Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

43

Sebaik sahaja Hadith masuk ke dalam rumah, lantas Ammara mendapatkan suaminya itu. Tangan dihulur menandakan mahu bersalam. Hadith terus ke arah tangga. Ammara mengerutkan dahi dan berlari mendapatkan Hadith semula.

"Abang..." Ammara memanggil.

Hadith hentikan langkah. Dia memusing ke belakang sambil menunggu apa ingin diperkatakan oleh gadis itu.

"Kenapa jadi macam ni?" Ammara menyoal.

"Jadi macam mana?" soalan dibalas dengan soalan.

Ammara mengemam bibir. Lengan Hadith ditarik supaya menuju ke arah sofa. Masing-masing mendiamkan diri. Ammara masih memikirkan ayat mahu memulakan bicara.

"Abang, saya minta maaf" Ammara memulakan bicara.

"Sebab?" sebelah kening diangkat ke atas.

"Sebab saya pertahankan abang dari terus pukul Atiq. Saya tahu abang cemburu dan fikir yang bukan-bukan. Itu semua bukan maksud saya masih cintakan Atiq. Saya tak nak perkara ni berlaku" Ammara mengaku salah.

"Betul ke tak cintakan Atiq lagi?" Hadith bertanya.

"Betul. Saya tak cinta dia lagi" Ammara menjawab.

Hadith menarik senyuman sinis. Dia memandang lunak ke dalam anak mata Ammara.

"Baby cintakan abang?" Hadith bertanya lagi.

Lidah Ammara terkelu mahu menjawab pertanyaan itu. Apa yang harus dia berikan jawapan?

Diam.

Hadith sudah dapat agak apa jawapan isterinya beri. Tanpa berkata apa-apa, lantas dia angkat punggung dan mengorak langkah ke arah tangga lalu mendaki dengan laju.

Ammara senyum tipis. Dia menunduk ke bawah sambil mengalirkan air mata.  Layanan Hadith membuat dia terasa hati. Apa pun dia sabarkan hati. Mungkin esok lusa lelaki itu akan okay. Mungkin...

•••

Ditengah hutan, terdapat bangunan lama sudah terbiar. Atiq masuk ke dalam dan mencari seseorang. Dia menghampiri figura tersebut lalu berdehem kecil bagi menyedari kehadirannya.

"Apa masalah kau ni, huh? Tak habis-habis kacau aku" Atiq bersuara.

Jejaka itu menarik tudung hoodie dan senyum pada Atiq. Atiq membalas dengan jelingan.

"Apa khabar? Dengar cerita dah kahwin sekarang, betul ke?" jejaka itu bertanya bersama gelak halus.

"Mateen! Lain aku tanya, lain kau jawab!" Atiq memarahi.

Mateen mengangkat kedua belah tangan ke atas tanda menyerah dengan menghabiskan sisa tawanya.

"Aku nak tolong kau untuk hancurkan Hadith. Dan... Yes kau akan dapat isteri dia, Ammara Dahlia" Mateen berkata.

Mata Atiq membulat. Betul ke apa telinga dia dengar? Bermakna dia akan dapat Ammara?

"Seriuslah Mateen? Aku dah tak sabar nak hancurkan Hadith. Kau memang sahabat sejatilah Mateen!" Atiq mula memikirkan rancangan mahu menghancurkan Hadith.

"Aku juga mahu tengok kehancuran si Hadith tu" Mateen berkata.

Mereka berdua mula membayangi kehancuran Hadith.

•••

Hadith menuruni anak tangga sambil memakai jam pada pengelangan tangan. Dari jauh dia melihat Ammara sedang menunggunya di ruang makan. Tanpa berkata apa-apa, terus dia menuju ke pintu utama.

"Abang!" Ammara memanggil.

Hadith hentikan langkah. Langsung tidak menoleh Ammara disebelah. Ammara cuba untuk meraih tangan, namun ditepis lembut olehnya.

"Jom kita sarapan dulu" Ammara mengajak.

"Makanlah sendiri. Abang dah lewat ni" tombol pintu dipulas lalu keluar.

Ammara tergamam. Dia memandang kosong pada pintu tertutup rapat itu. Satu keluhan dilepaskan dengan lemah. Apalah nasib dia. Baru sahaja mahu bahagia, sudah dilanda pelbagai masalah.

Bunyi tangisan Hayren mengejutkan dia dari terus melayan perasaan. Dengan langkah laju, Ammara menuju ke tingkat atas.

•••

Ammara menjenguk dalam peti ais. Banyak barangan yang sudah habis. Dia membuat keputusan mahu keluar bersama Hayren untuk membeli bahan basah dan keperluan yang lain.

Selesai siapkan Hayren, Ammara mencapai telefon bimbit berada di atas meja. Tidak lama kemudian, dia mengetuk dahi.

"Ya Allah... Macam mana aku boleh terlupa nak cas telefon ni? Dahlah Araz dan Qaz cuti. Nak beritahu Hadith macam mana ek?" Ammara memikirkan sesuatu.

"Tak apalah. Keluar sekejap. Nanti aku balik cepat-cepat" Ammara mengangkat Hayren lalu beredar pergi.

•••

Selesai sahaja Ammara membuat bayaran, dia menolak troli ke arah parking kereta. Satu persatu barangan diambil lalu diletak ke dalam bonet. Tiba-tiba ada seseorang menegurnya dari belakang.

Atiq datang ke arah Ammara lalu memberikan senyuman semanis madu namun dibalas dengan jelingan maut. Cepat-cepat Ammara meletakan barangan ke dalam bonet.

"Sayang boleh buat tak tu?" Atiq bertanya.

Ammara berhenti seketika lalu menoleh Atiq disebelah.

"Awak tengok ni apa?" Ammara kembali meletakan barangan.

Atiq senyum menyenget dan memandang Hayren sedang melihat ke arahnya itu.

"Saya tolong pegangkan anak awak tu, sementara awak letak barangan dalam bonet" Atiq berkata.

"Tak perlu. Saya tak nak susahkan awak. Sekarang awak boleh pergi" Ammara menolak.

Atiq masih mencuba. Tidak mahu mengalah. Rancangan tetap rancangan.

"Tak susah pun. Just pegang. Biarlah saya tolong. Awak kan dah lewat nak balik rumah. Saya tak buat apa pun pada anak awak tu, sayang..." Atiq berkata lagi.

Ammara mengangguk sekilas. Betul kata lelaki itu, barangan dia beli terlalu banyak. Boleh katakan, total mencecahi 500 ke atas. Dia membeli untuk stock juga.

"Okay" terus Hayren diberikan pada Atiq. Atiq mengambil lalu menikam tajam pada anak mata Hayren. Dia membenci anak itu kerana rupa paras terlalu mirip dengan Hadith. Atau tepat lagi, sebijik.

"Comel anak awak. Macam ayah dia. Kita bila lagi nak ada anak bersama?" Atiq senyum tatkala riak wajah Ammara berubah.

Itu barangan terakhir diletak ke dalam bonet. Hayren diambil semula dari Atiq.

"Awak jangan nak berangan. Awak nak anak, sila kahwin dengan sesiapa pun. Janji bukan saya. Terima kasih tolong saya" terus Ammara masuk ke dalam kereta dan beredar pergi.

Atiq menghantar pemergian Ammara dengan ekoran matanya sahaja. Beberapa minit telah berlalu. Seorang lelaki telah menghampirinya.

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" Atiq menyoal.

"Dah" lelaki itu membalas.

Atiq senyum sinis. Tidak sabar mahu mengetahui apa yang berlaku selepas ini. Dia tahu, Hadith seorang yang kuat cemburu dan panas baran.

•••

Selesai menghabiskan meeting, Hadith menghenyakkan punggung ke atas kerusi kerja. Dia bersandar sambil memicit pelipis. Matanya merenung ke arah siling berwarna putih. Fikiran melayang ke arah Atiq, Ammara dan juga anaknya. Jujur akui, dia cemburu dan mula berfikir yang bukan-bukan. Macam mana kalau hati Ammara kembali bertautan dengan Atiq? Soalan itu berlegar diakal fikiran.

BLIP!

Hadith memandang skrin telefon tatkala berbunyi tanda sedang masuk mesej. Dengan malas sekali dia mencapai lalu terbuntang matanya apabila nombor tidak dikenali telah menghantar gambar Ammara bersama Hayren dan Atiq.

"Berani kau berjumpa dengan jantan tu ek? Dengan anak aku sekali pun ada!" Hadith menghentak meja dengan kuat.

"Betulah sangkaan aku selama ni kan? Kau masih cintakan jantan tu!" kali ini, barangan di atas meja ditolak kuat ke tepi sehingga jatuh. Ada yang teretak, pecah berderai.

Nombor Ammara dicari dalam kenalan. Ditekan lalu melekat tepi telinga. Hadith mengigit bawah bibirnya, geram dengan Ammara tidak memberitahu dia.

"ERGH!"

Panggilan tidak dijawab menambah lagi rasa marah berlegak dalam hati. Dia menayangkan senyuman sinis apabila tiba-tiba idea jahat sudah menghadiri ke dalam otak.

"Kau nak main sangat dengan Hadith Dazyen kan? Ammara Dahlia? Tunggu apa aku buat. Jangan salahkan aku kalau jadi apa-apa dekat kau" Hadith mengangguk kepala secara perlahan.

Dia berdehem kecil dengan membetulkan sedikit baju kemejanya. Rambut dikemaskan lalu mengorak langkah ke arah pintu.

SO YEAH! JANGAN DISANGKAKAN HADITH DAH BERUBAH YA SEMUA.. WATAK BARU DAH MUNCUL LAGI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro