Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

59

BUSHHH!

Atiq memcampak baldi ke arah lain. Ammara terkejut dengan simbahan air tersebut lantas mencelik mata dengan luas. Dia terbatuk saat hidung masuk air. Atiq segera mencengkam kuat rambut Ammara.

"Kau tahu tak apa bakal berlaku malam ni, huh?" Atiq dekatkan jarak antara mereka.

Ammara menggelengkan kepala perlahan.

"Pertumpahan darah..." Atiq ketawa.

Dahi Ammara berkerut-kerut. Pertumpahan darah?

"Maksud kau apa?" Ammara menyoal.

Atiq berdecit kasar. Dia dekatkan lagi muka pada muka Ammara.

"Hadith akan datang sini untuk selamatkan kau. Tahu tak apa plan aku dan kawan aku? Kawan aku akan bunuh suami tercinta kau tu. And yes... Kau akan jadi milik aku selamanya. Kita kahwin selepas ni ya? Aku janji akan jaga kau" Atiq membalas. Pipi Ammara dicium perlahan.

"Aku tak akan kahwin dengan kaulah! Kau tu cuma penghancur rumahtangga aku! Kau punca semua ini terjadi! Kenapa aku mesti kau pilih, hah! Pergi berambuslah kau! Lelaki tak guna!" Ammara membentak. Air mata laju menurun. Dia sudah penat dengan semua ini!

Riak wajah Atiq berubah bengis. Leher Ammara dicengkam lalu memberi tumbukkan berkali-kali. Rasa tendang dan sepak sehingga hatinya terasa puas.

"BODOH! TAK GUNA! SIAL! SUAMI KAU AKAN MATI JUGA MALAM NI!" Atiq mengamuk.

•••

Hadith menunduk ke bawah sambil melihat jam tangan. 11:55 Malam, masih tersisa 5 minit sahaja lagi. Harith disebelah memegang bahunya dan senyum. Mereka berpelukkan sesaat.

"Gudluck. Aku berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Tolong bawa pulang sahabat dan anak buah aku dengan selamat" Harith mengujar.

Hadith senyum. Tangan Harith dipegang erat.

"Aku janji akan bawa mereka dengan selamat. Apa pun bakal terjadi malam ni, aku nak kau jaga Mara dan anak aku baik-baik. Aku berpesan, andai kata aku yang dulu pergi tinggalkan mereka berdua. Aku sayang kau dan keluarga kita" Hadith berkata.

Harith senyum tipis. Dia tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia kembali menarik lengan Hadith apabila lelaki itu mahu pergi.

"Pakai benda ni untuk lindungi kau" Harith berkata. Dia mengeluarkan jaket kalis peluru pada Hadith. Hadith membuka pakaiannya sebelum pakai.

"Harith, siapa sebenarnya kau? Macam mana kau tahu dan macam mana boleh miliki pistol?" Hadith bertanya. Ya, setelah sekian lama mahu bertanya. Bukan apa, takut tak sempat.

"Aku join grup 'Hablack' milik Papa aku. Aku buat semua ini untuk kau dan Mara" Harith menjawab.

"Maksud kau, Tuan Hakim mafia?" Hadith bertanya lagi mahu kepastian.

"Yes" Harith membalas sekilas.

Hadith melihat jam tangan kembali. Dia menarik nafas lalu hembuskan secara perlahan.

"Aku pergi dulu" Hadith berkata.

Harith menggangguk perlahan. Sebaik sahaja kelihat Hadith sudah tidak kelihatan, terus Harith membuka laptop untuk mengesan jejak abangnya. Earpiece terpasang pada telinga untuk mengarah orang-orang suruhannya.

Hadith berdiri depan-depan dihadapan gerbang pintu bangunan lama terbiar ditengah hutan itu. Betul kata Suraya, locution sama seperti dihantar oleh Atiq. Jantung berdebar-debar mahu masuk ke dalam. Kaki pula seakan dirantai mahu melangkah. Namun digagahkan sekuat hati.

"Hoi!" Hadith berjalan ke hadapan. Matanya meliar sekeliling.

Kakinya terhenti di hadapan tiang kayu. Secara tidak sengaja, cecair jernih laju turun. Di situ kelihatan banyak darah. Sudah pasti itu darah milik Ammara.

"ATIQ! KELUARLAH! JANGAN PERBODOHKAN AKU MACAM NI!" Hadith berteriak kencang.

Sunyi.

"ATIQ FARHAN!" Hadith berteriak lagi.

"Hei bro, bising sangatlah kau ni. Tahulah rindu isteri kau ni" Atiq bersuara.

Pantas Hadith memusing ke belakang dan terbuntang kedua matanya saat melihat keadaan Ammara. Banyak darah membasahi kain dipakainya itu. Muka pula usah diperkatakan. Lebam kiri kanan. Sayu sahaja pandangan ke arah Ammara.

"Baby..." Hadith berjalan ke arah Ammara.

"Selangkah kau datang, aku bunuh isteri kau ni!" Atiq mengugut. Pisau didarat pada leher.

"Tak gunalah kau!" Hadith tetap teruskan langkah.

Pisau tadi ditekan sedikit hingga keluar darah. Ammara pejamkan mata serapat mungkin. Langkah Hadith terhenti serta merta. Atiq senyum sinis.

Hadith jatuh melutut dihadapan Atiq bersama tangisan. Dia merapat kedua belah tapak tangan. Ammara melihat itu menahan sebak. Atiq tergelak halus. Suka tengok Hadith kelakuan begitu.

"Aku merayu pada kau, Atiq. Tolong jangan buat aku macam ni. Aku sanggup buat apa sahaja demi Mara dan anak-anak aku. Tolong lepaskan mereka. Kau berdendam dengan aku? Kau nak bunuh aku? Bunuhlah! Aku sanggup gantikan tempat Mara" Hadith merayu.

"Hei! Hei! Bila masa pula 'Anak-anak' kau? Anak dalam perut isteri kau ni dah mati! Aku yang bunuh!" lantas perut Ammara ditumbuk buat entah berapa sekian kalinya.

"ATIQ!" Hadith menggelengkan kepala.

"Apa kau nak? Aku boleh tunaikan" Hadith menyoal.

Atiq meletak jari pada dagu lalu mengetuk. Buat seolah-olah memikirkan sesuatu.

"Aku nak isteri kau, boleh? Aku janji akan jaga dia sebaik mungkin. Boleh?" Atiq membalas.

"Aku tak akan lepaskan dia pada kaulah gila! Kau dah ada isteri kan? Jagalah dia baik-baik. Bukan isteri aku yang jadi mangsa kau!" Hadith membantah.

"Jangan sesekali tinggikan suara pada aku! Jangan sampai aku bunuh isteri kau ni!" pisau ditekan ke lebih dalam lagi.

"Aaabb-anngg" Ammara memanggil dengan perlahan. Dia juga tiada tenaga.

"Baby..." Hadith genggamkan penumbuk. Dia baru teringat akan sesuatu.

"Anak aku mana? Mana!" Hadith bertanya. Ya, dia baru perasan Hayren tiada.

Atiq melihat ke arah Mateen sedang senyum sinis terhadapnya itu. Dia angguk sekilas. Mateen membuang kasar setolep pada mulut Hayren.

"Baba!" Hayren menjerit kuat.

Hadith memusing ke belakang dan cuba mahu mengambil Hayren tetapi dihalangi bunyi pistol.

"Berani datang, berani tengok mayat anak kesayangan kau ni" Mateen berkata.

Hadith mengerutkan dahi. Dia melihat ke arah Mateen sedang berjalan melintasi di hadapanya itu. Disebabkan Mateen memakai mask membuat sukar mahu mengecam.

"Kau siapa? Kenapa buat anak dan isteri aku macam ni?" Hadith menyoal.

Mateen tergelak kuat. Semakin kuat, semakin memenuhi ruang.

"Betul nak tahu aku siapa? Tak menyesal?" Mateen bertanya.

Hadith menggangguk perlahan.

Mateen segera membuka mask lalu memberikan senyuman menyenget pada Hadith. Hadith terkejut. Matanya tidak berkelip melihat gerangan tersebut.

"Arfan? Kau punca semua ni?" terketar-ketar suara Hadith. Genggaman makin dikuatkan.

Atiq menonton itu hanya diam. Adakah mereka saling mengenali?

"Yes, akulah. Arfan Mateen..." semakin lebar senyuman tersebut.

PESANAN SAYA, JANGANLAH TERLALU PERCAYAKAN PADA SESIAPA PUN TERMAKSUD BESTFRIEND. HATI SESEORANG TIDAK DAPAT MELIHAT. PERASAAN IRI SENTIASA MENGELILINGI KITA SELALU YA.. ADA BEBERAPA CHAPTER LAGI SEBELUM ENDING.. SORRY KALAU CHAPTER NI TYPO KE APA DAN CHAPTER SETERUSNYA.. SAYA TAK SEMPAT NAK EDIT..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro