Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

34

Ammara melabuhkan punggung ke atas katil. Fikirannya merawang kata-kata Harith sebentar tadi. Atiq Farhan dah kembali? Kembali untuk apa? Cinta mereka sudah tamat!

"Kau kembali untuk apa Atiq? Aku dah lama lupa kau. Aku sendiri dah keliru dengan perasaan ni. Hadith... Maafkan aku. Aku sedar disebabkan ego aku, kau yang kena tanggung. Bukan bermaksud aku untuk buat kau macam ni tapi aku nak kau betul-betul berubah. Aku tak nak, kau terima aku kerana aku dah lahirkan anak kau. Maafkan aku ya" Ammara menunduk ke bawah bersama keluhan kecil.

"Aku berharap, kau akan tunaikan perjanjian tu. Kau nak kahwin lain pun, aku tak kisah. Janji dia boleh jaga kau dan Hayren" Ammara berpaling melihat katil ditempatkan Hayren. Dia berjalan menghampiri.

Hayren diangkat lalu mendukung. Dicium lama pada dahi dan senyum. Rengekan Hayren membuat dia tergelak kecil. Wajah Hayren pula sebijik macam Hadith. Tidak ubah walau sedikit.

"Hayren anak Mama, Mama nak Hayren jadi anak soleh buat Mama dan Baba. Walaupun Mama dan Baba tak bersama, Hayren tetap dalam ingatan Mama. Mama sayang kan Hayren. Pandai Baba beri nama Hayren ya" dicubit pipi gebu Hayren.

•••

Hadith berjalan ke hulur ke hilir sambil mengigit jari. Perasaan dia ketika ini dilanda ombak yang kuat. Lagi 2 hari Ammara habis berpantang dan mereka bakal berpisah. Dia menggeleng laju dan mengatup mata. Nampaknya usaha dia untuk membuat Ammara melupakan perjanjian itu semakin tipis. Dia tidak mahu perpisahan ini terjadi. Namun apakah daya. Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Tanpa sedari, air mata jatuh setitis membasahi pipi.

"Abang..." Harith memanggil.

Segera Hadith mengesat air mata yang berjujuran daripada dilihat oleh Harith. Tidak mahulah dia kelihatan lemah di depan lelaki itu.

"Kau nak apa?" Hadith bertanya.

"Boleh aku masuk?" Harith bertanya pula.

Hadith mengangguk izin. Harith mendekati abang sulongnya dan duduk di atas kerusi. Dipandang lunak ke dalam anak mata Hadith. Dia memberikan senyuman tipis.

"Aku minta maaf" Harith memohon kemaafan.

Dahi Hadith berkerut-kerut, tidak faham maksud adik bongsunya berbicara.

"Minta maaf sebab apa? Kau ada buat salah ke,huh?" Hadith menyoal.

Harith tunduk ke bawah dan menghembuskan nafas lemah. Dia mengemam bibir dan mulakan bicara.

"Aku minta maaf sebab tak dapat tolong kau. Aku dah guna pelbagai cara untuk buat hati Mara lembut. Tapi malangnya, hati dia dah terlalu keras dan beku. Mungkin sudah takdir korang macam ni" Harith mengujar.

Hadith tertawa kecil. Dia melabuhkan ruang kosong bersebelahan Harith. Dipaut bahu Harith dan senyum.

"Kau tak perlu minta maaf bagai. Kau dah banyak tolong aku, Rith. Apa pun jadi, aku terima. Mungkin Mara tak boleh terima aku, atas perbuatan aku selama ini terhadap dia. Jadi kau tak perlu risau. Aku okay sajalah" Hadith berkata dengan ketawa buat-buat. Walaupun ketawa itu tersangat hambar.

"Satu sahaja aku nak pesan. Kau tengok apa yang jadi antara Atiq dan Mara, please jangan buat apa-apa. Melainkan Atiq sakitkan Mara" Harith memberikan pesanan.

"Tengoklah dulu. Kalau tak sakit mata aku, aku biarkan. Kalau sakit, tengok apa jadi" Hadith membalas.

"Lantak kaulah. Aku nak masuk tidur dulu. Esok aku kena pergi Kolej" Harith berkata dan angkat punggung.

"Rith..." Hadith memanggil.

Harith hentikan langkah dan memusing menghadap abangnya.

"Kau dah maafkan aku?" sebelah kening diangkat ke atas. Menunggu jawapan Harith.

"Aku dah maafkan kau. Walau apa pun terjadi, air dicincang tak akan putus. Aku gerak dulu" sempat Harith memberikan senyuman sebelum menutup pintu bilik.

Hadith turut senyum.

•••

Atiq menuruni anak tangga sambil memakai jam tangan. Dia hentikan langkah diakhir anak tangga tatkala matanya memandang figura sedang berbual mesra di meja makan. Satu jelingan diberikan saat mata mereka bertembung. Langkah dihayungkan ke pintu utama.

"Atiq" Tuan Hakim menegur.

Atiq berdecit geram sebelum menghadap Papanya dengan tajam.

"Datang sini dan sarapan dengan kami semua" Tuan Hakim  mengarah.

Atiq menghampiri mereka semua dan menghenyak punggung ke atas kerusi dengan kasar. Tajam matanya merenung ke arah Suraya.

Suraya menyimpul senyuman manis, biarpun dibalas dengan renungan tajam dari Atiq. Janji dia boleh tatap bakal tunangnya lebih dekat.

"Atiq, makanlah. Penat Suraya masak untuk kamu tu" Puan Hani berkata.

Atiq diamkan diri. Malas mahu menjawab. Dia mencapai cawan kopi sahaja lalu mencicip perlahan. Sesekali dia mengerling sekilas pada jam tangan.

"Atiq, kamu pekak ke? Tak dengar apa Mama cakap tu?" Tuan Hakim menegur.

Atiq berdecit geram. Diambil roti sahaja lalu menyuap ke dalam mulut. Selesai sahaja makan, terus dia mengangkat punggung untuk beredar.

"Nak pergi mana tu, Atiq Farhan?" Tuan Hakim menyoal.

"Nak apa lagi, Pa? Atiq nak pergi office lah. Pergi mana lagi?" Atiq membalas acuh tak acuh.

"Pergi dengan Suraya. Mulai sekarang, Suraya akan jadi P.A kamu. Suka atau tak, keputusan Papa muktamad!" Tuan Hakim mengarah tegas.

"Papa merepek apa ni? Dia tu bukan siapa-siapalah! Atiq tak perlukan P.A. Kak Zai dah ada. Buat apa ramai-ramai?" Atiq membantah.

Puan Hani hanya diam dan teruskan makan. Dia tidak mahu menambah lagi masalah antara anak dan suaminya.

"I don't care. Kak Zai, Papa dah buang. Now, Suraya akan jadi P.A kamu. Suraya, kamu pergi kerja sekali dengan Atiq" Tuan Hakim berkata.

Atiq mendengus geram dan keluar terlebih dahulu. Suraya menyalami tangan Puan Hani sambil membuntuti Atiq. Dalam hati berlonjak suka kerana pergi kerja bersama Atiq.

SESIAPA YANG ADA TUNGGU UPDATE STORY HMD PERGILAH JENGUK. SAYA DAH UPDATE

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro