Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26

Asap rokok dihembuskan ke udara. Hadith mengeluh lemah. Matanya tertancap ke arah bangunan yang tinggi. Rasa sakit kepala pula sejak kebelakangan ini. Stress kerana terlalu fikirkan pasal perjanjian itu. Dia memandang Arfan sedang menghampirinya itu.

"Kau fikir apa?" Arfan meneka. Tengok keadaan kawannya itu, sudah dapat agak apa difikirkan.

"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Hadith hiraukan sahaja pertanyaan lelaki itu.

"Apa?" Arfan mencicip air dengan perlahan.

"Pasal kes langgar isteri aku" Hadith berkata.

Arfan tersentak. Dia berdehem kecil sambil membetulkan kedudukannya semula.

"Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal tu?" Arfan menyoal.

"Aku rasa macam tak mungkinlah orang tu yang langgar. Ata-"

"Habis itu kau nak cakap siapa. Aku? Aku siasat pun cukup memandai dah. Jangan sampai aku beritahu pasal isteri kau tu pada Mara. Menangis tak berlagu nanti!" Arfan mendengus kasar.

Hadith tercengeng. Dia mengerutkan dahi sambil memandang tepat mata Arfan.

"Asal kau pandang-pandang? Ada masalah ke? Betulah apa aku cakap" Arfan menjeling sekilas padanya.

"Macam mana kau tahu nama isteri aku, huh? Setahu aku, tak pernah beritahu nama dia pada kau. Nama Adra sahaja kau tahu kan?" kening kanan diangkat ke atas. Bibir sudah menguntumkan senyuman sinis.

"Ak-"

"Aku Hadith Dazyen okay. Ingat aku baik-baik. Kalau aku tahu kau tikam belakang aku, siap. Jangan sampai mayat kau ada dekat depan rumah Mak Ayah kau" ditepuk perlahan pipi Arfan. Hadith angkat punggung dan beredar dari situ.

"Kenapa dengan mulut kau ni, huh? Habis kantoi!" Arfan memarahi diri sendiri sambil menampar mulutnya dengan perlahan.

•••

TOK!

TOK!

TOK!

"Puan Mara, Tuan Hadith dah balik" Qaz beritahu padanya.

Ammara angguk sekilas dan menuju ke pintu utama. Dia menarik nafas seketika dan membuka. Hadith sedang bersandar dipintu itu dipandang sekilas.

"Awa-"

"Abang Baby..." cantas Hadith dengan laju.

"Abang dah balik?" terasa sesuatu tersekat dikerongkongnya apabila menyebut perkataan 'abang' secara paksa.

"Belum. Ini robot tengah bercakap dengan Baby" sengaja Hadith membuat lawak hambar ditengahari.

Ammara menjeling sekilas sebelum menyalami tangan suaminya penuh hormat. Dia tersentak tatkala Hadith mencium dahinya dengan lama. Ditolak lembut dada bidang lelaki itu.

"Abang dah cakap kan. Jangan nak halang apa abang nak buat. Baby kan isteri abang" Hadith menyimpul senyuman manis.

Diam.

Dia hanya menunduk sahaja. Malas mahu berbual panjang dengan lelaki itu. Hadith membongkok tubuh sedikit dan dekatkan muka pada perut Ammara. Diusap penuh lembut.

"Anak Baba dekat dalam ni elok-elok okay. Jangan buat Mama letih. Nanti Mama tak larat nak layan Baba masa balik. Semoga membesar dengan sihat ya anak Baba" Hadith mencium perut kempis itu.

Ammara melihat bicara Hadith itu sedikit sebanyak menggoyahkan egonya. Namun mengingati segala apa lelaki itu pernah lakukan pada dia dan juga keluarganya, membuat egonya semakin meninggi.

"Abang pergilah naik atas dan mandi dulu. Saya dah masak. Nanti abang turun, kita makan" Ammara mengarah.

"Okay Baby. Tunggu abang okay?" terus Hadith naik ke atas.

•••

"Sedapnya Baby masak! Baru hari ini abang rasa masakan Baby. Macam tahu-tahu sahaja tekak abang nak makan ayam masak merah kan? Kuat betul jodoh kita kan?" Hadith memuji. Dia tertawa kecil.

"Saya masak lauk kegeraman Harith. Bukan abang. Saya teringat dekat dia. Saya rin-" kata-kata Ammara terhenti tatkala dia sudah terlanjur bicara. Dia pandang sekilas pada Hadith.

Hadith berhenti daripada mengunyah. Dia mengukir senyuman tipis. Rasa cemburu turut ada bersama. Dia tidak mahu layan sangat rasa itu. Rasa itu nanti akan membawa kesakitan pada gadis itu. Laju sahaja dia menyuap nasi ke dalam mulut.

Ammara perasan perubahan wajah Hadith menelan liur. Rasa bersalah ada juga.

"Saya nak minta maaf. Saya tak patut bandingkan abang dengan Harith. Sekali lagi saya minta maaf kalau buat hati abang terguris. Saya tak sengaja" Ammara memohon maaf.

"Tak apa Baby. Abang dah cakap kan. Abang dah tak nak sakitkan Baby. Baby rindukan Harith?" Hadith bertanya.

Lambat-lambat kepala dianggukkan.

"Okay. Makanlah. Nanti tak sedap pula makan nasi sejuk" Hadith berkata.

•••

Harith keluar daripada perut kereta. Dia mengorak langkah ke pintu utama. Dia datang ke sini kerana abangnya telah memanggilnya. Rasa pelik juga dengan perangai abangnya sekarang ini. Sekejap syaitan, sekejap malaikat.

Belum sempat dia ingin menekan loceng, pintu sudah dibuka dari dalam. Hadith senyum kecil. Dia menghulurkan tangan pada adiknya. Harith menjongket kening ke atas dan berjabat tangan.

"Kau apa khabar?" Hadith bertanya.

"Baik sahaja. Sekejap, kau okay tak ni? Demam ke?" giliran Harith pula bertanya.

"Okay sahaja. Kau duduk dekat situ. Nanti aku datang" Hadith berkata. Dia menunding jari ke arah gazebo kayu.

Harith menuruti sahaja. Rasa pelik semakin kuat terhadap lelaki itu. Tak akan kena sampuk hantu baik kot?

Hadith menolak daun pintu dan meloloskan diri ke dalam. Dia mendekati Ammara sedang termenung itu. Diusap kepala itu berulang kali dan hidu aroma bunga rose. Membuatkan dia terlena seketika.

"Abang nak apa? Lepaslah!" Ammara menolak Hadith ke tepi. Dia cukup trauma perbuatan seperti itu.

"Tadi abang tanya Baby rindukan Harith kan?" soalan dari Ammara tadi dihiraukan.

"Ya. Kenapa?" Ammara bertanya.

"Harith dekat luar tu. Pergilah jumpa dia. Baby rindu nak borak dengan dia kan? Ingat, jangan cuba pula nak lari. Kalau tak, siap" Hadith berkata terselit sedikit amaran.

Ammara membulatkan matanya. Dia berdiri dan kerdipkan kelopak mata beberapa kali.

"Betul ke abang" Ammara bertanya bagi kepastian.

"Betul. Pergilah. Ingat pesan abang tu" Hadith menjawab.

"Thanks abang! Saya janji tak akan lari!" Ammara senyum sehingga menampakkan barisan gigi. Dia menghayungkan kaki ke arah tangga.

"Untuk kau, apa sahaja aku sanggup lakukan. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang lagi" Hadith bicara sendiri. Dia keluar dari bilik dan turun ke bawah.

Ammara berjalan perlahan dibelakang Harith. Dalam hati bilang 123 untuk kena kan kawannya itu.

"HARITH!" sergah Ammara.

"MAK!" Harith melatah. Dia menampar pada bahu Ammara sedikit kuat.

"Mara! Kau ni!" Harith memarahi kawannya itu.

Ammara tergelak kuat. Dia duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Ditatap lama wajah Harith. Jujur akui, dia sangat merinduikan.

"Aku rindu kau Harith. Dah semakin handsome aku tengok" Ammara memuji.

"Amboi kau puji. Si suami kau tu tak handsome ke?" Harith bertanya.

"Entah. Kau dah sihat ke? Aku selalu berdoa agar kau cepat sedar masa tu tahu tak?" Ammara membalas.

"Aku minta maaf pada kau, Mara. Kalau aku tak koma masa tu, kau tentu selamat. Aku dah cuba selamatkan kau dari sini, tapi... kau faham kan abang aku macam mana?" Harith berkata. Dia menunduk ke bawah.

"Sudahlah Harith. Kau tak perlu rasa bersalah sangat. Lagi pula tak lama nanti aku akan bebas juga" Ammara membalas.

Lantas Harith memandang ke arahnya. Meminta perjelasan.

"Maksud kau?" Harith bertanya.

"Kami dah buat perjanjian. Selepas aku bersalin dan berpantang, dia akan lepaskan aku. Itu sahaja perjanjian kami" Ammara memberitahu.

Lama Harith mendiamkan diri. Baru sekarang dia faham mengapa abangnya berubah begitu mendadak.

"Kau yakin dengan keputusan kau?" sekali lagi Harith bertanya.

"Yakin sekali. Memang ini aku nak. Dia dah bunuh Mak Abah aku tanpa sebab. Buat apa aku hiraukan perasaan dia? Kalau anak dia tak ada dalam perut ini, mesti aku kena lagi teruk. Kau tahu tak, setiap hari abang kau pukul aku macam nak mati! Aku dah lama sakit dengan dia tu. Nasib baik sekarang, dia dah berubah selepas aku ugut nak bunuh anak dia" Ammara bercerita segalanya.

"Okay Mara. Aku faham. Kalau itu yang terbaik untuk kau, aku sokong. Aku sentiasa ada di belakang kau" Harith berkata sambil senyum.

Banyak mereka bualkan sehingga waktu larut ke senja. Hadith berada ditingkap itu memerhati sahaja mereka berdua. Cemburu memang cemburu tapi andai membuatkan gadis itu kembali tersenyum, dia sanggup tahankan sahaja.

"Aku tahu bukan aku yang mampu bahagiakan kau. Hanya adik aku seorang sahaja boleh kembalikan senyuman kau. Aku janji akan baiki hubungan kita. Aku sayang kau separuh nyawa aku. Tidak akan aku lepaskan kerana kau hanya diseksa sementara, dicintai selamanya" Hadith menggumam. Dia melepaskan satu keluhan.

MASIH OKAY LAGI KE SETAKAT NI? SAYA RASA MACAM DAH SEMAKIN MEREPEK NI HAHAHA

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro