Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

50

Atiq mengusutkan rambutnya dengan kasar. Wajah Mateen dipandang tajam. Dia berteriak sekuat hati lalu menumbuk dinding simen ditepi sehingga buku jarinya berdarah. Mateen mengguling mata ke atas. Bosan tengok keadaan Atiq begitu.

"Mateen! Dulu kau cakap apa? Aku akan dapat Mara, sekarang? Mana!" Atiq tidak berpuas hati.

"Habis itu, kau ingat aku tuhan nak tentukan kau dapat Mara ke tak? Sabarlah! Aku bukan robot nak buat semuanya! Otak aku satu bukan sejuta nak fikirkan!" Mateen membalas. Unggun api di depannya telah disepak penuh rasa marah.

"Kau tahu tak, Mara dah hilangkan diri selama berbulan-bulan! Tak akan otak kau tu langsung tak boleh fikirkan, macam mana nak dapatkan Mara, hah!" Atiq jerkah.

Mateen menolak dada Atiq ke belakang simen dengan kuat lalu mengeluarkan pisau lipat dan letak pada leher lelaki itu. Atiq menelan air liur dengan kesat.

"Hei bodoh, dengar sini. Aku cakap akan bantu kau untuk hancurkan Hadith. Dan kau akan dapat Mara. Bukan aku cakap, aku akan dapatkan Mara untuk kau gila" Mateen dekatkan muka ke muka Atiq. Pisau dimainkan pada leher Atiq.

"Okay aku faham. Aku minta maaf. Lepaskan aku" Atiq memohon maaf.

Mateen melepaskan Atiq dan senyum menyenget. Dia berdehem kecil dan kembali duduk menatap unggun api sudah berkecai atas sepakkan dia tadi.

"Hadith... Hadith... Walaupun kau sengsara akibat hilang isteri kau, aku tetap tak puas hati lagi. Kau belum menderita sepenuhnya lagi. Hari ni hari kau. Esok lusa, hari aku pula" Mateen menggumam. Dia mula tergelak kuat.

Atiq menggosok lehernya secara perlahan. Dia berasa gerun bercampur takut saat melihat Mateen dalam keadaan begitu. Nampaknya lelaki itu sungguh berbahaya dan tidak boleh dibuat main.

•••

Hadith terus mengelamun diri di luar tingkap. Sejak Ammara menghilangkan diri, dia banyak menyendiri. Selepas pulang dari rumah Tuan Rahman untuk memujuk adiknya beritahu keberadaan Ammara, dia kurungkan diri. Begitulah rutin hariannya.

"Tuan..." Mak Cik Yah panggil.

"Aku tak nak makan. Kau keluar sebelum aku sakitkan kau" Hadith mengarah tegas.

"Tuan Harith datang untuk bertemu dengan Tuan" Mak Cik Yah beritahu.

Hadith memusing ke belakang dan pergi. Dia menuruni anak tangga satu persatu secara perlahan. Harith duduk bersilang kaki itu dipandang lama.

"Hati kau dah terbuka ke nak beritahu mana Mara tinggal?" Hadith bertanya.

"Kalau kau dapat jumpa dengan Mara, apa kau nak buat?" pertanyaan Hadith dihiraukan.

"Aku nak minta maaf banyak-banyak pada dia dan mulakan hidup baharu. Aku dah berubah. Aku tak akan pukul dia. Aku sedar kesalahan aku. Aku sayang dia dan anak kami. Aku rindu dia. Aku na-"

"Kau ingat aku ada masa sangat nak dengar apa kau luah tu? Aku just tanya apa nak buat kalau kau jumpa dengan dia" Harith cantas. Dia menjeling sekilas.

"Dah kau tanya, aku jawablah" Hadith pertahankan diri.

"Yalah. Janji dengan aku, kau tak akan pukul dia? Kalau kau pukul juga dia, aku tak tahulah kau ni jenis manusia tak reti nak bersyukur ataupun syaitan" Harith berkata.

"Betul, Harith. Aku janji. Aku tak akan sia-siakan lagi peluang ni" Hadith mengangkat tangan dengan bersungguh-sungguh.

Harith berdehem agak kuat. Ammara melangkah masuk ke dalam dan senyum.

"Abang..." Ammara panggil.

Hadith terkaku mendengar suara itu. Secara perlahan dia memusing ke belakang dan menitiskan air mata dengan laju. Ammara menghampirinya bersama anak mereka, Hayren.

"Ya Allah... Baby... Abang rindukan Baby dan Hayren" Hadith peluk erat Ammara dan anak mereka dengan lama.

Harith melihat itu sedikit cemburu. Yalah, dia seorang sahaja yang masih single. Kesian single sorang-sorang. Dahlah sendu.

"Abang minta maaf. Salah abang sebab tak percayakan Baby. Hayren anak Baba... Baba rindukan Hayren. Dah besar ya?" Hadith memohon maaf.

"Saya dah maafkan abang. Biarkan perkara yang lepas. Saya dah tak nak ingat lagi" Ammara berkata.

Hadith anggukkan kepala dan senyum. Tangan menyentuh perut membukit milik Ammara lalu kerutkan dahi.

"Baby mengandung?" Hadith bertanya.

"Hah. Kaulah yang buat. Kesian dekat kawan aku, belum sempat nak rehat dah kena beranak lagi" Harith mencelah.

"Baby?" Hadith mahu kepastian.

"Betul abang. Saya mengandung" Ammara membalas bersama senyuman.

"Alhamdulliah. Terima kasih Baby sebab jaga kandungan ni sorang-sorang. Nanti kita jaga sama-sama ya" Hadith mengucap bersyukur.

EHEM!

Hadith berpaling melihat adiknya itu.

"Aku yang jaga isteri dan anak kau tu, apa kes? Tak nak berterima kasih ek?" sengaja Harith berkata begitu.

"Harith, terima kasih atas pengorbanan kau untuk aku dan Mara. Kau adik aku paling berguna. Aku sayang kau. Hanya Allah sahaja mampu membalas semua kebaikan pernah kau lakukan selama ini" Hadith memeluk Harith dengan erat.

"Oh, selama ini aku tak bergunalah? Kurang asam punya abang" Harith menyakat.

"Tak adalah. Kau memang adik paling terbaik" mereka tergelak kecil.

Ammara senyum melihat dua adik beradik itu. Sekurangnya ada juga masam manisnya. Dan dia berharap agar semua ini berbahagia selamanya.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro