25
KLAK!
"AMMARA!"
Membuntang matanya tatkala sebaik sahaja menolak pintu bilik melihat isterinya sedang mengacu pisau pada perutnya. Dari mana datangnya pisau itu.
"Baby... Letak balik pisau tu dekat bawah" Hadith mengarah lembut.
"Tak. Saya tak nak ikut arahan awak tu, Hadith" Ammara menggeleng kepala.
Hadith meluru mendekati isterinya.
"Jangan dekat! Kalau tak, saya bunuh anak ni" Ammara mengugut.
Hadith terpaksa hentikan langkahnya dan mula merayu bersama air mata. Dia terlalu sayangkan kandungan itu.
"Tolong beritahu apa Baby nak. Abang janji akan tunaikan. Tolong jangan bunuh anak kita. Itu bukti cinta kita Baby" Hadith melutut bersama membuat rayuan.
Ammara tergelak kuat.
"Bukti cinta kita? Saya tak pernah cintakan awak Hadith! Awak yang paksa saya sampai mengandungkan anak awak. Selama saya berkahwin dengan awak, hanya kesakitan sahaja saya dapat. Cukup-cukuplah seksa saya" Ammara meluahkan rasa.
"Abang minta maaf Baby. Abang mengaku bersalah. Abang tak boleh kalau Baby nak lari dari abang. Abang terlalu sayangkan Baby. Maafkan perbuatan abang pada Baby selama ini" Hadith memohon maaf sambil mengalirkan air mata.
"Awak ingat saya boleh terpedaya dengan lakonan munafik awak tu ke Hadith?" Ammara berkata.
"Ini bukan lakonan Baby! Abang betul-betul menyesal! Abang minta maaf. Abang tak akan sakitkan Baby lagi. Tolong percayakan abang..." rintih Hadith.
"Baiklah. Awak boleh tunaikan apa sahaja permintaan saya?" Ammara bertanya.
Lambat-lambat Hadith mengangguk kepalanya. Hati berdebar-debar menantikan permintaan gadis itu walaupun sudah dapat agak.
"Lepaskan saya. Itu sahaja permintaan saya. Tolong tunaikan kalau awak betul-betul sayangkan saya" Ammara mengatakan permintaanya itu.
"Tak. Abang minta maaf. Abang tak boleh. Abang orang paling rugi lepaskan Baby" Hadith membalas.
"Okay fine!" pisau tadi diangkat ke atas.
"No! Abang tunaikan!" Hadith menghalang.
"Apa bukti awak?" Ammara menyoal untuk kepastian.
"Lepas Baby bersalin dan habis pantang, abang lepaskan Baby. Kita buat surat perjanjian" Hadith bersungguh-sungguh berkata.
Lantas pisau tadi dicampak ke arah lain. Dia merebahkan diri ke atas katil. Harap lelaki itu menunaikan permintaannya.
•••
Hadith menutup pintu bilik saat Ammara sudah tidur. Dia mengatur langkah ke bilik lain. Dia menghenyakkan punggung ke atas katil. Dihembus nafas lemah. Perjanjian tadi berlegar di dalam ingatan.
Lepas Baby bersalin dan habis pantang, abang lepaskan Baby. Kita buat surat perjanjian.
"Betul ke tak apa aku buat tu?" Hadith mengatup mata beberapa saat.
"Tapi aku tak sanggup kehilangan dia! Aku sayangkan dia. Tak akan aku nak lepaskan dia? Bersusah-payah aku nak dapatkan, sesenang macam tu sahaja aku nak lepaskan?" kali ini air mata seorang lelaki telah tumpas. Tumpas kerana seorang wanita dia cintai.
"Aku menyesal. Menyesal kerana buat dia sakit. Aku dah banyak buat dosa. Aku jejak kaki dekat kelab, aku minum arak, aku langgan pelacur. Dan... aku dah bunuh orang yang aku sayang. Tak! Bukan aku yang bunuh. Adra... Maafkan abang. Abang bersalah. Abang minta maaf" kepala ditunduk ke bawah. Kesal atas apa berlaku.
"Ammara Dahlia isteri aku, dan Adra Dhiya juga isteri aku. Aku tak nak anak aku meninggal buat kali ke dua. Aku akan baiki balik apa dah salah" Hadith mengesat air mata dan berdiri semula. Dengan waktu yang masih ada, dia akan selalu ada bersama Ammara.
•••
Hadith memimpin tangan Ammara untuk ke ruangan makan. Kerusi ditarik dan Ammara melabuhkan punggung. Dia melihat sekilas pada Hadith. Kelihatan mata sembab. Mungkin menangis, fikirnya.
"Baby nak makan?" Hadith bertanya. Bibir menyimpulkan senyuman paling manis.
"Tak nak. Sekarang mana surat perjanjian tu? Saya nak tengok" Ammara menukar topik.
"Kalau ya pun, makanlah dulu. Nanti perut masuk angin. Ingat sikit yang Baby tu tengah mengandung. Makan sedikit ya?" Hadith memujuk.
"Tunjuk surat tu dulu. Baru saya makan" Ammara berkata.
Hadith senyum tipis. Dia berpaling pada Qaz dan anggukkan kepala. Qaz menghampiri mereka dan menghulurkan sebuah fail.
"Ini surat perjanjian kita. Abang nak Baby ikut syarat abang tetap dalam kertas tu" Hadith menghulurkan fail tersebut.
Matanya membaca satu persatu butiran dalam kertas itu.
"Mesti kena panggil abang"
"Ikut semua arahan abang beri atau pun minta"
"Buat kerja seorang isteri seperti memasak, mengemas dan menyambut suami saat dia pulang"
"Patuhi semua syarat ditetapkan. Tiada bantahan"
Dia memandang semula ke arah Hadith. Hadith hanya memberikan senyuman sambil makan.
"Apa awak merepek ni, Hadith?" Ammara menyoal.
"Merepek apa pula ni? Ikut sahaja syarat abang tulis dalam tu. Empat sahaja abang tulis tu. Itu kalau Baby nak abang lepaslah. Abang tak paksa pun. Tak nak ikut pun, abang lagi suka. Bolehlah kita hidup berkeluarga selepas ini" Hadith membalas.
"Awak mem-"
"Abang" cantas Hadith dengan laju. Dalam hati sudah mahu ketawa terbahak-bahak.
"Abang memang sengaja buat syarat tak masuk akal tu kan?" terpaksa Ammara memanggil Hadith dengan panggilan baharu.
"Abang tak sengaja pun. Itu memang kerja seorang isteri kan? Ikut sahajalah" Hadith senyum menyenget padanya dan menyambung makan.
Ammara terus mengambil dua keping roti bersama susu suam. Dalam hati sudah mengutuk lelaki itu.
Qaz dan Araz saling berpandangan. Masing-masing mengangkat bahu dan menghadap ke hadapan. Semalam bergaduh, hari ini berbaik pula.
•••
Haneesa menuruni tangga dan menghampiri adik bongsunya itu. Terlihat lelaki itu sangat mengelamun jauh. Mungkin berfikir tentang Ammara.
"Harith..." Haneesa menegur.
Lantas Harith berpandang ke tepi dan betulkan kedudukannya semula. Dia memberikan senyuman kecil.
"Kau fikir pasal Mara?" Haneesa meneka.
"Ya. Aku fikirkan pasal Mara. Sampai sekarang aku rasa bersalah pada dia. Kalau aku tak koma masa tu, mesti dia dah terselamat daripada Hadith" Harith melihat ke arah awanan. Merindui saat mereka berkawan rapat seketika dahulu.
"Kau dah try Harith. Dah nak buat macam mana lagi. Memang jodoh dia orang kan? Siapa kita nak halang. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka berdua" Haneesa berkata.
Harith anggukkan kepalanya. Dia senyum tipis pada kakaknya.
"Angah, kau nak tahu sesuatu tak? Aku tak tahulah berita ni gembira ke tak" Harith menunggu balasan Haneesa.
"Apa? Kau dah nak kahwin ke?" Haneesa meneka.
Harith tergelak kuat. Apa kakaknya sedang merepek.
"Dia orang dah nak dapat anak. 3 minggu dah kandungan dia" Harith memberitahu.
"Siapa? Along dengan Mara ke?" Haneesa bertanya.
PAP!
"Kau dah kenapa Angah? Mara dengan Hadithlah. Ke kita ada abang lagi?" Harith menampar bahu Haneesa. Geram kerana blur nya itu.
"Aku blur tadi. Alhamduliah. Rezeki dia orang. Harap kehadiran anak mereka dapat mengubah Along tu" Haneesa berkata.
"Aku harap begitulah" Harith menyokong.
"Eh, kau nak tahu tak?" giliran Haneesa pula bertanya.
"Naklah. Apa?" Harith menjawab.
"Aku pun tengah mengandung anak sedara kau ni. Sebulan lebih dah ni" Haneesa mengusap perutnya masih kempis itu.
"Seriuslah? Ayden baru masuk 9 bulan, dah nak dapat adik? Tahniah Angah. Aku seorang sahaja belum jumpa pasangan" Harith tergelak kecil.
"Aku selalu doakan untuk kau Harith. Trust me, kau akan dapat jodoh yang sepadan dengan kau" Haneesa memberi kata semangat buat adiknya itu.
TADAA! TERKEJUT TAK PASAL HADITH BERISTERI DUA? HAHA BTW, DAH TAK ADA KES PUKUL LAGI. SAYA PUN DAH PENAT BUAT DORANG GADUH HAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro