Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

53

Tuan Rahman menghembuskan nafas lemah. Sebelah tangannya memicit pelipis. Puan Halma mendekati ke arah suaminya itu lalu duduk berhadapan. Wajah penat Tuan Rahman di tatap lama. Tidak pernah lagi dia melihat keadaan suaminya begini.

"Abang, kenapa ni? Ada masalah ke?" Puan Halma bertanya, prihatin.

Tuan Rahman berhenti memicit pelipis lalu mamandang ke arah isterinya.

"Dia dah kembali" Tuan Rahman menjawab.

Puan Halma mengerutkan dahi. Tidak faham siapa suaminya maksudkan itu.

"Siapa abang maksudkan itu? Ma tak faham" Puan Halma bertanya lagi.

Tuan Rahman menghelakan nafas lemah.

"Hakim. Dia kembali untuk ambil Harith dari kita semula" Tuan Rahman berkata.

Laju Puan Halma menggelengkan kepala. Airmata segera mengempang laju mengalirkan membasahi pipi.

"Abang, saya tak izinkan. Harith tu anak kita. Bukan anak dia! Saya tak nak kehilangan anak kita" Puan Halma menggoncangkan lengan Tuan Rahman.

"Ma! Tolong jangan buat abang macam ni. Abang pun sayangkan anak kita. Dia dah kaya. Dia dah ada segalanya. Mustahil dia tak dapat ambil Harith semula" Tuan Rahman mengusap kepala Puan Halma berlapikkan tudung itu.

"Siapa nak ambil Harith dari korang, huh?" Harith mencelah.

Mereka terkejut lalu memusingkan kepala ke tepi. Harith bersandar digerbang pintu itu dipandang lama. Tuan Rahman mula memikirkan ayat yang sesuai.

"Tak ada sesiapa pun, Rith. Daddy cakap pasal Harith anak kawan Daddy tu. Atok dia nak ambil bawa balik kampung" Tuan Rahman membohongi.

Harith diam. Walaupun alasan Tuan Rahman tidak berpatutan tapi tidak mengapalah. Mungkin benar apa diperkatakan oleh Daddynya. Bukan nama dia seorang Harith.

"Baiklah macam tu. Harith naik atas dulu. Panas nak mandi" Harith membalas. Dia mendaki anak tangga kadar perlahan.

Sebaik sahaja kelibat tidak kelihatan, segera Tuan Rahman memegang kedua belah pipi isterinya.

"Abang janji, abang tak akan biarkan Hakim ambil anak kita. Ma tak perlu risau pasal ni okay" Tuan Rahman memujuk.

"Baik abang" Puan Halma membalas.

•••

Harith membawa kereta dengan kadar perlahan. Fikirannya melayang ke arah lain. Sejenak fikir pada Tuan Hakim dan juga Puan Hani. Rasa dekat bila berada bersama mereka itu. Saat dipeluk oleh Tuan Hakim, perasaan sesuatu menjalar ke rangkai hatinya.

Benar, dia dahulu yang bertemu dengan Tuan Hakim atas alasan tertentu. Itu pun demi hubungan Ammara dan Hadith. Tiba-tiba wajah Atiq muncul. Cepat-cepat dia gelengkan kepala.

"Kau dah kenapa fikirkan pasal Mama Papa Atiq? Bukan Mak Ayah kau pun. Biasalah, perasaan seronok bila berborak mesra" Harith menggumam perlahan lalu memusing kereta ke kanan dan masuk ke parking di hadapan Restoran agak terkenal.

Harith melangkah masuk dan lantas menghampiri Suraya sedang menunggunya itu. Dia berdehem kecil bagi menyedari kehadirannya itu dan labuhkan punggung berhadapan dengan gadis itu.

"Hm, kau nak apa datang jumpa aku?" Suraya bertanya acuh tak acuh. Gelas minum dicapai dan menyedut secara perlahan. Sesekali matanya menyinggah pada Harith.

Kacak! Tapi kacak suaminya lagi.

"Kau ugut kawan aku dah kenapa?" pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

Suraya menjeling menyampah.

"Dia tu punca suami aku maki, hina aku dan banyak lagi. Dahlah perampas!" Suraya menjawab dengan nada geram.

Giliran Harith pula menjeling menyampah.

"Kau dengar sini baik-baik. Suami kau tu terhegeh-hegeh dekat kawan aku. Bukan kawan aku yang rampas suami kau tu, bangang!" Harith berkata.

Suraya memandang geram pada Harith. Berani lelaki itu panggil dia bangang?

"Kau siapa nak panggil aku bangang, hah? Lagi satu, Mara tu cuma kawan kau atau kakak ipar. Bukan sesiapa pun dalam hidup kau. Kau tu yang beria-beria nak selamatkan rumahtangga dia dah kenapa? Atau kau tu sebenarnya ada perasaan dekat dia kan?" Suraya mengecilkan mata melihat Harith dari bawah hingga atas. Yalah, tak akan beria nak tolong sampai macam tu sekali.

Harith senyum sinis. Dia rapatkan jarak antara mereka. Anak mata Suraya ditikam tajam oleh anak mata Harith.

"Puan Suraya Ezzaty, kalau aku ada perasaan dekat Mara, dah lama aku rampas dia daripada abang aku. Cuma aku anggap dia macam adik beradik aku dah. Kau tak tahu apa-apa pasal aku, jangan nak tuduh macam-macam. Jaga Atiq kau tu sebelum aku bunuh dia. Ingat, walaupun aku tak berada dekat dengan kau, mata-mata aku sentiasa pantau setiap gerak geri kau. Jangan cuba nak cari pasal dengan Encik Harith Daniel. Faham?" Harith senyum puas saat perubahan pada wajah Suraya.

'Lelaki ni tak boleh dibuat main. Aku tak nak dia buat sesuatu pada Atiq. Aku sayangkan Atiq separuh nyawa aku' desis hati Suraya.

"Okay. Aku tak akan ganggu rumahtangga Mara dengan abang kau tu. Kau jangan apa-apakan Atiq. Aku sayang Atiq. Kalau kau buat sesuatu, aku akan bunuh kau!" Suraya berkata terselit amaran.

"Yes, Puan Suraya Ezzaty" Harith membalas.

•••

Atiq menghempaskan pintu rumah Tuan Hakim. Dia berjalan mendekati ke arah Sofa lalu menghenyakkan punggung dengan kasar. Dia pejamkan mata beberapa saat bagi melepaskan penat.

"Baru sekarang nak balik rumah? Ingatkan dah mati. Rupanya hidup lagi" Tuan Hakim mengujar dengan pedas.

Atiq mencelik kembali mata dan pandang Tuan Hakim sedang menatap surat khabar. Dahinya berkerut-kerut. Bila masa pula lelaki tua itu berada di situ? Dia malas mahu membalas kata-kata Tuan Hakim, terus pejamkan kembali mata.

"Ha eloklah tu. Ayah sendiri bercakap, buat-buat tak dengar. Pekak betul-betul nanti baru tahu" Tuan Hakim berkata lagi. Matanya melihat sekilas pada anaknya lalu gelengkan kepala.

Atiq mendengus geram. Rahang diketapkan dan pandang tajam pada Tuan Hakim. Rasa marah berlegak dalam hati.

"Papa ni dah kenapa, huh? Ada masalah mental ke apa? Atiq pulang pun patut bersyukurlah sikit! Ini tak!" Atiq menjeling pada Tuan Hakim.

Tuan Hakim menutup surat khabar dan diamkan diri sahaja. Mana adab anaknya itu?

"Macam ni ke adab bercakap dengan Papa? Siapa ajar Atiq ni?" Tuan Hakim menyoal.

"Siapa ajar? Papalah! Papa tak pernah faham kehendak Atiq! Papa lebihkan orang lain berbanding dengan anak sendiri! Bapak jenis apa Papa ni, huh?" Atiq membalas.

PANG!

Terteleng kepalanya ke tepi saat terkena tamparan dari Puan Hani. Dia menggosok pipi secara perlahan. Di dalam hati sudah maki hamun pada ibu kandung.

"Biadap! Jangan nak jadi anak derhaka Atiq Farhan! Kami tak akan faham kehendak Atiq sebab Atiq tu nak rosakkan rumahtangga orang! Sudahlah nak hancurkan hubungan orang. Kamu tu dah ada isteri. Bahagiakan dia. Bukan sibuk kerja isteri orang!" Puan Hani mencelah. Mata dicerlung tajam pada Atiq.

Atiq berdiri tegak sambil tergelak kuat.

"Atiq tak akan pernah berhenti hancurkan rumahtangga Mara. Mara tu milik Atiq selamanya! Waktu pun tak lama lagi. Dia akan jadi milik Atiq" Atiq terus beredar dari situ.

Tuan Hakim pejamkan mata lalu mengalirkan butiran jernih. Puan Hani merapati lalu mengusap belakang suaminya.

"Abang, sudahlah tu. Bukan salah abang pun. Allah sedang uji dia jadi macam tu. Allah nak tengok kita mampu ke tak harungi ujian ni" tutur Puan Hani.

"Masalahnya, kenapa perlu buat macam tu pada rumahtangga orang? Dia tak tahu dosa ke? Apa salah abang masa lalu sampai macam ni sekali?" Tuan Hakim berkata dengan suara serak. Menahan sabar dalam diri.

Puan Hani diamkan diri. Jujur dia akui, dia sangat merindui keluarga mereka dahulu. Tiada sebarang pergaduhan.

"Abang nak beritahu pada Harith tentang ni. Abang takut kalau Atiq buat apa-apa. Nanti dia akan calarkan nama baik keluarga kita. Abang tak nak orang labelkan kita sebagai mak bapak tak berguna" Tuan Hakim bingkas bangun dari duduk lalu menuju ke bilik tidur untuk mengambil telefon.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro