Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

49

Harith mengemaskan mask dimuka dan juga topi berwarna hitam. Sempat dia melihat ke kiri dan ke kanan sebelum masuk ke dalam markas dijaga oleh dua orang berbadan tegap di hadapan pintu besi itu.

"Harith" Harith beritahu pada orang berbadan tegap itu. Tidak lama kemudian, dia dibenarkan masuk.

Harith mahu masuk ke dalam bilik 'Hablack' juga, dijaga oleh dua orang berbadan tegap dan senapang disisi.

"Harith" sekali lagi Harith memberitahu pada orang itu. Dia dibenarkan masuk.

Saat Harith masuk ke dalam, seseorang telah menunggunya dan memberikan senyuman paling manis. Siapa lagi kalau bukan Tuan Hakim. Ditepuk pada kerusi kosong disebelah untuk Harith duduk.

"Harith, sini" Tuan Hakim panggil.

Harith duduk bersebelahan Tuan Hakim dan senyum kekok. Dia memandang semua orang-orang Tuan Hakim. Dulu, dia sendiri tidak menyangka lelaki tua itu mempunyai sisi gelap. Atau A.K.A mafia. Namun dia ditawarkan untuk menyertai kumpulan itu demi Harith dan Ammara.

"Ya Tuan? Ada apa suruh saya datang sini malam-malam?" Harith memulakan bicara.

Yalah, pukul 2:30 Pagi, suruh datang ke mari. Mana tidak curiganya.

"Maafkan saya kacau kamu tidur, Harith. Saya cuma mahu katakan yang saya mahu melantik kamu menjadi ketua kumpulan 'Hablack' ini" Tuan Hakim memberitahu tentang hasratnya.

Harith terkejut dan segera gelengkan kepalanya dengan laju. Tidak mungkin dia akan menerima hasrat Tuan Hakim. Selepas semuanya selesai, dia akan berhenti menyertai kumpulan ini. Tetapi lain pula yang terjadi.

"Maafkan saya, Tuan. Saya tak boleh. Saya bukan sesiapa pun dalam hidup Tuan, untuk mengambil ketua itu. Saya tak pro pun pasal-pasal macam tu. Maafkan saya lagi sekali" Harith menolak lembut.

Tuan Hakim senyum tipis. Ditepuk beberapa pada bahu Harith.

"Saya percayakan kamu, anak muda. Kamu satu-satunya layak untuk jadi ketua itu. Terimalah Harith" Tuan Hakim mengujar.

"Kenapa tak beri pada Atiq? Sebab dia tak tahu yang Tuan adalah mafia?" Harith menyoal. Sebelah kening diangkat ke atas.

"Betul. Atiq tak tahu saya adalah mafia. Hanya isteri saya yang tahu tentang ini dan juga kisah silam saya yang lalu. Atiq tak layak sebab nanti dia akan salah guna" Tuan Hakim membalas bersama senyuman tipis.

Harith diam. Sekilas dia memandang pada jam tangan dan pandang setiap muka yang ada di situ. Mereka tidak dibenarkan tidur ke apa? Fikirnya.

"Saya betul-betul minta maaf, Tuan Hakim. Saya tak mampu. Saya minta diri dulu. Saya nak balik rumah, nanti Daddy dan Mummy curiga bila saya tak ada" Harith angkat punggung dan menyalami tangan Tuan Hakim penuh hormat sebelum keluar dari bilik itu.

Tuan Hakim memandang kosong pada pintu sudah tertutup rapat itu. Satu keluhan kecil dilepaskan.

"Papa akan terus pujuk kamu supaya terima hasrat Papa tu. Papa sayang kamu, Harith. Kamu satu-satunya anak harapan Papa selain adik kamu, Atiq. Dan... maafkan Papa juga kerana berikan kamu pada keluarga Tuan Rahman. Papa janji akan dapatkan kamu semula" Tuan Hakim meraup wajah dengan kesal. Kesal atas kelakuannya dahulu.

•••

7 bulan telah berlalu, Ammara membawa Hayren jalan-jalan bersama perutnya membonyot. Hayren pula sudah pandai berjalan. Disisinya pula ada Harith sentiasa menemani mereka setiap hari mahu ke mana-mana. Kata Harith, takut andai sesuatu berlaku padanya.

"Rith, aku nak duduk sini sekejap. Penatlah berjalan. Kau boleh bawa Hayren beli aiskrim tak?" Ammara berkata. Dia mengandung kali ini, cepat penat jika berjalan. Walaupun tak sampai beberapa meter.

Harith senyum dan anggukkan kepala. Tangan Hayren dipegang kemas.

"Aku pergi. Kau boleh tak tinggal sorang ni? Aku takutlah" Harith bertanya.

Ammara tergelak kecil.

"Iya. Aku boleh. Dah kau pergi cepat. Lagi pun dekat situ aje Pak Cik tu jual aiskrim. Kau yang over lebih kenapa ni, huh?" Ammara menjawab sambil mengusap perutnya apabila baby di dalam bergerak.

"Okay baiklah. Aku pergi dulu" Harith berlalu pergi bersama Hayren.

Ammara pejamkan mata sambil menghirup udara segar itu. Sedang lama dia mengelamun, wajah Hadith tiba-tiba terjah ke dalam fikiran. Dia tersenyum kelat. Adakah lelaki itu baik-baik sahaja?

"Maafkan saya. Saya masih mahukan kebebasan" Ammara mengujar.

EHEM!

Ammara berpaling ke tepi lalu mengerutkan dahi. Seorang wanita berpakaian agak seksi telah memberikan senyuman sinis padanya.

"Awak siapa? Kenal saya ke?" Ammara menyoal.

Suraya menggulingkan bebiji bola mata ke atas. Dia berpeluk tubuh dan berdecit halus.

"Kenalah. Kau tu perempuan jalang!" Suraya membalas dengan selamba badak.

Ammara terkedu.

"Kau memang perampas kan? Dasar perempuan tak guna. Bukan cantik pun" Suraya berkata.

"Saya perampas? Bila masa?" Ammara bertanya. Sesuka hati datang cakap macam tu.

"Kau dah rampas Atiq dari aku!" ditunjal dahi Ammara menggunakan jarinya.

"Oh Atiq? Hello, saya dah ada suami. Atiq adalah kisah lalu saya. Saya pun tak hadap Atiq awak tu" Ammara membalas.

Suraya senyum menyenget.

"Betul ke Atiq tu kisah lalu kau? Untuk pengetahuan kau, Atiq tu adalah suami aku" Suraya berkata.

"Tahniah. And yes, saya tak ada sebarang hubungan dengan Atiq dah. Disebabkan Encik suami awak tu, hubungan saya dengan suami berenggang" Ammara melihat ke arah Harith sedang membeli itu. Berharap agar lelaki itu segera datang ke mari.

"Aku tak kisah. Dia selalu fikirkan pasal kau. Aku nak kau jauhkan diri dari suami aku. Aku tak nak Atiq tahu keberadaan kau dan juga kandungan tu. Kalau kau tak nak sakit, jangan munculkan diri kau depan dia. Kalau tak, aku sendiri akan bunuh kau" Suraya mengugut.

"Baiklah. Saya janji akan turuti semua kata awak tu. Awak pun kena berjanji tak akan ganggu hidup saya lagi" Ammara membalas.

Suraya berdiri dan berlalu pergi meninggalkan Ammara di situ. Ammara mengeluarkan keluhan kecil. Satu persatu masalah mendatang. Beberapa minit telah berlalu, Harith dan Hayren datang menghampiri.

"Asal muka macam tu je?" Harith bertanya.

"Atiq dah kahwin ke?" pertanyaan dibalas dengan pertanyaan.

Harith menggangguk.

"Macam mana kau tahu?" Harith bertanya sekali lagi.

"Isteri dia datang tadi dan ugut. Jangan pernah munculkan diri depan Atiq" Ammara menjawab.

"Tak apa, nanti aku selesaikan masalah tu" Harith berkata.

Ammara menunduk melihat wajah Hayren sebijik seperti Hadith itu dengan lama. Diusap kepala itu berkali-kali.

"Rith, Hadith macam mana? Dia sihat ke?" Ammara bertanya dengan perasaan ingin tahu.

"Macam tulah. Sihat sahaja. Dia selalu datang ke rumah dan memujuk aku untuk berjumpa dengan kau. Seperti biasa, aku cakap aku tak tahu" Harith menjawab.

"Esok bawa aku balik ke rumah Hadith. Aku nak jumpa dengan dia. Dah lama aku tenangkan jiwa dan perasaan ini. Apa pun nak jadi selepas ini, jadilah. Aku redha. Aku dah malas nak gaduh-gaduh dan terus bersikap begini" Ammara mengujar.

Harith terkejut. Dipegang erat pada bahu Ammara.

"Seriuslah? Kau tak tipu ke?" Harith untuk kepastian.

"Betul. Aku tak tipu kau. Sampai bila aku nak pisahkan dia dengan Hayren dan juga kandungan ni. Lambat atau cepat, dia akan tahu juga" Ammara membalas.

"Okay Mara. Aku sokong apa yang kau buat. Aku tak nak paksa setiap apa keputusan yang kau buat" Harith berkata.

Ammara senyum tipis. Harap-harap lelaki itu berubahlah. Cukup untuk diseksa selama ini.

2 CHAPTER DULU YA SAYA UPDATE.. NANTI ESOK SAYA UPDATE LAGI.. BTW, SATU LAGI RAHSIA HUBUNGAN ANTARA HARITH DAN TUAN HAKIM DAH TERUNGKAI HEHE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro