Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

47

PANG!

Tuan Rahman memberikan satu tamparan pada pipi Hadith. Hadith memegang pipi terasa perit tu dengan menahan kesabaran. Ya, dia tahu semua ini salah dia. Harith hanya memandang kosong. Kali ini dia hanya membiarkan apa pun mahu terjadi. Sudah banyak kali dia menolong dan memberi nasihat, tetapi abangnya tetap tidak pernah berubah.

"Kamu dah buat apa dekat isteri kamu tu? Jawablah Hadith!" Tuan Rahman meninggikan suara.

Semua mata tertumpu padanya. Haneesa dan suaminya turut ada di situ juga. Hadith memandang lunak ke dalam anak mata Tuan Rahman. Kali ini dia mengalah demi kebaikan. Kebaikan apa? Entahlah.

"Hadith dah tampar, sepak, tendang dan juga paksa dia untuk layan Hadith. Hadith cemburu bila Atiq bersama dengan Mara dan Hayren. Hadith mengaku salah tapi jangan tinggal Hadith macam tu" Hadith menunduk kesal.

Tuan Rahman memicit pelipis. pening kepala memikirkan masalah anak sulongnya ini seorang.

"Cuba kamu tengok adik kamu, Harith tu. Langsung tak pernah buat masalah. Buat masalah pun, dia pandai settelkan. Ni tak, menyusahkan orang. Sekarang pandailah tanggung!" Tuan Rahman mula membandingkan dia dan Harith.

Hadith tersentak dan terasa dengan kata-kata Tuan Rahman. Dia berpaling melihat Harith hanya beriak selamba. Langsung tiada tanda-tanda mahu membelahi dia. Beginilah rasa setiap kali dibandingkan. Kifarah itu wujud.

"Hadith minta maaf. Hadith nak minta tolong pada korang. Tolonglah carikan Mara dan Hayren untuk Hadith. Rith... Kau tahu mana Mara pergi kan?  Aku merayu pada kau" Hadith mengeluarkan butiran jernih.

Harith mengangkat kedua belah ke atas bersama bahu. Dia menjuih bibir.

"Kali ini, aku betul-betul tak tahu mana Mara dan Hayren pergi. Sejak kau dah berbaik dengan dia, langsung kami tak berhubung. Aku tak naklah nanti kau anggap aku nak rampas dia daripada kau pula" Harith cuba menyakinkan Hadith bahawa dia betul-betul tak tahu keberadaan Ammara.

Hadith pandang lama wajah Harith. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu tipu dia. Kepala digeleng banyak kali.

"Aku tahu kau tipu aku kan? Hati aku kuat mengatakan yang kau tu tahu keberadaan Mara dan Hayren. Aku suami, aku tahulah. Tolong aku Rith. Aku perlukan dia dalam hidup aku" Hadith masih lagi pandang ke arah Harith. Mengharap secebis simpati.

"Abang, betul aku tak tahu. Yes, mungkin kami terlalu rapat, yang menyebabkan kau selalu ingat aku tahu semuanya pasal Mara. Apa kata kau cuba beri dia peluang untuk tenangkan hati dan fikiran? Siapa tak sakit hati bila percayakan suaminya dah berubah sedangkan? Kau tak pernah berubah pun abang. Kau sayang dia? Sayang tapi tak usaha untuk baiki diri. Tengok diri kau sekarang ni. Ada rasa bahagia?

"Tak? Of courselah kan? Itu sebab kau tak berubah. Kau dah jadi suami dan juga bapa kan? Tak boleh buka sikit minda kau tu? Berubahlah bang, aku dah penat nak nasihat kau. Nak tolong kau. Kau ingat saja-saja ke aku buat semua ini? Aku sayang kau dan Maralah, aku sanggup korbankan segala masa dan pelajaran aku. For what? Untuk tengok korang bahagia! Sebab itu janji aku pada Mara. Sekarang aku nak kau berubah. Selagi tu kau tak berubah, selagi tu kau tak akan dapat jumpa dia. Dahlah, aku naik atas dulu" terus Harith angkat punggung dan mendaki anak tangga dengan laju.

Hadith meraup muka berkali-kali sambil menghembuskan nafas lemah. Dia mengatur langkah ke arah pintu dan pergi.

"Abang, anak kita" Puan Halma menarik hujung baju suaminya.

"Tak apa Ma. Kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka. Dan abang percaya, Harith tahu mana keberadaan Mara dan cucu kita. Dia tengah nak baiki Hadith" Tuan Rahman berkata sambil senyum.

•••

Pagi itu, Ammara membawa Hayren ke pantai. Mereka duduk di atas kerusi batu tersedia ada di situ. Dia menarik nafas dengan pejamkan mata lalu hembuskan perlahan. Satu senyuman tipis diukirkan pada bibir.

"Hayren nak tahu tak apa yang Mama rasa sekarang ini? Mama rasa lega dapat bebas dari Baba. Mama perlukan masa untuk pulihkan hati Mama yang terluka ni" Ammara meluahkan rasa.

Hayren hanya mendiamkan diri sambil menghisap ibu jari. Dia menendang kaki saat angin menampar lembut pada bahagian pipinya.

"Tapi kan... Mama rindu juga pada Baba. Disebabkan Baba tak berubah lagi, membuat rindu Mama lenyap. Mama takut kalau Baba pukul Mama lagi. Baba tu baran dan suka tengking Mama tau" Ammara mengomel.

Dia mengeluh lalu melihat suasana sekeliling. Ramai juga yang datang. Matanya tertumpu pada pasangan itu. Mereka kelihatan tersangat bahagia sekali. Dia teringat akan Hadith. Bilakah mereka dapat merasakan begitu?

"Datang sini tak ajak aku. Puas aku cari kau. Ingat kau dah lari mana entah" Harith mencelah. Dia melabuhkan punggung ke ruang kosong sebelahan Ammara.

Ammara terkejut dengan kedatangan Harith secara tiba-tiba. Bahu Harith ditampar kuat. Geram dengan perangai lelaki itu. Langsung tak berubah dari zaman Kolej lagi.

"Eh dia ni... Dah kenapa tampar aku? Sakit tahu tak mak orang!" Harith memarahi.

"Kau tu! Tak ada beri salam, tetiba je muncul. Atau... Kau hantu! Cepat mengaku!" Ammara menyakat.

"Assalammulaikum sahabat dunia akhirat ku. Apa khabar? Dah sarapan ke belum? Nak aku belikan tak?" Harith senyum kambing.

"Walaaikumussalam. Khabar baik. Dah tadi. Nanti kau beli untuk lunch pula" Ammara membalas.

Mereka berdua tergelak kecil. Dah lama tak bergurau senda begini. Harith senyum saat melihat Ammara tergelak begitu. Dia tahu sudah lama gadis itu tidak tergelak seperti itu. Sekurangnya lega sedikit hatinya.

"Mara... Aku nak tanya kau pasal peribadi sedikit boleh?" Harith bertanya.

Ammara mengangguk sahaja.

"Semalam, Hadith datang rumah. Dia mengaku semuanya. Dia juga ada cakap yang dia paksa kau layan dia. Okay kau sabar sekejap, jangan marah lagi" Harith cepat-cepat memegang bahu Ammara apabila melihat wajah gadis itu seakan berubah.

Ammara angguk sekilas dan menyuruhkan Harith terus dengan kata-katanya itu.

"Macam mana kalau kau mengandung lagi? Aku minta maaf kalau pertanyaan aku ni kurang selesa bagi kau" Harith mengangkat peace.

"Dah nak buat macam mana lagi. Jaga jelah. Tak akan nak bunuh anak yang tak bersalah. Tak begitu ya Harith?" Ammara menjawab.

"Okay" Harith membalas ringkas.

"Eh, aku ada bawa sesuatu untuk kau" Harith berkata.

Mata Ammara bagaikan bersinar saat mendengar kata Harith. Dia tersenyum manis.

"Apa tu, Rith? Cepatlah. Aku dah tak sabar ni" Ammara bertanya.

"Kejap" Harith menuju ke arah keretanya kembali.

Beberapa saat kemudian, dia membawa kotak dan menghampiri Ammara.

"Nah. Pizza! Favorite kau" Harith menghulurkan sekotak pizza.

Ammara mengambilnya dengan teruja. Kaki dihentak ke atas pasir. Suka dapat makan pizza!

"Kau macam tahu-tahu sahaja tekak aku nak makan pizza kan? Thank you bestie!" Ammara berkata.

"Yelah. Sama-sama. Mari sini anak buah aku tu. Kau makanlah" Harith berkata.

"Hayren tinggal dengan Pak Su sekejap ek. Mama nak makan!" Hayren diberikan pada Harith.

Terus kotak pizza dibuka dan diambil sekeping lalu disuap ke dalam mulut dengan lahap sekali. Dia pejamkan mata bagi merasakan nikmat pizza tersebut.

Harith menggelengkan kepala. Ingatkan dah jadi mak orang, perangai dah berubah. Tapi langsung tak! Ha eloklah tu, dua-dua tak berubah! Banyak mereka habiskan masa di situ.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro