24
Tubuh kecil milik Ammara diletak ke atas katil penuh berhati-hati. Dia menolak pipi Hadith dengan kasar saat lelaki itu mendekatkan muka. Dia menjeling sekilas dan jauhkan sedikit jarak mereka.
Hadith tergelak kecil tatkala isterinya berbuat begitu. Rasa lucu dan comel kelakuan gadis itu. Punggung dilabuhkan ke atas katil sambil menatap wajah cantik itu. Walaupun tidak mengenakan mekaup, tetap cantik dan berseri. Nampaknya seri ibu mengandung sudah datang.
"Baby nak makan apa tak? Ada mengidam apa-apa ke?" Hadith menyoal.
"Tak ada. Kandungan ni baru lagi. Tak perlu ambil berat sangatlah" Ammara membalas. Dia mengalih pandangan ke arah lain.
Hadith mengepal penumbuk. Mahu sahaja dia belasah isterinya sampai lunyai, tetapi mengingati keadaan tengah memgandung membuat dia berhati-hati dan bersabar.
"Baby... Jangan buat abang macam ni. Abang tak suka. Kalau abang tanya sesuatu, tolong jawab dengan beradap. Abang tengah bersabar dengan Baby ni. Jangan cabar kesabaran abang" Hadith berkata.
Ammara memandang wajah Hadith dan senyum sinis. Rasa kelakar lelaki itu berkata begitu.
"Abang? Heh?" sebelah kening diangkat ke atas.
Tajam sahaja pandangan Hadith padanya. Rasa geram bercampur marah.
"Sejak bila awak bahaskan diri awak tu abang? Tak ingat, sebab ni kan? Kalau dia tak wujud, memang dah lama saya kena belasah dengan awak kan? Tak perlu berlakon depan sayalah Hadith. Jangan nak mulakan lakonan munafik awak tu!" Ammara mengherdik.
Kali ini tahap kesabaran Hadith semakin nipis.
"Kau dah kenapa? Saja cari pasal!" dicengkam lengan Ammara dengan kuat.
"Ini baru suami saya. Tadi tu bukan. Betulah saya cakap kan? Awak berbuat begitu sebab kandungan ni kan?" ditunjuk perutnya masih kempis itu.
"Bukan!"
"Penipu!"
"Ya! Memang aku buat macam tu sebab aku nak kan anak tu! Tolonglah faham apa kehendak aku, Mara! Aku cuma nak kebahagiaan bersama kau!" Hadith meluah rasa.
"Kebahagiaan? Saya tak pernah impikan kebahagiaan bersama awak Hadith. Saya langsung tak pernah kenal awak. Tapi awak datang bunuh Mak Abah saya. Lepas tu sekarang awak pula yang seksa saya. Kenapa awak tak bunuh saya juga?" dengan sinis sekali Ammara berbicara.
"Aku tak akan bunuh orang yang aku sayang. Kau tetap selamanya berada dalam hati aku, Ammara Dahlia" Hadith senyum kecil.
"Dasar penipu dan munafik! Saya sebagai isteri awak, sangat malu ada suami berperangai syaitan macam awak ni Hadith Dazyen! Kenapa jodoh saya bukan Harith? Dia tu selalu faham saya!" Ammara menengking.
Seusai sahaja nama Harith dipetik, lantas dia menampar kuat pipi isterinya. Dia cemburu dengan adiknya itu. Lelaki itu langsung tak layak dibanding dengan dia!
"Kau jangan sebut nama Harith! Aku benci dia! Dia tak layak nak bandingkan dengan aku yang punyai segalanya!" Hadith pula membalas tengkingan dari Ammara.
"Ya, awak punyai segalanya. Tapi satu sahaja awak tak ada Hadith. Iaitu kesabaran. Awak orang paling tak bersabar. Saya bandingkan sedikit sahaja awak dah nak melenting! Kalau begini tiada gunanya kalau saya mengandungkan anak awak!" Ammara memukul perutnya dengan kuat.
Membulat mata Hadith melihat isterinya bertindak begitu. Lantas kedua belah tangan Ammara dipegang.
"Tolong jangan apa-apakan anak aku. Aku sayangkan anak kita. Tolong berhenti. Kau nak bandingkan Harith dengan aku teruskan. Aku langsung tak marah" Hadith cuba menenangkan Ammara.
Ammara menangis teresak di dalam dakapan Hadith.
•••
FLASHBACK
Tuan Rahman menahan Hadith daripada keluar. Dia berpeluk tubuh sambil melihat anak sulongnya itu dari atas hingga bawah.
"Kamu nak pergi mana ni, Hadith?" Tuan Rahman bertanya.
"Hadith nak keluar sekejap. Nak pergi main bola dengan kawan" Hadith menjawab. Dia ketika itu berumur 13 tahun. Sekali sekala mahu melepaskan stress.
"Tak boleh. Daddy tak izinkan. Kamu pergi masuk bilik sekarang. Pergi buat kerja sekolah" Tuan Rahman mengarah.
"Tapi Daddy... Sekejap sahaja Hadith nak keluar. Hadith dah janji dengan kawan-kawan nak main bola sama-sama" Hadith cuba memujuk Daddy lagi.
"Bola dengan belajar, mana lagi penting, huh? Daddy nak kamu jadi orang yang berguna Hadith. Jangan nak membantah. Sekarang pergi naik atas dan buat kerja sekolah!" Tuan Rahman menegas.
Hadith menunduk kepala ke bawah dan naik tangga kembali. Rasa dendam mula muncul.
'Selalu tak boleh keluar. Asyik belajar, belajar, dan belajar! Tak akan nak hilangkan stress pun tak boleh?' omel Hadith dalam hati.
ENDFLASHBACK
"Maafkan Daddy, Hadith. Daddy tahu semuanya salah Daddy. Daddy cuma nak kamu menjadi orang yang berjaya. Tapi... cara Daddy yang salah. Daddy terlalu kongkong kamu sampai buat kamu jadi stress" Tuan Rahman berbicara sendiri.
Rasa kesal dalam diri kerana gagal mendidik anak-anaknya. Namun semua itu sudah terlambat. Nasi dah jadi bubur.
•••
TOK!
TOK!
TOK!
Pintu dibuka dari dalam. Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa yang keluar. Mungkin anak buah kepada abangnya, fikir Harith.
"Aku nak jumpa dengan Hadith" Harith berkata.
"Maaf. Tuan Hadith tak nak sesiapa yang jumpa dia" Qaz membalas.
Harith berdecit kasar. Tanpa berkata apa-apa, terus dia melanggar tubuh Qaz dan masuk ke dalam rumah.
"HADITH! KELUAR KAU SEKARANG!" Harith berteriak kencang.
"WOI!" Qaz menarik lengan Harith untuk keluar.
"Lepaslah bodoh! Aku nak jumpa dengan abang akulah!" Harith cuba merungkai pegangan itu.
"Lepaskan dia, Qaz. Kau boleh pergi" Hadith mengarah. Dia menuruni anak tangga satu persatu.
Lantas Qaz melepaskan pegangan itu dan beredar pergi. Harith menunggu sahaja abangnya menghampirinya.
"Datang sini nak apa? Nak cari gaduh? Pergi balik sekarang. Aku tak ada masa" Hadith meneka. Dia melabuhkan punggung ke atas sofa lalu menyilang kaki.
"Aku datang sini tak nak cari gaduh. Tapi nak berbincang dengan kau, Hadith" Harith berkata.
"Okay. Silakan duduk adikku sayang" Hadith membuat isyarat supaya duduk dengan senyuman sinis.
"Lepaskan Mara. Aku mengaku, aku selalu mengintip kau. Aku tak boleh terima kau buat pada Mara tempoh hari yang lalu. Tolong jangan sakitkan dia" Harith memandang lunak ke dalam anak mata Hadith.
Hadith menggeleng secara perlahan. Dia orang paling bodoh melepaskan gadis itu. Tambah lagi sedang mengandungkan anak dia.
"Aku tak akan lepaskan orang yang aku sayang. Aku tahu apa aku buat Harith. Aku pun dah penat nak gaduh dengan kau. Sekarang aku nak fokus pada kandungan Mara. Dia mengandung 3 minggu dah. Tak lama nanti kau akan jadi Pak Su" Hadith membalas dengan nada biasa. Sudah malas dia membuat pergaduhan lagi.
Harith terkaku di situ. Dia mendiamkan diri sahaja.
"Okay baiklah. Aku tak intip kau atau masuk campur urusan dalam rumahtangga kau lagi. Tapi dengan satu syarat. Tolong jaga Mara dan anak kau baik-baik. Kalau kau mungkiri syarat tu, aku tak terangak nak hancurkan rumahtangga kau" Harith memberi amaran.
"Okay" Hadith anggukkan kepala dengan senyum nipis.
Harith kembali berdiri tegak dan beredar pergi dari situ.
Dia angkat punggung dan naik tangga untuk menuju ke bilik. Satu keluhan dilepaskan.
KLAK!
"AMMARA!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro