Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35

Kereta diberhentikan pada bahu jalan. Atiq keluar dari perut kereta lalu menuju ke bahagian penumpang. Dia menarik kasar lengan Suraya supaya keluar. Ditolak kuat hingga jatuh ke atas tanah. Dia tersenyum sinis. Beberapa kenderaan yang lalu lalang di situ sambil menoleh ke arah mereka dihiraukan.

"Awak buat apa ni, Atiq? Sakit tahu tak?" Suraya menyoal. Dia bangkit semula dan memandang Atiq.

"Perempuan macam kau ni memang tak tahu malu ke apa? Aku tak suka kau. Tapi kenapa kau masih tak faham? Buat-buat tak faham ke, hah!" Atiq mengherdik.

"Salah ke saya mencintai awak, Atiq Farhan? Salah ke?" Suraya meraju pertanyaan, seraya memeluk Atiq.

BUK!

Tubuh Suraya kembali jatuh menyembah tanah. Atiq menggosok baju dengan riak jijik. Siapa perempuan itu mahu memeluknya sesuka hati?

"Kau dengar sini perempuan. Walaupun Mama dan Papa aku suka kau, tapi bukan aku. Aku jijik dengan kau. Aku tak suka kau. Salah mencintai aku? Yes! Memang salah dan aku haramkan untuk kau mencintai aku. Suraya Ezzaty langsung tak layak untuk aku" terus Atiq masuk kembali ke dalam kereta lalu meninggalkan Suraya keseorangan di situ.

Suraya menggengam rumput dengan kuat sambil merenung tajam ke arah kereta Atiq sudah menjauh itu.

"Kau akan menyesal... Aku tak kira, suka atau tak kau tetap akan jadi milik aku. Suami aku yang sah! You're mine forever  Atiq Farhan..." bibir melakar senyuman sinis. Dia tergelak halus lalu kembali berdiri.

•••

Semua berkumpul di situ kecuali Haneesa. Kerana terlalu sibuk dengan keluarga sendiri. Hadith dari tadi tidak berhenti menitiskan air mata dengan laju. Dia sudah tidak kisah apabila keluarganya melihat air mata jantannya itu. Yang paling penting sekarang adalah, hubungan mereka.

Ammara mengalihkan pandangan ke arah lain. Walaupun tidak sanggup untuk menatap wajah Hadith, tetap juga dengan ego. Dia tidak mahu melembut hati lagi. Sudah cukup selama ini dia diseksa begitu teruk oleh suaminya sendiri.

Harith menunduk ke bawah. Dia berasa bersalah terhadap mereka berdua. Dulu mungkin ya dia suka mereka bakal berpisah, namun sekarang? Dia pasrah apa sahaja berlaku.

"Baby..." Hadith cuba meraih tangan Ammara, namun ditepis kasar.

"Awak nak apa lagi, Hadith?" Ammara menyoal.

"Kita berbaik semula ya. Abang janji tak akan sakiti Baby lagi. Tolong berikan abang peluang terakhir. Baby tak sayang Hayren ke? Dia anak kita" Hadith separuh merayu.

"Tipu! Awak tipu! Semua awak cakap tu tak betul pun kan? Awak nak seksa saya lagi selepas ni? Mengakulah! Saya dah penatlah semua ini!" Ammara mengherdik.

Laju Hadith menggeleng kepala menafikan. Dia menggengam kedua belah tangan Ammara bersama tangisan.

"Tolong percayakan abang. Abang mengaku semua ini salah abang. Abang bodoh, sial, tak guna sebab buat Baby macam tu. Hukumlah abang andai buat hati Baby puas. Abang sanggup terima" Hadith terus merayu dan merayu lagi. Mengharapkan simpati.

Tuan Rahman dan Puan Halma hanya mendiamkan diri sahaja. Masing-masing berdoa agar hubungan mereka baik semula. Harith pandang Ammara dengan mengangguk supaya berikan abangnya peluang untuk buktikan.

"Cukup untuk buat saya terseksa. Lepaskan saya. Saya dah lahirkan anak awak. Itu antara perjanjian kita kan?" Ammara tetap keraskan hati.

"Baby... Please don't leave me and our son. Abang minta maaf. Abang merayu Baby. Lupakan perjanjian tu" Hadith menggeleng laju.

"Perjanjian tetap perjanjian. Itu keputusan muktamad saya!" lantas Ammara berdiri dan berjalan mendekati pintu utama.

"Ammara Dahlia, aku tak akan ceraikan kau. Tapi aku biarkan kau nak pergi mana pun. Tolong ikut syarat dalam kertas aku beri semalam" Hadith berdiri tegak lalu mendaki anak tangga dengan laju.

Ammara genggam penumbuk. Beg berisi pakaian diangkat lalu pergi. Dia menitiskan air mata apabila Hadith mungkiri perjanjian itu. Dia hanya mahukan lelaki itu ceraikan dia!

Harith menghembuskan nafas lemah. Matanya melihat Ammara sudah menjauh itu. Bibir dikemam seketika. Bagaimana lagi mahu menyelamati hubungan mereka. Tetapi dia bersyukur kerana Hadith biarkan Ammara pergi ke mana sahaja, daripada bercerai. Moga masih ada harapan buat mereka.

•••

Kereta milik Atiq berhenti di Taman. Dia menghempas kuat pintu kereta dan berjalan mendekati kerusi. Dihenyak kasar sambil mengusutkan rambut. Dia pening kepala bila memikirkan tentang keluarganya. Ditambah pula oleh Suraya, bakal isterinya itu.

"Kenapa Mama dan Papa tak pernah faham perasaan aku? Salah ke aku nak tentukan hidup aku sendiri?" Atiq mengomel.

Wajah diraup berkali-kali dengan mengeluarkan keluhan kecil. Dia memaling kepala ke tepi sebentar dan terkaku. Figura sedang mengelap air mata seakan dia mengenali. Siapa lagi kalau bukan Ammara. Bibir menguntumkan senyuman manis. Pantas dia berdiri sambil membetulkan baju T-shirt sebelum menghampirinya.

Ammara berpaling ke tepi saat bunyi derapan kaki seseorang menghampirinya. Dia menjeling maut pada Atiq sedang senyum padanya itu segera mencapai handbag untuk pergi.

"Mara!" lengan Ammara dipegang erat oleh Atiq.

"Apa? Lepaslah!" Ammara merentap lengannya.

"Hei... Awak dah kenapa ni?" Atiq masih pegang lengan Ammara.

Ammara pandang tajam ke arah Atiq. Baru sahaja dia ingin menenangkan fikiran, namun tidak sangka pula berjumpa dengan lelaki di depannya ini.

"Perlu ke sekarang awak wujud?" soalan dibalas dengan soalan.

Lengan Ammara dilepaskan. Atiq mengangkat kedua belah tangan ke atas dan pandang lunak ke dalam anak mata Ammara.

"Saya mengaku, semua salah saya. Saya dah curang dengan awak. Tapi itu dulu. Sekarang saya nak kita teruskan hubungan ini ke jinjang pelamin. Kali ini, betul-betul saya serius. Sekarang awak nak saya bawa jumpa dengan Mama Papa, saya boleh bawa. Jom" lengan Ammara kembali dipegang dan menuju ke arah keretanya.

"Lepas Atiq! Saya tak nak!" Ammara meronta.

Atiq lepas. Dia menunggu jawapan Ammara.

"Kita tak boleh berkahwin" Ammara berkata.

Atiq mengerut dahi. Tidak faham maksud Ammara. Bahu Ammara dipegang dan tatap lama.

"Apa maksud awak? Kenapa kita tak boleh berkahwin?" Atiq bertanya. Nada suara agak keras.

Ammara menepis lembut tangan Atiq dari terus pegang bahunya. Dia kena ingat status dibawanya itu. Masih isteri orang.

"Saya dah kahwin, Atiq. Untuk pengetahuan awak, hati saya dah lama lupakan awak. Hubungan kita dah lama berakhir. Tolong hormat status saya isteri orang" Ammara berterus-terang.

Atiq tergamam. Teringat pula kata-kata Harith tempoh hari lalu. Tangan dikepal penumbuk.

Kau tak akan dapat dia sampai bila-bila pun Atiq. Kau lupa sahajalah hasrat kau tu. Memang tak akan tercapai pun.

"Awak tipu kan? Saja nak lari dari saya kan? Lawaklah awak ni, Mara" Atiq ketawa buat-buat.

Ammara memandang kosong.

"Saya tak main-main dengan awak, Atiq Farhan. Buat apa saya nak buat lawak pasal status saya? Untuk pengetahuan awak lagi, saya dah ada anak" Ammara berkata.

"Kalau betul, siapa suami awak?" Atiq bertanya lagi.

"Abang kepada Harith. Saya pergi dulu. Satu lagi, tolong jangan ganggu saya" terus Ammara meninggalkan tempat itu.

Atiq tergelak sinis dengan menghantar pemergian Ammara dengan ekoran matanya sahaja.

"Patutlah Harith cakap macam tu pada aku. Isteri ke tak, kau tetap milik aku seorang sahaja, Ammara" senyuman sinis diukir.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro