Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

33

Hadith memejam mata untuk tidur namun dalam beberapa saat dia mencelik balik. Dipusing ke kiri ke kanan, masih juga tidak dapat melenakannya. Dia bangun dari pembaringan dengan memandang lurus ke hadapan.

Dia tu dah mula suka kan kau. Kalau tak, kenapa dia tanya siapa dia dalam hati kau? Orang kalau tak suka, memang langsung tak kisah kalau kau cinta sesiapa pun. Dia sebagai seorang isteri layak untuk rasa cemburu tu.

"Betul ke apa Harith cakap tu?"Hadith mula berbicara sendiri.

"Kalau dia suka aku, kenapa dia masih teruskan perjanjian tu?" Hadith berbicara lagi. Jikalau benar apa diperkatakan oleh adiknya itu, mengapa gadis itu tetap dengan perjanjian itu? Atau dia sudah tawar hati?

"Tak! Aku kena buat juga dia ubah fikiran untuk batal balik perjanjian tu. Ya..." Hadith anggukkan kepala beberapa kali.

Ex boyfriend Mara dah kembali. Kembali untuk raih balik kemaafan Mara. Dia tu tak boleh dibuat main okay. Sekali dia cakap, dia akan buat. Kau dah gila kan? Dia 3 kali ganda gila berbanding dengan kau.

Tajam sahaja pandangannya tatkala kata-kata itu menusuk masuk ke dalam akal fikiran. Mana mungkin dia akan biarkan orang lain merampas hak miliknya!

"Kalau kau lebih gila daripada aku, aku akan jadi 3 kali ganda lebih gila daripada kau. Apa pun berlaku, Ammara Dahlia milik aku sepenuhnya. Hari ini, esok dan selamanya" bibir naik ke atas menunjukkan ia adalah senyuman sinis.

Bunyi tangisan kuat dari anaknya membuatkan dia tergesa-gesa menghampiri. Diangkat dan menepuk pada punggung supaya kembali tidur. Namun perbuatan itu hanyalah sia-sia. Tangisan anaknya semakin nyaring. Mungkin mahu susu.

"Sayang... Kenapa ni? Lapar ya. Kita beritahu Mama ya" Hadith senyum manis dan terus berlalu keluar dari bilik tidurnya.

Sejak Ammara keluar dari hospital, dia berpantang di rumah Tuan Rahman. Itu atas desakkan Puan Halma. Betul juga kata Mummynya itu, kalau mereka tinggal disana, siapa mahu menjaga isterinya tengah berpantang. Mak Cik Yah pula diberikan cuti panjang atau tepat lagi, akan dipanggil apabila di perlukan sahaja. Dia terpaksa tinggal dibilik tetamu apabila didesak oleh Ammara. Katanya, dia tidak mahu melihat dirinya atau anak mereka. Mahu atau tidak, dia terpaksa menuruti.

Pintu bilik dibuka dari luar sambil menjenguk ke dalam. Kelihatan Ammara sedang dibaluti oleh selimut tebal. Mahu mengejutkan Ammara dari tidur tak sampai hati pula. Tapi tangisan anaknya semakin menjadi-jadi.

Ammara membuka mata dengan perlahan tatkala telinganya menangkap bunyi tangisan baby. Lantas dia berpaling ke arah pintu dan bangun dari pembaringan.

"Awak buat apa dekat sini?" Ammara menyoal.

Hadith menghampirinya.

"Abang minta maaf kacau Baby tidur. Anak kita lapar ni. Baby boleh bagi dia susu tak?" Hadith membalas.

Mata Ammara jatuh melihat anaknya dalam dukungan Hadith. Dia mengangguk sekilas.

"Beri pada saya. Awak boleh keluar. Nanti dah selesai, saya datang ke bilik awak" Ammara berkata. Dukungan tadi bertukar tangan. Hadith mengorak langkah dan pergi tanpa bercakap banyak.

Satu helaan nafas dihembuskan. Wajah anaknya ditelus lembut. Satu senyuman diukirkan. Dia mencium lama pada dahi.

"Maafkan Mama ya sayang. Bukan Mama tak nak jaga kamu, tapi Mama buat semua ini ada sebab. Mama harap Baba dapat jaga kamu baik-baik. Mama sayang kan kamu selamanya" Ammara mencium pada pipi gebu anaknya pula.

•••

Mereka semua berkumpul diruang tamu. Harith daripada tadi tidak berhenti gomol anak saudaranya, Ayden. Manakala Haneesa sedang bermain dengan telefon pintarnya. Sejak sedang sarat hamil, moodnya sangat tidak baik. Tuan Rahman dan Puan Halma pula tidak habis-habis mencubit pipi cucu mereka. Merah habis dibuatnya. Mereka berdua pula hanya mendiamkan diri. Ammara hanya memerhati setiap gelagat keluarga itu.

"Haa Hadith, Mara. Kamu berdua dah beri nama ke belum cucu Daddy ni?" Tuan Rahman bersuara.

Jeda.

Mereka saling bertentangan mata beberapa saat. Masing-masing menggeleng perlahan.

"Kalau macam tu, berilah sekarang" Puan Halma mencelah.

"Baby dah ada ke nak beri nama?" Hadith bertanya.

"Belum. Saya tak tahu" Ammara menjawab ringkas.

Hadith berfikir beberapa minit. Tidak lama kemudian dia tersenyum apabila idea nama sudah ada.

"Hayren Dhaif..." tiba-tiba nama itu terkeluar daripada mulutnya.

"Baby suka tak nama tu?" Hadith tersenyum teruja.

Ammara hanya mengangguk sahaja. Setuju sahajalah nama diberikan oleh suaminya itu. Janji ada nama sudah.

"So... Hayren Dhaif bin Hadith Dazyen, nama dia? Okay comel... Pandai kau pilih" Harith memuji.

Semua di situ mengangguk setuju nama itu.

Hadith memandang sahaja Ammara disebelah. Tiada secalit senyuman pada bibir. Dia menunduk ke bawah. Sampai bila hubungan mereka begini.

•••

Harith mendekati Ammara sedang mengelamun di gazebo. Dia mencuba untuk menasihati gadis itu pasal perjanjian. Dia melabuh punggung di ruang kosong. Ditatap wajah itu dengan lama.

"Kau dah kenapa perhatikan aku macam tu? Nak cakap pasal perjanjian tu? Tak perlu. Hati aku dah keras Harith" Ammara meneka.

"Kau tak fikir ke pasal anak tu? Cuba buang ego kau tu. Melampau sangat kau buat pada Hadith ni" Harith membalas.

Ammara senyum dan berpaling pada Harith. Dia menggeleng perlahan.

"Melampau? Ya aku tahu tu abang kau. Mesti kau nak belahi dia. Tapi fikir sikit pasal aku! Dia tu melampau buat aku macam ni! Dia ingat aku patung nak buat sesuka hati? Anak? Dia nak jaga, biar dialah yang jaga. Aku tak nak ambil tahu" Ammara masih dengan hati yang keras.

"Kau suka dia kan? Kau cemburu sebab dia cinta kan isteri dia kan? Jawablah!" Harith mula menukar topik.

"Apa kau merepek ni? Aku tak pernah suka kan abang kalaulah! Dia tu hanya pemusnah hidup aku!" Ammara menafikan.

"Tipu! Dari mata kau tu, aku dah tahu. Orang lain boleh lah kau tipu tapi bukan aku. Aku terlebih kenal kau Ammara Dahlia" Harith berkata.

"Baguslah kau dah kenal. Apa yang kau maksudkan tu memang betul tapi hati aku dah keras untuk terima semua ini. Disebabkan dia, hidup aku hancur musnah. Semua ini adalah bodoh! Kau boleh pergi mati dengan abang kau tu. Kena ingat, lagi 2 hari aku habis berpantang. Selepas itu aku akan bebas" Ammara menjawab.

"Atiq Farhan dah kembali. Aku nak kau berjaga-jaga. Walaupun kau nak berpisah dengan Hadith, tolong jangan terima Atiq. Ingat sikit, dia punca hubungan kau retak" sempat Harith berpesan.

Ammara terkaku dan teruskan langkah ke dalam rumah. Apa lagi harus dibuat.

HAI SEMUA! SAYA DAH MUNCUL BALIK HEHEHE. SORRY BUAT KORANG TERTUNGGU STORY NI. SAYA ADA MASALAH SIKIT NAK SELESAIKAN. LEPAS NI SAYA AKAN UPDATE SEPERTI BIASA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro