Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

32

Bunyi tangisan anak lelaki mereka dari tadi telah dihiraukan oleh Ammara. Walaupun dia tidak sanggup berbuat begitu, tetapi dipaksakan diri kerana berfikir tentang perjanjian itu. Dia tidak mahu kerana bayi itu, dia menjadi berubah fikiran.

'Maafkan Mama sayang. Mama terpaksa lakukan semua ini. Mama cuma mahukan kebebasan daripada Baba'  Ammara berkata dalam hati.

KLAK!

Hadith menapak langkah ke arah anak mereka. Diambil penuh berhati-hati lalu dukung. Ditepuk perlahan pada punggung anaknya supaya diam daripada terus menangis. Dia mengukir senyuman manis tatkala anaknya sudah berhenti menangis dan kembali tidur. Dia berpaling melihat isterinya.

"Baby..." Hadith panggil.

Panggilan tersebut bagaikan berlalu dibawa angin. Satu keluhan dilepaskan. Anaknya diletak semula ke atas katil dan menghampiri Ammara.

"Baby. Jan-"

"Tolong tunaikan segera janji tu" cantas Ammara laju.

Jeda seketika.

"Jangan buat abang macam ni. Abang merayu sangat-sangat" Hadith cuba meraih tangannya namun ditepis.

"Boleh tak awak tunaikan janji setiap kali apa awak dah berjanji? Saya dah penatlah kena tipu macam ni!" Ammara berkata dengan nada emosi.

"Tak akan sedikit pun Baby tak pernah fikirkan pasal anak kita? Tolonglah fikir masa depan dia!" Hadith juga berkata dalam nada emosi.

"Saya hanya melahirkan. Bukan untuk difikirkan pasal masa depan dia. Itu anak awak. Saya dipaksa oleh awak untuk dapatkan dia" Ammara membalas. Dalam hati, tidak henti memohon maaf pada anaknya. Ibu mana sanggup berkata begitu.

"Baby sedar tak apa Baby dah cakap ni, huh? Anak abang, anak Baby juga!" oktaf suara Hadith.

TOK!

"Maaf andai aku mencelah. Abang, ikut aku sekejap" Harith mencelah. Dia tidak mahu Ammara menjadi stress semasa berpantang.

Hadith angguk sekilas dan mengorak langkah ke arah pintu. Dia membuntuti adiknya ke luar rumah. Mereka duduk di gazebo kayu.

"Hadith. Kau tahu tak yang Mara tu tengah berpantang? Kau nak dia jadi meroyan ke apa?" Harith memulakan bicara.

"Masalahnya kau dengar tak apa dia cakap tadi? Tak akan langsung dalam hati dia tu tak ada perasaan sayang dekat anak dia sendiri? Aku tak fahamlah!" Hadith meluah rasa. Dia meraup wajah berkali-kali.

"Sebenarnya apa yang kau nak dalam hidup? Aku pun tak faham dengan kau. Elok lah Mara cakap macam tu. Kau yang paksa dia kan?" Harith memerli.

"Anak, kebahagiaan dan dia. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang. Kau faham tak?" Hadith membalas.

"Cinta? Untuk siapa? Arwah kakak ipar aku ke?" Harith meneka.

Hadith berpaling melihat adiknya. Sebenarnya mereka mahu bergaduh ke apa?

"Apa maksud kau? Aku tak faham. Apa yang cuba kau nak cakap?" Hadith menyoal.

"Mara pernah beritahu pada aku yang kau masih cinta kan isteri kau. Ya aku tahu, tak salah pun kau nak terus cinta kan dia. Tapi dalam hati kau tu siapa? Mara atau Adra? Kau tak fikir ke setiap kali Mara bicara,huh? Dia tu dah mula suka kan kau. Kalau tak, kenapa dia tanya siapa dia dalam hati kau? Orang kalau tak suka, memang langsung tak kisah kalau kau cinta sesiapa pun. Dia sebagai seorang isteri layak untuk rasa cemburu tu. Kau kena fahamlah bang. Tak akan itu pun aku nak ajar. Belajar sahaja tinggi, tapi pemikiran dekat lutut" Harith menjelas terselit mengutuk abangnya.

Diam.

Dia mula memikirkan kembali. Mengapa dirinya tidak pernah perasan, sedangkan orang lain boleh perasan akan perkara itu.

"Habis itu, kenapa dia tak pernah mengaku?" Hadith menyoal lagi.

PAP!

Bahunya ditampar kuat oleh Harith.

"Kenapalah aku ada abang bengap macam kau ni? Aku kenal Mara macam mana. Aku jadi dia pun tak akan mengaku!" Harith memarahi.

Dia terketawa kecil. Betul juga apa diperkatakan oleh adiknya itu. Bahu Harith dipegang agak kuat.

"Kau masih anggap aku abang kau ke? Walaupun selepas apa aku dah buat pada kau selama ini?" Hadith bertanya.

"Hadith Dazyen, abang kandung aku selamanya. Aku pernah cakap, aku benci perangai kau. Bukan diri kau" Harith menjawab.

Mereka saling membalas senyuman dan mendongak memandang ke arah langit dihiasi oleh bintang-bintang.

Harith pegang lengan abangnya apabila teringat sesuatu. Dia perlu beritahu sebelum apa-apa bakal berlaku.

"Kau betul nak ceraikan Mara lepas dia habis berpantang?" Harith kembali bertanya.

"Aku tak pasti. Apa pun, aku akan cuba sedaya upaya pujuk Mara untuk lupakan perjanjian tu" Hadith menjawab.

Dia mengangguk kepala perlahan.

"Aku nak cakap kalau boleh pujuk, pujuklah selagi boleh. Tapi jangan terlalu memaksa. Dan..." Harith hentikan kata-katanya seketika.

Hadith menunggu apa adiknya mahu katakan itu. Rasa berdebar-debar dalam hati.

"Ex boyfriend Mara dah kembali. Kembali untuk raih balik kemaafan Mara. Dia tu tak boleh dibuat main okay. Sekali dia cakap, dia akan buat. Kau dah gila kan? Dia 3 kali ganda gila berbanding dengan kau" Harith memberitahu.

Sebaik sahaja mendengar kata adiknya itu terus berubah riak muka dan mengetap gigi.

"Kau ada gambar dia?" Hadith mengangkat sebelah kening ke atas.

"Kau nak buat apa?" Harith mula ragu-ragu mahu memberi.

"Kau jangan risaulah. Aku cuba nak kenal. Mana tahu pernah jumpa ke sebelum ni" Hadith berkata.

Harith mengeluarkan telefon bimbit lalu menekan galeri. Dia mencari gambar dia bersama Atiq dan Ammara. Telefon tadi dihulurkan pada abangnya.

Tajam sahaja renungan pada skrin kaca telefon bimbit milik Harith. Rasa cemburu mula menyelusuri ke dalam hatinya.

"Nama apa?" sedikit pun matanya tidak lari daripada menatap skrin telefon bimbit.

"Aa..tiq Farhan" Harith beritahu dengan nada gagap.

"Atiq Farhan... Aku tak akan biarkan mereka bersatu semula. Aku suami Mara, sudah tentu dia selamanya milik aku. She is mine forever..." Hadith mula melakar senyuman sinis.

Harith mula menelan liur dan berpaling ke arah lain. Atiq Farhan sudah gila, Hadith Dazyen pun sama-sama gila.

•••

Atiq melabuhkan punggung ke atas sofa. Matanya merenung tajam pada seorang gadis manis berada bersebelahan keluarganya itu. Dia berpaling pula pada Mama dan Papanya.

"Apa semua ini?" Atiq menyoal.

Puan Hani memaling kepada anaknya sambil memberikan satu senyuman. Digenggam erat tangan anaknya.

"Mama dan Papa dah buat keputusan. Kami nak jodohkan kamu dengan anak kawan Papa, Suraya" Puan Hani memberitahu hajatnya itu.

Kepala Atiq tergeleng-geleng menandakan dia tidak menyukai penyentuan jodoh ini.

"Mama, Papa, Uncle dan Auntie, maafkan saya. Saya tak pernah setuju dengan semua ini. Saya dah ada pilihan hati sendiri" Atiq membantah.

Semua disitu agak terkedu disampaikan oleh Atiq. Tuan Shazli bangun dari duduk dan memandang ke arah sahabatnya, Tuan Hakim.

"Apa semua ini? Engkau cakap anak kau dah setuju dengan perancangan ini?" Tuan Shazli menyoal.

"Maafkan anak aku. Nanti kita berbincang semula. Ak-"

"Sudah! Aku tak nak dengar lagi. Jom kita balik!" cantas Tuan Shazli laju. Mereka sekeluarga telah beredar pergi.

Atiq beriak bersahaja itu hanya diam. Sempat dia memberikan senyuman sinis pada Suraya yang sudah berubah masam itu.

PANG!

Tanpa berkata apa-apa, satu tamparan telah melekat pada pipi kanannya. Dia menggosok perlahan dan mendengus kasar. Tuan Hakim menarik kolar lehernya dan mereka saling bertentangan mata.

"Kamu dah melampau Atiq! Kamu dah hancurkan rancangan Papa!" Tuan Hakim menengking.

"Papa! Ini bukan zaman kahwin paksa okay. Atiq dah besar panjang. Atiq dah ada pilihan sendiri. Kalau Papa nak sangat teruskan rancangan tu, apa kata Papa sahaja yang kahwin dengan perempuan tu!" Atiq membalas balik tengkingan itu.

"ATIQ FARHAN! Papa tak kisah, kamu tetap akan berkahwin dengan Suraya! Muktamad!" Tuan Hakim membuat keputusan.

"Ya? Lepaslah Pa! Atiq cakap tak nak kahwin dengan perempuan tu tak naklah! Jangan paksa Atiq lagi!" terus Atiq merentap tangan Tuan Hakim dari terus mencengkam kolar lehernya lalu mendaki anak tangga.

"Sudahlah tu awak. Dia dah tak nak. Kita tak boleh paksa lagi" Puan Hani berkata.

"Awak diam Hani! Ini urusan saya dengan anak awak tu. Ini salah awak kerana terlalu manjakan dia!" Tuan Hakim berkata pula dan terus beredar pergi.

Atiq menghempas pintu bilik dengan kuat. Dia berjalan menuju ke arah katil lalu merebah diri ke atasnya.

"Mana kau pergi, Mara? Puas aku cari kau. Aku rindu kaulah. Aku tak kisah. Apa pun berlaku aku akan tetap dapatkan kau balik" Atiq menggumam sendirian.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro