42
Hadith dengan selamba merepuh masuk ke dalam bilik office nya. Harith sedang sibuk dengan kerja itu hampir mencampak komputer riba kerana terkejut dengan kedatangan Hadith secara tiba-tiba. Dia mengurut dada perlahan.
"Kalau ya pun, berilah salam dulu nak masuk! Ni suka kejutkan orang!" Harith memarahi sambil menjeling.
Hadith turut membalas jelingan dari adik bongsunya itu. Dia malas mahu bergaduh. Pelipis diurut perlahan sambil mengeluarkan satu keluhan.
Harith perasan riak wajah Hadith begitu, lantas menghampiri. Ditepuk perlahan pada bahu.
"Kau okay tak ni?" Harith bertanya prihatin.
"Okay je" Hadith menjawab acuh tak acuh.
Harith tertawa kecil saat dengar jawapan abangnya itu. Tengok dari wajah, sudah dapat teka apa yang sudah berlaku.
"Pasal Mara dan Atiq ke? Dia ganggu keluarga kau lagi?" Harith meneka.
Hadith berhenti dari urut pelipis dan menoleh Harith disebelah. Bagaimana lelaki itu boleh tahu? Guna ilmu hitam ke?
"Aku tak guna ilmu hitamlah. Aku dah tahu apa berlaku. Jangan risau, semua berkaitan dengan kau dan Mara aku tahu. Cuma aku tak tolong sebab kau kan pro bab-bab macam ni" Harith berkata dengan terselit sindiran.
Hadith hanya mampu kerdipkan kelopak mata beberapa. Mengapa baru sekarang dia mengetahui tentang kemahiran adiknya itu?
"Kau ada sembunyi apa-apa ke dari aku, Harith?" Hadith menyoal.
"Macam ni, apa yang aku tengah buat, semua untuk kebaikan kau dan Mara. Trust me, aku tak khianati sesiapa pun. Aku sayang kau sebab abang. Aku sayang Mara sebab kawan" Harith membalas.
"Tadi aku dan Atiq bergaduh. Aku terasa bila Mara cakap, dia akan lari dengan Hayren dan tinggalkan aku kalau tak nak berhenti dari terus pukul. Maknanya, Mara masih ada lagi hati dekat Atiq? Dia tak suka aku sakitkan Atiq?" Hadith meluahkan rasa.
Harith diam. Cuba untuk hadamkan. Dia tidak boleh bercakap pasal itu kerana ia berkaitan dengan hati dan perasaan.
"Apa pun, cuba buang ego kau. Satu sahaja aku nak pesan. Jangan nak pukul dia. Control baran kau. Siapa pun salah, berbincang dengan elok. Jangan salah sikit, terus bantai. Nanti kau sendiri yang akan menyesal" Harith memberi nasihat.
"Aku cuba Rith. Tapi aku tak mampu nak berubah seratus peratus. Aku tak boleh terima bila Mara cakap macam tu. Ya, bagi kau memang perkara tu remeh tapi bukan aku. Dalam fikiran asyik fikir dia tu masih cintakan Atiq ke?" Hadith meraup wajah pula.
"Kau mampu. Percayalah cakap aku. Walaupun suatu hari nanti aku tak ada, kau akan bahagia dengan Mara" Harith membalas bersama senyuman.
Kata-kata Harith membuat Hadith tersentak. Dipegang kedua belah bahu adiknya.
"Kau nak pergi mana? Nak tinggalkan aku? Mara? Mummy? Daddy? Angah?" Hadith menyoal.
"Saja. Mana tahu aku dulu yang pergi. Dahlah. Kau tak perlu fikir sangat tentang perkara tu. Tak penting. Sekarang kau kena fokus tentang hubungan keluarga kau" Harith membalas.
Hadith angguk perlahan. Walaupun agak curiga apabila Harith berkata begitu. Dia buang perasaan prasangka buruk jauh-jauh.
"Hadith, bila kau nak uruskan Syarikat kau sendiri ni? Aku ada perkara pentinglah nak buat" Harith bertanya.
Hadith berfikir sejenak. Ya, sudah lama dia tidak mengurus Syarikat sendiri. Segalanya diserahkan pada adiknya seratus peratus.
"Maybe esok aku mulakan kerja. Maaf menyusahkan kau" Hadith menjawab.
"Seriuslah? Alhamduliah... Bolehlah aku berfoya-foya dengan awek" Harith berkata.
"Kau dah ada awek? Tak lama nanti aku dapat merasa nasi minyaklah kan?" Hadith menyakat.
"Of course! Ingat kau seorang sahaja yang laku? Aku lagi laku dari kau tu!" mereka berdua melepaskan tawa.
Walaupun lelaki itu sering menyakiti hati, tetapi dia memilih untuk melupakan. Tak apa, benda dah jadi. Lagi pun sebenarnya, ada perkara lain perlu dia uruskan. Nasib baik Hadith berkata esok dia bakal berkerja semula.
•••
Atiq membuka kasar pintu rumah lalu membolosi ke dalam. Atiq melihat Suraya sedang berada di ruang tamu dengan menghadap ke arahnya itu. Dia menjeling dan mengatur langkah ke anak tangga.
"Atiq" Suraya panggil.
Atiq berhenti dan mendengus kasar. Dia berpaling ke belakang.
"Apa!" Atiq bertanya.
Suraya bingkas bangun dari duduk dengan menghampiri sang suami. Dipegang lengan Atiq dengan erat. Atiq merentap kuat. Dia berdecit halus.
"Kenapa dengan muka awak ni? Habis lebam-lebam. Siapa buat awak macam ni? Nak saya ubatkan?" Suraya menyoal.
PANG!
"Tak perlu nak buat baiklah, betina! Kau tu dahlah perempuan sial. Pergi berambus lebih baik!" Atiq menengking selepas menampar.
Suraya tergelak sinis. Dia pegang pipi terasa perit itu sambil merenung tajam pada Atiq. Lelaki itu sudah mencabar kesabaran yang ada!
"Perempuan sial yang awak maksudkan tu adalah Ammara Dahlia kan? Saya tetap akan hancurkan hidup dia. Disebabkan dia, awak sanggup tampar dan lempar kata-kata kesat pada saya" Suraya berkata.
Atiq sedikit terkejut. Tuan Hakim boleh mengetahui segalanya, tak akan isterinya ini juga tahu? Dia menggeleng laju.
"Kau jangan sesekali masuk campur dalam hidup aku. Itu hak milik aku. Sekali kau sakiti dia, tengok apa yang berlaku pada hidup kau. Ingat kata aku tu, Suraya" Atiq memberi amaran dan mendaki anak tangga.
Suraya senyum menyenget. Kisah apa dia? Janji 'Perempuan' dicintai sangat tu akan musnah. Baru hatinya puas.
HEYYO! SELAMAT HARI RAYA TERKEJUT+PANIK SEMUA HAHA.. HARI NI LAST UPDATE SEBAB ESOK DAH START KERJA.. SORRY KALAU TAK REPLY COMMENT KORANG BYE.. MAAFKAN SAYA KALAU ADA TYPO OR PAPE JE LAA OKAY
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro