21
Hadith melepaskan kepala Ammara dengan kasar lalu bersandar belakang dinding. Dia meraup muka banyak kali.
"Mara. Satu sahaja aku minta dari kau. Tolong jangan buat aku marah. Aku tak ada niat pun nak sakitkan kau, tapi kau yang paksa aku! Salah ke aku nak cintakan kau, huh? Apa hebatnya Harith? Apa kurangnya aku?" Hadith bertanya.
Ammara mengusap pipinya yang sakit itu dan pandang kosong pada Hadith.
"Perlu ke bandingkan diri awak dengan Harith? Korang langsung tak sama! Awak jahat, Harith baik! Dia faham saya. Sedangkan awak? Saya tinggikan suara sedikit, terus awak belasah saya sampai awak puas" Ammara membalas.
Jeda.
"Aku mohon sangat-sangat pada kau. Beri aku satu peluang untuk buktikan cinta aku pada kau" Hadith menghampiri Ammara lalu mengenggam tangan dengan erat.
"Lepaslah! Sampai mati pun, saya tak pernah beri peluang tu. Jangan harap saya dapat terima pembunuh macam awak ni!" Ammara memberontak.
"Okay fine! Kau tak nak sangat beri peluang tu kan? Mulai hari ni, aku tak akan berlembut lagi dengan kau Ammara! Kau nak kenal sangat aku siapa kan?" Hadith terus memukul Ammara tanpa belas kasihan.
Ammara redha. Dia lebih memilih kesakitan daripada harus mencintai lelaki pernah rosak hidup dan membunuh kedua ibu bapanya.
•••
Malam itu, Harith menuruni anak tangga dengan laju. Dirinya lengkap berpakaian warna hitam. Dia bertembung dengan Tuan Rahman bersama Puan Halma diruang tamu.
"Harith. Kamu nak pergi mana pula tu? Kamu tu baru sahaja keluar dari Hospital" Puan Halma bertanya.
Otaknya mula memikirkan ayat yang sesuai harus diberi. Tak akan mahu beritahu mahu mengintip abangnya pula.
"Harith nak keluar sekejap. Ada hal penting. Nanti Harith baliklah. Mummy janganlah risau, Harith dah sihat. Tak ada sakit dah" Harith membalas.
"Pergi mana? Tak elok keluar tengah malam-malam ni. Dengar cakap Daddy, Harith" Tuan Rahman pula bersuara.
Dia berdecit halus.
"Mummy Daddy. Sekejap sahaja Harith nak keluar. Ada perkara penting ni. Harith pergi dulu ya" Harith meminta diri.
Sebaik sahaja susuk tubuh anaknya menghilang, hujung baju suaminya ditarik perlahan.
"Abang, saya rasa Harith ada sesuatu nak buatlah. Saya risau kalau mereka gaduh lagi" Puan Halma meluahkan rasa.
"Tak adalah. Awak jangan fikir sangatlah. Abang tahu apa yang Harith buat tu, adalah terbaik untuk kita semua" Tuan Rahman membalas.
"Baiklah" Puan Halma cuba menghalau rasa ragu terhadap anak bongsunya itu.
•••
Harith keluar daripada kereta. Matanya memandang kelab malam itu dengan lama. Ramai perempuan seksi manantikan mangsa mereka. Ada juga yang sedang menari tanpa menghirau suasana disekeliling.
Dia datang ke mari hanyalah untuk mengintip abangnya, Hadith. Macam mana dia boleh tahu keberadaan lelaki itu? Tidak perlu tahu. Abangnya sudah bijak, dia lagilah bijak. Mask dipakai bersama topi. Kaki seakan jijik mahu memijak tempat itu, namun dipijak jua.
Matanya melihat seorang perempuan senyum menggoda ke arahnya itu. Dari atas hingga bawah dia menilik, namun langsung tidak membangkit aura jantannya itu. Belum sempat dia ingin masuk ke dalam, lengannya sudah dipaut erat oleh perempuan tadi.
"Daddy... You want me?" perempuan itu semakin berani dekatkan tubuhnya dengan Harith.
"Hey bitch. Don't touch me!" Harith merentap lengannya dengan kuat.
Terus berubah air muka perempuan itu. Dia menghentak kaki dengan kuat ke atas lantai.
"You memang langsung tak jaga hati I kan?" Perempuan tu bertanya.
Dia tergelak kecil.
"Lawak apa kau buat ni, huh? Buat apa aku nak jaga hati kau tu. Dahlah pakai baju tak cukup kain! Tepilah aku nak masuk!" tanpa berkata apa-apa, terus tubuh perempuan itu ditolak kasar ke tepi dan meloloskan diri ke dalam.
"ERGH! Tak guna! Habis tu, dia masuk ke dalam tu apa? Mesti cari pelacur dekat sini juga!" herdik perempuan itu.
"Bodoh. Orang tak nak layan, sudahlah. Geli aku" Harith mengomel.
Dia menutup kedua belah telinga tatkala bunyi musik rancak menusuk masuk ke dalam gendangan telinganya. Tambah pula lampu berwarna-warni, boleh muntah dia sekarang ini.
"Apa benda tempat ni, huh? Dengan musik kuatnya. Macam manalah abang aku boleh bertahan dekat sini?" sempat dia memicit pelipis. Dia mencari tempat duduk dan labuhkan di situ.
"Drink?" pelayan di situ bertanya.
Laju sahaja dia menggeleng. Dia mengeluarkan telefon pintar lalu membalas mesej seseorang.
"Macam mana dapat yang fresh? Best ke?" Arfan bertanya.
"Yeah. Best sangat" Hadith membalas acuh tak acuh.
Harith tersentak. Terus dia masuk kembali telefon ke dalam poket. Dia memaling sekilas ke tepi untuk melihat orang disebelahnya itu. Ternyata abangnya. Lagi senang kerja dia. Telinga dipasang untuk dengar apa mereka bualkan.
"Asal? Kau ada masalah ke?" Arfan menyoal pula.
Hadith meneguk arak dan melihat Arfan. Dia senyum kelat.
"Aku cintakan dia. Tapi kenapa dia langsung tak nak beri aku peluang? Kenapa dengan adik aku, dia okay? Siap berpeluk lagi. Nasib tak kecundang sahaja. Aku cemburu dengan Harith. Dia dapat semua. Ya, aku mengaku. Semua perempuan pernah dia bawa datang rumah, aku kebas. Aku yang rosak. Aku ugut semua kawan dia tu supaya lempar kata kesat dan sakit hati. Sehinggalah membuatkan dia rasa benci nak berkawan dengan perempuan.
"Dulu dia tuduh aku yang buat apa-apa dekat girlfriend dia tu kan? Bukan aku yang paksa. Tapi perempuan tu terhegeh-hegeh dekat aku. Barang tak guna lagi kot, mestilah aku layan. Sekarang, kau tengok si Rania tu kerja apa? Bukan pelacur juga? Yang aku tak puas hati, apasal isteri aku cakap, aku langsung tak sama dengan Harith?" Hadith meluahkan perasaan.
Harith tergamam mendengar butiran bicara dari abangnya itu. Tak akan Rania sanggup menipunya? Dan salah apa semua kawan perempuannya diperlakukan sebegitu oleh abang kandungnya sendiri.
Arfan mendengar itu tergelak kuat. Dia menepuk tangan sambil menggelengkan kepala.
"Kau cakap apa tadi? Langsung tak sama? Memanglah tak sama! Kau tu panas baran. Adik kau tu jenis faham orang. Nak naik tangan dekat perempuan pun fikir banyak kali. Apa lagi suruh layan pelacur dekat sini. Apa pun aku nak cakap dekat kau, satu sahaja. Control kau punya baran tu. Kau nak jadi macam Harith kan? Kau kena berlembut dan bersabar banyak. Perempuan macam tu lah. Mula-mula saja ego, nanti bila bersweet okay lah tu" Arfan memberikan nasihat.
"Kau cakap senanglah. Yang tanggungnya aku. Dahlah. Aku nak langgan perempuan tu sekejap" Hadith terus berdiri dan menghampiri perempuan disebut olehnya tadi.
Harith angkat punggung dan beredar daripada situ.
Arfan memerhati sahaja tingkah laku kawannya itu. Jauh dalam sudut hati, terdetik rasa sesuatu.
"Hadith... Hadith... Kau tu bodoh sebenarnya. Kalau bukan dulu, aku yang ajak kau berfoya-foya dekat UK, mesti sekarang kau dah gila sebab stress dengan Mak Bapak kau tu. Kalau bukan disebabkan aku juga, kau tak akan jatuh cinta dan berjumpa dengan isteri kau, Ammara Dahlia..." bibir menguntum senyuman menyenget lalu meneguk arak.
ADA WATAK BARU FRESH LAGI DIKELUARKAN DARI OVEN BERJENAMA HAHA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro