45
Ammara menunduk ke bawah saat pintu bilik air dibuka dari dalam. Hadith berjalan menghampiri Ammara bersama senyuman sinis. Ammara mencengkam kuat pada kain selimut tatkala Hadith berdiri betul-betul dihadapannya.
"Sekarang kau dah sedar kesalahan kau?" Hadith menyoal.
Dia berdecit kasar saat Ammara hanya mendiamkan diri. Lantas rambut gadis itu ditarik kuat sehingga mendongak ke arahnya. Matanya melihat sisa darah beku terlekat pada dahi. Rasa bersalah ada, tetapi menepis kuat hingga ego menang.
"Jawablah soalan aku tu!" Hadith meninggikan suara.
"Bukan salah saya. Saya dah beritahu pada abang tadi kan? Saya terjumpa, bukan sengaja berjumpa" Ammara pertahankan diri.
Hadith tertawa kosong. Dia menggelengkan kepala dengan laju.
"Penipu! Aku tak percaya kata kau tu. Sekarang aku nak pergi office balik. Kau jangan pernah nak lari tinggalkan aku, faham?" tajam anak mata Hadith menikam anak mata hazel milik Ammara. Rambut tadi dilepaskan dengan kasar.
"Jangan sampai abang menyesal bila dah tahu perkara sebenar! Saya dah mula mencintai abang, tapi abang dah hancurkan buat kali kedua! Saya benci abang!" Ammara meneteskan airmata dengan laju.
Hadith tersentak dengan kata-kata Ammara. Laju dia mengambil pakaiannya dan keluar dari bilik itu lalu ke bilik tetamu.
DUM!
Hadith menghampiri ke arah cermin yang besar sambil menilik dirinya ke dalam pantulan cermin. Dia meraup muka banyak kali.
"Atiq sengaja buat macam tu sebab nak aku berpisah dengan Mara?" Hadith menggumam sendiri.
Dia memikirkan sesuatu.
•••
Pintu office Atiq diketuk oleh Suraya. Memandangkan isterinya itu adalah P.A nya atas paksaan Tuan Hakim. Atiq melihat sekilas ke arah pintu dan kembali memandang komputer riba.
"Awak..." Suraya memanggil.
"Apa kau nak?" Atiq membalas acuh tak acuh.
"Suami perempuan jalang awak tu datang sini nak jumpa awak" Suraya berkata.
Atiq sibuk menaip di papan kekunci itu terhenti serta merta. Dia menangkat muka semula sambil senyum.
"Kau panggil dia masuk dan kau boleh blah!" Atiq mengarah.
Suraya menunjukkan riak tidak puas hati. Dia sebagai isteri berhak mengetahui apa mereka ingin bualkan.
Beberapa minit berlalu, Hadith melangkah masuk ke dalam dengan riak serius. Dia menghampiri Atiq. Atiq menghulurkan tangan mahu bersalam. Dia menjatuhkan kembali tangan ke sisi apabila Hadith hanya memandang kosong.
"Tangan aku kotor ek? Tak apalah bro. Aku faham..." mereka bertentangan mata dengan mempunyai maksud tersendiri.
"Apa masalah kau dengan aku, huh?" Hadith menyoal.
Atiq mengerutkan dahi sambil buat-buat tidak faham.
"Masalah apa? Bro, aku betul tak faham. Sepatutnya aku yang tanya kau, buat apa datang sini?" Atiq mengangkat kedua belah bahu ke atas sambil senyum tipis.
Hadith tertawa buat-buat. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar lalu menunjukkan gambar itu pada Atiq.
"Ini apa Atiq Farhan Bin Dato' Hakim?" sebelah tangan dikepal penumbuk. Menunggu sahaja masa mahu melayang.
Atiq senyum. Dia memegang dagu lalu mengetuk menggunakan jarinya. Seolah memikirkan sesuatu.
"Lelaki dalam gambar tu memang sebijik macam aku. Tapi bila masa aku berjumpa dengan isteri aku opsss, i mean your wife" Atiq senyum sinis pada Hadith.
Lantas kolar leher baju Atiq dicengkam kuat sambil mendekatkan muka mereka.
"Jangan nak buat-buat tak faham. Kau memang sengaja buat macam tu sebab nak aku bercerai dengan Mara kan? Jawab dengan jujur Atiq" Hadith menguatkan lagi cengkaman tersebut.
"Okay bro. Lepaskan aku. Kalau aku mati, macam mana kau nak tahu kebenaran kan?" walaupun dalam keadaan agak tersesat nafas, dia masih mampu mengukir senyuman menyenget.
Hadith melepaskan cengkaman tersebut. Atiq membetulkan bajunya sedikit.
"Ya, memang benar semua apa yang kau cakap tu. Aku nak korang berpisah. Aku cintakan Mara. Please lepaskan dia untuk aku. Aku nak hidup bersama dengan dia" Atiq mengujar.
"Kalau aku lepaskan dia untuk kau, aku macam mana?" Hadith bertanya.
"Kau dah ada anak dengan dia kan? Cukuplah dia melahirkan keturunan kau" Atiq menjawab.
"Bukan senang! Apa pun, dia selamanya milik aku. Kau jangan harap dapat dialah! Kau kena ingat, dia tu bukan barang kau nak berebut" Hadith berkata.
"Kau juga kena ingat, dia bukan barang untuk kau belasah" Atiq memerli.
Jeda.
"Daripada aku berlamaan di sini, lebih baik aku berambus!" terus Hadith memusing ke belakang dan beredar pergi.
"Asal? Dah terkena batang hidung sendiri? Bodoh!" Atiq duduk semula ke atas kerusi dan meneruskan kerja kembali.
•••
Ammara pandang lama pada luggage dipenuhi oleh pakaian dia dan Hayren. Dia nekad! Nekad untuk meninggalkan rumah dan juga Hadith. Dia sudah banyak kali tersakiti. Lakonan apa selama ini lelaki itu gunakan? Untuk satu kepuasan?
Hayren sedang tidur di atas katil, diambil lalu mendukung. Kening berbentuk cantik itu diusap dan memberikan satu ciuman hangat.
"Maafkan Mama sebab pisahkan Hayren dengan Baba. Mama nak kita pergi jauh dari sini dan mulakan hidup baharu" Ammara mengujar.
PON!
Bunyi hon kereta milik Harith mengejutkan dia. Lantas luggage dicapai dan tergesa-gesa keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama. Nasib baik Mak Cik Yah, Qaz dan Araz belum masuk berkerja. Kalau tidak, pasti dia sudah ditangkap.
Harith mengambil luggage dihulurkan oleh Ammara lalu dimasukkan ke dalam bahagian penumpang. Dia masuk kembali ke dalam kereta dan menghadap Ammara dan Hayren.
"Kenapa kau lari?" Harith mengaju soalan.
"Kita gerak sekarang. Nanti aku beritahu kau perkara sebenar" Ammara berkata.
Tanpa mengeluarkan kata-kata lagi, Harith meneruskan pemanduannya dengan kadar perlahan. Suasana di dalam juga sunyi dan hening kerana masing-masing mendiamkan diri.
•••
Harith berhentikan kereta disebuah chalet. Itu pun atas permintaan Ammara. Selesai Ammara meletakkan barang di dalam dan tidurkan Hayren, mereka duduk di atas gazebo sambil menghadap suasana pantai.
"Sekarang kau beritahu aku, apa dah jadi? Ada masalah ke?" Harith memulakan bicara.
Ammara tidak dapat menahan air mata dari tadi, terus mengalirkan. Tubuh Harith dipeluk erat. Harith mengusap kepala Ammara bersama senyuman tipis.
"Aku dah tak sanggup hidup macam ni lagi, Rith. Kenapa mesti aku, dia pilih? Aku terseksa! Terseksa atas perbuatan dia" Ammara meluahkan.
Harith mengerutkan dahi dan mengangkat dagu Ammara. Matanya membulat saat melihat dahi gadis itu tersisa darah beku, bengkak dan lebam. Rasa marah mula menyelubungi diri.
"Hadith buat apa pada kau, Mara? Beritahu aku sekarang!" Harith bertanya tegas.
"Dia pukul, tendang dan tampar aku. Hanya kerana salah faham. Aku tahu semua ini rancangan Atiq untuk pisahkan kami. Atiq hantar gambar, kami berjumpa pagi tadi. Aku tak buat apa pun, Rith. Aku dah beritahu perkara sebenar, tapi dia tak nak percaya! Aku sakit kerana abang kau" Ammara mengesat kasar air mata dengan guna lengan.
"Aku mengaku, aku cintakan dia. Tapi kerana sikap dia tak pernah berubah, membuatkan aku terpaksa keraskan hati untuk cintakan dia balik. Aku merayu pada kau, Harith. Tolong rahsiakan perkara ni daripada Hadith. Aku nak bersendirian. Tolong faham aku" Ammara berkata.
Harith memegang bahu Ammara dan anggukkan kepala.
"Aku tolong kau, Mara. Abang aku dah melampau. Aku minta maaf bagi pihak dia. Kau nak buat apa pun selepas ini, teruskan. Aku tak halang" Harith membalas.
Ammara hanya mendiamkan diri sambil mengelamun jauh. Harith pula sudah maki hamun pada Hadith apabila melihat keadaan kawan baiknya, Ammara begitu.
SAY GOODBYE TO HADITH
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro