macam, je? "Hmm... nope. Apasal you tak tolak je pinangan tu?" Afiq menyoal tak bernada. Tapi betul, aku sangat-sangat nak tahu... macam mana budak umur 18 tahun, boleh setuju nak kahwin dengan aku? Aku tua banyak kot dari dia! Dia... tak kisah ke, kena kahwin dengan lelaki tua? Bukan tua 6, 7 tahun... aku tua 11 tahun dari dia!

Iya, kami berdua dikahwinkan atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi, kalau Naz sendiri tolak pinangan ni dari awal... benda ni tak kan terjadi, kan?

"Sebab..." Nazliyana terdiam. Takkanlah nak cakap, 'sebab emak dengan pak berharap sangat nak berbesan dengan Pak Cik Zuhairi dan Mak Cik Wahidah, jadi Naz pun ikut jelah'.

'Lepas tu... Naz memang tak ada pakwe. Jadi Naz tak kisah pun nak kena kahwin dengan siapa-siapa.' Takkan nak jawab macam tu pula? Memang tak laa aku nak cakap macam tuu dekat pak cik ni!

"Sebab?" Afiq menyoal setelah lama Nazliyana biarkan jawapannya tergantung.

Naz telan liur. Tak ada jawapan 'masuk akal' yang aku boleh bagi dekat Arash, kecuali...

"Sebab... sebab Arash lah. Sebab Arash macam hensem jaa... macam baik hati jaa. Kan?" Naz berkata. Fuh! Akhirnya, ada juga alasan masuk akal!

"Arash, again? NOBODY call me with that name!" Afiq membidas. Sangat tak selesa bila Naz panggil aku guna nama 'Arash'. Macam...

"So what? I can call you, whatever I want. And 'NOBODY ALSO', can stop me!" Naz bertekad. Kalau sebelum ni, aku macam tak pasti lagi nak panggil apa dekat dia. Tapi sekarang, aku dengan yakin dan bangganya, akan panggil dia, 'Arash'. Titik.

Adeyh... kerek la pula bini aku ni.

Duhhh... poyo betul laki sorang ni.

"Baju Arash boleh letak dalam almari tu. Almari tu kosong. Bubbye..." Setelah menunjuk ke arah almari yang dimaksudkan, pantas Nazliyana melangkah keluar dari bilik. Aduh! Kenapa aura dia tuu gelap sangat? Aku dahlah takut dengan lelaki! Makin takut aku dibuatnya sekarang ni!

Afiq di dalam bilik, tersenyum tawar. Boleh tahan keras kepala juga budak ni. So... dia panggil aku 'Arash' jelah? No darling? No honey? No baby? Or at least... sayang ke? OH NO! Is that mean... aku nak kena mengorat dia mulai sekarang? Seriusly? Aku? Afiq Arash? Mengorat? G guys! FAIL! Sabar jelah Afiq!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro