Atiq membaringkan tubuhnya ke atas tilam. Dia membetulkan tubuh untuk keselesaan. Mengingati kejadian tadi, membuat dia bengang. Dia mengepal penumbuk lalu dihayungkan pada bantal disebelah. Ditumbuk berkali-kali bagi melepaskan amarah terpendam.
"Dahlah mak bapak sendiri tak ambil peduli pasal aku! Tambah pula Mara sedang mengandung anak jantan tak guna tu!" Atiq terus pukul bantal itu.
"Kenapa dunia ni tak adil langsung? Aku tak layak untuk bahagia ke apa?" bantal sudah terburai isinya itu dilempar ke arah lain. Dia mendengus kasar.
"BODOH!" Atiq kembali baringkan tubuh ke atas katil dengan kasar lalu meraup wajah.
Suraya melihat wajah serabut milik suaminya itu tersenyum. Secara perlahan dia merangkak naik lalu menyentuh paha Atiq secara perlahan. Atiq terkejut itu pantas tepiskan tangan Suraya dengan kasar.
"Kau nak apa, sial?" Atiq menyoal, dingin.
"Salah ke saya nak tolong awak?" soalan dibalas dengan soalan.
"Tolong apa? Tolong berambus daripada sinilah! Aku tak suka kau betina!" Atiq menunding jari ke arah pintu bilik.
Suraya tidak hiraukan. Dia semakin mendekat tubuhnya ke Atiq. Jari jemari menyentuh dada bidang Atiq terdedah.
"Saya tolong hilangkan rasa amarah awak tu, nak?" Suraya senyum menggoda pada Atiq.
Atiq pandang lama pada Suraya. Tanpa mengeluarkan sepatah kata, terus tubuh Suraya ditolak ke atas katil lalu menindih. Suraya senyum. Akhirnya dia dapat apa dimahukan.
•••
Harith masuk ke dalam markas dan menghampiri ke arah Tuan Hakim setia menunggunya itu. Punggung dilabuhkan sebelahan lelaki tua itu. Dia memberikan senyuman tipis.
"Ada apa Tuan suruh saya datang ke mari? Ada masalah serius ke?" Harith menyoal.
Tuan Hakim memegang bahu anak terunanya itu.
"Atiq datang ke rumah tadi. Dia cakap, dia akan dapatkan Mara secepat mungkin. Waktu itu tak lama pun. Sebab itu saya beritahu pada kamu. Saya rasa Atiq ada plan lain untuk dapatkan Mara" Tuan Hakim menceritakan perkara sebenar.
Harith mendengar setiap butiran Tuan Hakim dengan tekun sekali. Dia menggangguk perlahan.
"Baiklah Tuan. Terima kasih sebab beritahu. Nanti saya plan cara lain" Harith berkata.
"Boleh saya tahu, kenapa kamu bersungguh-sungguh mahu selamatkan rumahtangga abang kamu tu? Kamu tak ingat apa dia dah buat pada kamu dahulu?" Tuan Hakim menyoal.
Harith pandang semula pada Tuan Hakim dan senyum.
"Saya sayangkan mereka. Tak salah pun kan, bila saya mahu menyelamati rumahtangga mereka? Itu perkara baik dilakukan. Bukan perkara jahat. Pasal perbuatan abang saya tu, saya dah redha. Saya ikhlaskan semuanya apa dia dah buat. Saya yakin, dia dah berubah demi anak-anak dan isterinya. Siapa kita nak berdendam dengan abang kandung kan?" Harith membalas.
Tuan Hakim agak tersentak dengan ayat terakhir ditutur oleh Harith. Bagaimana perasaan anaknya bila dapati bahawa itu bukan abang kandungnya?
"Macam mana pula dengan layanan Daddy dan Mummy kamu, Harith? Mereka masih peduli pasal kamu?" Tuan Hakim bertanya pula.
"Alhamdulliah. Mereka dah okay dengan saya. Walaupun dulu, saya selalu dibandingkan dengan abang, tapi tak mengapalah. Janji mereka sudah sedar sekarang ini. Dia dah berbagikan kasih sayang sama rata. Saya pun tak kisah tentang itu. Saya tetap sayangkan mereka. Mereka adalah ibu bapa kandung saya" Harith menjawab. Dia senyum kelat saat teringat kisah dahulu.
Dia terdiam seketika. Wajah Tuan Hakim ditatap lama. Dia baru perasan akan sesuatu. Bagaimana Tuan Hakim boleh tahu tentang kehidupannya?
"Tuan, macam mana Tuan boleh tahu semuanya tentang kehidupan saya? Saya tak pernah cerita pada sesiapa pun" giliran Harith pula menyoal. Riak wajah dipasang serius.
Tuan Hakim tersentak. Dia cuba mengawal riak sebaik mungkin.
"Saja. Kamu tak perlu risau macam mana saya tahu. Tak penting pun. Kamu dah nak pergi kan? Saya pun nak pergi juga ni. Ada kerja dekat office. Saya pergi dulu ya? Assalammulaikum" Tuan Hakim mengujar. Dia berdiri lalu pergi.
"Waalaikumussalam" Harith membalas. Dia memikirkan sesuatu. Semakin hari, semakin curiga dengan Tuan Hakim.
•••
Mateen mengecilkan mata untuk mengecam dua figura berada tidak jauh dari situ. Bibirnya ternaik ke atas. Nampaknya mereka bakal mendapat apa yang di inginkan. Atiq menepuk bahunya lalu dia berpaling ke tepi. Sebelah kening diangkat ke atas.
"Hadith dah nak pergi tu. Tak lama nanti, kita akan dapat apa yang kita nak" Atiq mengujar.
"Of course kita akan dapat. Sepatutnya kau bersyukur ada kawan otak pintar macam aku ni. Kau akan dapat Mara, dan aku akan dapat menyaksikan kehancuran Hadith" Mateen membalas.
Mereka senyum dan melihat sahaja dari jauh.
Hadith mencium lama pada dahi Hayren dan juga pipi. Rambut anaknya diusap beberapa kali. Dia berikan pada Ammara semula.
"Baba dah nak pergi ni. Nanti Baba balik, Baba bawa hadiah banyak-banyak pada Hayren ya? Jangan degil, dengar cakap Mama. Jangan buat Mama letih. Mama tengah mengandungkan adik Hayren tu" Hadith berpesan pada anaknya.
Hayren mengangguk laju dan mengangkat sebelah tangan ke atas, tanda baiklah.
"Baby, abang rindukan Baby nanti" Hadith mengusap pipi Ammara.
Ammara tergelak kecil. Kumis Hadith diusap perlahan. Dia senyum manis.
"Abang tak perlu risau. Saya okay. Saya pun pasti akan rindukan abang" Ammara membalas.
"Abang pergi dulu ya? Jaga diri Baby dan Hayren baik-baik. Doakan perjalanan abang selamat sampai" Hadith berkata.
"Baiklah abang. Doa saya sentiasa mengiringi abang" Ammara membalas.
Hadith berjalan menghampiri Araz dan Qaz setia menunggu dipintu utama. Mereka membongkok tubuh saat Hadith berdiri di hadapan mereka.
"Aku nak kau jaga rumah dan isteri anak aku dengan baik. Jangan bagi sesiapa pun masuk, kecuali adik aku Harith. Beritahu pada aku sesiapa yang datang, faham?" Hadith berkata tegas.
"Faham Tuan. Kami turuti arahan Tuan. Tuan jaga diri di sana. Semoga selamat sampai" mereka membalas serentak.
Hadith mengganguk sekilas dan senyum.
PON!
Ammara melambai tangan ke arah Hadith. Sebaik sahaja kereta Hadith sudah menjauh terus dia masuk ke dalam rumah bersama anaknya.
Atiq dan Mateen senyum. Plan akan berjalan segera. Kereta Mateen menghampiri ke arah pagar rumah Hadith. Sempat mereka memakai topeng muka sebelum memulakan rancangan.
"Aku akan pukul dua orang tak guna tu. Kau pula, pandai-pandailah culik Mara macam mana. Lepas tu, aku akan culik anak dia sekali" Mateen arah.
"Okay aku setuju" Atiq membalas.
PON!
PON!
PON!
Araz menyiku lengan Qaz.
"Siapa tu?" Araz bertanya.
"Entah. Jom pergi tengok" Qaz menjawab. Mereka berjalan menghampiri pintu pagar.
"Siapa?" Qaz melaung.
Sunyi.
"Bukalah pintu pagar ni. Kita tengok siapa" Araz berkata.
Araz membuka pintu pagar dan mereka melangkah keluar dari kawasan rumah Hadith. Mateen sedia pegang kayu itu terus hentak kepala Qaz dengan kuat.
"ARGH!" Qaz mengerang kesakitan.
"Qaz!" Araz mahu memusing melihat gerangan siapakah yang berani hentak kepala kawannya itu. Namun kepalanya pula dihentak.
Mateen terus pukul kepala mereka berdua hingga tidak sedarkan diri. Dia tersenyum puas.
"Lemah!" terus kaki Araz disepak.
Atiq masuk ke dalam lalu mendekati ke arah pintu utama. Loceng ditekan banyak kali. Sapu kain sudah diletak ubat sedia dipegang
Ammara sedang memasak itu mengerutkan dahi tatkala bunyi loceng rumah berbunyi. Apron ditanggalkan. Dapur api dipadamkan. Dia segera menuju ke arah pintu.
"Ab-"
Belum sempat Ammara mahu mengeluarkan suara, Atiq menekup menggunakan sapu kain itu sehingga Ammara pengsan. Atiq menghidu aroma rambut Ammara dengan lama.
"I miss you sayang" Atiq berbisik perlahan. Tubuh Ammara dicempung penuh berhati-hati.
Mateen pula telah masuk ke dalam lalu mencari Hayren. Tidak lama kemudian, Hayren diangkat dan terus keluar dari rumah itu dengan menuju ke arah keretanya. Bunyi tangisan Hayren di hiraukan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro