60
Hadith menunduk ke bawah dengan tergelak. Dia menggelengkan kepala sambil bertepuk tangan. Dia pandang kembali pada Arfan masih lengkap senyuman itu.
"Kau? Buat lawak ke apa sial! Kawan aku sangkakan setia, rupanya memang sial! Berani kau tikam belakang aku kan! Kawan tak berguna! Dasar binatang! Sepatutnya aku bunuh kau dari dulu lagi!" Hadith memaki.
"Nak tahu perkara sebenar tak? Sini aku cerita pada kau, sahabat sejati" Arfan mengambil kerusi disebelahnya lalu duduk. Lengan Hayren dipegang kuat supaya tidak lari mana-mana.
"Aku punca semua ini. Aku yang bunuh isteri kau, Adra. Bukan Mak Bapak betina ni" kepala Ammara ditunjal menggunakan jarinya.
FLASHBACK
Arfan memakir kereta diluar pagar rumah Hadith. Dia menunggu kehadiran Adra. Hujan pula semakin lebat menurun. Dia mengeluarkan pisau rambo lalu senyum.
"Aku minta maaf sebab terpaksa bunuh kau, Adra. Aku tak suka tengok Hadith bahagia" Arfan menggumam perlahan. Dia berpaling ke tepi dan cepat-cepat sembunyikan pisau ke dalam poket seluar.
"Hai Arfan... Sorry, I lambat" Adra menutup pintu kereta lalu menghadap ke Arfan.
"Hai. Tak apa. I okay sahaja. You nak apa jumpa I malam-malam macam ni? Hadith tak marahkan You ke? Hadith tahu tak You nak jumpa I?" Arfan bertanya.
Adra senyum tipis lalu menggelengkan kepala. Arfan senyum menang. Lagi senang kerja dia.
"So... Kenapa You nak jumpa I? You jangan buat I macam ni. I tak nak, Hadith labelkan I perampas pula. Hadith tu bestfriend I tau" Arfan bertanya lagi.
Adra mengeluarkan test pregnant lalu tunjukkan pada Arfan. Arfan mengambil lalu mengangkat sebelah kening ke atas.
"So?" Arfan menunggu jawapan.
"I mengandung. So... I nak You hantar I ke Office Hadith. I nak suprisekan dia. Mesti dia suka tau! Dia kan dah lama teringinkan anak. You boleh hantar? I nak panggilkan teksi, tapi You tahu kan jenis Hadith macam mana. Dia tak suka I naik dengan sesiapa pun selain You atau pun kawan girl I" Adra membalas.
Arfan menggangguk perlahan.
"Okay I faham. Macam tu, jomlah kita pergi sekarang" Arfan mulakan memandu.
Semasa diperjalanan, Adra mengerutkan dahi. Mengapa Arfan masuk ke simpang kiri, bukan ke simpang kanan untuk ke Office Hadith?
"You, I rasa You salah jalan ni" Adra berkata.
Diam.
"You?" lengan Arfan dipegang lalu digoyangkan.
"Baik kau diam sebelum aku bunuh kau" Arfan mengugut. Pandangannya masih lurus. Fokus memandu.
Adra cuak. Dia dihuni rasa takut. Dia ingin telefon Hadith namun dirampas kasar oleh Arfan.
"Jangan buat aku marah, Adra Dhiya!" Arfan berhentikan kereta di bahu jalan. Dia memusing menghadap gadis itu dalam ketakutan.
"Kenapa I, You buat macam ni? You tahu tak, I ni isteri kawan baik You!" Adra meninggikan suara.
"HEI!" leher Adra dicengkam kuat.
"Itu bukan kawan baik aku, bodoh! Dia tu berlagak sangat kan? Memang patut aku bunuh kau ni! Biar dia tu rasa bila kehilangan seseorang!" Arfan mengeluarkan pisau tadi lalu mendekatkan pada perut Adra.
Adra menggeleng laju.
"Tolong jangan buat I macam ni, Arfan. I merayu..." Adra merayu.
"Sorry but i can't" terus pisau tadi dihunus ke perut Adra.
Darah memecut keluar terkena pada mukanya. Dia tersenyum puas. Diluar hujan semakin lebat ditambah pula petir kilat. Dia mengecilkan mata tatkala melihat kenderaan sedang menuju ke arah keretanya.
Lantas Arfan membawa Adra keluar lalu bersembunyi dipohon besar. Saat kereta itu semakin hampir, terus tubuh Adra ditolak lalu kereta tadi tidak sengaja terlanggar. Arfan memerhati, kereta itu terus memecut laju meninggalkan Adra di situ.
"Good" Arfan tersenyum puas.
ENDFLASHBACK
Hadith mendengar setiap butiran kata keluar dari mulut Arfan, meraup muka berkali-kali. Dia ketawa hambar sambil mengeluarkan air mata deras. Dia senyum menyenget pada Arfan. Tidak sangka kawan dianggap seperti adik beradik telah menikamnya dari belakang. Mengapa dia bodoh tidak perasan selama ini?
"Begini rasanya kena tikam belakang? Best sangat rasanya. Sampai hati kau buat aku macam ni, Arfan Mateen. Kau tak pernah fikir ke perasaan aku bila kehilangan isteri dan anak aku, huh? Sekarang kau nak bunuh isteri dan anak-anak aku lagi? Hebat!" Hadith menunduk kesal.
Arfan menjatuhkan kepala beberapa kali. Memang ini dia mahukan. Melihat kehancuran Hadith Dazyen.
"Memang ini aku nak. Bagaimana rasanya bila dikhianati? Best kan? Lain kali jangan berlagak sangat okay. Tak elok dipandangan mata aku ni" Arfan senyum mengejek pada Hadith.
Hadith menggengam kuat penumbuk sehingga terketar-ketar. Dia berdiri tegak sambil menatap Arfan dengan pandangan membunuh.
"ARFAN MATEEN!!!" Hadith berlari mendekati Arfan.
BANG!
"ERGH!" Hadith terjatuh saat peluru tepat menusuk ke betisnya. Darah mula mengeluar dengan kadar perlahan.
Arfan berpaling ke tepi tatkala yang menembak tadi adalah Atiq. Atiq angguk sekilas. Arfan menepuk bahu Atiq beberapa kali.
"Good..." Arfan melihat sahaja ke arah Hadith sedang mengerang kesakitan.
Ammara melihat itu hanya mampu menangis sahaja. Mahu menolong sudah tiada lagi tenaga. Dia sudah derita sakit ditanggung sekarang ini. Manakala Harith pula, terkejut dengan apa dia lihat dan dengar. Skrin komputer riba digenggam kuat, bagaikan mahu pecah.
"Grup A sila kepung diluar bangunan! Grup B sila ikut aku sekarang!" Harith memberi arahan. Sejurus itu, lantas dia turun dari kereta dan angguk pada beberapa orang dibelakangnya.
"Kau nak aku lepas kan anak dan isteri kau?" Arfan bertanya.
"Lepaskan mereka" Hadith menjawab.
"Okay aku lepas. Tapi dengan satu syarat. Kau mesti kena bertukar ganti" Arfan berkata.
"Aku setuju! Kau tak puas hati dengan aku, kan? Lepas mereka ganti aku. Buatlah sesuka hati kau" tanpa memikir panjang, Hadith terus bersetuju.
Arfan angguk pada Atiq. Atiq melepaskan Ammara dan Hayren. Dia mendekati ke arah Arfan.
Harith menjenguk kepala untuk melihat ke dalam, dia menghembuskan keluhan kecil saat memandang Hadith melutut.
"Jangan jadi bodoh, abang. Aku dah cakap pada kau kan. Jangan percayakan kata-kata palsu dia. Mereka nak gunakan kau sahaja" Harith menggumam perlahan. Cukup dia seorang yang dengar.
Arfan dan Atiq mencapai kurusi kayu lalu pukul belakang Hadith berkali-kali. Hadith mampu pejamkan mata sahaja sambil menahan kesakitan ditanggung itu.
PRAK!
"BODOH!"
PRAK!
"KAU INGAT, SEMUA DI DUNIA NI KAU PUNYA KE!"
PRAK!
"DAH LUPA MACAM MANA KAU HINA DAN PANDANG RENDAH PADA AKU, HAH! SEKARANG YANG KAU HINA DAN PANDANG HINA NILAH YANG TEMUKAN KAU DENGAN ISTERI KAU!"
PRAK!
Harith disebalik dinding simen itu sudah tidak sanggup melihat keadaan abangnya begitu, terus menonjolkan diri.
"BERHENTI!" Harith berteriak kencang.
Atiq lempar kerusi ke arah lain lalu kembali meletakkan pisau pada leher Ammara. Hadith pula sudah terkulai lemah ditemani oleh darah yang keluar dari mulut dan juga kepala. Dia memandang Harith lalu geleng kepala perlahan.
"Lepaskan mereka!" Harith mengarah.
Arfan mendengus kasar. Dia lempar kurusi ke tepi lalu mencengkam kuat rambutnya.
"Susah sangat ke aku nak bunuh dia? Kau tak tahu apa-apa jangan nak masuk campurlah! Kau nak aku bunuh kau juga ke?" Arfan tempik kuat.
"Kau boleh stop semua ini. Mari kita berbaik?" Harith berkata.
Atiq tergelak kuat.
"Berbaik? Kau siapa nak cakap berbaik! Kau tak ada kena mengenalah dalam urusan ni! Berambus!" Atiq membalas.
"Aku siapa?" Harith mengulangi kembali kata-kata Atiq.
"Aku adalah abang kandung kau. Dahlah buat jahat. Papa dengan Mama dekat rumah dah tunggu kau tu. Dia orang akan maafkan perbuatan kau bila kau dah betul-betul insaf" Harith berterus-terang.
Atiq menggelengkan kepala.
"Apa kau merepek? Aku bukan adik kau!" Atiq membentak.
"Kau tak percaya sudah! Sekarang kau lepaskan mereka semua!" Harith mengeluarkan pistol terselit dibelakang. Belum sempat dia menekan picu pistol, Arfan dengan begitu cekap sekali telah menembak Harith.
BANG!
BANG!
BANG!
"HARITH!"
Mata Hadith membuntang saat Harith jatuh lemah ke atas lantai. Dia cuba sedaya upaya gagahkan diri untuk bangun. Orang-orang suruhan Tuan Hakim terus datang lalu menembak betis Arfan dan Atiq. Akhirnya mereka rebah dengan meraung kesakitan.
"Harith! Bangunlah! Jangan buat aku macam ni!" terketar-ketar tangan Hadith menyentuh pipi Harith.
"Aaabb-aanng... Ssseee-lllaammaattt-kkkaann... Mmaaa-rrraaa... Ddaann... Aannaa-kkk... kkaa-uu..." Harith memejam mata secara perlahan.
"HARITH!!!" Hadith memeluk adiknya sambil menangis.
"Tuan Hadith, kami akan segera bawa Tuan Harith ke hospital" kata salah seorang orang suruhan Tuan Hakim. Harith dibawa keluar dari bangunan tersebut.
Mata Hadith tertumpu pada Ammara sudah dibawa keluar bersama anak mereka. Dia menunduk kesal. Kesal kerana tidak dapat selamatkan isteri anak dan adiknya. Dia menangis teresak disitu.
"Tuan Hadith, kami bawa Tuan ke hospital juga. Ikut kami" tubuh Hadith dibawa keluar juga. Baginya malam itu adalah malam sangat ngeri pernah terjadi di dalam hidupnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro