56
Sebaik sahaja sampai di rumah Tuan Rahman, tergesa-gesa Hadith berlari masuk ke dalam rumah. Semua di situ turut memandang ke arahnya. Harith berdiri lalu menghampiri abangnya. Hadith mencengkam kuat pada kolar leher adiknya.
"Mana isteri dan anak aku, Rith?" Hadith menyoal dengan nada terketar-ketar. Mata helangnya kini merah lalu mengeluarkan butiran jernih.
"Atiq dah culik mereka. Aku terlambat ke sana. Maafkan aku ya" Harith membalas.
Secara perlahan cengkaman tadi terlerai. Hadith menggelengkan kepala. Ujian apa dia terima. Baru sahaja ingin mengecapi kebahagiaan, sudah dilanda pelbagai masalah.
"Qaz dan Araz mana? Dia orang tak jaga rumah aku ke?" Hadith bertanya lagi.
"Mereka dah dimasukkan ke hospital sebab kepala dia orang parah kena pukul. Bukan salah dia orang pun. Semua dah dirancang oleh Atiq" Harith menjawab.
Tubuh Hadith jatuh lemah ke bawah. Dia menekup muka lalu menghamburkan segala tangisan. Dia tidak kuat. Tambah lagi Ammara sedang mengandung.
Harith mengusap belakang Hadith. Menyalurkan kekuatan yang masih ada. Dia juga memikirkan pasal Ammara dan Hayren. Atiq tengah buat apa pada mereka?
"Abang, sabar... Aku tahu kau kuat" Harith memujuk.
Lantas Hadith memeluk erat Harith bersama menggelengkan kepala.
"Aku tak kuat, Harith. Mara tengah mengandung. Aku takut Atiq buat sesuatu pada dia. Aku tak akan maafkan diri aku andai berlaku apa-apa pada mereka. Aku sayang mereka" Hadith membalas.
Harith diam. Dia berpaling melihat Tuan Rahman sedang mengusap bahu Puan Halma. Haneesa pula menggelengkan kepala bersama senyuman tipis.
"Harith..." panggil seseorang.
Harith memandang ke arah pintu lalu mengerutkan dahi. Tuan Hakim datang, disisinya ada Puan Hani dan juga Suraya. Dia berdiri lalu mendekati mereka bertiga.
Tuan Rahman dan Puan Halma saling berpandangan lalu terkejut dengan kehadiran tidak diundang itu.
"Tuan Puan, macam mana tahu rumah saya di sini?" Harith bertanya.
Tuan Hakim senyum tipis. Matanya teralih pada Tuan Rahman sudah memandang tidak puas hati terhadap dia. Dia menghadiahkan senyuman sinis kepada mereka berdua.
"Boleh kita berbincang? Saya datang ke sini kerana saya tahu mana Atiq sembunyikan Mara dan anaknya" Tuan Hakim berkata.
Hadith berlari ke arah Tuan Hakim.
"Mana dia sembunyikan isteri dan anak saya, hah?" Hadith menyoal.
Harith memegang bahu Hadith.
"Kita dengar dulu. Nanti kita tahu mana Mara dan Hayren tinggal" Harith mencelah.
Tuan Rahman berdehem kecil. Automatik semua berpaling ke arahnya. Tuan Hakim faham isyarat mata Tuan Rahman, memulakan bicara.
"Hadith, maafkan kelakuan anak saya. Saya janji, dia akan terima balasan setimpalnya. Suraya, beritahu perkara sebenar" Tuan Hakim memulakan bicara.
Suraya mengangguk sekilas.
"Sebelum kejadian, saya terbaca mesej seseorang yang hantar pada Atiq. Saya tak sedap hati terus mengikuti mereka. Mara dan anaknya berada di bangunan lama ditengah hutan" Suraya mengujar.
Hadith mengerutkan dahi. 2 orang?
"Maksud kau? Dia berdua jalankan rancangan ni?" Hadith menyoal.
"Betul. Dua orang. Tapi saya tak cam sorang lagi tu kerana mereka pakai topeng" Suraya membalas.
Hadith diam.
KRING!
Bunyi deringan telefon bimbit menyentakkan lamunan Hadith. Lantas dia menjawab lalu melekatkan pada tepi telinga. Menunggu si pemanggil bersuara.
"Dah tahu berita isteri dan anak kau hilang? Tahu tak siapa culik dia, huh? Akulah yang culik" Atiq tergelak kuat dihujung panggilan.
Hadith mengepal penumbuk.
"Kau nak apa setan! Lepaskan isteri dan anak aku! Dia orang tak salahlah dalam hal ni!" Hadith tempik di dalam talian.
Atiq menggosok kasar telinganya saat bunyi tempik Hadith terjah ke dalam gegedangan telinga.
Sakit tahu tak?
"Kau ni jenis suka kuatkan suara kau ek? Memang dia orang tak salah, yang salahnya bapak dan suami tak guna macam kau ni, gila! Kau tu perampas! Sepatutnya aku bunuh je isteri dan anak kau kan? Senang, tak ada sesiapa pun dapat dia!" Atiq tengking.
Hadith menarik nafas dalam-dalam. Cuba mencari kesabaran dalam diri.
"Okay, Atiq. Aku faham. Kau cinta Mara. Aku pun cinta dia. Tapi kau jangan buat apa-apa pada dia. Dia sekarang tengah mengandung. Tolong jangan sakitkan dia dan anak aku. Aku merayu sangat pada kau" Hadith merayu bersama esakkan.
Atiq tergelak sinis.
"Kau menangis ke? lelaki atau perempuan kau ni? Lemah! Kau cakap apa tadi, isteri kau mengandung? Aku dah bunuh anak dalam kandungan dia. Anak tu perosak hidup aku!" Atiq membalas.
Mata Hadith membuntang. Meja dihadapan dihentak sekuat hati. Berani lelaki itu cari nahas dengan dirinya.
"Kau setanlah Atiq! Aku akan bunuh kau! Tak guna!" Hadith mengamuk.
"Ingat aku takut? Janji hati aku puas! Kalau kau masih nak isteri dan anak kau selamat, datang seorang diri malam esok. Nanti aku bagi location. Ingat, seorang diri. Aku tak nak Harith atau pun pihak polis yang masuk campur. Kalau tak, isteri dan anak kau akan mati!" Atiq memutuskan talian. Dia tersenyum puas hati.
Hadith menggenggam telefon dengan kuat. Bagaikan mahu pecah. Harith mengusap belakangnya berulang kali. Hadith menitiskan air mata dengan deras. Dia gagal selamatkan anak keduanya.
"Rith, aku gagal selamatkan anak aku... Atiq dah gugurkan kandungan Mara... Apa salah aku sampai Mara kena tanggung? Sepatutnya aku yang berada di situ! Bukan dia..." Hadith meraup wajah.
Semua di situ terkedu. Harith mengemamkan bibir. Dia juga tidak tahan lagi mahu menahan air mata. Dia juga terlambat mahu menyelamati mereka berdua.
"Abang... Kita boleh selamatkan mereka. Aku sentiasa ada di sisi kau. Sama-sama kita usahakan" Harith berkata.
Hadith menggelengkan kepala dengan laju. Dia tak nak disebabkan kedegilannya, nyawa anak isterinya melayang.
"Biar aku seorang yang pergi. Dia dah cakap, malam esok aku kena pergi tempat tu. Dia tak nak kau atau pun pihak polis terbabit. Hal ni, biar aku uruskan" Hadith mengujar.
Harith memegang kedua belah bahu Hadith.
"Aku kenal Atiq macam mana. Aku boleh agak apa rancangan dia. Mesti dia akan apa-apakan kau. Sekarang kau pergi naik atas, bersihkan diri kau dan rehat" Harith mengarah.
Hadith menggangguk lemah. Dia menuruti arahan Harith. Dia sudah tidak tahu mahu buat apa lagi selain menangis.
Seusai sahaja susuk tubuh Hadith tidak lagi kelihatan, Harith memandang ke arah Tuan Hakim. Dia perasan pandangan antara Tuan Hakim dan Tuan Rahman. Dia membuat keputusan buat-buat tidak tahu.
"Harith... Saya ada perkara lain mahu beritahu pada kamu. Sebenarnya ka-"
"Hakim!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro