38
Atiq mendengus geram tatkala mengingati kejadian tadi. Habis lebam rahang dan bahagian lain disebabkan terkena pukulan dari Hadith. Dia tertawa kecil saat teringat wajah Hadith. Tak handsome mana pun, berlagak nak mampus jadi hero! Kutuk Atiq dalam hati. Pintu utama ditolak kasar sebelum meloloskan diri ke dalam.
PANG!
Dia berdecit geram apabila tamparan padu dari Tuan Hakim hinggap di pipinya. Sudahlah sakit disebabkan oleh Hadith tadi, ditambah pula Papanya lagi. Tajam sahaja renungan Atiq pada Tuan Hakim. Sesekali dia memandang ke arah Suraya berada ditepi Puan Hani dengan seribu perasaan marah. Mesti gadis itu ada beritahu apa-apa.
"Ken-"
"Kamu dah buat apa pada Suraya, hah! Kamu gila ke apa?" Tuan Hakim memotong percakapan Atiq.
"Apa Atiq dah buat pada perempuan tu?" Atiq menyoal.
PANG!
Sekali Atiq ditampar oleh Tuan Hakim. Dia menolak lidah ke tepi dan mengusap darah keluar dihujung bibirnya. Dia memandang dingin pada Papanya.
"Kamu dah rogol dia pun, tak ingat dah? Padu betul hilang ingatan kamu ya, anak?" Tuan Hakim menyindir.
Atiq mengerut dahi. Dia memandang Suraya semakin galak menitiskan air mata itu. Bila masa pula dia merogol?
"Papa! Bila masa pula Atiq nak rogol perempuan tu? Tengok pun tak ada selera, apa lagi nak rogol" Atiq menunding jari ke arah Suraya.
"Kamu tak perlu nak tipu Papa dan Mama. Semuanya dah ada bukti. Papa kecewa bila ada anak perangai syaitan macam kamu ni! Papa tak kira, malam nanti kamu mesti kena kahwin dengan Suraya! Muktamad!" Tuan Hakim membuat keputusan.
"Pa! Apa semua ni? Atiq tak buat apa pun pada dialah! Atiq dah ada pilihan sendiri! Kalau Papa nak Atiq kahwin dengan dia, memang tak akan kahwin! Apa kata Papa sahaja yang kahwin dengan dia!" Atiq membantah.
"Atiq Farhan!" Puan Hani berdiri dan menghampirinya.
"Mama tak pernah ajar kamu buat sesuatu yang bodoh. Dan juga tak pernah ajar tinggikan suara pada orang tua kamu. Mahu atau tak, tetap juga kena kahwin sebelum Suraya mengandungkan anak kamu" Puan Hani bersuara tegas.
Atiq tergelak kuat sehingga memenuhi ruang bersama tepukan. Dia senyum sinis.
"Sampai mati pun, Atiq tak akan kahwin dengan perempuan sial tu" terus Atiq melintasi di depan Mama dan Papanya. Langkah terhenti saat Tuan Hakim bersuara.
"Kalau kamu tak nak kahwin dengan Suraya, segala kemewahan yang pernah Papa bagi, Papa akan tarik. Termasuk jawatan ceo, kad kreadit dan kereta. Kamu keluar dari rumah ni dan merempat dekat bawah jambatan" Tuan Hakim memberi ugutan.
Atiq mengetap gigi. Cerlungan tajam diberikan pada Suraya. Sungguh licik permainan gadis itu.
"FINE!" dengan laju Atiq mendaki anak tangga. Pelbagai perasaan bercampur aduk. Mana mungkin dia akan hidup tanpa kemewahan.
Suraya menguntumkan senyuman sinis dalam diam. Akhirnya... Rancangan memiliki Atiq Farhan tercapai. Dia sudah memasang angan-angan hidup bahagia bersama lelaki itu.
'Sayang... Akhirnya berjaya juga rancangan aku. Tunggu I malam ni nanti okay. I janji akan jadi isteri paling terbaik buat You' Suraya menggumam dalam hati.
•••
Hadith berdecit geram tatkala Ammara sungguh degil mahu keluar. Mahu atau tidak, dia terpaksa sakiti gadis itu. Dicengkam kuat pada pengelangan tangan Ammara lalu menarik keluar daripada kereta. Ammara berdesis sakit.
"Lepaskan saya, Hadith! Saya nak balik!" Ammara berteriak kencang.
"Diam!" Hadith bersuara tegas.
"Qaz Araz! Buka pintu cepat!" Hadith mengarah. Ya, dia pulang ke rumah dia bukan rumah Tuan Rahman.
Araz dan Qaz mengangguk sekilas dan terus membuka pintu utama. Hadith mengheret kasar Ammara untuk masuk. Ammara mengigit kuat pada lengan Hadith sehingga pegangan terlepas. Terus dia melarikan diri ke pintu pagar.
"AMMARA DAHLIA!" Hadith mengejar langkah Ammara.
Belum sempat kaki mahu memijak luar pagar, rambutnya ditarik kuat oleh Hadith. Ammara menumbuk dada bidang Hadith berkali-kali mahu lepaskan diri, namun tiada apa-apa membuat dia boleh lepaskan diri.
"Boleh tak jangan buat aku sakitkan kau, Mara! Ikut sahajalah cakap aku!" Hadith mengangkat tubuh kecil Ammara lalu diletak ke atas bahu dengan menuju ke rumahnya kembali.
"Hantar saya baliklah, Hadith! Saya benci awak sangat-sangat!" dipukul belakang Hadith dengan kuat.
Hadith pejamkan mata beberapa saat bila kata-kata Ammara menusuk ke dalam hati. Dia kemaskan lagi pegangan itu tanpa menghiraukan rontaan Ammara.
BUK!
Ammara berdesis sakit sambil menggosok pinggang akibat terkena bucu katil. Dia mengesot ke belakang sambil menggelengkan kepala. Hadith menghampirinya lalu memeluk.
"Maafkan abang ya, Baby. Abang terpaksa buat macam ni untuk keselamatan Baby. Abang tak nak Atiq ganggu Baby. Baby milik abang seorang sahaja" Hadith mengujar.
Ammara diam tidak berkutik. Hanya mengigil perlahan. Dia trauma kekasaran Hadith.
"Baby?" Hadith memanggil. Dia perasan akan perubahan Ammara.
"Ken-"
"Tolong keluar... Saya merayu..." Ammara merayu seraya menolak Hadith ke tepi.
Hadith mengangguk perlahan. Faham kehendak Ammara. Terasa berat sahaja langkah Hadith. Dia menghembuskan nafas.
Hadith memasang wajah riak beku. Dia berdehem kecil bagi menyedari kehadirannya.
"Aku nak korang berdua jaga betul-betul rumah ni. Jangan bagi isteri aku lari. Faham?" Hadith mengarah tegas.
"Kami jaga betul-betul Tuan. Mana ada main-main" Araz membalas.
PAK!
Qaz mencerlung tajam pada Araz seolah memberi amaran. Araz memandang kembali pada Hadith yang sudah melihat dirinya dari atas hingga bawah.
"Saya minta maaf, Tuan. Baiklah. Kami akan jaga rumah ni betul-betul" Araz memohon maaf.
Hadith melintasi mereka berdua tanpa berkata apa-apa. Briefcase tersangkut dikolar leher, diambil lalu memakai sebelum kereta keluar dari kawasan rumahnya.
Araz dan Qaz saling berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu ke atas, tanda tidak faham keadaan sekarang.
"Kau ni pun sorang. Cari pasal betul" Qaz memarahi Araz. Araz menggosok belakang lehernya dan tergelak hambar.
•••
Hadith mengambil pakaian Hayren sebelum dimasukkan ke dalam bag dan beberapa lagi barangan keperluan anaknya. Dia mengunci pintu lalu menurun laju. Dia menghampiri keluarganya sedang bersembang di ruang tamu.
"Mummy. Hadith nak bawa Hayren balik rumah Hadith" Hadith berkata.
"Kenapa tiba-tiba?" Puan Halma bertanya.
Hadith senyum tipis.
"Mara ada sekali dekat sana. Mummy dengan Daddy tak perlu risau okay" Hadith membalas.
Mereka mengerutkan dahi. Dengan keadaan Hadith lebam di rahang itu membuat mereka curiga.
"Mac-"
"Mummy. Biarlah abang urus rumahtangga dia tu. Kau ikut aku sekejap. Ada perkara penting nak bincang" Harith memotong kata Puan Halma.
Puan Halma mengangguk sekilas sebelum Hayren diberikan pada Hadith. Dia membuntuti Harith sudah keluar itu.
Hayren diletak ke dalam kereta. Hadith menutup pintu sebelum mendekati adik bongsunya, Harith.
"Apa kau nak bincang? Cepat sedikit. Aku ada perkara lain nak lakukan" Hadith menyoal.
"Kau bergaduh dengan Atiq?" Harith meneka.
"Kalau ya pun kenapa? Aku tak akan biarkan dia buat macam tu pada isteri aku" Hadith membalas.
Harith memegang bahunya agak kuat. Ternaik sebelah kening ke atas.
"Aku sokong apa kau tengah buat ni. Walaupun aku tahu semuanya, tapi kali ini aku tak akan halang. Satu sahaja aku nak pesan, tolong jangan sakitkan Mara. Aku sayang kau, dan aku sayang juga pada Mara" Harith berkata terselit pesanan.
Hadith menepuk pada bahu Harith beberapa kali dan senyum.
"Kau adik paling terbaik dalam dunia ni. Aku janji tak akan sakitkan dia. Aku cuma nak kami jadi sebuah keluarga bahagia" Hadith melihat jam dipergelangan tangan sekilas sebelum memandang pada Harith semula.
"Aku kena gerak sekarang. Nanti ada masa, bawalah Mummy Daddy sekali datang rumah aku" Hadith berkata.
"Baiklah. Hati-hati dan gudluck. Aku sentiasa berdoa untuk kau" Harith menjawab.
Hadith membuka pintu kereta lalu meloloskan diri ke dalam perut kereta. Harith mengangkat sebelah tangan ke atas tatkala abangnya meng'hon'kan.
"Semoga baik-baik sahaja buat kau dan Mara" Harith mengujar dan memusing ke belakang untuk masuk ke dalam rumah kembali.
HAPPY NEW YEAR SEMUA!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro