Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

52

Tuan Hakim menunggu seseorang di Cafe. Dia mengecilkan mata untuk mengecam figura semakin mendekatinya itu. Bibir ternaik ke atas. Tuan Rahman duduk berhadapan dengannya.

"Man, dah lama aku tak nampak kau" Tuan Hakim memulakan bicara.

"Kau nak apa jumpa aku, huh?" Tuan Rahman menyoal.

Tuan Hakim senyum tipis. Dia tatap lama pada Tuan Rahman. Jelas masih kelihatan angkuh seperti dahulu.

"Aku nak anak aku balik" Tuan Hakim membalas.

Tuan Rahman gelak sinis. Dia menggelengkan kepala.

"Siapa anak kau? Aku kenal ke?" Tuan Rahman bertanya pula.

"Harith Daniel Bin Dato' Hakim. Itu anak aku. Pulangkan dia semula pada aku" Tuan Hakim menjawab.

"Itu bukan anak kau, Kim. Anak kau dah lama mati. Itu anak aku" Tuan Rahman mengujar.

"Tapi bapak dia adalah aku. Yang melahirkan dia adalah isteri aku" Tuan Hakim berkata.

"Yang jaga, beri makan minum, persekolahan adalah aku dan isteri aku sendiri. Kau dah buang anak kau pada aku kan? Jadi itu memang anak akulah" Tuan Rahman membalas.

Jeda.

Tuan Hakim meraup muka dengan perasaan kesal. Mengapa sahabat karibnya berubah begitu?

"Man, aku serahkan Harith pada kau sebab masa tu aku terdesak. Dengan Syarikat aku tengah merundum. Aku pernah cakap, aku akan kembali untuk ambil semula Harith. Sekarang dia tanggungjawab aku, bukan kau lagi" Tuan Hakim mengingati kembali kejadian itu.

Tuan Rahman tetap gelengkan kepala.

"Walau macam mana sekali pun, Harith tetap anak aku. Aku dah sayangkan dia. Aku dah bela dia dari kecil lagi. Aku tak pernah kongkong dia, tapi aku kongkong anak kandung aku. Aku terlalu banyak berhutang budi dengan dia. Sekarang kau dah ada anak kan? Bela anak kau tu. Jangan pernah munculkan diri depan anak aku" Tuan Rahman masih dengan angkuhnya.

Lantas Tuan Hakim menarik kolar leher milik Tuan Rahman. Geram dengan lelaki tua itu.

"Kau jangan ingat aku tak tahu layanan apa kau beri pada anak aku, huh? Kau selalu bandingkan dia dengan anak sulong kau kan? Kalau tak puas hati, kau pukul dia kan? Sampai bila kau nak sembunyi surat beranak sebenar dia? Sekali lagi aku nak ingatkan, surat beranak palsu kau tu tak akan berjaya pisahkan kami. Itu anak aku. Jangan pernah berangan nak anggap anak aku jadi anak kau.

"Berapa puluh juta kau habiskan untuk pembelajaran dan makan minum anak aku? Aku boleh bayarlah! Kau tak nak pulangkan dia tapi aku, tak apa. Aku sendiri akan bongkarkan bahawa bapak dia sebenar adalah aku. Bukan kau yang angkuh sombong bodoh ni! Bukan aku tak hargai jasa kau jaga dia, tapi aku berhak untuk dapatkan dia semula. Aku ada sebab serahkan dia pada kau!" Tuan Hakim meluahkan rasa dipendam itu. Dia berdiri semula dan terus beredar pergi.

Tuan Rahman menjeling menyampah. Ada nampak dia kisah?

•••

Mateen menunggu Atiq di dalam bangunan terbiar itu. Dia senyum jahat saat idea cukup jahat telah beribu-ribu dalam otaknya. Dia memusing ke belakang saat menangkap derapan kaki semakin menghampiri.

"Apa hal? Dah dapat tahu ke?" Atiq terus menyoal.

Mateen pegang bahu Atiq dan senyum.

"Yes! Aku dah dapat tahu. Mara dah pulang semula ke pangkuan Hadith. Tapi aku tak tahulah berita ni sedih atau gembira buat kau, Atiq" Mateen membalas.

Atiq menyuruh Mateen teruskan bicaranya.

"Mara mengandung. Aku tak pasti berapa bulan. Kau rasa?" Mateen melihat ke arah Atiq.

Riak Atiq berubah dingin. Dia menghampiri ke arah pintu luar dan mengepal penumbuk.

"Aku tak akan biarkan anak jantan tu hidup. Aku akan bunuh anak tu jika perlu" Atiq mengujar.

Mateen anggukk kepala faham. Dia menghampiri Atiq sedang dihuni rasa amarah itu.

"Aku sokong. Aku dah ada idea. Tempat ini, mereka bakal terima balasan. Kita jadikan Mara sebagai mangsa untuk Hadith datang. Mara kau nak buat apa pun, buat. Aku langsung tak halang. Sebaik sahaja Hadith datang, aku akan bunuh dia sepuas hati aku. Kau setuju tak?" Mateen memberitahu tentang idea jahatnya.

"Aku setuju. Apa pun berkaitan Mara, aku sanggup. Biarkan mereka rasa apa kita rasa selama ini" mereka berjabat tangan bersama senyuman.

"Bila plan nak mula? Aku dah tak sabar ni" Atiq bertanya dengan nada teruja.

Mateen berfikir sebentar. Bibir ternaik ke atas bila dapat tahu bila plan mereka bakal dimulakan.

"2 minggu lagi. Kita bagi mereka berdua merasakan kebahagiaan dulu. Nanti ada drama air mata yang sangat menyayat hati" Mateen sudah terbayangkan kehancuran Hadith. Memang itu dia mahukan.

Atiq menggangguk setuju.

•••

Ammara menghampiri Hadith bersama Hayren di gazebo. Sesaat dia tersenyum manis tatkala mereka berdua begitu erat sekali walaupun 7 bulan mereka berpisah. Ammara meletakkan dulang minuman di atas lalu melabuhkan punggung di sebelah Hadith.

"Seronok ek?" Ammara memulakan bicara.

"Seronaklah. Hayren nak dapat adik lagi kan?" Hadith membalas. Hayren pula anggukkan kepala sahaja dan terus bermain seorang diri.

Hadith merapatkan kepala Ammara pada dada bidangnya dan senyum. Begitu juga dengan Ammara. Mereka mendiamkan diri masing-masing sambil memandang ke arah bukit menghijau.

"Baby..." Hadith panggil.

"Ya, abang? Ada apa?" Ammara menyoal.

"Terima kasih hadir balik ke dalam hidup abang. Abang minta maaf atas perbuatan abang pada Baby selama ini. Abang bodoh sangat, tak percayakan cakap Baby. Abang hukum tanpa siasat dahulu" Hadith tutur dengan sebak.

Walaupun begitu banyak kesalahan dia pada gadis itu, tetap juga diberikan peluang. Mengenangkan nasib dahulu membuat dia sedih. Sedih kerana melakukan banyak dosa.

Ammara menyeka airmata Hadith yang jatuh itu dan senyum padanya. Wajah Hadith ditelus lembut. Satu persatu Ammara menilik. Dari kening hingga ke bibir. Rupa paras yang sangat sempurna dimatanya.

"Abang, saya dah cakap kan. Kita lupakan. Tak perlu nak cakap lagi perkara ni. Dulu ya, saya bencikan abang dan nak kan kebebasan. Siapa kita nak halang takdir Allah? Andai jodoh kita kuat, lari sejauh mana tetap akan bertemu. Pasal itu, kita redha. Tak apa, masih ada banyak masa untuk berubah. Saya cuma nak abang berubah dan jaga keluarga kita. Apa pun berlaku selepas ini, tolong jaga anak-anak kita" Ammara mengujar.

Lantas Hadith memeluk erat Ammara. Dia orang paling bodoh jika melepaskan gadis sebaik Ammara. Isterinya adalah wanita paling tabah dan kuat. Dia mengambil nafas dalam-dalam lalu hembuskan secara perlahan. Dia memberikan senyuman paling manis.

"Baiklah. Abang minta maaf ya" Hadith berkata.

"Saya dah maafkan abang" Ammara membalas.

"Baby... Abang dapat info dari Office tadi. Abang kena pergi Sabah dalam 3 hari atas urusan kerja. Baby dan Hayren tinggal rumah Daddy okay? I'm so sorry, abang nak bawa Baby tapi tak boleh" Hadith berkata.

Ammara menggengam erat kedua belah tangan Hadith.

"Saya okay je. Abang jangan risau. Saya tinggal sini dengan Hayren. Qaz dan Araz kan ada? Dia orang boleh jaga saya. Abang pergi je urus kerja abang tu" Ammara berkata pula.

"Tapi Baby... Aba-"

"Jangan risau. Saya okay saja" cantas Ammara laju.

Lambat-lambat Hadith mengganggukkan kepala. Dia sebenarnya takut jika Atiq masih mengganggu isteri dan anaknya. Tak apalah, dia percayakan Qaz dan Araz untuk menjaga rumah ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro