39
Ammara berjalan ke hulur ke hilir sambil mengigit ibu jari. Fikiran kini bercelaru. Apa pula nasib dia kali ini apabila tinggal kembali bersama Hadith. Makin teruk rasanya. Dia menjenguk ke arah jendela. Cuaca sudah larut malam, menandakan waktu berginjak ke tengah malam.
"Aku kena keluar dari sini. Aku tak nak tinggal dengan Hadith" Ammara bicara sendirian.
Kaki mengorak langkah ke pintu bilik. Dipulas beberapa kali namun berkunci. Dia mengeluh lemah. Kaki dihayungkan ke arah katil pula. Direbah diri ke atas tilam empuk sambil memejam mata.
Baru sahaja Ammara mahu mengelap, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Terus dia menurun dari katil dan menapak satu langkah ke belakang setiap kali Hadith menghampirinya.
"Baby... Kenapa ni,huh?" Hadith menyoal.
Ammara menarik hujung bajunya apabila belakangnya sudah merapat pada dinding. Tiada lagi ruang mahu lari. Dia alihkan mata ke arah lain bila Hadith tatap matanya dengan pandangan menggoda. Sudahlah Hadith hanya mengenakan baju T-shirt putih bersama kain pelikat.
Ammara cuba meloloskan diri ke tepi namun tidak sempat tatkala Hadith mengunci pergerakkan dengan kedua belah tangan diletak pada dinding. Dia sudah tersekat ditengah. Hadith mendekatkan lagi jarak antara mereka.
"Kenapa tak jawab soalan, abang? Abang hantu ke Baby takut sangat, huh?" Hadith menyoal dengan menggunakan nada ala-ala psycho.
"Awak nak apa sebenarnya Hadith? Lepaskan saya pergi" Ammara membalas. Walaupun gerun dengan suami sendiri namun dikuatkan sahaja.
"I want you my love. I very miss you so much. Love me back? Please..." Hadith separuh merayu seraya membelai pipi Ammara.
Ammara menepis lembut tangan Hadith. Dia menoleh ke tepi saat Hadith cuba untuk ciumnya.
"Jangan jadi gila dekat sini boleh tak?" Ammara mendatar.
"Okay, fine" lantas tangan Ammara ditarik lalu dibaringkan ke atas katil.
"Awak keluarlah!" Ammara menghalau.
"Diam Baby. Sebelum abang bagi Hayren adik baru. Sekarang pejam mata dan tidur" Hadith memberi amaran.
Terus Ammara pejamkan mata sebaik sahaja dengar amaran Hadith. Lebih baik dia pasrah daripada menempah maut. Hadith tersenyum menang. Pelukkan itu dieratkan lagi. Ubun-ubun Ammara dicium banyak kali.
•••
"Aku terima nikahnya, Suraya Ezzaty Binti Shazli dengan mas kahwin sebanyak 300 ringgit tunai"
Dengan satu lafaz, mereka berdua sah menjadi pasangan suami isteri. Dari tadi Atiq dengan riak wajah mendatar. Rasa kemarahan meledak dalam hati tatkala memandang wajah Suraya yang sudah menjadi isterinya itu.
Mereka berkahwin dipejabat agama sahaja. Tuan Hakim berbisik sesuatu ditepi telinga seolah memberi amaran. Dia menjeling sekilas pada Tuan Hakim sebelum menyambut tangan Suraya yang sudah dari tadi mahu bersalam.
Selesai sahaja sesi menyarung cincin dan bergambar, lantas dia pergi meninggalkan mereka terpinga-pinga di situ. Suraya mengejar Atiq sudah jauh meninggalkan dia itu.
"Awak!" dipegang lengan Atiq supaya berhenti.
"Apa!" Atiq merentap kasar lengannya. Dipandang tajam ke arah Suraya.
"Kita baru sahaja kahwin. Tak akan macam tu je awak nak pergi tinggalkan saya. Saya rindu awaklah Atiq" Suraya mengujar dengan nada meleret.
"Rindu kepala bapak kau! Aku tak pernah hingin pun nak kahwin dengan kau, betina. Dan kau dengar sini, aku tak pernah rogol kau pun! Licik betul cara kau ya. Aku benci kau!" hambur Atiq dengan kata-kata penuh kebencian.
Suraya mengenggam penumbuk. Berani sekali lelaki itu berkata sedemikian.
"Atiq!" Tuan Hakim menegur.
"Orang tua ni pun satu hal. Menyusahkan aku betul!" Atiq menggumam perlahan.
"Nak pergi mana?" Tuan Hakim menyoal.
"Baliklah! Buat apa lagi dekat sini? Dah kahwin kan" Atiq membalas mendatar.
Dia hiraukan pandangan keluarga Suraya dan mata-mata yang lalu lalang sedang melihat ke arahnya itu. Dia serabut! Dia mahu balik!
"Papa nak kamu bawa Suraya balik ke rumah kamu. Bukan rumah Papa. Papa tahu kamu ada beli rumah sendiri tanpa pengetahuan Papa kan?" Tuan Hakim senyum sinis tatkala riak wajah anaknya berubah.
Mana mungkin dia akan bawa perempuan lain masuk ke dalam rumah. Itu rumah dia dan Ammara akan tinggal bersama. Atiq menghampiri Papanya lalu berbisik perlahan. Hanya mereka berdua sahaja yang dengar.
"Apa masalah Papa ni, huh? Itu rumah Atiq dengan bakal isteri Atiq. Papa tak boleh nak arahkan sesiapa untuk tinggal dalam rumah tu" Atiq berbisik.
"Habis itu, Suraya bukan isteri kamu ke? Sudahlah Atiq. Move on dengan Ammara. Dia dah ada anak dan suami. Jangan nak jadi perosak rumah tangga orang" Tuan Hakim berkata.
Sekali lagi Atiq terkejut. Macam mana Papanya tahu semua tentang Ammara? Setahu dia, mereka bercinta pun tak pernah beritahu pada Papa dan Mamanya. Tuan Hakim seorang yang berbahaya. Segala tingkah lakunya diketahui.
"Papa tak ada hak untuk semua itu. Isteri atau mak orang pun, i don't care. Sekali Atiq cakap dia milik Atiq, selamanya milik Atiqlah" Atiq membentak.
Tuan Hakim sabarkan diri. Ikutkan hati, mahu sahaja dia lunyaikan anaknya. Tetapi tidak mengapa dahulu, tengok apa lagi berlaku selepas ini.
"Papa tak kisah. Papa nak kamu bawa Suraya balik rumah tu atau Papa jual rumah tu pada orang lain. Pilih cepat. Ingat, kalau Papa tahu kamu tinggalkan Suraya dekat mana-mana, tengok apa bakal berlaku pada kamu. Mata Papa sentiasa ada dimana-mana" Tuan Hakim memberi ugutan.
Atiq menggeleng tidak percaya. Betapa hebatnya ugutan seorang ayah macam Tuan Hakim. Dia menuju ke arah kereta dan meloloskan diri ke dalam.
"Suraya, kamu pergi ikut Atiq" Tuan Hakim berkata.
PON!
PON!
PON!
Atiq menekan hon kereta banyak kali. Sesekali dia mendengus geram. Suraya terkedek-kedek berlari menghampirinya.
SAYA AKAN UPDATE SAMPAI SINI SAJA. BILA NAK UPDATE LAGI, SAYA TAK SURE. NOW I VERY SO BUSY. SEBARANG KOMEN, SAYA TAK DAPAT REPLY. MAAF YA. THANK YOU DAH SUPPORT STORY NI❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro