22
TOK!
TOK!
TOK!
"HEI! Bukalah pintu ni bodoh!" Hadith mengetuk pintu rumahnya dengan kuat.
"Sabarlah. Kau ni dah kenapa Hadith? Tak boleh bersabar ke?" Arfan mengemaskan lagi pegangan pada lengan Hadith.
"Kau diamlah!" ditolak kuat dada Arfan supaya menjauh daripadanya.
"Kau tu mabuk! Kalau aku biarkan, tak silap hari bulan arwah dah kau" Arfan memarahi.
Hadith menggosok kasar telinganya dan menjeling sekilas.
"Hoi! Pekak ke apa?" Hadith teriak lagi.
Mak Cik Yah membuka pintu dari dalam. Dia mengeluh lemah. Beginilah bosnya. Selalu balik lewat malam dan mabuk. Arfan memapah Hadith masuk ke dalam. Diletak tubuh itu di atas sofa.
"Mak Cik, mana bilik Hadith?" Arfan bertanya.
"De-"
"Tak perlu! Aku boleh naik sendiri. Kau pergi balik sekarang" Hadith memicit pelipis dengan lembut.
Arfan mengangguk dan sempat mengerling sekilas ke atas. Terlihat seorang lelaki bertubuh sasa sedang menjaga pintu. Dia agak itu bilik ditempatkan oleh Ammara.
"Tuan nak apa-apa ke?" Mak Cik Yah menyoal.
"Tak ada. Kau pergi sekarang" Hadith membalas. Dia berjalan huyang-hayang untuk naik tangga.
"Kau pergi. Esok kau datang balik" Hadith mengarah. Lelaki itu angguk kepala dan beredar pergi.
BAM!
Terhinjut kedua belah bahu Ammara ke atas. Dia menelan liur tatkala melihat keadaan Hadith seperti itu. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Kain selimut ditarik hingga paras bahu.
"Baby!" terus Hadith menarik kain selimut lalu campak ke tepi. Dia tersenyum sinis.
"Awak nak apa? Pergi!" ditunding jari tepat ke arah Hadith.
"Kau siapa nak arah aku pergi, huh?" Hadith merangkak naik ke atas dengan lagak psiko.
Ammara mula cemas dan mengesot ke belakang namun hampa apabila dirinya sudah merapati pada dinding.
"Aku tanya kan! Asal kau tak jawab!" Hadith mencengkam dagu Ammara.
"Tolong jangan buat macam ni, Hadith. Saya merayu. Pergilah!" Ammara merayu bersama esakkan.
PANG!
"Kau isteri aku, Mara! Apa sahaja aku nak kau kena tunaikan" Hadith menengking lantang.
"Awak tamparlah banyak mana sekali pun, tapi tolonglah jangan buat apa-apa pada saya. Sakit..." Ammara merintih.
Sedikit pun tidak menggoyahkan hatinya untuk belas kasihan pada gadis itu. Hanya rasa seronok dalam diri tatkala dia merayu seperti itu. Dia mendekatkan muka mereka.
"Kau tahu tak, apa hukum kalau tak tunai permintaan suami? Besar dosanya. Kalau tak nak jadi isteri derhaka, kena dengarlah cakap suami" terus bibir kemerahan itu menjadi sasarannya.
'Harith... Tolonglah datang selamatkan aku dari abang durjana kau ni. Aku dah tak sanggup bila diperlakukan macam ni ' kata Ammara dalam hati.
•••
Harith menghenyakkan punggung ke atas katil. Dia membuang topi dan baringkan tubuh. Rasa tidak percaya pun ada. Adakah betul apa abangnya katakan itu?
"Apa kau cakap, Hadith? Rania terhegeh dekat kau?" setitis demi setitis air mata jatuh. Dia menekup muka. Rania Elisha, gadis dia paling cintai seketika dulu telah menipunya.
Laju dia menggeleng kepala dan mengesat air mata tersebut. Tajam dia pandang siling berwarna putih itu.
"Aku kena lupakan Rania. Sekarang aku kena fokus pada Ammara. Aku harus bebaskan dia daripada Hadith. Sampai bila-bila pun benda ni tak akan selesai kalau aku berterusan begini" Harith mengangguk kepalanya pula.
"Hadith... Kau akan menyesal atas perbuatan kau tu. Aku akan balas dendam untuk Ammara dan kawan aku pernah kau aniaya. Waktu tu tak lama pun" Harith mengukir senyuman sinis.
•••
Hadith keluar daripada lif lalu menuju ke arah biliknya. Dengan riak wajah dengan dingin membuat perkerjanya gerun.
"Tuan!" Mimi menahan bosnya dari pergi.
Hadith berdecit halus dan memusing ke belakang. Tunggu apa yang ingin diperkatakan.
"Encik Harith menunggu Tuan dalam bilik. Saya minta maaf, saya dah halang. Tetapi dia berkeras nak masuk juga" Mimi berkata.
"It's okay. Kau boleh pergi" Hadith membalas.
"Hidup lagi kau ya. Menyusahkan aku sahaja" laju langkahnya menuju ke bilik.
KLAK!
"Ka-"
BUK!
BUK!
BUK!
"ERGH!" Hadith memegang rahangnya sambil mengerang kesakitan. Tangan dikepal penumbuk dan berdiri tegak.
"Sakit? Hati aku lagi sakitlah bodoh!" Harith menolak bahunya.
Hadith tergelak sinis. Dia mendekati jarak mereka.
"Kau sakit sebab aku berjaya kahwin dengan Mara kan?" Hadith meneka.
"Apa kau nak sebenarnya Hadith? Kau dah melampau tahu tak? Kau nak jadi apa ni? Kau dah paksa Mara kahwin dengan kau. Sekarang kau ugut Mummy Daddy pula?" Harith menyoal.
Hadith mengangkat sebelah kening ke atas. Dia berjalan menghampiri sofa dan labuh di situ. Dia menyilang kaki.
"Satu saja aku nak. Ammara dan kebahagiaan" Hadith membalas ringkas.
"Ya, kau dulu yang jumpa dengan Mara. Tapi kenapa kau bunuh Mak Abah dia. Apa salah dorang pada kau. Kebahagiaan apa kau nak? Kebahagiaan atas penderitaan orang lain?" Harith bertanya.
Dia menguling mata ke atas. Menyampah dengan soalan begitu.
"Dekat rumah soalan sama, dekat sini pun sama? Tak ada soalan lain ke apa! Telinga aku boleh bernanah tau disebabkan soalan tu! Kau tak perlu masuk campurlah dalam urusan aku Harith. Kau tak tahu apa-apa. Aku tahulah apa aku buat" Hadith mengherdik.
"Jangan sampai aku buat report polis!" Harith mengugut.
PAK!
PAK!
PAK!
"Polis dengan duit. Kau rasa yang mana akan menang?" sengaja Hadith berkata begitu.
Harith diam. Ya memang benar, duit segalanya. Dia sendiri tidak menafikan bahawa abangnya itu ada segalanya.
"Abang, aku minta tolong sangat. Lepaskan Mara. Aku tahu, sekarang kau tengah seksa dia kan? Sebab dia selalu banding aku dengan kau. Kalau betul kau sayangkan dia. Tolong berubah sikap baran dan syaitan kau tu. Kau dah besar. Kau dah kahwin dengan dia tapi apa kau dah buat belakang dia, huh? Kau tetap juga langgan pelacur dekat kelab tu. Asal tak langgan Rania sahaja? Dia kan terhegeh-hegeh dekat kau" Harith menasihati Hadith sambil terselit perli.
Tajam sahaja Hadith memandang wajah adik bongsunya itu. Rasa curiga datang secara tiba-tiba.
"Kau ikut aku? Tak puas lagi ke aku belasah kau malam tu? Nak lagi" rasa geram terhadap lelaki itu. Apa sahaja dia mahu buat, selalu sahaja ada yang menghalang. Boleh naik gila dia kalau begini.
"Ya. Aku mengaku. Aku ikut kau pergi kelab semalam. Perangai kau memang langsung tak berubah kan? Macam mana Mara nak terima kau, sedangkan perangai munafik kau tu masih ada!" Harith berkata.
"Aku nak kau berambus dari Syarikat aku sekarang! Jangan pernah jejak lagi kaki kau dekat sini. Faham?" Hadith menghalau.
"Ingat Hadith. Kalau terjadi apa-apa dekat Mara, aku tak akan maafkan kau. Jangan sampai kau merayu dekat aku nanti" Harith sempat memberi amaran sebelum keluar dari bilik itu.
KRING!
Lantas panggilan diangkat.
"Tuan, Puan Mara cuba melarikan diri" orang suruhannya berkata.
"Apa? Kau buat kerja macam mana bodoh? Kau dah dapat dia ke belum?" Hadith bertanya.
"Saya dah kurung dia dalam bilik" lelaki itu membalas.
"Aku balik sekarang" Hadith memutuskan talian.
TIT!
"Perempuan ni satu! Suka mencabar aku!" Hadith mendengus geram.
•••
Ammara menangis teresak. Dia tahu apa bakal menimpa ke atasnya nanti. Dia hanya mahu kebebasan dari lelaki itu. Luka pada bahagian kaki diendahkan. Kedua belah tangan diikat menggunakan tali.
BAM!
"AMMARA!" Hadith berteriak kencang.
Dia menunduk ke bawah. Rasa gerun, takut, seram semua ada.
"Kau nak lari mana, hah!" kepala Ammara mendongak memandangnya.
"Ttt...tlloo..ng.. mmm..aaaa..fff.. sss..aaa...yyyy...aaaa" Ammara menutur dengan tersekat-sekat.
"Kali ni kau memang dah melampau Mara! Kau tengok kesan lebam dekat sini. Kau nak tahu siapa buat?" Hadith menunjukkan kesan lebam pada rahangnya.
"Kawan sehidup semati kau tulah! Dia tu memang adik tak berguna!" amuk Hadith.
Ammara tersentak. Bermakna lelaki itu sudah sedar. Dia mengucap bersyukur dalam hati.
"Kau fikir apa? Fikir dapat keluar daripada sini, heh! Jangan pernah beranganlah! Dia tak akan dapat selamatkan kau" terus kepala Ammara dihentak pada dinding hingga pengsan. Darah mula mengalir.
Sebaik sahaja melihat darah, Hadith terus sedar dari marahnya itu. Kepala Ammara diangkat lalu diletak di atas paha.
"Baby... Bangunlah! Jangan buat aku macam ni" digerak tubuh itu supaya bangun. Namun sedikit pun tidak memberi kesan.
"Qaz!" Hadith memanggil.
Lelaki bertubuh sasa itu telah masuk ke dalam.
"Sediakan kereta! Kita pergi hospital sekarang!" Hadith mengarah. Dia mencempung Ammara dan keluar dari bilik itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro