Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

62

Hadith menghampiri Ammara berada di gazebo kayu bersama Hayren disebelah. Dia tersenyum manis melihat gelak tawa mereka. Ammara perasan kehadiran Hadith itu, memberi ruang kosong untuk Hadith duduk. Pipi Hadith diusap lembut.

"Kenapa abang keluar juga? Abang belum sembuh sepenuhnya lagi. Ni ha, kepala berbalut lagi" Ammara menyoal.

Hadith mendengar kata-kata Ammara menghelakan nafas lemah. Dia menjuih bibir. Sejak beberapa bulan, kepalanya masih berbalut. Kata Doktor, kepalanya terhentak kuat menyebabkan memori dia kekadang ingat, kekadang tidak ingat juga. Dia bersyukur, walaupun keadaan dia begitu, memori bersama Ammara, Hayren dan keluarganya tidak pernah terpadam.

"Abang bosan tinggal dalam bilik sorang-sorang. Baby bukannya nak teman abang" Hadith membalas dengan nada minta simpati.

PAP!

"Mengada! Baru sekejap Baby turun nak masak, dah panggil macam dia tu jatuh katil" Ammara menggelengkan kepala. Sejak kebelakangan ini, perangai suaminya itu berubah-ubah.

"Tapi kan Baby, Doktor cakap, minggu depan abang dah boleh buang balutan ni. Jadi, abang boleh mulakan rutin harian abang macam biasalah kan?" Hadith mengujar.

"Betul. Lepas ni, jangan nak buat kerja lebih sangat. Kesihatan abang lebih penting okay" Ammara menyelit pesanan.

Hadith menggangguk perlahan. Dia mengusap kepala Ammara lalu mencium lama.

"Abang sayang bidadari syurga abang ni. Terima kasih mengajar abang erti kehidupan sebenar dan erti menghargai sesuatu" Hadith berkata.

Ammara diam dan senyum sahaja. Mungkin takdir ini tertulis buat mereka berdua. Betul kata orang, apa yang berlaku, mesti ada hikmah disebaliknya.

•••

Atiq sedang berada dihujung pejuru bilik lokap itu mengepal penumbuk. Lutut dirapatkan ke dada sambil mengoyangkan badan ke depan ke belakang. Tempat kotor begini tidak sesuai dengan dirinya. Mengingati kejadian beberapa bulan yang lepas membuat dia ketawa lucu.

KLAK!

Bunyi pintu besi menarik perhatiannya. Dia mengangkat kepala lalu memandang tepat ke arah polis sedang membuka kunci pintu besi itu.

"Ada pelawat datang jenguk Encik" kata polis tersebut.

Dahi Atiq berkerut-kerut memikirkan siapa pelawat tersebut. Dia mengikuti polis itu ke sebuah bilik kosong. Langkah terhenti saat mata bertembung dengan si pemilik mata berwarna coklat pekat itu.

"Hantar aku ke dalam semula. Aku tak nak jumpa dengan orang tu" Atiq memusing badan ke belakang semula.

"Datang sini, Atiq. Aku datang sini nak jumpa kau buat kali terakhir" Harith bersuara.

Atiq berdecit geram. Dia menghampiri Harith lalu menghenyak kasar ke atas kerusi. Tajam sahaja pandangannya pada Harith. Seolah tidak berpuas hati.

"Kalau kau datang sini semata-mata nak mengejek aku, baik tak perlu datang. Aku kalah. Puas hati kau?" Atiq bersuara dingin.

Harith senyum lalu menggelengkan kepala. Dia menilik wajah Atiq dengan lama. Dari kening, mata yang menawan, hidung mancung dan akhir sekali adalah bibir kemerahan itu.

"Salah ke aku nak datang jenguk adik kandung aku sendiri? Atiq Farhan Bin Hakim, adik kandung aku tak pernah tahu" Harith mengujar.

Atiq menguling biji bebola mata ke atas. Menyampah!

"Kau anggap aku adik kau? Aku tak pernah anggap kau tu abang aku. Tapi aku anggap kau adalah musuh ketat aku!" Atiq berteriak sambil menghentak meja dengan kuat.

Harith memaparkan riak biasa. Dia tahu lelaki itu seorang yang dingin, pemarah. Tapi jauh dari sudut hati, dia mempunyai sifat baik walau tidak pernah tunjuk pada sesiapa.

"Aku maafkan kau. Walaupun kau tak pernah anggap aku abang kau, tak apa aku faham. Satu sahaja aku nak pesan. Selepas bebas dari penjara, pergi minta ampun dan maaf pada Mama dan Papa. Jangan lupa juga pada isteri kau" Harith mengerling sekilas pada jam dipergelangan tangannya. Dia kembali mengangkat wajah dan tengok Atiq.

"Aku rasa dah lewat ni. Ingat pesan aku tu. Kau jaga Mama, Papa dan isteri kau. Aku akan serahkan Syarikat, rumah dan tanah dekat kau yang pernah Papa bagi dekat aku. Syaratnya, kau kena berubah" Harith mengangkat punggung lalu menghulurkan tangan pada Atiq.

Atiq diam dan hanya melihat kosong pada huluran Harith.

"Kau nak pergi mana?" Atiq bertanya.

"Hongkong, China. Aku nak mulakan hidup aku dekat sana. Ada masa aku balik jenguk korang" Harith menjawab.

Jeda.

Entah bagaimana matanya berair saat melihat belakang Harith sudah menjauh itu. Sesuatu perasaan sukar diungkap ketika itu. Dia mengesat kasar jujuran airmata lalu tawa hambar.

"Dah kenapa aku menangis? Lantak dialah nak pergi pun. Langsung aku tak kisah" Atiq bicara sendiri. Baru sahaja dia ingin bangun, tetapi susuk tubuh Suraya pula muncul.

"Awak..." Suraya memanggil dengan nada sayu.

Atiq tidak menyahut. Dia hanya diam lalu alihkan pandangan ke arah lain. Mengapa gadis itu masih datang temuinya? Bukan permintaan dia mahu ada pelawat.

"Kenapa kau tak pernah putus asa untuk lupakan aku? Aku langsung tak ada perasaan cinta mahupun sayang terhadap kau. Putuslah asa untuk aku. Kau nak bebas? Aku boleh ceraikan kau. Jangan bazirkan hidup kau demi orang tak berguna macam aku. Kau tak malu ke ada suami banduan macam aku, hah? Dahlah. Kau balik dan jangan sesekali datang sini. Aku muak tengok muka kau" Atiq mengujar.

Suraya menggeleng laju. Tangan Atiq digari itu dipegang lalu mencium. Atiq tidak menghalang. Dia pejamkan mata lalu menghembuskan nafas lemah.

"Waktu pelawat masih berbaki 5 minit lagi" celah pengawai polis itu.

"Tolonglah Suraya. Pergilah. Mulakan hidup kau dengan orang lain" Atiq berkata.

"Tak! Saya tetap tunggu awak, Atiq. Saya langsung tak malu, awak banduan ke apa. Saya cintakan awak. Tak lama lagi, awak akan jadi ayah. Awak tak gembira ke?" Suraya berkata pula.

Atiq terkaku di situ. Ayah? Dia bakal menjadi ayah kepada anak orang dia tidak cinta?

"Suraya, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Kau tak pernah putus asa dan mengalah demi aku kan? Baiklah. Kau jaga kandungan tu sebaik mungkin. Tunggu aku bebas nanti. Aku akan jadi orang berguna. Kalau kau tak mampu nak tunggu aku pun tak apa. Aku faham" Atiq terus bangun dan memusing ke belakang.

"Aku nak kau tengokkan Mama dan Papa. Kau cakap pada dia orang yang aku minta maaf sebab jadi anak tak berguna. Aku tahu mereka kecewa dengan aku. Aku akan cuba berubah" terus Atiq membuka langkah dan meninggalkan tempat itu.

Suraya senyum mendengar kata-kata Atiq. Dia berharap juga agar lelaki itu memberi peluang untuk mereka mengecapi kebahagiaan bersama.

•••

"Arfan Mateen Bin Asran, anda akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh, menculik dan mendera dua wanita dan seorang kanak" ucap hakim mahkamah tinggi.

TOK!

TOK!

TOK!

Arfan tersenyum puas. Dia cukup puas melihat kesengsaraan Hadith pada malam itu. Sekurangnya dia boleh lakukan sebelum hidupnya bakal digantung.

Atiq menunggu hukuman bakal menimpa ke atasnya itu sudah tidak senang duduk. Hati berdebar-debar menantikan gilirannya.

"Atiq Farhan Bin Hakim, anda dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun, atas kesalahan menculik dan mendera seorang wanita dan kanak" ucap hakim mahkamah tinggi.

Atiq menghembuskan nafas lega. Walaupun hukuman ke atas dirinya tidak begitu berat tetap dia bersyukur kerana masih diberikan peluang.

Mereka berdua telah dibawa ke penjara semula. Sebaik sahaja keluar dari mahkamah, wajah Hadith terpempan di situ. Arfan memberikan senyuman sinis. Hadith mendekati ke arahnya.

"Aku dah maafkan semua perbuatan kau isteri-isteri dan anak aku. Terima kasih kerana menjadi sahabat aku selama ini" Hadith berbisik.

"Kau pun sama. Kita sama-sama jahat. Kau tak payah berlagak baik sangat. Hidup kau pun tak lama nanti akan hancur juga" Arfan membalas.

Hadith hanya memandang ke arah Arfan sudah dibawa naik ke dalam kereta untuk dibawa semula ke penjara.

"Betul. Kita sama-sama jahat. Aku akan keluar dari dunia jahat tu demi isteri dan anak aku" Hadith mengujar.

•••

"Abang! Sejuknya..." Ammara menggosok telapak tangan lalu menempal pada kedua pipinya.

"Kalau sejuk, peluklah abang" Hadith mendepakan kedua belah tangan.

Ammara menggeleng laju. Gila ke apa nak peluk suami dekat tempat awan macam ni?

"둘 다 매우 낭만적입니다(Kedua-duanya sangat romantik)" ujar salah seorang antara yang ada di situ.

Ya, mereka berdua kini berada di Korea. Kata Hadith, ini honeymoon pertama kali buat mereka. Ammara tidak faham bahasa mereka hanya senyum malu dan mencubit bahu Hadith. Hadith mengadu sakit.

"Tengok, dia orang dah mengumpat kita. Dahlah kita tak faham apa dia cakap" Ammara memarahi.

"Alololo, cantiknya Baby abang marah" Hadith menarik hidung mancung milik Ammara.

Ammara menjuih bibir lalu membelakangi Hadith. Hadith senyum menyenget. Dia berpaling pada gadis tadi.

"우리는 서로를 이해하는 남편과 아내이기 때문에 정말 낭만적입니다 (Kami memang romantik sebab kami suami isteri yang memahami antara satu sama lain)" Hadith berkata.

"내가 지켜봤기 때문에 나는 이미 당신이 커플이라는 것을 알고 있습니다. 당신의 관계가 영원히 지속되기를 (Saya sudah tahu anda pasangan kerana saya telah memerhati. Semoga hubungan kalian kekal selamanya)" gadis korea itu membalas.

"감사합니다 (Terima kasih)" Hadith menunduk hormat dan senyum.

Ammara mendengar itu hanya mampu kerdipkan kelopak mata sahaja. Bagaimana mereka faham satu sama lain?

"Abang pandai bertutur dalam bahasa Korea? Macam mana Baby tak tahu perkara ni ek?" Ammara bertanya.

Hadith tertawa kecil.

"Mestilah abang pandai. Dulu abang belajar dekat UK, bercampur negara. Jadi dekat situ abang cuba bertutur dalam bahasa lain" Hadith menjawab.

Ammara meng'O'kan sahaja. Dahlah kacak, pandai pula tu. Kalau macam ni, senanglah dia mahu ke Negara yang lain. Tak perlu bertutur bahasa english. Hadith memaut bahu Ammara lalu dekatkan kamera.

"Okay, ready! 1 2 3!"

KLIK!

KLIK!

KLIK!

Gambar tersebut akan dijadikan sebagai kenangan. Kenangan manis mahupun pahit. Kenangan kedua-duanya. Pahit dan manis.

~T A M A T~


Thank you surpport story ni.. Dah 3 tahun saya cuba untuk siapkan story ni. Maaf andai ada typo ye.. Dah lama saya tak edit setiap chapter. Kalau ada masa saya edit balik okay.. Jumpa next story.. Thank you again

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro