Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

40

Ammara membuka mata saat merasa sesuatu yang berat menghimpitnya. Perlahan dia membuka kelopak mata lalu terbuntang luas tatkala jarak antara dia dan Hadith hanya tinggal beberapa inci sahaja lagi.

"Turunlah!" Ammara memarahi. Pagi-pagi buta macam ni pun dah buat dia naik angin.

"Kalau tak nak?" sengaja Hadith menarik tali.

BUK!

Hadith berdesis sakit sambil mengusap pinggangnya akibat jatuh menyembah lantai apabila Ammara menolaknya. Dia berdiri semula dan senyum.

"Main kasar nampak" terus dia menindih kembali ke atas Ammara.

"Apa ni? Rimaslah! Awak turunlah Hadith. Dahlah berat, lepas tu busuk!" Ammara masih menolak dada bidangnya untuk ke tepi namun dikeraskan oleh Hadith.

"Busuk ya Baby? Habis tu, ingat dia tu wangi sangat? Dahlah semalam peluk abang kuat sampai abang rasa nak lemas" Hadith mengungkit pasal semalam.

Ammara tergamam seketika. Rona pipi mula berubah merah secara perlahan. Dia memandang ke bawah. Rasa malu pun ada. Manalah dia ingat waktu tu.

Hadith perasan akan perubahan isterinya terkekek ketawa. Comel! Itu dia nampak. Ditarik hidung mancung itu dengan kuat. Ammara mengadu sakit.

PAP!

"Sakit tahu tak? Sesuka hati sahaja tarik hidung orang" Ammara menjeling maut.

Tanpa meminta izin, Hadith melabuhkan satu ciuman hangat pada kening Ammara dengan lama. Ammara terkaku disitu. Hanya kerdipkan kelopak mata sahaja.

"Maafkan abang semalam ya. Abang buat macam ni, tak nak Atiq ganggu Baby lagi. Dan maafkan abang juga atas kekasaran selama ini" Hadith mengujar.

Ammara berdehem kecil. Dia senyum tipis.

"Awak ke tepi boleh? Saya nak mandi dan masakkan untuk awak" Ammara berkata.

Hadith angguk sekilas, dan memberikan ruang pada Ammara. Hanya ekoran mata sahaja menghantar pemergian Ammara ke bilik air.

"Abang akan usaha untuk buat hati Baby lembut dan terima maaf abang" Hadith mengomel.

•••

"Eh perempuan! Lepaskan akulah! Aku rimas dengan kau dari semalam lagi tahu tak?" Atiq mendengus kasar seraya menolak Suraya ke tepi dengan kuat.

Suraya tidak mengalah. Dia bangun dan menghampiri sang suami dengan penuh perasaan marah.

PANG!

Satu tamparan diberikan pada pipi Atiq. Atiq terkaku sesaat. Dia menoleh kembali pada Suraya dengan perasaan tidak tahu.

"Kau tampar aku, betina?" Atiq bertanya.

"Yes! Betina sundal sial nilah isteri awak, Atiq Farhan! Awak sedar tak saya ni isteri bukan orang luar!" Suraya menengking lantang.

Atiq tergelak sinis. Syaitan apa sedang merasuk isterinya sekarang ini?

"Kau bergurau ke dengan aku,huh?" sebelah kening diangkat ke atas.

"Aku tak pernah anggap kau isteri aku pun, Suraya. Aku tak pernah cintakan kau. Kau dah buat fitnah pada aku. Aku benci kau sangat-sangat" ditunjal pada dahi dengan menggunakan jarinya.

"Saya mengaku, saya dah buat fitnah pada awak. Saya buat semua ini untuk awak berkahwin dengan saya. Hati saya hanya untuk awak. Saya dah lama simpan perasaan ni pada awak Atiq. Tolonglah balas cinta saya walaupun secebis" Suraya merayu seraya melutut di hadapan Atiq.

Atiq melarikan kaki ke arah lain saat Suraya cuba mencium kakinya. Rambut Suraya dicengkam kuat sehingga mendongak padanya.

"Aku tak akan balas cinta kau walaupun secebis. Cinta aku hanya untuk Ammara Dahlia, bukan Suraya Ezatty" dilepas kasar rambut Suraya dan mengorak langkah ke pintu utama.

Suraya menghentak lantai simen dengan kuat. Air mata mula mengempang laju pada tubir. Dia mengemam bibir lalu berteriak kencang.

"Aku akan cari siapa Ammara Dahlia tu. Aku akan bunuh kau Ammara Dahlia. Sebab kau, dia sanggup hina maki pada aku" Suraya mula ketawa kuat sehingga memenuhi ruang.

•••

Selesai sahaja mereka makan pagi, Ammara memandikan Hayren. Hadith pula menyediakan baju, bedak, minyak angin dan juga pampers. Dia tersenyum manis apabila Ammara keluar bersama Hayren dari bilik air.

"Anak Baba dah mandi ya? Wanginya anak Baba ni. Baba pakaikan baju okay" Hadith mengambil Hayren dari Ammara lalu diletak ke atas katil.

Ammara memerhati sahaja tingkah laku Hadith pada anak mereka. Jujur akui, dia sudah mencintai lelaki itu sejak dulu. Dia sendiri pun tidak tahu masa, bila dan waktu mana dia jatuh cinta pada Hadith. Namun dilindunginya oleh tembok yang sangat tebal dan berduri. Sampai bila pun dia tidak tahu mahu maafkan segala perbuatan Hadith.

"Okay dah siap! Kita keluar sama-sama dengan Mama. Hayren suka tak?" Hadith mencium pipi Hayren. Hayren merengek suka.

Hadith memusing ke belakang dan mendekati ke arah Ammara sedang mengelamun itu.

"Jom Baby, kita keluar" Hadith mengajak.

Diam.

"Baby?" dipetik jari beberapa kali.

Diam juga.

"Baby!" Hadith mengoyang badan Ammara.

"Apa?" Ammara menyoal dalam keadaan terpinga-pinga.

"Abang ajak Baby keluar sama-sama dengan Hayren. Nak tak?" Hadith berkata.

"Nak. Sekejap. Saya nak bersiap" Ammara membalas.

"Okay. Abang tunggu dekat bawah. Lambat, abang tinggal" Hadith tergelak kecil saat Ammara membuat muka.

•••

Harith senyum kecil pada figura berada di depannya ini. Dia menyalami tangan figura itu.

"Okay Tuan Hakim, apa plan kita seterusnya?" Harith memulakan bicara.

"Saya rasa, Atiq tetap bertindak juga dengan mengganggu rumahtangga abang kamu tu. I mean, Hadith Dazyen" Tuan Hakim membalas.

Harith sekadar mengangguk. Ya, macam mana mereka boleh bergabung? Hasil Harith meminta pertolongan. Dan disitu jugalah, Tuan Hakim tahu bahawa anaknya pernah bercinta dengan Ammara dan sekarang cuba untuk merosak rumahtangga mereka.

"Saya cadangkan, Tuan kena tengokkan Atiq juga. Saya takut dia bertindak luar jangkaan. Kalau dia apa-apakan saya atau abang saya tak kisah. Saya risau dia cuba buat sesuatu pada Mara. Sekarang mereka dalam fasa berbaik. Saya tak nak disebabkan Atiq, hubungan mereka hancur balik" Hadith berkata.

"Itu kamu jangan risau. Saya dah arahkan anak buah saya untuk pantaukan Atiq. Lagi pun, Atiq dah berkahwin semalam. Itu pun, hasil rancangan Suraya dan saya. Bukan saya sengaja buat dia macam itu, cuma saya mahukan yang terbaik untuk dia" Tuan Hakim senyum tipis. Rindu dia pada Atiq yang dahulu.

Harith mengusap bahu Tuan Hakim dan menyimpul senyuman paling manis.

"Saya faham maksud Tuan. Apa pun, kita doakan mereka semua agar bahagia dengan pasangan masing-masing" Harith menunduk memandang jam dan kembali memandang pada Tuan Hakim.

"Saya minta diri dulu ya. Ada apa-apa, kita berbincang semula" pamit Harith.

"Baiklah. Hati-hati bawa kereta" sempat Tuan Hakim berpesan.

Harith angguk sekilas dan terus beredar pergi.

JANGAN TANYA BILA NAK UPDATE YA.. SAYA TENGAH TAK SIHAT NI SO TAK TAHU BILA NAK UPDATE. THANK YOU MASIH BACA STORY NI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro