Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28

Hadith meletakkan gelas berisi susu ke atas meja. Dia melabuhkan punggung diruang kosong bersebelahan Ammara. Dia menoleh ke sisi memandang Ammara. Ammara hanya diam tidak berkutik. Rasa janggal pula antara mereka berdua.

"Nak susu?" Hadith bertanya.

Kepala dijatuhkan beberapa kali menandakan mahu. Dia mengambil huluran gelas tersebut lalu minum dengan rakus sekali.

"Baby nak apa-apa lagi tak?" Hadith bertanya lagi.

Kali ini Ammara menggelengkan kepala pula. Hadith senyum tipis. Sejak gadis itu mengetahui tentang rahsia itu, terus menjadi pendiam.

"Baby..." diraih lembut tangan itu dan cium.

"Jangan buat abang macam ni. Abang nak kita berbaik. Tolong jangan tinggalkan abang. Kita bina hidup baharu?" Hadith memujuk.

Tangannya ditepis lembut. Ammara memandang anak mata Hadith dengan lama.

"Saya tahu Mak Abah saya yang salah. Tapi semua itu tak bermaksud saya akan terima awak, Hadith. Cukuplah awak seksa saya selama ini. Jangan buat-buat lupa tentang perjanjian tu" Ammara berkata.

"Tak akan sikit pun Baby tak ada perasaan dekat abang?" Hadith menyoal pula.

"Memang tak ada. Jujur saya cakap, awak lelaki paling saya benci. Awak dah sakiti saya. Awak dah buat saya bertambah berbuak-buak rasa benci tu. Selepas ini, tolong ceraikan saya. Awak nak sangat anak ni kan? Awak jaga dia. Saya hanya melahirkan. Bukan untuk dijaga. Sekarang awak keluar. Saya nak bersendirian" Ammara membalas. Dia mengiringkan tubuh sambil menitiskan air mata.

Hadith angguk perlahan. Dia angkat punggung dan beredar pergi.

•••

TOK!

TOK!

TOK!

Pintu rumah Tuan Rahman diketuk banyak kali. Dia perlu jujur dengan keluarganya pula. Harith membuka daun pintu lalu pandang atas hingga bawah.

"Aku nak jumpa dengan keluarga kita. Aku nak kau call Angah. Suruh dia datang sini" Hadith mengarah. Tanpa berkata apa-apa lagi, terus dia masuk ke dalam rumah.

Harith mengangkat kedua belah bahu ke atas dan menuruti arahan dari abangnya itu.

Mereka semua telah berkumpul diruang tamu. Hadith memandang kedua wajah orang tuanya. Satu keluhan dilepaskan. Kepala ditunduk ke bawah sambil mengemam bibir.

Tuan Rahman dan Puan Halma saling berpandangan. Masing-masing tidak mengerti mengapa anak sulongnya berperangai begitu.

"Hadith nak minta maaf pada korang semua. Hadith tahu, semuanya berpunca daripada Hadith sendiri. Hadith dah buat kesalahan dan dosa yang sangat besar" kepala diangkat semula dan mengesat air mata sedang menitis itu. Sapu bahagian kiri, bahagian kanan pula menitis.

Semua tergamam tatkala melihat keadaannya. Termasuk Harith. Jujur akui, ini baru kali pertama dia melihat abangnya menitiskan air mata jantannya.

"Hadith... Kenapa ni? Ada masalah ke?" Puan Halma bertanya.

Hadith membalas senyuman sahaja. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung semula bicaranya.

"Hadith nak jujur pada korang. Sebenarnya... waktu Hadith belajar dekat UK, Hadith dah ada isteri, Adra Dhiya. Hadith telah rahsiakan pengetahuan ini dari semua orang" Hadith memberitahu.

Sekali lagi, mereka semua terkedu. Harith lantas bangun dan memandang tajam pada abangnya. Kalau sudah ada isteri, mengapa perlu Ammara menjadi isteri keduanya pula?

"Harith. Tolong dengar dulu apa aku nak cakap. Selepas itu, kau nak marah, marahlah. Aku tak halang" Hadith menghalang adiknya dari berbuat sesuatu.

Harith mendengar kata. Dia kembali duduk ke atas sofa.

"Kami suka satu sama lain dan terus kahwin. Hadith mengaku salah dan khilaf Hadith apabila ikut kawan Hadith pergi tempat haram dan melakukan dosa. Semenjak hari itu, Hadith langsung tak hiraukan dia. Walaupun banyak kali Hadith sakitkan dia, tetap dia ambil berat tentang Hadith. Pada malam dimana Hadith kehilangan dia dan anak kami buat selamanya. Dia kena langgar lari. Hadith pulang ke Malaysia untuk balas dendam kepada orang yang dah langgar isteri dan anak Hadith. Orang tu adalah Mak Abah Mara.

"Sejak kali pertama kali Hadith tengok Mara, Hadith rasa sesuatu. Yang pasti, rasa itu adalah cinta. Pada awalnya, niat Hadith hanya nak kahwin dengan dia untuk diseksa atas perbuatan Mak Abah dia tu. Tapi Hadith kalah dalam permainan Hadith sendiri. Sekarang, Mara dah mengandung anak Hadith. Hanya beberapa bulan lagi anak kami bakal lahir. Dan... Kami ada buat perjanjian. Masa tu, Mara ugut Hadith cuba nak gugur anak kami. Dia cakap, kalau Hadith tak cerai dia, dia akan gugurkan kandungan tu. Hadith terpaksa setuju apa dia cakap tu. Hadith terlalu sayangkan anak dan Mara. Selepas Mara lahir dan berpantang, kami akan bercerai" sekali lagi air mata berguguran jatuh.

Harith diam. Cuba untuk hadam luahan abangnya itu. Perasaan gembira, sedih, semua bercampur aduk. Kadang-kadang dia rasa itu mungkin kifarah untuk abangnya.

"Daddy, Mummy... Hadith minta ampun pada korang. Hadith anak tak berguna. Hadith dah banyak buat dosa belakang korang. Ampunkan Hadith" Hadith melutut di hadapan orang tuanya.

"Sudah Hadith. Kami dah lama maafkan kamu. Dalam satu masa, salah kami juga kerana terlalu pentingkan diri sampai kamu stress" Tuan Rahman berkata. Puan Halma mengangguk lama. Mereka memberikan senyuman.

Dia berpaling pada Haneesa dari tadi diam sahaja itu.

"Angah..." Hadith panggil. Dia menggengam erat kedua belah tangan adik tengahnya itu.

Haneesa tersentak dengan kelakuan Alongnya. Dia hanya biarkan sahaja dengan menunggu apa ingin diperkatakan.

"Maafkan Along. Aku tahu aku banyak buat salah pada kau. Maafkan aku lagi pada malam tu. Aku tak sengaja. Bukan niat aku macam tu. Aku terlalu ikut emosi sebab aku tak dapat Mara malam tu. Maafkan aku ya?" Hadith meminta maaf.

"Tak apa. Angah maafkan kau, long. Jangan ulangi perkara yang dah lepas" Haneesa membalas.

Hadith menghampiri adik bongsunya, Harith. Dipegang kedua kaki Harith dan merayu. Harith hanya biarkan sahaja. Langsung tiada niat ingin menepis atau pun tolak. Kini egonya terlalu tinggi.

"Aku merayu pada kau Harith. Kau orang paling aku buat salah. Sebab aku, kau yang kena. Ya, aku mengaku. Pasal Rania dan kawan kau, aku yang rosak. Aku tak suka kau bahagia. Aku cemburu pada kau Harith. Lebih cemburu adalah persahabatan kau. Mara sepatutnya layan aku seperti mana dia layan kau. Walaupun aku dapat dia, hati dia tak akan aku dapat sampai bila-bila. Aku tahu kau marahkan aku. Kau nak pukul? Pukulah! Aku sanggup kalau itu buat kau maafkan aku!" tangan Harith diambil lalu menampar pipinya.

Harith merentap kasar dan berdiri. Dia memberikan senyuman sinis dengan gaya peluk tubuh.

"Kau ingat, aku ada masa untuk layan drama kau ni, huh? Aku benci kau dari dulu lagi. Ya, kau tu abang aku. Aku pernah cakap, aku benci perangai kau. Apa sebab aku nak marah pada kau, adalah kawan aku. Mara tu langsung tak bersalah. Bersalahnya Mak Abah dia. Kau jangan jadikan dia sebagai mangsa keganasan kau! Ya aku tahu juga, aku tak ada ditempat kau. Dan kau tak ada ditempat aku. Masing-masing kita tak tahu apa dah kita alami selama ini.

"Kau tahu tak, hati aku ni penuh tersemat dendam. Aku malu ada abang pembunuh macam kau! Aku pernah berjanji dengan Mara, aku akan cari pembunuh tu, tapi pembunuh tu tinggal dengan aku! What the.... Aku tak nak cakap banyak. Kalau Mara dapat maafkan kau, aku juga akan maafkan kau. Maaf senang tapi lupa itu sangat susah. Aku happy sangat apabila Mara buat keputusan macam tu. Hidup dia lebih bahagia selepas keluar dari cengkaman kau tu. Anggap sahajalah semua ini ujian dan kifarah untuk kau sedar atas dosa-dosa kau tu" lantas Harith keluar dari rumah.

Hadith memandang pintu sudah tertutup rapat itu. Rasa sedar atas dosa-dosanya yang lalu. Dia pandang semula pada keluarganya dan senyum tipis.

"Sekali lagi Hadith minta maaf. Hadith balik dulu. Ada masa, Hadith datang lagi" sempat Hadith menyalami tangan orang tuanya sebelum beredar pergi. 

KORANG JANGANLAH KECAM AMMARA OKAY. KESIAN DIA... JUST STORY, NOT REALITI

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro