Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

23

5 BULAN BERLALU...

"AMMARA! Run! Don't let me get you baby!" Hadith berteriak kencang sambil mengejar langkah Ammara di dalam hutan.

Dia menghiraukan kata-kata Hadith. Dia melajukan lagi lariannya. Ke kiri, hutan. Ke kanan juga, hutan. Mana lagi dia mahu lari!

Sepohon pokok besar menjadi pilihannya untuk bersembunyi daripada suami durjana. Dada naik turun menghirup udara.

Hadith dan beberapa anak buahnya berhenti di tengah hutan. Matanya meliar memandang sekeliling. Cuba mengidu tempat bersembunyi gadis pujaan.

"Baby... Keluar sekarang. Aku janji tak akan sakiti kau" Hadith berkata dengan lagak psiko. Dia mengeluarkan pistol kesayangan.

Laju Ammara menggeleng kepala sambil menekup mulut dari berteriak. Air mata jatuh membasahi pipi.

"AKU CAKAP KELUAR, KELUARLAH BODOH!"

BANG!

BANG!

BANG!

Beberapa das tembakan dilepaskan ke udara. Rasa marah membuak-buak dalam diri. Kedegilan si gadis itu membuat dia mahu gila.

"Tuan..." anak buahnya memanggil.

"Puan Ammara dekat situ" ditunding jari pada pokok besar itu.

Lantas Hadith meletak jari pada bibirnya, tanda diam. Dia mengukir senyuman sinis dan menghampiri.

"ERGH!" Ammara mengerang kesakitan tatkala rambutnya dicengkam kuat.

"Bodoh! Aku dah cakap tadi kan? Lari! Jangan sampai aku dapat kau!" Hadith menguatkan lagi cengkaman tersebut.

"Awak jahat Hadith! Saya benci awak!" Ammara menengking lantang.

PANG!

Dia terjatuh ke atas tanah sambil memegang pipi ditampar tadi. Rasa perit sakit semua ada.

"HEI!" ditarik rambut Ammara supaya mendongak ke arahnya.

"Aku memang jahat. Aku jadi macam ni sebab kau! Perangai kau penyebab aku jadi jahat! Siapa suruh kau lari,huh!" ditampar lagi pipi Ammara.

Tubuh kecil itu diangkat diletak ke atas bahu dan berlalu pergi ke rumahnya semula. Rotaan daripada Ammara langsung tidak menganggunya.

Harith bersembunyi jauh dari pandangan mereka itu menggengam penumbuk. Rasa amarah berlegak dalam hati.

"Kau pukul dia macam tu sahaja Hadith? Kau memang gila abang. Memang gila! Mara, maafkan aku. Aku akan terus cuba untuk selamatkan kau dari abang aku" Harith berkata sambil memikirkan cara bagaimana mahu membebaskan gadis itu.

Seusai sahaja tiba di bilik, terus tubuh Ammara dicampak ke dinding. Dipukul tanpa belas kasihan. Tidak cukup dengan itu, tali pinggang pula menjadi sasaran untuk melibas belakangnya. Dalam hati hanya mampu berdoa agar nyawanya ditarik supaya dia dapat untuk bebas daripada lelaki ini.

Selama 5 bulan mereka tinggal bersama, tidak pernah sekali dia tidak merasakan sakit. Kesakitanlah menjadi temannya. Sudah banyak kali dia cuba lari, namun tidak berjaya juga. Itu semua hanya memakan dirinya sahaja.

"Kau memang betul-betul degil kan? Aku dah cakap. Jangan nak lari, jangan nak larilah! Aku suami kau sampai bila-bila! Dasar isteri tak guna!" lengan Ammara ditarik lalu hempas ke atas katil.

Ammara hanya mampu menangis sahaja. Mahu melawan sudah kehabisan tenaga. Mampu berserah sahaja.

•••

"Aku nak kau betul-betul jaga bilik ni. Jangan sampai dia lari lagi. Kalau tak, kau jadi mangsa!" sempat Hadith memberi ugutan pada anak buahnya dan berlalu pergi.

"Kau rasa perempuan tu hidup ke dah mati?" Araz menyiku lengan Qaz.

"Entah. Malas aku nak fikir. Itu rumahtangga dia orang, pandai-pandailah" Qaz membalas. Dulu dia seorang yang menjaga bilik itu, disebabkan gadis itu selalu mahu lari, Hadith telah menambah seorang lagi untuk menjaga.

TOK!

"Tolong..." sayup sahaja kedengaran suara Ammara.

Mereka saling berpandangan. Masing-masing diam.

"Buka pintu ni... Saya mohon sangat... Sakit..." Ammara bersandar pada pintu itu terus merayu.

"Apa kita nak buat?" Araz bertanya.

"Biarkan sahaja. Mungkin itu helahan dia nak lari lagi. Kita jangan jadi bodoh sangat" Qaz menjawab.

Araz mengangguk sekilas lalu tunduk kepala ke bawah. Matanya membuntang dengan menelan liur. Terus ditampar beberapa kali pada lengan Qaz.

"Apa?" marah Qaz.

"Dddd....aaa.a..rrrr...aaaaa...hhh" tergagap-gagap Araz menyatakan. Sudahlah dia seorang yang mabuk darah.

KLAK!

Lantas pintu bilik dibuka dan melihat darah yang keluar daripada hujung bibir dan bahagian bawah. Di tepuk beberapa kali pipi gadis itu.

"Tolong bawa saya ke hospital sekarang..." Ammara menutup mata dan akhirnya pengsan.

Mereka gelabah. Lagi-lagi bahagian bawah Ammara mengeluarkan banyak darah.

"Kita bawa dia pergi hospital!" Qaz berkata. Dia mengangkat tubuh kecil itu dan menuruni anak tangga dengan laju.

•••

Sebaik sahaja menerima panggilan daripada anak buahnya, terus bergegas dia ke hospital. Rasa menyesal pun ada. Dia mengecilkan mata lalu menghampiri anak buahnya.

"Apa dah jadi dekat isteri aku?" Hadith menyoal tegas.

"Tadi saya nampak darah keluar dari bawah pintu. Saya nampak Puan Mara dah terbaring pengsan. Sebab itulah saya bawa dia ke hospital" Qaz membalas.

"Kau ni pun satu! Apa aku nak jawab dekat pihak hospital nanti kalau dia orang tanya pasal lebam dan darah tu semua, huh? Lain kali beritahu pada aku dahulu sebelum membuat sebarang keputusan!" Hadith mengherdik.

"Maafkan kami Tuan. Tuan terlalu panik tadi" Qaz memohon maaf.

"Dahlah!" Hadith melabuhkan punggung ke atas kerusi.

Tidak lama kemudian, pintu dibuka dari dalam. Kelihatan seorang Doktor sedang menghampiri mereka.

"Siapa suami Puan Ammara Dahlia?" Doktor lelaki itu bertanya.

"Aku. Kenapa dengan isteri aku, huh?" Hadith menjawab.

"Sebelum itu, saya nak tanya sikit. Kalau boleh tahu, kenapa ada kesan lebam pada badan Puan Ammara?" sekali lagi doktor itu bertanya.

Hadith berdecit kasar. Terus kolar leher doktor dicengkam.

"Aku tanya, kenapa dengan isteri aku. Bukan suruh kau tanya aku pasal lebam tu! Itu isteri aku bodoh! Lantak akulah nak buat apa pun!" Hadith menengking.

"Okay baiklah. Lepaskan saya" Doktor itu meminta Hadith supaya melepaskan cengkaman itu.

Dia melepaskan cengkaman itu dengan kasar dan memandang tajam.

"Isteri Tuan memerlukan rehat yang cukup. Dia kehilangan banyak darah. Nasib baik Tuan sempat bawa Puan Ammara datang cepat. Kalau tak, kandungan dia tidak dapat diselamatkan" ujar doktor itu.

Hadith tergamam seketika. Adakah dia tersalah dengar?

"Apa kau cakap? Isteri aku mengandung?" Hadith bertanya lagi untuk kepastian.

"Ya betul. Sudah 3 minggu Puan Ammara mengandung. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu" terus doktor lelaki itu beredar pergi.

"Aku dah nak dapat anak? Dengan Baby?" riak wajah Hadith bertukar teruja dengan tergelak kecil. Kaki mengorak langkah ke pintu Wad dan meloloskan diri ke dalam.

Dia menghampiri Ammara terbaring kaku di atas katil. Diusap penuh lembut kepalanya dan cium pada dahi dengan lama.

"Tak lama nanti, kita akan jadi Mama dengan Baba tau. Abang janji akan jaga Baby dan anak kita. Love you so much Baby" Hadith menggengam erat tangan Ammara.

Matanya melihat kesan lebam pada hujung bibir dan juga lengan Ammara. Dia menggeleng laju.

"Maafkan abang. Abang janji akan sembuhkan Baby. Abang tak akan sakitkan Baby lagi" tangan naik mengusap perut masih kempis itu pula.


YES AMMARA DAH MENGANDUNG! HARITH MAMPU KE NAK SELAMATKAN AMMARA DARI HADITH? NAK DORANG BERBAIK KE?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro