Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31

Batu-batu kecil berada ditasik itu disepak oleh Harith. Dia melabuhkan punggung di atas bangku kayu dan mengelamun. Sekali lagi dia gagal. Gagal kerana tidak dapat membahagiakan orang yang dia sayang.

"Maafkan aku abang dan Mara. Aku tak dapat tolong korang. Aku cuma dapat tolong dengan doa sahaja. Hanya Allah dapat membantu korang" Harith berbicara sendiri.

Dahi berkerut-kerut tatkala bunyi derapan kaki seseorang menghampirinya. Lantas dia berpaling ke belakang dan terkejut.

"Kau?" Harith sangat mengenali wajah itu.

Jejaka itu tergelak halus. Dia menepuk bahu Harith beberapa kali dan duduk bersebelahan. Dia pejamkan mata sambil menghirup udara segar.

"Aku tanya kan, kau buat apa dekat sini?" Harith menyoal tegas. Dia berdiri sambil menghadap jejaka itu.

"Masih ingat aku? Aku ingat kau dah lupakan aku" jejaka itu masih lagi dengan sisa tawanya.

"Kau datang sini cari Mara kan? Baik kau mengaku cepat Atiq!" Harith meninggikan suaranya.

"Sabarlah Rith. Kau jangan nak emosi sangat. Ya, memang aku cari Mara. Cinta hati aku tu kot. Kau ni, buat-buat tak tahu pula" Atiq berkata.

Ya, Atiq Farhan seorang lelaki paling Ammara cintai. Hubungan mereka selama 2 tahun itu musnah tatkala lelaki itu telah curangi.

"Kau buat lawak ke sial? Selepas kau curang lepas tu kau tinggal dia seorang diri. Dan sekarang, kau datang nak raih kemaafan dari dia pula? It's so funny!" Harith membalas.

"Okay, aku mengaku silap aku. Aku curang dengan dia. Sekarang aku nak baiki balik hubungan kami, dan aku nak terus halalkan dia. Aku dah menyesal kerana lepaskan dia dulu" Atiq meluahkan hasratnya itu.

Harith meraup wajah. Apa pula masalah kali ini bakal timpa ke atas kawannya itu.

"Kau tak akan dapat dia sampai bila-bila pun Atiq. Kau lupa sahajalah hasrat kau tu. Memang tak akan tercapai pun" Harith berkata.

"Kenapa? Dia isteri, tunang kau ke? Tak ada sesiapa pun dapat menghalangi aku dari dapat dia balik. Membunuh pun aku sanggup kalau ada cuba rampas dia" Atiq pandang tajam pada Harith.

Ya, sekali dia kata akan buat, dia akan buat. Baginya membunuh itu adalah satu permainan menyeronokkan.

"Lantak kaulah Atiq. Satu sahaja dapat aku cakap, kau tak akan dapat dia" Harith terus beredar pergi. Seram sejuk pula dia berada di situ.

"Siapa cakap aku tak akan dapat dia balik? Aku akan dapat dialah. Aku pastikan dia jadi isteri aku!" Atiq mengomel sendiri.

•••

Mata dibuka luas tatkala rasa sakit tiba-tiba datang menyerang. Dia berpaling ke arah jam dan lihat. Baru pukul 1:00 Pagi. Cadar dicengkam sekuat hati. Peluh pula usah di kata, merintik banyak.

"HADITH! TOLONG!" Ammara berteriak kencang.

Hadith sedang menonton television tersentak dengan bunyi suara jeritan dari Ammara. Dia memandang ke atas dan diam. Mahu kepastian lagi, dia cuba dengar sekali la adakah itu suara isterinya.

"HADITH! AWAK DEKAT MANA?" sekali lagi Ammara berteriak. Kali ini dia mengeluarkan cecair jernih. Mungkin itu air ketuban sudah pecah.

"Itu suara Baby!" terus Hadith berlari naik ke atas.

DUM!

Pintu dibuka kuat sehingga terhempas ke dinding. Terbuntang matanya saat melihat Ammara berada di atas lantai. Segera dia menghampiri Ammara

"Baby kenapa ni?" Hadith bertanya. Panik dan gelabah.

"SAYA NAK BERSALIN. BAWA PERGI KE HOSPITAL SEKARANG!" Ammara pejamkan mata menahan kesakitan sedang ditanggung itu.

Tubuh Ammara dicempung lalu turun ke bawah untuk dibawa ke arah kereta.

"Qaz, Araz. Kau jaga rumah ni baik-baik. Jangan sampai sesiapa datang ceroboh" Hadith berpesan sebelum memandu kereta.

"Kau rasa Puan Mara dah nak bersalin ke?" Araz menyoal.

PAP!

"Kau ni bodoh ke buat-buat bodoh? Dia dah nak bersalinlah tu!" Qaz memarahi Araz.

Araz menggosok kepalanya dan angguk perlahan. Mana dia tahu semua itu.

•••

Hadith berjalan ke hulur ke hilir sambil menunggu di depan bilik bersalin. Jantungnya berdegup kencang dan memikir keadaan isterinya di dalam. Moga baik-baik sahaja. Dari jauh lagi, dia sudah dapat melihat keluarganya datang.

"Hadith. Macam mana dengan keadaan Mara?" Puan Halma bertanya.

"Hadith tak tahu lagi. Ada dekat dalam. Hadith risau" Hadith menjawab.

"Semuanya baik-baik sahaja. Kita tunggu dulu" Tuan Rahman berkata pula.

Harith hanya mendiamkan diri sahaja. Dalam hati berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar. Satu sahaja perkara dia takutkan. Iaitu Atiq Farhan. Macam mana kalau lelaki itu mengetahui segalanya? Sudahlah selepas habis berpantang, Ammara dan abangnya bakal bercerai.

KLAK!

Pintu bilik bersalin dibuka dari dalam. Seorang Doktor perempuan telah menghampiri mereka bersama senyuman manis.

"Ini keluarga Puan Ammara Dahlia?" Doktor perempuan itu bertanya.

"Betul. Saya suami dia. Macam mana dengan keadaan Mara?" Hadith menjawab.

Sekali lagi Doktor perempuan itu senyum bersama anggukan.

"Semuanya berjalan dengan lancar. Puan Ammara baik-baik sahaja. Dia perlukan rehat yang banyak. Tahniah, Encik dapat bayi lelaki. Apa pun saya minta diri dulu" Doktor perempuan itu meminta diri.

Semua di situ mengucap bersyukur. Terpancar kegembiraan pada wajah masing-masing. Hadith senyum dan terasa kebahagiaan. Tidak lama kemudian, senyuman itu semakin pudar. Mengingati tentang perjanjian itu.

"Hadith..." Puan Halma memanggil. Dia perasan air muka anak sulongnya berubah.

"Ya Mummy? Kenapa?" Hadith menyahut.

"Kenapa ni? Tak suka kamu dah jadi seorang ayah?" Puan Halma menyoal.

"Tak ada apa-apa. Mestilah Hadith suka. Hadith dah lama nak kan anak dengan Mara" Hadith membalas sambil tawa kecil.

Matanya menyinggah pada Harith. Harith memberikan dia senyuman tipis. Dia turut membalas dan alihkan pandangan ke arah lain.

'Aku tahu kau mesti teringat tentang perjanjian tu. Kalau jodoh masih ada antara korang, pasti akan bersatu jua' getus hati Harith.

ADA WATAK BARU BAKAL MENCERIAKAN HARI HARI ANDA!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro