Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

57

"Harith... Saya ada perkara lain mahu beritahu pada kamu. Sebenarnya ka-"

"Hakim!"

Tuan Rahman berdiri sambil mencerlung tajam ke arah Tuan Hakim. Harith mengerutkan dahi. Tidak faham situasi sekarang ini. Dia memandang ke arah Haneesa, Haneesa mengangkat kedua belah bahu ke atas tanda tidak tahu.

"Tuan, Daddy. Kenapa ni?" Harith bertanya.

"Harith, pergi naik ke atas sekarang!" Tuan Rahman mengarah tegas.

Harith baru sahaja mahu angkat punggung tetapi dihalangi oleh Puan Hani. Semakin bingung perasaan dia.

"Dengar dahulu perjelasan kami" Puan Hani berkata bersama senyuman manis.

"Harith! Pergi naik atas! Tak dengar ke apa Daddy cakap? Haneesa! Bawa adik kamu naik!" Tuan Rahman terus menunding jari ke arah tangga.

Harith berdiri tegak sambil meletakkan jari pelunjuk pada bibirnya tanda diam.

"Boleh tak korang jelaskan apa sebenarnya berlaku?" Harith memaling melihat Tuan Rahman sedang menahan amarah.

"Daddy, Daddy kenal ke siapa ni?" Harith menyoal.

Diam.

Melihat kebisuan dari Tuan Rahman, Harith memaling ke kiri pula untuk melihat Tuan Hakim hanya beriak biasa.

"Tuan, Tuan kenal ke Daddy saya?" Harith menyoal lagi.

Tuan Hakim menggangguk perlahan.

"Saya kenal sangat Daddy kamu. Sebenarnya kamu adalah anak kandung Papa" akhirnya Tuan Hakim memberitahu perkara sebenar.

Haneesa dan Harith terkejut dengan kenyataan dari Tuan Hakim. Harith menunduk ke bawah. Betul ke apa dia dengar?

"Daddy, betul ke apa Tuan Hakim bicara? Harith bukan anak Daddy?" Harith menyoal.

Puan Halma mula menitiskan air mata. Dia tidak mahu mereka mengambil Harith.

"Bukan Harith. Mereka penipu. Anak mereka dah lama mati. Kamu adalah anak kandung kami" Tuan Rahman masih menafikan.

Puan Hani memegang kedua belah pipi Harith bersama linangan air mata.

"Harith anak mama... Ini Mama kandung Harith. Dah lama Mama dan Papa cari Harith. Maafkan kami Harith. Kami sayangkan kamu" lantas Puan Halma memeluk erat Harith.

Harith tidak membalas. Dia terkaku. Dia masih tidak percaya apa sedang berlaku sekarang ini. Antara kata Tuan Hakim mahupun Tuan Rahman, mana mahu percayai?

"Apa bukti korang, saya anak kandung korang?" Harith bertanya. Setitis demi setitis jatuh membasahi pipi.

"Papa terpaksa berikan kamu pada Daddy kamu kerana masalah wang. Kami dah buat perjanjian, bila dah selesai akan ambil kamu balik. Tetapi Daddy kamu dah bawa kamu pergi entah ke mana. Puas kami mencari. Tapi tak jumpa. Pada suatu hari, Papa dapat info dari orang-orang Papa yang kamu tinggal di sini. Maafkan kami ya" Tuan Hakim menjawab dengan nada sebak.

"Dia bukan anak kau, Kim! Kau dah buang dia pada aku. Buat apa kau nak ambil dia balik? Kau memang tak berguna!" Tuan Rahman mengepal penumbuk. Geram dengan Tuan Hakim sudah membocor rahsianya itu.

"Aku tak pernah buang anak aku sendiri, Man. Aku cuma beri dia pada kau sementara. Tapi kau dah bawa dia lari jauh. Dia berhak tahu siapa bapak kandung dia yang sebenar. Sampai bila kau sorok perkara sebenar?" Tuan Hakim mengujar.

"Sudah. Daddy, walaupun Harith bukan anak kandung Daddy, Daddy dan Mummy tetap ibu bapa kandung Harith. Jangan risau, Harith masih sayangkan korang" Harith mencelah.

Tuan Rahman menunduk ke bawah. Tidak tahu apa yang mahu dibalas.

Harith memegang kedua tangan Tuan Hakim dan Puan Hani bersama senyuman.

"Mama, terima kasih sebab lahirkan Harith. Harith beruntung mempunyai dua ibu" Harith melihat ke arah Tuan Hakim pula.

"Papa, terima kasih kerana tidak puas asa mencari Harith. Harith faham kenapa Papa berikan Harith pada Daddy. Jangan risau, Harith dah maafkan korang. Harith tak nak simpan dendam atau apa pun" Harith berkata.

Lantas Tuan Hakim dan Puan Hani memeluk erat Harith bersama esakkan. Puan Halma menarik lengan suaminya lalu anggukkan kepala. Siapa dia mahu pisahkan mereka anak beranak. Haneesa senyum. Air mata menitis itu pantas disekat. Dia tidak menyangka adiknya itu seorang yang sangat berhati mulia. Sanggup memaafkan. Suraya menyaksikan dari tadi hanya mampu diamkan diri sahaja. Bila difikirkan balik, sudah banyak kali dia melakukan kesalahan.

•••

Ammara membuka kelopak mata lalu berdesis. Rasa mencucuk pada bahagian bawah. Air mata kembali bertakung saat melihat darah banyak mengalir dari bawah. Dia pejamkan mata apabila rasa sakit kembali menyerang tiba-tiba.

"Tolong... Sakit..." Ammara meminta tolong.

Atiq berjalan mendekati Ammara. Dia tergelak sinis melihat Ammara seperti itu. Baru puas hati.

"Sayang kenapa ni? Sakit ek?" Atiq buat-buat muka kesian.

"Atiq, tolong saya... Anak saya... Bawa saya ke hospital... Sakit..." Ammara merintih.

Atiq mendekati telinga pada wajah Ammara.

"Apa sayang? Tak dengarlah" Atiq sengaja berbuat begitu.

Ammara pejamkan mata serapat mungkin. Sakit sungguh dirasa olehnya sekarang ini.

"Bawa saya ke hospital... Tolonglah saya merayu" Ammara terus merayu.

Mata Atiq teralih pada perut membukit milik Ammara. Dahinya berkerut. Setahu dia, semalam dia sudah tendang beberapa kali sehingga mengeluarkan darah banyak. Tetapi kenapa masih membukit? Ataupun belum lagi keguguran?

"Anak kau belum mati lagi ya? Asal liat sangat nak mampus!" Atiq memberikan satu tumbukan pada perut Ammara.

Ammara meraung kesakitan.

"Cukup Atiq! Sakit!" Ammara berteriak kuat agar Atiq segera berhentikan.

"Aku tak akan pernah cukup sebab anak ni masih hidup!" lagi sekali tumbukan pada perut Ammara.

Ammara menggelengkan kepala. Dia sudah tidak tahan dengan seksaan ini.

"Eh sayang, aku ada buat sesuatu dekat anak sulong kau tu. Nak tengok tak? Sekejap ek, aku ambilkan" Atiq berdiri lalu pergi.

Mata Ammara membuntang. Bermaksud, bukan dia keseorangan di sini! Anaknya juga turut berada di sini!

Atiq kembali lalu mencampak Hayren tepat ke arah perut Ammara. Ammara menahan kesakitan. Dia memadang sayu pada anaknya sudah lebam pada hujung bibirnya. Sungguh menyayatkan hatinya.

"Mama..." Hayren menitiskan air mata.

Ammara juga menitiskan air mata dengan laju. Buat kali pertama anaknya memanggilnya panggilan 'Mama'

"Kau buat apa pada anak aku, hah!" Ammara menengking lantang. Dengan kekuatan masih tersisa.

Atiq mencengkam kuat pada rambut Ammara sehingga mendongak ke arahnya.

"Bukan akulah yang buat! Itu kawan aku yang buat! Kau jenis suka tuduh aku kan!" Atiq bengang saat Ammara menengking padanya.

PANG!

Satu tamparan hinggap ke pipi kanan Ammara. Ammara diam. Tidak mampu lagi mahu melawan. Hayren ketakutan itu segera merapati pada Ammara.

PANG!

"ASAL DIAM!" Atiq terus menampar pipi Ammara berulang kali.

"Kau nak tengok aku buat apa-apa pada anak kau ni kan? Tengoklah!" lantas lengan Hayren dipaut kuat dan pukul.

"Jangan! Berhenti! Pukulah aku! Jangan pukul anak aku!" Ammara hanya mampu titiskan air mata. Mahu menolong, kedua belah tangan masih terikat pada tiang kayu.

"MAMA!"

"DIAM!"

Atiq terus memukul Hayren tanpa belas kasihan. Mateen melihat dari jauh itu hanya ketawa kecil. Ya, dia suka tengok situasi begini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro