37
Hadith dari tadi tidak habis menunjukkan riak cemburu. Kemesraan antara Ammara dan Harith membuat hatinya berlegak marah. Namun disabarkan sahaja. Dia berdehem kecil bagi menyedari bahawa dia ada di situ.
"Kau tak ada tangan ke nak makan sendiri? Perlu ke isteri aku tolong suapkan?" Hadith menyoal.
Ammara kerdipkan kelopak matanya sekilas pada Harith. Harith senyum sinis, faham maksud kawannya itu.
"Tak apalah. Saya tolong suapkan Harith. Dulu, kami selalu makan bersuapan tau. Kan, sayang?" Ammara senyum manis lalu mendekatkan sudu berisi nasi pada Harith.
"Betul Biy... Sampai orang lain anggap kita pasangan" Harith menyambung. Dia membuka mulut dan menguyah perlahan.
Semakin kuat cemburu Hadith. Dia mendekati ke arah Ammara. Dipegang lengan supaya menghadapnya.
"Apa Baby cakap tadi? Sayang? Habis tu, abang ni siapa?" Hadith menyoal lagi.
"Salah ke saya panggil Harith, sayang? Tak perlu cemburu sangatlah. Nah Harith, kau makan sendirilah. Ada orang cemburu" Ammara membalas. Dia angkat punggung dan mencapai handbag.
"Mummy, Daddy. Mara pulang dulu ya. Nanti Mara datang lagi" Ammara meminta diri.
"Sekejap!" Hadith menghalang.
"Lepaskan saya, Hadith" Ammara menepis tangan Hadith.
"Baby tidur sini hari ni. Abang tak sedap hatilah. Baby dengar cakap abang okay" Hadith berkata.
Ammara menggeleng perlahan.
"Saya betul-betul ada banyak kerja. Awak tak perlu risau sangatlah. Saya bukan sesiapa pun dalam hati awak" terus Ammara beredar pergi.
Hadith terkedu. Dia hiraukan kata Ammara sebentar tadi. Apa yang difikirnya adalah, hati tidak sedap membiarkan isterinya pulang ke rumah.
Harith perasan akan perubahan abangnya itu, mencuit lengan. Hadith memusing ke belakang dan menunggu kata Harith.
"Kau kenapa bang? Ada masalah ke?" Harith bertanya.
"Aku tak sedap hati ni. Aku rasa sesuatu bakal nak terjadi" Hadith membalas.
"Habis tu, kau ikutlah Mara ke rumah dia. Mana tahu sangkaan hati kau tu betul" Harith memberi cadangan.
"Betul kata Harith tu, Hadith. Lebih baik kamu ikut Mara balik" Tuan Rahman mencelah. Puan Halma mengangguk setuju.
"Mummy tolong jaga Hayren sebentar ya" Hadith berkata.
"Hadith jangan risau. Mummy jaga Hayren" Puan Halma membalas.
Hadith menyalami tangan orang tuanya dan mencapai kunci kereta sebelum keluar.
•••
Ammara membuka kasut lalu diletak ke atas rak. Baru sahaja tangan mahu memulas tombol, namun terbatas apabila bunyi hon dari seseorang. Lantas dia berpaling ke belakang dan mengerutkan dahi.
Atiq melambai ke arahnya bersama senyuman. Dia mengorak langkah menghampiri pagar.
"Awak nak apa datang sini, Atiq? Dan macam mana awak boleh tahu alamat rumah saya?" Ammara menyoal.
"Salah ke saya nak datang jenguk girlfriend saya yang comel ni, huh? Tak penting pun, macam mana saya tahu alamat awak" Atiq membalas.
Hadith berhentikan kereta di bawah pohon rendang tidak jauh dari rumah Ammara. Matanya fokus memandang mereka sedang berborak. Walaupun hati cemburu namun ditahankan sahaja.
"Awak dah tahu kan saya siapa? Tolong jangan ganggu saya" Ammara berkata.
Atiq menarik senyuman sinis.
"Tahu sangat sayang. Sayang kan bakal isteri saya" dikerdipkan kelopak mata beberapa kali.
Tajam Ammara memandang ke arah Atiq. Geram dengan sikap Atiq tidak faham bahasa. Apa masalah dia?
"Awak gila ke? Saya isteri dan Mak orang. Tolong hormat sedikit. Sekarang awak pergi balik" Ammara halau dengan menunding jari.
Terus berubah riak Atiq. Rahang mengeras. Lantas pintu pagar tidak berkunci itu, direpuh masuk lalu menuju ke arah Ammara. Lengan Ammara dicengkam kuat.
"Lepaslah Atiq! Sakit tahu tak?" Ammara cuba merungkai cengkaman tersebut tetapi tidak berjaya.
"Hati aku yang sakit siapa nak tanggung? Aku cinta kau Mara. Kenapa kau dah kahwin tanpa menunggu aku, hah!" Atiq menjerkah.
"Kalau betul awak cinta kan saya, kenapa curang? Saya dah ada kebahagiaan sendirilah!" Ammara menengking balik.
PANG!
Terteleng kepala Ammara ke tepi saat tamparan hinggap ke pipinya. Rasa berdenyut-denyut.
"Sial! Berani kau tampar isteri aku ya. Tunggu!" Hadith menggengam penumbuk. Dia keluar dari perut kereta dan berlari menghampiri mereka.
"LEPASLAH ATIQ FARHAN! TOLONG!" Atiq menarik kuat lengannya mendekati pintu rumah.
"Rasakan! Kau memang tak guna! Aku tak akan biarkan kau bahagia tanpa akulah!" Atiq hiraukan rotaan Ammara.
BUK!
Tubuh Atiq jatuh menyembah tanah. Hadith terus membelasah tanpa henti. Ammara terkejut dengan kehadiran Hadith. Dia cuba untuk melerai pergaduhan itu, namun dirinya pula ditepis ke tepi.
"KAU DAH TAMPAR ISTERI AKU!"
BUK!
"KAU INGAT KAU SIAPA NAK HALANG AKU, HAH! DIA MILIK AKU!" Atiq membalas bicara Hadith.
Atiq genggam tanah lalu campak ke arah mata Hadith. Hadith jatuh ke tepi sambil menggosok mata yang pedih.
BUK!
"KAU YANG DAH RAMPAS DIA DARI AKU BODOH! KAU TAK LAYAK UNTUK DIA!"
Giliran Atiq pula membelasah Hadith.
"Atiq! Hadith! Sudah!" Ammara menghalang.
Mereka berdua hiraukan dan terus membalas tumbukan. Ammara mengeluarkan telefon.
"Kalau tak nak berhenti, saya call polis. Biar awak berdua masuk penjara!" Ammara memberi ugutan.
Atiq menendang kuat belakang Hadith sebelum menghampiri Ammara.
"Kau jangan ingat, aku boleh lepaskan kau kepada lelaki ni. Sekali aku cakap kau milik aku, tetap milik aku selamanya" Atiq mengujar dan beredar pergi.
Ammara menolong Hadith terbaring lemah di atas tanah. Dia membawa Hadith masuk ke dalam rumah lalu diletak ke atas sofa.
"Duduk sini sekejap. Saya ambilkan ubat" Ammara berkata.
Hadith mengangguk sekilas sambil menggosok perlahan pada rahang yang sudah bengkak dan lebam itu.
Beberapa minit telah berlalu, Ammara datang sambil membawa ubat. Dia duduk di hadapan Hadith. Mata mereka bertembung, cepat-cepat dia mengalihkan mata ke arah lain. Hadith senyum tipis.
"Perlahan sikit. Sakit..." Hadith meringis kesakitan.
"Sabarlah. Pukul orang ingat tak sakit? Lebih daripada ni sakit" sempat Ammara memerli.
Jeda.
Selesai sahaja Ammara ubatkan, dia memberikan gelas minuman pada Hadith. Hadith menyambut dan minum dengan rakus.
"Rasanya awak dah boleh balik kot. Terima kasih tolong saya tadi" Ammara memulakan bicara.
"Baby... Sampai bila kita nak jadi macam ni? Kita baiki hubungan ini okay" Hadith cuba memujuk.
Ammara tergelak kecil dan menggelengkan kepalanya.
"Sampai bila kita nak jadi macam ni?" Ammara mengulangi balik kata Hadith.
Hadith diam. Menunggu apa ingin diperkatakan oleh gadis itu.
"Sampai awak ceraikan saya, Hadith Dazyen" Ammara berkata.
Kini Hadith pula geleng kepala tanda tidak setuju. Dia mencapai tangan Ammara dan cium perlahan.
"Abang tak akan ceraikan. Tolong maafkan abang. Abang tahu, banyak salah abang sampai Baby tak boleh nak maafkan dah. Beritahu apa abang boleh buat untuk kemaafan Baby, selain cerai?" Hadith mengujar.
"Saya tak nak apa-apa. Saya cuma nak awak ceraikan saya. Saya tak nak ada kaitan apa pun dengan awak Hadith. Tolonglah faham perasaan saya juga. Awak dah mungkiri janji kita tahu tak? Saya dah lahirkan anak awak? Apa lagi tak cukup!" Ammara berubah emosi. Air mata jatuh setitis demi setitis membasahi pipi.
Lantas Hadith masukkan Ammara dalam dakapan. Dia juga mengalirkan air mata. Sungguh menyesal atas perbuatan dulu. Kini nasi sudah jadi bubur. Semuanya berlaku atas kebodohan sendiri.
"Maafkan abang ya, Baby. Abang betul-betul menyesal! Abang merayu, tolong balik semula ke rumah. Kita jaga Hayren sama-sama" Hadith memujuk seraya mengusap kepala Ammara.
"Tak! Awak boleh balik sekarang! Saya tak nak ikut awak baliklah! Awak nak menyesal pun tak ada guna lagi! Semuanya dah jadi!" Ammara berteriak bagaikan terkena histeria.
Hadith mengeluh lemah. Dia tidak akan pulang sendirian tanpa isteri. Dia takut perkara tadi berulang kembali. Mahu atau tidak, dia terpaksa guna cara kasar demi keselamatan Ammara.
"Maafkan abang. Abang buat semua ini untuk keselamatan Baby" Hadith berkata. Dia berdiri lalu mencempung Ammara dan keluar dari rumah.
"LEPASKAN SAYA HADITH! SAYA TAK NAK IKUT AWAKLAH! LEPAS!" Ammara meronta-ronta minta diturunkan.
Hadith pekakkan telinga sahaja. Dia melihat ke kiri ke kanan sebelum melintasi jalan raya.
SAYA RASA SEMAKIN HAMBAR PULAK CERITA NI. KORANG RASA?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro