Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41

Hadith menghampar tikar secara memanjang lalu diletak makanan dibeli tadi. Dia mengambil Hayren lalu duduk bersila sambil menghirup udara masih segar dipagi hari. Walaupun waktu sudah berginjak pukul 8:00 Pagi. Halah, ala-ala berkelah gitu.

"Baby nak tahu tak?" Hadith memulakan bicara.

"Hm, apa?" Ammara bertanya acuh tak acuh. Tangan masih lincah dengan menuang teh ke dalam cawan.

"Semut selalu mendekat dengan makanan manis kan? Tapi Baby selalu manis pada abang seorang" Hadith memberi pickupline.

Ammara tergelak kecil apabila Hadith membuat lawak hambar. Hadith pula menggosok belakang leher. Malulah pula apabila pickupline tidak menjadi. Manalah dia tahu. Dia hanya tahu berfoya-foya sahaja.

"Apa awak merepek ni, Hadith? Buat malu dekat Hayren jelah. Dah tak pandai buat pickupline jangan buat" Ammara masih tersisa tawa.

"Yalah. Abang mana tahu. Kan Hayren?" Hadith menunduk ke bawah lalu melihat Hayren sedang menghisap ibu kaki.

"No Hayren... Baba tak suka. Kotor..." cepat- cepat Hadith mencapai tisu lalu mengesat air liur yang terkeluar dari mulut dan ibu kaki. Tiba-tiba idea datang.

"Baby nak tahu tak?" Hadith bertanya.

"Ha hambar apa lagi ni?" giliran Ammara pula bertanya.

"Orang dulu-dulu cakap tau, kalau anak kita hisap ibu kaki, maknanya dia bakal dapat adik. Betul ke?" Hadith menahan tawa dari meletus.

Riak wajah Ammara terus berubah. Cepat-cepat dia geleng kepala tanda tidak.

"Banyaklah awak punya orang dulu-dulu cakap. Biasalah, budak-budak" Ammara menafi. Walaupun dia pernah dengar perkataan itu, tapi buat bodoh-bodoh sahaja.

"Eh betulah. Apa kata kita buat anak? Baby lahirkan adik perempuan untuk Hayren. Nak?" Hadith semakin galak mengusik Ammara.

PAP!

"ABANG! Apalah punya lawak. Tak akan Baby na-" kata-kata terhenti apabila Ammara tersedar bahawa dia sudah terlanjur bicara.

Hadith tergamam. Dia seakan hayut bila mendengar Ammara memanggil dia panggilan 'Abang'

"Apa Baby panggil tadi? Abang?" Hadith bertanya untuk kepastian.

"Tak ada apa-apalah. Awak tersalah dengar tu" Ammara masih menafikannya.

Hadith menggeleng sambil senyum. Telinga dia dengar segalanya.

"Baby... Telinga abang ni belum expiry date lagi tau. Kalau Baby nak panggil nama panggilan tu, abang okay sahaja. Abang sukalah" Hadith berkata.

Ammara ketawa kecil.

"Saya panggil awak abang sahaja okay. Saya tetap saya. Not your baby" Ammara membalas.

"Baiklah Baby... Thank you" Hadith ketawa bahagia.

Atiq sedang menyorok di belakang pohon besar itu telah munculkan diri. Macam mana dia boleh tahu keberadaan pasangan sejoli itu? Dia mengupah pengitip.

PAK!

PAK!

PAK!

"Bahagianya korang" Atiq mencelah.

Tawa Hadith terus lenyap. Dipandang tajam pada Atiq menayangkan senyuman sinis. Ammara menelan air liur dengan kesat. Bala apa pula yang datang ni?

"Kau buat apa dekat sini?" Hadith bertanya nada biasa.

"Aku datang nak jenguk bakal isteri aku dan anak tiri" sengaja Atiq memanaskan suasana hormoni itu.

Rahang Hadith mula mengeras. Dia sabarkan hati saat Ammara memegang lengannya sambil mengelengkan kepala.

"Atiq. Kau duduk, lepas tu kita bincang. Aku tak nak gaduh dengan kau" Hadith mengarah.

Atiq hiraukan arahannya. Dia memeluk tubuh. Sesekali dia pandang Ammara. Sakit hati sungguh apabila Ammara pegang lengan Hadith.

"Aku tak nak duduk" Atiq angkuh.

"Okay. Kau dah boleh move on dengan isteri aku. Kenangan kau dengan dia, adalah masa lalu. Sekarang dia milik aku. Kau ada kebahagiaan sendiri, carilah pengganti. Bukan Mara seorang dalam dunia ni" Hadith mengujar.

"Tak! Kau cakap senanglah sial! Yang rasanya aku. Aku cinta kan dia, kau faham tak? Dia tu hak milik aku!" Atiq membentak.

Disebabkan bunyi jerkahan dari Atiq, Hayren menangis kuat apabila terkejut. Hadith terus naik angin. Dukungan Hayren diberikan pada Ammara.

"Baby pujuk Hayren. Abang nak settel masalah dengan orang gila ni sekejap" Hadith berkata sambil bangun.

BUK!

BUK!

BUK!

"Bodoh! Kau jangan paksa aku bunuh kau pula!" Hadith mengamuk.

"Ya, aku tengah paksa kau! Bunuhlah kalau mampu!" Atiq mencabar.

Kini tahap kesabaran kian tipis. Hadith senyum sinis. Batu ditepi itu diambil lalu hentak pada kepala Atiq hingga mengeluarkan darah.

Ammara terkejut melihat tindakkan suaminya itu. Gila ke apa?

"Abang! Sudah!" Ammara menghalang.

"Biarkan jantan ni mampus! Tadi dia cabar sangat kan?" Hadith terus menghentak kepala Atiq berkali-kali.

"Kalau abang tak nak berhenti, saya keluar dari rumah tu dengan Hayren dan tinggalkan abang sendirian!" Ammara mengugut.

Terus Hadith berhenti daripada memukul Atiq. Dia memusing menghadap Ammara. Ditarik dan terus beredar pergi.

Atiq mengesat darah yang terkeluar. Dia tertawa kecil sambil mengerang kesakitan. Dia bangkit semula dan pergi ke arah keretanya semula.

Tanpa sedari, Suraya telah menonton segala drama tidak berbayar itu. Hatinya terasa sakit tatkala melihat keadaan sang suami lebam dan lemah hanya untuk perempuan dicintai. Dia menggengam penumbuk.

"Itu rupanya perempuan perampas? Aku janji akan balas dendam pada kau sebab suami aku sakit lebam kerana kau sundal. Atiq sayang... I akan balas demi You okay?" Suraya senyum sinis sambil memikirkan cara mahu menghancurkan Ammara.

•••

Ammara menidurkan Hayren sebaik sahaja sampai dirumah. Dia keluar dari bilik untuk mencari keberadaan Hadith. Sejak kejadian tadi, lelaki itu hanya mendiamkan diri sahaja. Tanya pun cuma balas sepatah. Mungkin merajuk?

Sudah puas Ammara mencari satu rumah namun masih tidak dijumpai. Dia membuat keputusan untuk bertanyakan pada Qaz dan Araz. Dia menghampiri mereka sedang berborak.

"Qaz Araz" Ammara memanggil.

Lantas mereka berdua berdiri seraya menunduk hormat pada isteri kepada Bos mereka.

"Ya, Puan?" mereka menjawab serentak.

"Awak berdua ada nampak Hadith tak? Saya dah cari merata tempat, tapi tak jumpa" Ammara bertanya.

"Maafkan saya, Puan. Saya rasa tadi Tuan sudah pergi" Araz memberitahu.

Ammara mengeluh lemah. Tak akan betul sangkaan dia? merajuk ke?

"Dia pergi mana?" Ammara bertanya lagi.

"Kami tak tahu Puan" Qaz pula menjawab.

"Baiklah macam itu. Saya pergi dulu ya" Ammara meminta diri dan pergi.

"Qaz, kau rasa dia orang tu dah berbaik ke?" Araz bertanya pada Qaz.

"Mungkin? Entahlah aku. Sekejap elok, sekejap tak elok. Biasalah urusan rumah tangga dia orang. Pandai-pandailah dia orang selesaikan, dah besar kan" Qaz membalas.

Araz mengangguk faham.

BERBAIK SEKEJAP JE, DAH GADUH BALIK HEHE.. BTW SAYA DOUBLE UPDATE SEBAB SAYA RASA MEMANG TAKDE UPDATE DAH LEPAS NI.. BYE SEMUA.. THANK YOU SANGAT KALAU ANDA MENUNGGU UPDATE. BTW JAGA DIRI ANDA SEMUA YA. SEKARANG COVID KEMBALI MENINGKAT. LAGIPUN SAYA SALAH SEORANG GOLONGAN POSITIF COVID JUGA HEHE.. BYE BYE❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro