Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

58

Mateen menutup pintu kereta lalu mengorak ke dalam bangunan lama tersebut. Dia hentikan langkah seketika saat melihat Atiq sedang memukul Hayren dengan begitu teruk sekali. Dia mengetap gigi dengan kuat lalu berlari ke arah Atiq.

"HOI!" bahu Atiq ditolak kasar ke belakang. Lengan Hayren ditarik mendekatinya.

"Kau asal pukul budak ni macam ni sekali, huh?" Mateen menyoal.

Atiq memberikan senyuman sinis.

"Kau pukul tak apa pula? Aku tak boleh ke?" soalan dibalas dengan soalan.

"Itu lain. Aku pukul sikit je! Bukan macam kau ni, pukul macam nak mati budak ni!" Mateen memarahi.

Atiq tidak membalas. Kepala dipusing ke tepi, melihat Ammara sedang pengsan. Dia memutar biji bola mata ke atas.

Lemah!

Pukul sikit dah pengsan!

Mateen juga berpaling melihat Ammara sedang pengsan itu. Bahagian bawah banyak mengeluarkan cecair merah pekat.

"Kau nak bunuh perempuan tu ke? Bukan ke kau sayang sangat dekat dia?" Mateen bertanya pula.

"Aku nak bunuh anak dalam perut dia tu. Bukan dia. Aku sayang, cuma aku sakit hati teringat apa dia buat pada aku selama ni. Dia sanggup kahwin dengan jantan tak guna tu" Atiq menjawab.

Mateen senyum menyenget. Dia mengangkat kedua belah bahu atas. Bibir dijuihkan.

"Lantak kaulah. Kau budak, ikut aku!" Mateen baru sahaja mahu berundur, tetapi dihalangi oleh Atiq.

"Aku dah beritahu pada Hadith. Aku suruh dia datang ke sini malam ni" Atiq mengujar.

"Good. Saat ini aku nanti-nantikan. Tak sabar aku nak tengok kehancuran dia" Mateen tergelak kuat lalu berlalu pergi.

•••

Hadith tersandar lemah pada dinding katil. Satu hembusan lemah dilepaskan. Dia pejamkan mata seketika lalu menitiskan air mata. Banyak sungguh ujian dilalu olehnya. Dia mengusutkan rambut sehingga serabai. Cadar dicengkam sekuat hati. Bagaimana keadaan Ammara dan anaknya. Baik-baik sahaja ke?

"Maafkan abang, Baby. Abang gagal lindungi Baby dan anak-anak kita. Sepatutnya abang batal semua meeting dan sentiasa temani Baby" Hadith mengesat air mata sebelah kiri, sebelah kanan pula menitis.

"Abang sanggup berbuat apa sahaja demi Baby dan anak-anak kita. Andai nyawa abang harus diganti, aku sanggup. Janji Baby dan anak-anak kita selamat" Hadith mencengkam sekuat hati.

Sakit! Perit! Pedih! Semua ada.

KLAK!

Harith kuak pintu bilik Hadith lalu membolos ke dalam. Dia menapak langkah ke arah katil Hadith. Dia melabuhkan punggung bersebelahan dengan abangnya.

"Abang, jom kita turun dan makan. Dari pagi tadi lagi kau belum makan" Harith mengajak.

"Kau nak makan, pergi. Aku nak keseorangan diri" Hadith membalas.

Harith menghembuskan nafas lemah. Dia memandang wajah Hadith. Kelihatan sembab dan merah mata Hadith. Mungkin lelaki itu terlalu banyak mengeluarkan air mata.

"Kau tak boleh buat macam ni, Hadith. Kau kena kuat. Tak akan kau dah lemah. Kuat demi Mara dan anak-anak kau" Harith mengujar.

Lantas kolar leher Harith dicengkam kuat lalu mencerlung tajam pada adik bongsunya itu.

"KAU TAHU TAK, ISTERI DAN ANAK-ANAK AKU DALAM BAHAYA! KAU BOLEH CAKAP AKU LEMAH? YES! ITU KELEMAHAN AKU BODOH! KAU TAK ADA DITEMPAT AKU, SENANGLAH KAU CAKAP!" Hadith jerkah dengan kuat.  Kolar leher Harith dilepaskan kasar.

"Hadith! Kau sedar tak? Kau jangan nak jadi bodoh! Aku suruh kau makan turun makan supaya kau tu bertenaga nak lawan si Atiq tu! Aku minta maaf cakap kau lemah. Aku tak sengaja" Harith berkata.

Hadith tidak membalas kata-kata Harith. Dia melempar pandangan ke arah luar.

"Makan sekarang. Lepas tu kita pergi rumah Papa aku untuk bincang pasal rancangan pada malam ni" Harith berkata lagi.

Hadith mengerut dahi. Dia berpaling melihat ke arah Harith semula. Telinga dia salah dengar ke?

"Papa? Siapa Papa kau?" Hadith bertanya.

Harith senyum tipis.

"Tuan Hakim tu, Papa kandung aku. Dan... Atiq adik kandung aku. Nanti kau faham. Buat masa sekarang, kita fokus pada malam ni" Harith menjawab kata-kata Hadith. Dia memusing ke belakang lalu beredar pergi.

Hadith mengganguk faham. Dia menuruni katil lalu mengorak langkah ke arah pintu.

•••

Selesai makan tenghari di rumah Tuan Rahman, Harith dan Hadith terus berangkat ke rumah Tuan Hakim. Mereka duduk di atas sofa, sementara menunggu Tuan Hakim dan beberapa orang-orang Tuan datang ke mari.

"Harith, macam mana ni? Dah beberapa minit kita di sini. Mereka ada tak?" Hadith bertanya.

Harith sedang bermain dengan telefon bimbit itu terhenti seketika. Dia memaling ke tepi dan senyum.

"Sabar. Nanti mereka sampai" Harith menjawab.

Hadith diam. Dia mengerling sekilas pada jam tangan. Sekarang jarum jam menunjukkan pukul 2:00 Petang, masih ada 10 jam lagi sebelum berginjak pukul 12:00 Malam.

"Maafkan Papa ya Harith, Hadith. Papa selesaikan masalah dekat Office sebentar tadi" Tuan Hakim masuk ke dalam bersama beberapa orang-orangnya.

"Tak apa, Pa. Harith faham" Harith membalas bersama secalit senyuman.

Tuan Hakim menggangguk sekilas lalu labuhkan punggung ke atas sofa. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.

"Okay Hadith. Saya cadangkan kamu bawa orang-orang saya untuk temani kamu. Saya yakin, Atiq mempunyai niat jahat kepada kamu. Jangan risau, saya dan Harith juga akan temani kamu di belakang" Tuan Hakim memberitahu tentang rancangannya.

Hadith menggelengkan kepala tidak bersetuju apa dirancang oleh Tuan Hakim itu.

"Maafkan saya. Saya tak setuju rancangan Tuan. Saya tak nak, disebabkan degil saya, anak dan isteri saya jadi mangsa" Hadith membantah.

"Ta-"

Tuan Hakim terhenti dari menerus kata-kata apabila Harith mengangkat tangan. Dia faham maksud anaknya itu.

"Abang, bukan maksud Papa nak teman kau masuk sekali dalam tu. Kita orang akan tunggu di luar dan sembunyi dari pengetahuan Atiq. Kau pergi jumpa Atiq, dan berbincanglah dengan dia. Lebih kurang 30 minit kau tak keluar juga, kita orang akan pergi terjah tempat tu" Harith perjelaskan.

Hadith diam. Dia cuba menghadam kata-kata adiknya.

"Kau janji, tak akan libatkan pihak polis kan? Aku takut kantoi" Hadith mengujar.

"Aku janji tak akan libatkan pihak polis. Kau tak perlu risau, semuanya akan berjalan dengan lancar" Harith membalas.

"Tapi macam mana kalau semua ni sia-sia? Dan Atiq tahu rancangan kita?" Hadith menyoal. Ya, dia risau andai rancangan mereka ini diketahui oleh Atiq. Dia tidak mahu Ammara dan anak-anaknya menjadi mangsa.

Harith memegang kedua belah bahu Hadith lalu memandang lunak ke dalam anak matanya.

"Aku akan bantu kau, abang. Kau satu-satunya abang yang aku ada. Aku sayang kau. Aku percaya kau boleh. Buat demi Mara dan anak-anak kau. Kau pasti berjaya" Harith cuba menyakinkan abangnya.

"Terima kasih, Harith. Kau dah banyak bantu aku. Aku sayang kau. Kau adalah adik aku selamanya. Hanya Allah sahaja dapat balas jasa baik kau ni. Aku bersyukur dapat adik macam kau" Hadith berkata bersama esakkan.

"Hei... Kau anak jantan tau. Kau tak boleh titiskan air mata ni. Kau kuat, aku pun kuat. Aku pun bersyukur dapat abang macam kau. Dah, sekarang aku nak kau bersiap-siap" Harith membalas. Dia mengesat air mata Hadith.

Tuan Hakim senyum. Walaupun lelaki itu banyak lakukan kesalahan pada anaknya, tetap juga dimaafkan dan disayangkan. Dia bersyukur anaknya dikurniakan perangai yang elok-elok. Cuma Atiq sahaja berperangai begitu. Tak apalah, salah dia juga. Selalu manjakan dari kecil sehingga besar dewasa. Mungkin semua ini terjadi ada hikmah disebaliknya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro