Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

30

Ammara menuruni anak tangga penuh berhati-hati. Maklumlah perut dia kini membonyot jadi susah untuk dia menuruni tangga seperti sebelum ini. Matanya disapa oleh Harith. Harith melambai ke arahnya dan senyum. Dia turut membalas senyuman itu. Terlalu rindu dia pada lelaki itu.

Sebelum beberapa akhir anak tangga, Hadith lantas memegang lengannya supaya berhati-hati. Dia merentap kasar dan jeling.

Harith melihat itu buat-buat tidak nampak. Dia senyum pada Ammara sedang menghampirinya itu.

"Dah jadi Mak buyong ek. Besar elok sahaja aku tengok tu. Tak berat ke?" Harith menyoal.

"Gila kau tak berat? Manusia tau dalam ni ha" Ammara membalas.

Mereka gelak kecil. Hadith melihat itu berdehem kecil. Cemburu pula kemesraan mereka.

"Korang boraklah dulu. Aku nak ke dapur sekejap" Hadith berkata. Matanya melihat pada Harith. Harith angguk sekilas dan faham maksudnya.

"Aku rindu dekat kau tau. Lama kau tak datang sini" Ammara terus hiraukan Hadith.

"Aku pun rindu kau. Ingat sikit kau tu isteri orang. Tak akan aku nak datang sini hari-hari. Nanti kau muak pula tengok aku" Harith berkata.

"Isteri? Kau merepek ke? Tak lama nanti aku akan bebas dari abang kau tu. Dah tak sabar aku nak jalan-jalan tengok dunia" Ammara membalas.

Hadith mencuri dengar itu tersentak. Seakan sesuatu pecah. Hatinya terasa tatkala Ammara berkata begitu.

"Boleh aku tanya sesuatu?" Harith meminta izin.

"Tanyalah" Ammara memberi izin.

Dia membuat isyarat mata pada Hadith sebelum memulakan bicaranya. Hadith keluar dari ruang dapur lalu bergegas naik ke atas.

"Kau pasti dengan keputusan kau ni? Tak fikir panjang tentang masa depan anak kau nanti? Pasti ke dengan perasaan kau tu? Betul nak tinggalkan abang aku?" Harith menyoal bertubi-tubi.

Jeda.

Dia berfikir sejenak. Mengingati perkara tadi membuat dia nekad. Kepala diangguk beberapa kali menandakan 'Ya' dengan keputusan dibuatnya itu.

"Aku pasti dengan keputusan aku. Kau tak tahu apa aku alami, baik kau diam. Okay aku faham. Abang kau suruh kau datang sini semata-mata nak pujuk supaya tarik balik perjanjian tu? Aku tak bodoh lagi. Ini anak dia. Aku tak pernah inginkan zuriat dengan dia. Semua ini adalah paksaan! Aku mengaku semua ini terjadi kerana kesalahan Mak Abah aku langgar isteri dia. Tapi kenapa aku sekali terpaksa masuk dalam dendam dia tu,huh? Dah balas dendam kan, apa lagi tak cukup?

"Cinta? Dia kahwin dengan aku sebab cinta? Dia buat lawak ke apa. Baru tadi aku uji dia, ni pipi aku dia tampar! Dia tak dapat lupakan isteri dia. Habis itu aku ni siapa dimata dan dihati dia? Pelacur dekat kelab? Aku dah penat nak hadap abang kau tu. Semua yang dia buat, adalah semata-semata ni. Anak ni dia nak. Kau tahu sebab apa? Supaya aku balik semula pada dia. Kau ingat aku tak tahu ke apa plan dia? Dia cakap dah berubah? Langsung aku tak percaya!" Ammara meluahkan rasa dipendam itu.

Harith mengangguk faham. Nampaknya tekaan dia tepat sekali.

"Dah puas hati atas luahan tu? Aku kenal kau Mara. Kau dah mula suka abang aku kan?" Harith bertanya.

Ammara mendengar itu tergelak terbahak-bahak. Tangan ditepuk beberapa kali.

"Aku suka dia? Heh! Dia tu langsung tak layak untuk aku. Dia cumalah manusia paling aku benci. Pemusnah hidup aku!" Ammara menafikan.

Kini giliran Harith pula bertepuk tangan. Dia menyilang kaki sambil berpeluk tubuh.

"Dia tak dapat lupakan isteri dia tu. Habis itu aku ni siapa dimata dan dihati dia? Cuba kau ingat balik apa kau kata tu. Kalau betul kau tak suka dia, mesti kau langsung tak kisah dia cinta isteri dia ke apa. Ego kau tinggi Mara. Cuba kau runtuh tembok ego kau tu dan terima kenyataan. Ya aku tahu, dulu aku pernah berjanji akan hancur dan balas balik apa dia dah buat. Tapi bila difikirkan balik, semua itu sia-sia juga. Siapa kita nak halang takdir Allah? Mungkin kehadiran abang aku dalam hidup kau, kau rasa terseksa. Tapi bagi aku, dia semakin berubah ke arah baik selepas kau mengandung. For you information, setiap hari dia datang ke rumah dan menangis dekat Mummy Daddy sebab perjanjian tu. Walaupun aku benci perangai dia, tak semestinya aku tak ambil berat pasal dia.

"Sekarang, kau kena terima takdir dan redha atas apa yang berlaku. Tak ada gunanya kau nak marah, berdendam. Ikutkan aku pun macam tu. Tapi cuba kau fikir luar kotak. Hidup mesti diteruskan walaupun pelbagai rintangan onak berduri sekali pun. Fikir masa depan anak dan hubungan korang. Aku percaya, Hadith boleh bahagiakan kau" Harith memberi nasihat.

Diam.

"Kau tak tahu apa aku rasa, Harith. Kau adik dia, mesti kau nak belahi dia. Tak ada gunanya kau nasihat aku sampai esok pun. Hati aku tetap sama. Dulu ya kau boleh ubahkan fikiran aku. Tapi sekarang bukan. Hanya aku yang dapat rasa. Kau diam dan tak perlu masuk campur. Hati aku dah tawar dan keras untuk terima semua ini" Ammara berkata dan terus pergi.

Harith menghantar pemergian Ammara dengan ekoran matanya sahaja. Satu keluhan dilepaskan. Dia memandang Hadith sedang menghampirinya itu.

"Macam mana?" Hadith bertanya. Walaupun dia dah dengar segalanya.

"Maafkan aku. Kali ni aku tak boleh tolong kau. Hati dia terlalu keras untuk dilembutkan" Harith senyum hambar.

Hadith mengangguk faham dan senyum.

"Boleh aku tahu sesuatu?" Harith memandang Hadith.

Hadith angguk kepalanya.

"Kenapa mesti Mara kau nak anak? Mana semua perempuan yang mengandungkan anak kau tu? Dan... Mana Rania? Betul ke apa aku dengar pada malam tu?" Harith bertanya.

"Okay aku mengaku sekarang. Aku hanya inginkan anak dari orang yang aku sayang. Dan mana semua perempuan mengandungkan anak aku, ada yang aku gugur kandungan dorang. Ada aku bagi duit supaya pergi jauh dari sini. Dan Rania... Yes, memang aku punca semua itu. Tapi kau kena ingat, bukan salah aku seratus peratus" Hadith menjawab.

Dia mula bercerita tentang Rania. Harith tekun mendengarnya.

FLASHBACK

Hadith keluar dari perut kereta dan mendekati pintu rumah. Dia membuang kasut lalu diletak ke atas rak. Dia telah memasuki ke dalam dan terpandang pada seorang perempuan bersebelahan adiknya, Harith.

Dia membuka cermin mata lalu kenyit sebelah matanya. Niat jahat mula bertandang dalam jiwa.

"So... Ni siapa? Mana Mummy Daddy?" Hadith menyoal. Matanya melihat Rania dari atas hingga bawah. Gelora nafsu lelakinya mula timbul.

"Rania, girlfriend aku. Keluar. Biasalah, semuanya tak okay. Kau tu okay sangat. Semua nampak pada kau sahaja" Harith membalas dengan terselit sindiran. Yalah, baru sahaja mereka sampai, terus Tuan Rahman berlalu pergi.

Hadith tergelak kecil.

2 BULAN...

"You!" Rania berlari menghampirinya.

Hadith memusing ke belakang dan senyum menggoda. Nampaknya mangsa sudah datang.

"I cari You tau. Penat I tanya pasal You pada Harith, tapi dia tak nak jawab" Rania berkata.

"Buat apa You cari I, sweetie?" Hadith bertanya dengan nada lembut.

"I cari You sebab I rasa I dah jatuh cinta pada You sejak awal pertemuan kita. You lebih handsome dari Harith. Harith tu busy dengan belajar dia sahaja. Langsung tak ada masa untuk I" Ranis menjawab.

Hadith berfikir sejenak. Dia mendekati jarak antara mereka. Rambut terjuntai itu diselit ke belakang telinga. Rania tersenyum manis tatkala dirinya diperlakukan sebegitu.

"Hmm... You nak luangkan masa dengan I tak? I sentiasa ada masa untuk You" anak mata Hadith tajam menikam anak mata Rania.

Rania seolah faham maksud itu mengangguk laju. Tanpa berfikir panjang terus dia bersetuju.

"Tak fikir pasal Harith? Tak menyesal?" Hadith bertanya lagi untuk kepastian.

"Yes! Langsung tak menyesal. Pasal Harith tu biarkan sahajalah. Pandai-pandailah I buat alasan. Janji I dapat luangkan masa dengan You hari ni" Rania menyakinkan dengan keputusannya.

'Nasib kaulah perempuan. Dan kau Harith, kesian dapat perempuan murah macam ni' Hadith tertawa jahat dalam hati.

ENDFLASHBACK

"Itu ceritanya. Bukan aku yang paksa. Dia sendiri yang datang. Beberapa bulan dia tak cari aku. Aku singgah dekat kelab, rupanya dia kerja dekat situ. Kita buat macam tak kenal langsung" Hadith bercerita apa berlaku.

Harith diam dan mengelamun jauh. Mungkin dia patut lupakan Rania. Tak perlu fikirkan lagi masalah ini.

"Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi" Harith berkata dan berlalu pergi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro