Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

36

Hari ini, sudah seminggu Harith menggantikan tempat Hadith di Syarikatnya. Katanya, mahu mengambil cuti lebih lama untuk tenangkan hati dan jiwa. Nasib baik dia mengambil bidang sehaluan dengan abangnya juga. Kalau tidak, pening kepala mahu handle.

"Okay, seperti awak semua tahu saya akan menggantikan tempat Tuan Hadith. Berapa lama tu, saya tak pasti. Tunggu info dari Tuan Hadith. Segala kerja Tuan Hadith bagi, tolong selesaikan. Nanti saya tanya Tuan Hadith apa projek baru" Harith memandang semua pekerja di situ dan memberikan senyuman.

"Baiklah, Tuan Harith" mereka semua serentak mengangguk perlahan dan membalas senyuman Harith.

"Okay. Semua boleh bersurai" Harith berkata.

Seusai sahaja semua beredar pergi, dia menghembuskan nafas lemah. Penatnya menguruskan Syarikat abangnya.

"Sampai bila aku ganti Hadith ni? Dahlah aku tak minat Syarikat apa semua ni" Harith menggumam perlahan.

TOK!

TOK!

TOK!

Dia berpaling ke arah pintu apabila diketuk oleh seseorang. Mimi masuk ke dalam tatkala Harith memberi keizinan.

"Maaf menganggu. Ada seseorang nak berjumpa dengan Tuan Harith" Mimi memberitahu.

Harith mengerut dahi lalu pandang ke arah Mimi semula. Dia berdiri dan menghampiri.

"Siapa? Ada klien buat temu janji ke?" Harith bertanya.

"Saya tak kenal. Dia ada dalam bilik Tuan" Mimi menjawab.

"Okay. Awak boleh pergi" Harith berkata. Dia berjalan mendekati bilik pejabatnya dan menolak pintu lalu meloloskan diri ke dalam.

"Kau buat apa dekat sini, Atiq?" Harith menyoal. Bagaimana pula lelaki itu boleh mengetahui dia di sini?

Atiq senyum sinis dan menghampiri Harith dengan kedua belah tangan dimasuk ke dalam poket seluar.

"Salah ke aku datang melawat kawan sendiri?" bahu Harith dipegang kuat. Tajam sahaja renungannya.

Harith tergelak kecil. Ditepis lembut tangan Atiq lalu duduk ke atas sofa. Dia menyilangkan kaki.

"Aku kawan kau? Bila masa? Sekarang, kau nak apa sampai jumpa aku dekat sini?" Harith mula serius.

"Pasal Ammara" Atiq senyum sinis tatkala riak wajah Harith jelas kelihatan terkejut.

"Kenapa dengan Mara?" Harith buat-buat tanya.

Atiq mendekati Harith lalu mencengkam kolar leher dengan kuat. Rahang bergerak-gerak menahan amarah.

"Kau jangan jadi bodohlah Harith! Kau jangan ingat, aku tak tahu apa-apa. Dia tu, kakak ipar kau kan?" Atiq memberikan satu tumbukan padu pada rahang Harith.

Harith berdesis sakit sambil mengenggam penumbuk. Dia berdiri semula dan ingin membalas, namun kekuatan Atiq melangkau segalanya. Dia kembali tersungkur menghadap lantai.

"ERGH! SAKIT! LEPASKAN AKU, SIAL!" Harith menepuk pada betis Atiq sedang pijak pipinya dengan kuat.

"Jawab soalan aku, Harith. Dia kakak ipar kau kan!" Atiq mendesak.

"BETUL! LEPAS!" Harith menghembuskan nafas lega tatkala Atiq melepaskan pijakkan tersebut. Kini, rambutnya pula ditarik sehingga mendongak memandangnya.

"Kau memang jahanam! Dia tu milik akulah! Kau sial!" kepala Harith dihentak pada lantai. Dahi mengeluarkan darah.

"Kau tak boleh nak tentukan siapa Mara pilih. Kau dah curang dengan dia! Buat apa lagi dia nak dekat kau. Abang aku mampu bahagiakan dialah!" walaupun dalam keadaan lemah, Harith tetap membalas bicara Atiq.

"AKU TAK AKAN BIARKAN! SAMPAI MATI PUN AKU TETAP DAPAT DIA!" Atiq bengang. Dia menyepak perut Harith beberapa kali sebelum beredar pergi.

"Jangan nak bermimpilah, Atiq Farhan. Kau tak akan dapat dia..." Harith pejamkan mata sesaat untuk menahan rasa sakit.

•••

Ammara berdiri di hadapan pintu rumah milik Tuan Rahman. Satu keluhan dilepaskan. Bukan kehendak dia untuk datang ke sini, tapi syarat diletak dalam kertas, dia harus datang ke sini setiap hari untuk menyusu anaknya sehingga Hayren berusia 12 bulan. Jikalau dia melanggar syarat itu, Hadith akan berbuat luar jangkaannya.

TOK!

"Assalamualaikum" Ammara memberi salam dengan mengetuk pintu beberapa kali.

KLAK!

Puan Halma membuka pintu lalu senyum pada Ammara. Dia menyalami tangan Puan Halma dan peluk. Dia senyum tipis. Janggal pula rasanya.

"Mara datang nak jenguk Hayren ya?" Puan Halma bertanya.

"Betul Mummy" Ammara membalas ringkas.

"Masuklah. Mara naik tingkat atas ya. Hayren ada dalam bilik Hadith" Puan Halma berkata.

Ammara mendiamkan diri sebentar. Dia ragu-ragu memandang tingkat atas. Tak akan mahu bersua muka dengan Hadith. Puan Halma senyum tatkala melihat perubahan menantunya itu.

"Mara pergi sahaja. Kamu berdua masih lagi berstatus suami isteri kan?" Puan Halma berkata lagi.

Ammara mengangguk sekilas. Lambat-lambat kaki mahu memijak anak tangga.

Usai sampai di depan pintu bilik Hadith, Ammara mengemam bibir. Mahu mengetuk atau tak? Dia membuat keputusan untuk mengetuk terlebih dahulu.

TOK!

TOK!

TOK!

"Masuk!" bunyi arahan dari Hadith membuat Ammara kecut perut. Pintu bilik ditolak perlahan lalu meloloskan diri ke dalam.

Hadith sedang mendukung Hayren itu hanya memaparkan riak kosong. Ammara menghampiri mereka berdua.

"Saya nak menyusu Hayren. Awak keluar sekejap" Ammara memulakan bicara.

Diam.

Hadith menatap wajah cantik bersih milik Ammara.

"Cepatlah. Saya ada banyak kerja ni" Ammara berkata. Bukan apa, dia tidak mahu berlamaan di situ.

"Kerja apa banyak sangat tu?" Hadith menyoal. Sebelah kening diangkat ke atas.

Ammara memandang tajam ke arah Hadith. Geram pula dengan perangai Hadith yang selalu membuang masa orang lain.

"Bukan urusan awaklah Hadith. Saya datang sini pun cukup baik dah. Sekarang bagilah Hayren cepat!" Ammara membalas.

Hayren diberikan pada Ammara. Hadith berdiri, membiarkan isterinya duduk di situ. Dia membuat gaya peluk tubuh.

"Awak buat apa lagi dekat sini? Keluarlah" Ammara menghalau.

Hadith tertawa kecil.

"Salah ke abang nak teman Baby dengan Hayren?" Hadith mengujar.

"Apa masalah awak ni, Hadith? Saya cakap keluar, keluarlah!" kali ini suara Ammara agak kuat.

Hadith mengangkat kedua tangan ke atas, tanda menyerah. Dia memusing ke belakang dan beredar pergi.

Ammara mendegus geram. Wajah Hayren ditelus lembut. Bibir menguntum senyuman manis.

"Maafkan Mama ya sayang. Mama rindu sangat pada Hayren" dicium lama pada dahi Hayren.

•••

Selepas tidurkan Hayren, terus Ammara mencapai handbag dan keluar dari bilik Hadith. Dia menuruni anak tangga dengan laju. Diakhir anak tangga, disapa oleh Tuan Rahman.

"Kamu dah nak balik ke, Mara?" Tuan Rahman bertanya.

"Mara dah nak balik ni, Daddy. Daddy apa khabar? Sihat?" sempat Ammara bertanya khabar.

"Sihat sahaja. Nantilah dulu. Makan sekali dengan kami semua. Mummy dah masak tu" Tuan Rahman berkata.

Ammara senyum.

"Tak apa, Daddy. Lain kali sahaja. Mara betul-betul kena pergi ni. Ada kerja sikit nak buat" Ammara membalas.

"Baiklah macam tu. Hati-hati" Tuan Rahman berpesan.

Ammara menyalami tangan Tuan Rahman dan menuju ke pintu utama. Belum sempat mahu memulas tombol, pintu sudah dibuka dari luar. Harith memegang rahangnya yang sudah lebam itu sambil berdesis sakit. Terbuntang mata Ammara melihat keadaan Harith macam itu.

"Kau dah kenapa ni, Harith? Kau bergaduh dengan siapa,hah? Okay tak ni?" Ammara menyoal panik.

"Tak ada apa-apalah. Sikit saja ni" Harith membalas.

"Baru lepas kena pukul dengan orang ke?" Hadith datang mencelah.

Ammara mengerut dahi lalu memandang ke arah Hadith sedang senyum sinis itu. Dia pandang ke arah Harith semula.

"Betul ke apa Hadith cakap tu, Harith? Siapa pukul kau?" Ammara menyoal lagi.

Harith jeling sekilas pada abangnya dan mengangguk perlahan.

"Atiq. Dia dah tahu pasal kau" Harith memberitahu.

"Apa masalah dia? Aku yang beritahu. Dia jumpa aku, dan paksa aku kahwin dengan dia" Ammara berkata.

"Kenapa Baby tak beritahu pada abang pasal ni? Bila dia ganggu Baby?" giliran Hadith pula bertanya.

"Buat apa awak tanya? Nak bunuh dia pula?" Ammara perli.

"Ya, abang akan bunuh siapa berani rampas Baby dari abang" Hadith membalas.

Ammara menjeling sekilas dan menarik lengan Harith supaya mengikutinya ke arah sofa.

"Kau duduk sini. Aku ambil ubat" Ammara berkata.

Hadith menggengam penumbuk. Rasa cemburu membuak-buak dalam diri. Lebih menyakiti lagi hatinya adalah senyuman mengejek dari adik bongsunya, Harith.

SIAPA NAK DORANG BERBAIK? KE NAK DORANG MACAM NI AJE? HAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro