46
Pada malam itu, Hadith betul-betul berdiri dihadapan pintu utamanya. Sebelah tangannya memegang sejambak bunga rose. Niat dia untuk memujuk Ammara atas kelakuan dia pada tengahari tadi. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu hembuskan dengan perlahan.
"Aku kena baiki semula salah faham tadi" Hadith mengomel dan terus menolak pintu lalu memboloskan diri ke dalam.
Keningnya bertaut saat memandang sekeliling ruang. Gelap, seperti tiada orang di rumah. Dia menjenguk ke arah luar kembali. Kereta Ammara masih ada. Dia senyum sambil cuba tenangkan hati. Mungkin sudah tidur, fikirnya. Hadith mendaki anak tangga dengan kadar perlahan.
"Baby?" Hadith memanggil.
Sunyi.
TOK!
TOK!
TOK!
"Baby ada dekat dalam ke?" Hadith menyoal sambil mengetuk pintu bilik air.
Diam juga. Tiada sahutan. Kaki diatur ke arah almari. Dibuka daun pintu dengan kasar. Bagaikan mahu tercabut. Rahang mula mengeras sambil menggelengkan kepala. Sejambak bunga rose tadi telah dicampak ke atas lantai dengan penuh rasa amarah.
"Kau tinggalkan aku, Mara?" Hadith menyoal sendirian.
"Aku mengaku salah aku. Tapi kenapa kau tinggalkan aku, hah! Aku menyesal! Kembali semula ke rumah ni, Mara!" amuk Hadith.
Setetes demi setetes air mata keluar dari tubir mata. Dia menangis teresak. Kedua belah lutut dirapat ke dada.
"Baby... Abang merayu pulang semula ke rumah ni dengan Hayren. Abang rindukan Hayren dan Baby" Hadith terus merayu.
"ATIQ! KAU PUNCA SEMUA INI!" terus Hadith berdiri dan mencapai kunci kereta.
•••
"Papa nak apa lagi?" Atiq bertanya. Dia menjeling Tuan Hakim sedang memandang serius padanya itu.
"Papa nak kamu berhenti ganggu rumahtangga Mara dan Hadith. Dosa kamu tahu tak? Kamu dah ada isteri kan!" Tuan Hakim mengujar.
"So what? Atiq tak akan berhenti selagi tak dapat Mara. Dia perempuan Atiq cinta. Bukan perempuan buat fitnah pada Atiq ni" matanya melirik ke arah Suraya berada di tepi Puan Hani.
"Awak tak jaga hati saya langsung kan, Atiq? Saya isteri sah awak. Bukan Ammara! Tak boleh ke awak terima yang jodoh awak tu saya?" Suraya pertahankan diri. Bahunya diusap oleh Puan Hani supaya bertenang.
"Hei bitch! Aku tak pernah anggap kau jodoh aku! Apa lagi terima!" Atiq meninggikan suara.
"ATIQ!"
PANG!
"Ha tamparlah lagi Papa! Tamparlah! Disebabkan perempuan tak guna ni, Papa anggap Atiq macam orang asing!" oktaf suara Atiq.
Tuan Hakim mencerlung tajam pada Atiq. Rasa marah membuak-buak dalam diri.
"Sudah! Das-"
"ATIQ FARHAN! KAU KELUAR SEKARANG!"
Bunyi suara milik Hadith menghentikan pergaduhan mereka semua. Atiq mengerutkan dahi dan menghampiri pintu utama.
BUK!
"Mana isteri aku! Kau dah culik isteri aku kan? Jawablah bodoh!"
BUK!
"Sabar Hadith!" Tuan Hakim meleraikan pergaduhan itu.
Atiq mengesat darah yang keluar dari hujung bibirnya dan berdiri. Suraya ingin menolongnya itu ditepis kasar dan menjeling.
"Aku culik Mara? Buat apa? Kau dah buat apa bodoh pada dia sampai lari? Kau pukul dia kan!" Atiq jerkah kuat.
"Semua ini berpunca daripada kau! Kalau kau tak hantar gambar tu mesti semua ini tak akan terjadi! Sekarang mana isteri aku, hah!" Hadith mencengkam kolar leher Atiq.
Tuan Hakim memicit pelipis. Sakit kepala tengok anak-anak muda ini bergaduh. Dalam diam, dia menyuruh isterinya telefon Harith supaya datang ke mari.
"Memang semua ini berpunca daripada aku, tapi tak bermaksud kau boleh pukul dia! Aku jadi dia pun memang lari dari suami jahanam macam kau!" Atiq menumbuk perut Hadith. Hadith berginjak ke belakang dan terjatuh. Dia masih tak mahu mengalah. Timbulah sesi tumbuk menumbuk sesama sendiri.
Suraya senyum menyenget melihat pergaduhan tersebut. Dalam hati sudah tergelak jahat.
"Sudah Hadith Atiq!" Tuan Hakim meraup wajah. Tidak tahu apa lagi mahu leraikan pergaduhan.
Puan Hani tiba. Dia membisikkan sesuatu di telinga suaminya.
"Harith cakap dia dah nak sampai. Dia dah tahu mereka bergaduh. Kita biarkan dulu mereka bergaduh" Puan Hani berbisik.
Tuan Hakim hanya mengangguk perlahan.
"SIAL"
"KAU YANG SIAL SEBAB DAH RAMPAS HAK AKU!"
Mereka masih membalas penumbukan. Kereta Harith terus masuk ke dalam kawasan Tuan Hakim. Dia menghempas kuat pintu kereta dan menghampiri mereka. Pistol pemberian dari Tuan Hakim dikeluarkan dan diacu ke udara.
"Berhenti sekarang!" Harith mengarah. Namun arahannya seperti angin telah berlalu. Dia menguling bebiji bola mata ke atas. Menyampah dengan perangai mereka itu.
BANG!
BANG!
BANG!
3 das tembakan dilepaskan ke udara. Harith tersenyum puas tatkala berjaya berhentikan mereka dari terus bergaduh. Hadith mengerutkan dahi. Sejak bila adik bongsunya itu ada pistol? Semakin hari, semakin pelik dengan perangai lelaki itu. Firasatnya kuat mengatakan bahawa Harith ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Tuan Hakim turut senyum pada Harith dan anggukkan kepala. Mereka mempunyai maksud tersendiri.
"Abang, kau pergi balik sekarang dan tunggu aku dekat rumah Daddy. Ada masalah sikit aku nak settel dengan kau" Harith mencerlung tajam pada abangnya, seolah tidak berpuas hati.
"Tak, sekarang apa masalah kau? Lantak akulah! Jantan ni dah culik isteri aku!" Hadith memberontak.
"Hei Hadith! Sejahat mana pun aku, tak pernah lagi terfikir nak culik Mara! Kau jangan sesuka hati nak tuduh aku!" Atiq pertahankan diri dari terus dituduh.
"Sudah! Aku nak kau balik Hadith! Now!"
BANG!
Sekali lagi Harith melepaskan satu das ke udara. Hadith akur. Dia melanggarkan bahu kiri Harith dan terus pergi ke arah keretanya.
Sebaik sahaja kereta abangnya sudah tidak kelihatan, terus rambut Atiq dicengkam kuat. Atiq meraung kesakitan.
"Kau jangan nak masuk campur dalam urusan Mara dan abang aku. Jangan sampai aku bunuh kau!" Harith melepaskan cengkaman tersebut dengan kasar.
"Ingat aku takut? Sebelum kau bunuh aku, aku dulu akan bunuh kau!" Atiq mendengus geram. Dia menyempak batu kecil di tanah itu.
Harith terus memusing ke belakang semula dan memboloskan diri ke dalam kereta. Dia perlu buat perhitungan.
"Kenapa Atiq? Papa tak ajar anak Papa kelakuan macam ni" Tuan Hakim menegur. Jujur dia akui, sangat terasa sedih tatkala melihat perangai anaknya begitu. Apa kesilapannya dahulu sampai anaknya begini?
"Papa diam! Papa tak tahu apa-apa!" Atiq menengking tanpa memikir perasaan Papanya.
"Atiq! Hormat Papa kamu tu! Jangan nak jadi anak derhaka" Puan Hani mencelah. Atiq tersangat melampau saat ini.
Atiq tergelak sinis.
"Heh? Korang tak belahi Atiq tu, tak apa pula?" Atiq menjawab.
"Nak belahi apa? Nak sokong kamu rosakkan rumahtangga orang lain? Kamu sedar tak, disebabkan kamu seorang, rumahtangga Mara dan Hadith dah kacau bilau! Ni isteri kamu, sepatutnya kamu jaga dan bahagiakan dia" Puan Hani berkata.
"Who care? Atiq tak kisah pun semua itu. Bercerai terus pun okay! Sekarang Atiq nak balik! Kau nak tinggal sini ke? Cepatlah!" Atiq membalas dan mengatur langkah ke arah kereta.
SELAMAT HARI RAYA GAIS❤ SORRY BARU DAPAT ON WATTPAD.. SAYA INGAT DAH UPDATE BAB 46 RUPANYA BELUM SORRY HEHE❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro