Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

61

Mata Hadith bergerak-gerak seakan ada sesuatu mengganggu tidurnya. Secara perlahan dia membuka kelopak mata lalu melihat ke arah siling berwarna putih. Dia menyentuh kepala sudah berbalut putih. Dia memejam mata serapat mungkin tatkala rasa mula mengusai.

"ERGH!" Hadith mengerang kesakitan.

"Hadith?" Tuan Rahman panggil.

Hadith mendongak memandang Tuan Rahman, ditemani oleh Puan Halma disisi. Matanya berair lalu memeluk mereka berdua dengan erat.

"Mummy Daddy... Hadith tak mampu selamatkan mereka" Hadith mengujar.

Puan Halma mengusap kepala anaknya berulang kali. Terasa sangat sakit di dada saat melihat keadaan Hadith begini.

"Hadith... Bukan salah kamu. Semuanya dah tertulis. Kamu dah cuba sedaya upaya kan. Ikhlaskan semuanya ya" Puan Halma membalas.

Tuan Rahman menggangguk bersetuju dengan kata-kata isterinya itu. Hadith melepaskan pelukan tersebut lalu mengesat air mata dengan kasar.

"Mara dan anak-anak Hadith macam mana? Mereka selamat kan?" kedua belah lengan Puan Halma dipegang lalu digoncang agak kuat.

Puan Halma memandang ke arah Tuan Rahman. Tuan Rahman senyum tipis lalu memegang bahu Hadith.

"Mara dan Hayren selamat. Mara masih belum sedarkan diri. Tapi anak kedua kamu dah meninggal" Tuan Rahman menjawab.

Hadith menunduk ke bawah sambil mengemam bibir. Menahan air mata dari jatuh menitis. Tiba-tiba dia mengingati adik bongsunya. Dia kembali pandang pada Tuan Rahman.

"Harith macam mana? Dia tak apa-apa kan?" Hadith menyoal.

"Harith sedang berada di bilik bedah. Keadaan dia sangat kritikal" Tuan Rahman membalas.

Hadith menggelengkan kepala. Bukan disebabkan mahu menyelamati mereka, sudah tentu bukan Harith menjadi mangsa.

"Hadith tahu adik Hadith kuat. Dia tak mungkin lemah. Dia dah janji nak teman Hadith sekeluarga pergi bercuti. Dia tak boleh mungkiri janji tu" Hadith mengesat air mata dengan kasar.

"Bawa Hadith ke bilik bedah tu sekarang" Hadith mengarah.

Tuan Rahman menahan dia daripada turun dari katil.

"Hadith tak sihat lagi ni. Kamu rehat dulu ya. Nanti ada apa-apa, Daddy beritahu pada kamu" Tuan Rahman berkata.

"Tak. Hadith dah sihat. Hadith tetap nak tengok dia. Tolonglah Daddy, Mummy" Hadith membentak.

"Okay baiklah. Kami bawa kamu" Tuan Rahman mengalah.

•••

Tuan Hakim berada di depan bilik bedah sambil berjalan ke kiri ke kanan. Dalam hati tidak henti berdoa agar anaknya selamat. Sekilas dia melihat ke arah Puan Hani sedang menangis teresak. Dia mendekati Puan Hani lalu mengusap belakang secara perlahan.

"Hani, awak jangan menangis lagi. Awak tahu kan, anak kita kuat. Awak sebagai ibu kena yakin semua ada hikmah sebaliknya" Tuan Hakim memujuk.

"Saya tahu anak kita kuat. Tapi saya sedih. Kita belum dapat luangkan masa bersama, tetapi Harith dah masuk hospital. Saya tak nak kehilangan dia" Puan Hani membalas.

Tuan Hakim senyum tipis. Betul kata isterinya itu. Mereka belum sempat meluangkan masa bersama. Dia berpaling ke tepi saat kedengaran derapan kaki seseorang. Kelihatan Hadith sekeluarga sedang menghampirinya.

"Tuan, maafkan saya. Bukan kerana Harith mahu selamatkan kami, dia tidak akan jadi apa-apa" Hadith menggengam erat tangan Tuan Hakim.

"Kami dah maafkan kamu. Hadith, saya faham. Semua ini salah Atiq dan kawannya. Kamu jangan risau. Saya dah masukkan mereka ke dalam penjara" Tuan Hakim berkata.

Hadith menggangguk perlahan.

Pintu dibuka dari dalam. Seorang Doktor lelaki sedang berjalan mendekati ke arah mereka. Dia memberikan senyuman manis.

"Doktor, macam mana keadaan anak saya?" Tuan Hakim bertanya.

"Alhamdulliah. Kami berjaya keluarkan peluru. Sekarang Encik Harith boleh dipindahkan ke wad biasa. Pastikan dia rehat secukupnya" Doktor lelaki itu mengujar.

Semua disitu mengucap bersyukur. Masing-masing lega dan senyum. Hadith menarik nafas lalu hembuskan secara perlahan. Dia memegang bahu Tuan Rahman.

"Hadith nak pergi jenguk Mara dan Hayren" Hadith berkata.

"Baiklah. Mummy bawakan kamu" Tuan Rahman membalas. Puan Halma menggangguk lalu tolak kurusi roda Hadith ke wad ditempatkan oleh Ammara dan juga Hayren.

Tuan Rahman melihat ke arah Tuan Hakim lalu tunduk ke bawah. Rasa bersalah pun ada juga. Tuan Hakim perasan perubahan Tuan Rahman, lantas memegang bahu.

"Kenapa?" Tuan Hakim bertanya.

"Kim, aku dan Ma nak minta maaf pasal Harith. Aku rasa bersalah sebab halang kau dari berterus-terang pada Harith, sebenarnya kau bapa kandung dia" Tuan Rahman memohon maaf.

Tuan Hakim senyum. Puan Hani juga anggukkan kepala. Yang lepas biar lepas. Janji hubungan mereka kembali pulih dan juga Harith selamat.

"Aku dah maafkan kau. Sudahlah kita lupakan semua ini. Kau sahabat aku. Kita jaga Harith sama-sama" Tuan Hakim membalas.

Mereka berpelukkan lalu senyum. Hubungan renggang selama ini, akhirnya berjaya baik pulih seperti sediakala.

•••

Puan Halma berhenti di hadapan bilik ditempatkan Ammara. Hadith menghalang Puan Halma dari menolak pintu. Dia menggelengkan kepala perlahan.

"Mummy pergi dulu ya. Nanti Hadith datang semula" Hadith berkata.

Puan Halma faham kehendak anak sulongnya menggangguk faham. Kepala Hadith diusap beberapa kali.

"Mummy faham. Mummy pergi dulu ya" Puan Halma memusing ke belakang dan beredar pergi.

Sebaik sahaja kelibat Puan Halma tidak lagi kelihatan, Hadith menghembuskan nafas berat. Tangan seakan dirantai mahu menolak daun pintu tersebut. Bagaimana perasaan Ammara tentang kehilangan anak kedua mereka?

"Abang tahu Baby kuat" sempat Hadith menggumam sebelum menolak pintu bilik lalu memboloskan diri ke dalam.

Muka pucat milik Ammara ditatap penuh minat. Walaupun tiada sebarang calitan mekaup, tetap cantik dimatanya. Walaupun dihiasi oleh luka kecil. Dia senyum hambar. Tangan Ammara digenggam erat lalu cium pada kekura dengan lama.

"Maafkan abang... Abang terlambat selamatkan anak kita. Abang menyesal sebab tinggalkan Baby masa tu. Kalau abang tahu semua ini nak jadi, abang bawa sekali Baby dan Hayren ikut abang ke Sabah. Ab-"

"Tak apa, abang. Baby dah redha kehilangan anak kita. Semua ini bukan  salah abang pun. Baby faham" Ammara memotong percakapan Hadith.

Hadith mengangkat muka lalu melihat ke arah Ammara. Bila masa pula isterinya sedar? Dan sejak bila Ammara menukar panggilan? Mereka berpelukkan lama. Air mata Hadith semakin mengemes keluar.

"Abang, Baby rasa dah nak lemas ni. Abang tak nak lepas Baby ke?" Ammara menyoal. Ya, semakin lama semakin kuat pelukkan tersebut.

Lantas Hadith meleraikan pelukkan tersebut. Dia tergelak kecil. Terlalu rindu akan gadis manis itu.

"Abang, Harith macam mana? Dia baik-baik sahaja kan?" Ammara menyoal lagi. Kali terakhir dia melihat sebelum pengsan, adalah Harith ditembak oleh Arfan.

Hadith senyum lalu menggengam erat kedua belah tangan Ammara.

"Harith selamat" Hadith membalas.

"Alhamdulillah" Ammara mengucap syukur. Dia senyum saat Hadith mengusap kepalanya.

Typo always yee

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro