Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

55

Bunyi deringan telefon membuat Harith berhentikan kereta pada bahu jalan. Dia mengeluarkan telefon bimbit lantas menjawab saat nama Tuan Hakim tertentera di skrin telefon. Dia melekat pada tepi telinga dan mendengar kata-kata Tuan Hakim ingin bualkan.

"Harith! Pergi ke rumah abang kamu sekarang!" Tuan Hakim mengarah.

"Kenapa pula ni, Tuan? Ada apa?" Harith bertanya di dalam talian.

"Atiq culik isteri dan anak abang kamu! Pergilah ke rumah dia sekarang! Saya dah arahkan orang-orang saya ke sana!" Tuan Hakim menjawab.

Membuntang mata Harith mendengarnya. Lantas panggilan dimatikan menghidupkan kembali enjin kereta. Sempat dia melihat ke belakang supaya tiada pemandu yang datang sebelum membelah jalan raya.

"Tak guna betul punya Atiq!" Harith menghentak stereng dengan kuat.

•••

Harith keluar dari kereta dan berpaling ke belakang saat beberapa buah kereta orang Tuan Hakim sampai. Harith meraup rambut ke belakang saat melihat susuk tubuh Qaz dan Araz terlentang di atas tanah dengan kepala mengeluarkan banyak darah. Dia yakin, Ammara dan Hayren juga sudah tiada.

"Maafkan aku... Aku terlambat" Harith mengemam bibir menahan airmata menitis.

Salah seorang daripada orang-orang Tuan Hakim, telah datang lalu mengusap belakang Harith.

"Bukan salah kau. Kita sama-sama terlambat" kata lelaki itu.

Harith menggangguk lemah.

"Kau bawa mereka ke hospital dan dapatkan rawatan secepat mungkin. Pasal tu, aku fikirkan. Aku harap kau dapat tolong aku kesan jejak Atiq" Harith mengujar.

"Baiklah. Aku tolong kau" lelaki itu memanggil yang lain untuk bantu Qaz dan Araz.

Harith mengeluarkan telefon lalu mencari nama Hadith di kenalan. Dia menunggu Hadith menjawab panggilan tersebut.

"Harith, ada apa?" Hadith bertanya dalam talian.

"Kau ada dekat mana, abang? Kenapa tinggalkan anak dan isteri kau? Kau cakap dah berubah kan?" bergetar suara Harith.

"Hey kau dah kenapa ni? Aku dah berubahlah. Aku ada dalam flight ni, nak pergi sabah ada kerja. Aku lupa nak beritahu pada kau, Harith. Kau okay tak? Kenapa suara kau macam nak menangis?" Hadith menyoal.

Harith menarik nafas dalam-dalam lalu hembuskan dengan perlahan. Dia tidak mahu abangnya panik saat mengetahui khabar ini.

"Aku minta kau balik semula ke sini. Aku tunggu kau dekat rumah Daddy. Tolong, penting sangat" Harith berkata.

"Kau beritahu sajalah apa? Aku dah naik flight kot. Tak akan nak batalkan pula" Hadith membalas. Nada suara juga berubah keras. Mungkin menahan geram.

"Flight kau lebih penting, atau nyawa isteri dan anak kau dijadikan taruhan. Atiq dah culik mereka. Balik sekarang!" tanpa menunggu balasan Hadith, terus Harith matikan panggilan.

•••

Ammara membuka kelopak mata secara perlahan. Rasa sisa pening masih terasa. Dia memandang sekeliling dan mengerutkan dahi. Dia pejamkan mata lalu mencelik kembali. Untuk mengecam tempat dihuni olehnya sekarang ini. Dia mahu memicit pelipis namun terbatas saat kedua belah tangan diikat pada tiang kayu.

Ammara gelisah. Dia baru sedar bahawa dia telah diculik. Tapi siapa penculik itu? Airmata mengemes keluar. Fikiran hanya melayang pada anaknya, Hayren. Di mana anaknya? Atau dia seorang sahaja ada di sini?

"TOLONG! TOLONG!" Ammara menjerit meminta pertolongan.

Sunyi.

"TOLONG! LEPASKAN!" Ammara masih tak mahu mengalah. Dia menjerit.

Atiq melangkah masuk ke dalam lalu menghampiri Ammara sedang meminta tolong itu. Dia duduk bertinggung di hadapan Ammara.

"Awak siapa, hah! Kenapa culik saya?" Ammara menyoal. Disebabkan Atiq memakai topeng, membuatkan dia sukar mahu mengecam.

"Haih... Apalah awak ni, Mara. Saya pun awak tak kenal ke? Sampai hati awak lupakan saya terus kan?" Atiq membuka topeng lalu campak ke arah lain.

Ammara menggelengkan kepala. Rasa tidak percaya pun ada. Mengapa lelaki ini tidak pernah berhenti kacau hidupnya?

Apa salah dia?

Mengapa dia?

Haruskah dia?

"Kenapa awak tak pernah putus asa kacau hidup saya, Atiq? Apa masalah awak sebenarnya?" Ammara menyoal.

Atiq berdecit kasar. Lantas rambut Ammara dicengkam kuat. Tidak cukup dengan itu pula, dagu pula dicengkam.

"Kau tanya apa masalah aku? Masalah aku adalah kau! Kenapa kau pilih jantan tu dan kenapa bukan aku, hah!" soalan dibalas dengan soalan.

Ammara senyum tipis. Walaupun sakit tapi ditahankan sahaja.

"Sebab dia adalah jodoh saya. Kalau kita masih bersama, jika dia tertulis jodoh saya, kami akan berkahwin juga. Awak tak boleh nak halang takdir Allah sudah aturkan, Atiq" Ammara membalas.

PANG!

PANG!

PANG!

Atiq menggelengkan kepala. Dia tidak boleh terima balasan Ammara. Dia mencintai gadis itu separuh daripada nyawanya.

"BODOH! AKU SAYANG KAU TAHU TAK? KAU ADALAH SEGALANYA BAGI AKU! TAPI KAU DAH KHIANATI AKU!" tanpa rasa bersalah, terus tumbukkan dihayung tepat ke muka Ammara.

Ammara lemah. Dia tidak berdaya untuk melawan lagi. Dia berharap agar seseorang akan membantu untuk keluar dari sini.

"Aww-aakk daa-aah kaahhh-wiii-nn" tutur Ammara dengan lemah.

Atiq kembali mencengkam dagu Ammara dengan kuat. Ditampar kuat pada pipi Ammara.

"Memang aku dah kahwin! Tapi secara paksaan! Aku tak suka betina sundal tu. Aku suka kau tapi kau dah buang aku dari hidup kau!" kepala Ammara ditunjal kasar.

Ammara diam. Kepala berpusing-pusing. Rasa tidak dapat dikatakan.

Atiq menekan kuat pada perut membonyot milik Ammara. Ammara menggelengkan kepala. Mahu menghalang tetapi diikat kedua belah tangannya.

"Jjaaa-nnggaann aaapa-appakan ann-akk saaayya.." Ammara merayu.

Atiq senyum. Semakin kuat dia menekan perut Ammara, semakin nyaring jeritan Ammara.

"Disebabkan budak ni anak jantan tu, aku tak akan biarkan dia hidup! So... sayang berehat dulu ya. Nanti kita berjumpa lagi" Atiq berdiri dan memusingkan badan ke belakang mahu pergi.

Ammara menghembuskan nafas lega saat Atiq mahu beredar pergi. Tubuhnya seakan dirantai besi saat Atiq memusingkan tubuh ke arahnya semula. Dia menggeleng.

"BODOH! AKU TAK AKAN BIARKAN BUDAK NI HIDUP!" Atiq terus tendang kuat pada perut Ammara.

Ammara menjerit kuat. Rasa sakit hanya Allah sahaja yang tahu. Dia tidak mahu kehilangan anaknya ini.

Atiq mengesat peluh yang merintik turun dan tergelak kuat. Dia melihat bawah Ammara banyak mengeluarkan darah. Di tepuk beberapa kali pada pipi gadis itu lalu membisikkan sesuatu.

"Tak apa anak ni mati. Nanti saya tolong bagi awak anak lagi ya? Good night sayang... I love you so much" Atiq berbisik lalu melabuhkan satu ciuman pada dahi Ammara. Dia keluar dari tempat itu dengan hati yang sangat cukup puas sekali.

•••

Mateen menghembuskan asap rokok ke udara. Dia tergelak sinis saat mendengar jeritan Ammara. Dia pandang pula pada Hayren diikat pada kerusi. Mulut ditutup menggunakan selotep kertas.

"Kesian kau budak. Tak pasal-pasal jadi mangsa aku. Sebab bapak tak guna kau tulah punca! Nanti kau jadi anak yatim piatu, baru aku jaga kau elok-elok okay" Mateen berbicara dengan Hayren.

Hayren hanya mampu titiskan airmata.

"Rupa kau sebijik macam bapak kau kan? Kenapa tak muka lain je ek? Aku bencilah tengok muka kau!" kerusi dihuni oleh Hayren ditolak sedikit.

"Kau tinggal sini sorang-sorang budak!" Mateen beredar pergi lalu menghampiri ke arah Atiq berada diluar.

"Kau dah bunuh perempuan tu ke?" Mateen menyoal.

Atiq membuka sisa rokok ke arah lain lalu menggelengkan kepala.

"Aku tak akan bunuh orang yang aku sayang. Aku cuma bunuh anak dia dalam perut tu. Aku tak akan biarkan budak tu musnah rancangan aku" Atiq membalas.

Mateen tergelak terbahak-bahak. Dia tampar kuat pada pada Atiq. Atiq mendengus geram.

"Apasal gelak-gelak? Nak penampar ke?" Atiq menjeling maut.

"Kau masih sayangkan sisa Hadith? Gila ke? Kalau aku, dah lama angkat kaki. Aku cari yang fresh punya" Mateen masih dengan sisa tawanya.

"Itu kau! Bukan aku. Walaupun aku tak dapat Mara, aku pastikan dia rasa seperti mana dalam hati aku ni rasa. Membunuh pun aku sanggup. Hadith tak dapat, Atiq pun tak dapat" Atiq mengujar.

Benar, andai dia tidak dapat memiliki Ammara, orang lain pun sama. Biarlah sama-sama adil.

"Lantak kaulah nak buat apa pun. Aku cuma nak tengok kehancuran Hadith. Tu je yang aku nak" Mateen membalas.

"Apa plan seterusnya?" Atiq bertanya.

Mateen memikirkan sesaat.

"Sudah pasti Harith tahu pasal ni kan? So nanti dia beritahu pada Hadith. Mesti Hadith cari kau. Masa tu kita putar belit then dia datang sini. Aku akan bunuh dia. Mara, kau nak kau ambik. Kalau tak nak, aku bunuh sekali dengan anak dia" Mateen merancang rangka seterusnya.

"Okay. Aku setuju dengan rancangan kau" Atiq membalas.

Mereka senyum.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro